Pelakon berbadan genit, Shakilla Khoriri rasa sangat bersyukur dikurniakan seorang cahaya mata yang menambahkan keserian dalam rumah tangga dirinya dan suami Fizi Ali.
Mahligai yang didirikan bertambah ceria dengan kehadiran permata hati perempuan yang cukup comel Ameena Sofia, 2 tahun.
Shakila Khoriri Takut Gagal Jadi Ibu
Mencoretkan rasa hati, Shakilla yang sebelum ini tidak terlintas akan bergelar ibu, akui kehadiran puteri kesayangan bagaikan satu rahmat dan anugerah yang terindah dari Allah s.w.t.
“Tak pernah terlintas fikiran aku 10 tahun dulu untuk kandungkan manusia dapat rahim aku sebab aku takut. Takut gagal jadi ibu
“Hari ni bukan lah hari special tapi saja nak share yang mungkin dari sini aku atau sesiapa yang membaca akan dapat sesuatu jugak.
“Tahun ni (2021) umur aku 32. Ameena 2 tahun. Agak lambat bagi umur aku untuk anak yang baru masuk 2 tahun kata orang tua-tua dulu. Tapi tu dulu. Zaman sekarang umur 40 tahun ada sorang anak dah cukup bersyukur sangat.
“Sebab aku tahu ada je pasangan yang sampai sekarang takde rezeki anak.
“Ada je ramai kawan-kawan aku yang belum ada pasangan pun ada,” luah Shakilla yang berasa sangat beruntung bergelar seorang ibu.
Aturan Allah Sangat Adil
Isteri kepada penyampai radio Suria FM ini juga sebelum ini akui agak takut unruk bergelar ibu.
“Tapi Allah bagi rezeki lain pada golongan-golongan itu. Allah tarik rezeki lain pulak pada pasangan atau individu yang mudahnya dapat anak. Tu aturan Allah yang bagi aku sangat adil.
Ads
“Tak pernah terlintas fikiran aku 10 tahun dulu untuk kandungkan manusia dapat rahim aku sebab aku takut. Takut gagal jadi ibu. Takut untuk besarkan anak-anak dalam dunia yang serba serbi bahaya ni. Dalam dunia yang bermacam-macam virus. Macam sekarang!
Belajar Menjadi Manusia Sabar
“Tapi dah dua tahun pun aku lalui semua ni. 2 tahun jugak aku belajar menjadi manusia yang tahu apa tu Sabar.
“Dua tahun aku belajar untuk buang ego aku. Aku belajar untuk urusan masa dengan masa peribadi aku, family , kawan-kawan dan juga kerjaya.
“Walaupun kadang aku rasa satu tekanan yang kuat sampai terduduk aku tepi tangga tapi pasti akan ada satu semangat yang entah dari mana datang tarik tangan aku, tolak badan aku untuk bangun lagi dan buat semuanya dari awal. Tak pernah bagi aku chance untuk give up apa tah lagi bersedih.
Ameena Sofia Bawa Cahaya Dalam Diri
“Budak dalam gambar ni ada super power yang ajaib. Mampu buat aku jadi sesuatu yang tak pernah aku terfikir.
“Mampu untuk bawa cahaya dalam diri aku walaupun kadang aku rasa cahaya tu dah lama hilang. Mampu buat aku rasa kasih sayang yang tiada penghujung.
Ads
“Mampu jadikan aku seorang perempuan yang hatinya macam batu. Tak mudah pecah. Bukan lagi fragile macam dulu.
“Berkali-kali sakit tapi tetap power untuk digunakan. Power gila kuasa budak ni. Separuh nyawa aku pada dia. Cahaya yang terangkan hidup aku. Cahaya Amanah Allah. Sayang yang tak ada level. Paling agung dan paling teratas. Terima Kasih Allah untuk aturan yang cantik untuk aku. Terima kasih untuk hadiah yang tak ternilai,” akhiri Shakilla.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Fizo Omar tamat zaman duda, tahniah! Sah bergelar suami gadis cantik Fazeera Nazri Azrai.
Sejak malam tadi, berlegar persoalan adakah benar pelakon yang juga bergelar duda Fizo Omar telah mendirikan rumahtangga sekali lagi apabila dirinya memuat naik sekeping gambar berbusana baju Melayu rona putih.
Menerusi hantaran tersebut pemilik nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar, 36 atau Fizo Omar turut bersama anaknya, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.
“Ok Abe Joe (panggilannya) keluar group ‘terpakai’ dulu,” tulisnya sambil memetik tiga nama kenalan artis iaitu Nazim Othman, Sharnaaz Ahmad dan Azlee Khairi.
Seperti mana yang dipetik menerusi Kosmo! Online, Pengurus Fizo yang bernama Mimi telah mengesahkan pelakon itu sudah sah bergelar suami kepada Fazeera Nazri Azrai dalam satu majlis akad nikah yang dijalankan secara tertutup sekitar pukul 10 pagi, semalam.
Fizo dan gadis kelahiran Kuching, Sarawak telah melangsungkan majlis pernikahan mereka di Bidaidari Resort, Janda Baik, Pahang dan hanya dihadiri keluarga terdekat.
“Benar, Fizo telah selamat diijab kabulkan dengan gadis pilihannya sekitar pukul 10 pagi semalam dan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
“Dalam majlis tersebut, Fizo telah menyerahkan sebentuk cincin kepada Fazeera” kata Mimi.
Menurut Mimi lagi, majlis resepsi berkemungkinan akan diadakan kemudian dan Fizo bakal membuat satu pengumuman kepada media dalam masa terdekat.
Untuk makluman Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mawar Karim pada November 2013 dan dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun. Namun jodoh mereka tidak panjang dan berpisah pada Julai 2019.
Mingguan Wanita : Tahniah diucapkan buat Fizo dan isteri. Semoga pernikahan mereka berkekalan hingga ke jannah!
Sumber : Kosmo! Online
Sumber Foto : Instagram Fizo Omar & Instagram Grandamarahalls
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan kos menunaikan haji bagi seorang jemaah muassasah pada tahun ini meningkat kepada lebih RM25,000 susulan kenaikan berkaitan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan kerajaan Arab Saudi.
Pertambahan Kos Ibadah Haji
Kos bagi pelaksanaan ibadah haji dijangka meningkat sekurang-kurangnya sebanyak sembilan peratus berikutan peningkatan Cukai Nilai Tambah (VAT) yang dikenakan Arab Saudi berkuat kuasa Julai tahun lalu.
Pengarah Eksekutif Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, peningkatan itu belum lagi mengambil kira kos-kos tertentu melibatkan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu kesan daripada pandemik Covid-19.
Justeru katanya, SOP baharu nanti dijangka memberi impak terhadap pertambahan kos bagi ibadah haji.
“Kos bagi ibadah haji bagi 2019/2020 adalah sebanyak RM22,900 bagi setiap jemaah. Dengan kenaikan 15 peratus VAT, kita jangka kos meningkat kepada RM25,000.
“Bagaimanapun sehingga kini TH belum menerima sebarang kepastian mengenai ibadah haji tahun ini. TH menjangkakan SOP dan protokol musim haji yang ketat akan dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi.
“Jadi sebarang pertambahan kos melibatkan perkhidmatan atau cara pengendalian baru belum dapat dijangkakan buat masa ini,” katanya pada sidang media di Menara TH, pada Jumaat.
Bayaran Peningkatan Kos Belum Diputuskan
Ditanya sama jemaah perlu menanggung bayaran peningkatan kos tersebut, beliau berkata, perkara itu belum diputuskan berikutan tiada perincian SOP yang diterima daripada Arab Saudi setakat ini.
“Oleh sebab belum ada kata putus, kita belum tetapkan lagi (ditanggung atau tidak). Apabila sudah ada (SOP) kita akan umumkan bayaran haji,” jelas beliau.
Mingguan Wanita: Diharap pihak kerajaan dan tabung haji dapat memberi subsidi dan menanggung peningkatan kos haji ini sekaligus tidak membebankan para jemaah untuk melaksanakan ibadah haji tahun ini.
Sanggup Berhabis RM101k Tempah Kostum, Demi Impian Jadi SERIGALA JADIAN. Mungkin bagi kebanyakan orang impian menjadi haiwan liar tak pernah langsung terlintas di fikiran.
Namun tidak bagi lelaki ini. Siapa sangka seorang lelaki di Jepun sanggup membelanjakan kira-kira tiga juta yen (RM101,171) untuk kostum serigala buatan tangan demi memenuhi impiannya menjadi haiwan liar itu.
Kostum itu dihasilkan oleh Zeppet, sebuah syarikat mengkhusus dalam pembuatan sut ultra-realistik yang sebelum ini pernah mencipta kostum anjing collie bagi pelanggan bernama Toco yang mengimpikan untuk hidup seperti haiwan peliharaan itu.
Lapor Oddity Central, kostum anjing yang direka khas untuk menyesuaikan manusia dengan anatomi anjing, meraih perhatian ramai selepas tular dalam Twitter.
Fantasi Menjadi Serigala
Baru-baru ini, Zeppet memaklumkan syarikatnya menerima tempahan kostum lebih mencabar daripada seorang pelanggan yang mahu merealisasikan fantasinya menjadi serigala.
“Disebabkan kecintaan saya terhadap haiwan sejak zaman kanak-kanak lagi dan melihat sut haiwan realistik yang muncul di kaca televisyen, jadi saya mengimpikan untuk menjadi seperti itu suatu hari nanti.
“Pada sesi pemakaian kostum itu, saya kagum melihat perubahan diri saya di cermin. Ia saat yang mana impian saya menjadi kenyataan,” kata pelanggan itu di laman sesawang Zeppet.
Puas Hati Pembelian Kostum
Dilaporkan, pelanggan itu amat berpuas hati dengan pembelian kostum serigala itu meskipun ia menelan perbelanjaan tinggi berbanding kostum anjing Collie yang bernilai 2 juta yen (RM67,437).
“Tempahan saya untuk ‘kelihatan seperti serigala sebenar adalah sukar, namun kostum yang siap sepenuhnya ini kelihatan seperti apa yang saya bayangkan.
“Spesifikasi kostum itu bukan sahaja melengkapi semua pilihan saya, malah ia turut mempunyai ruang pengudaraan untuk keselesaan pemakai.
“Ia juga mempunyai alat yang memudahkan individu memakai sut itu tanpa pertolongan. Ini secara tidak langsung menunjukkan pereka memberi perhatian yang teliti terhadap keselesaan pemakai,” katanya.
50 Hari Hasilkan Kostum
Sementara itu, Zeppet memaklumkan pihaknya mengambil masa 50 hari untuk menyiapkan kostum khas berkenaan.
Jelas syarikat itu, kakitangannya memeriksa gambar serigala sebenar dan berbincang butiran terperinci termasuk cara menggabungkan kesemua ciri itu bagi menghasilkan kostum haiwan berkenaan.
Mingguan Wanita: Tak sangka ada juga yang berminat nak jadi haiwan liar seperti serigala ini dan sanggup berhabis beratus ribu demi merealiasasikan fantasi ini.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...