Baru semalam kita digemparkan dengan tragedi budak perempuan maut jatuh bangunan, hari ini dikejutkan pula dengan kematian budak lelaki 5 tahun akibat jatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut, dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Batu Caves, Gombak dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, ibu mangsa yang juga seorang ibu tunggal dikatakan tiada di rumah kerana keluar atas satu urusan dan mangsa ditinggalkan bersama adik lelaki yang berusia empat tahun bersama ibu saudara berusia 36 tahun.
Tiada Di Bilik
Ibu saudara kanak-kanak itu, Fauziah Hanum Cik Ros, 36, berkata kejadian berlaku pada 10.30 pagi apabila tiba-tiba beliau sedar mengenai kehilangan anak saudaranya itu selepas didapati tiada di biliknya.
“Semasa kejadian, saya sedang mandi dan dia (anak saudara) baru sahaja bangun tidur kerana dia tidur lewat semalam, namun sebaik siap mandi, saya tidak nampak kelibat dia (anak saudara) di rumah.
“Saya terus telefon Bella (ibu kanak-kanak itu) yang berada di luar semasa kejadian,” katanya kepada pemberita di ketika ditemui di lokasi kejadian.
Fauziah berkata, dia mendapat tahu anak saudaranya itu berada di tingkat dua kondominium itu selepas dihubungi Bella, yang dinaklumkan orang ramai bahawa ada kanak-kanak dikesan di tempat berkenaan.
Menurutnya, anak saudaranya itu adalah seorang yang aktif dan mempunyai seorang adik lelaki berusia empat tahun yang ketika kejadian turut berada di rumah.
Bakal Langsungkang Pernikahan
Sementara itu, teman lelaki Bella yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Am’ berusia 20-an berkata, dia sepatutnya melangsungkan pernikahan dengan Bella, Jumaat ini.
Am berkata, beliau sedang tidur di rumahnya di Ampang semasa mendapat panggilan telefon daripada bakal isterinya itu yang memberitahu anaknya hilang.
Ads
Foto ihsan pembaca
Panjat Katil Main Tepi Tingkap
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai bermain dan memanjat sebuah katil di tepi tingkap.
“Ketika kejadian, mangsa dalam jagaan ibu saudaranya. Kita percaya mangsa terjatuh daripada tingkap kediaman mereka.
“Siasatan mendapati tingkap berkenaan tidak dipasang jeriji, bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan oleh polis daerah Gombak,” katanya.
Kes Disiasat Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001, kerana ada kaitan dengan kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak.
Kejadian itu juga adalah yang kedua berlaku membabitkan kanak-kanak jatuh dari kondominium di Lembah Klang, dalam tempoh dua hari berturut-turut.
Semalam, seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Jalan Ipoh di sini.
Kejadian dilaporkan kepada pihak polis pada jam 2.41 petang selepas mayat mangsa ditemui seorang kakitangan pengurusan di kawasan koridor di tingkat lapan kondominium terbabit.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, dipetik sebagai berkata ketika kejadian, bapa mangsa yang berusia 35 tahun keluar untuk membeli barang dan mangsa ditinggalkan bersendirian tanpa pengawasan dalam keadaan pintu rumah berkunci.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga mangsa.Semoga dijadikan pengajaran dan mak ayah lebih berhati-hati, terutamanya bila tinggal di tempat tinggi.
Tiga sekeluarga termasuk seorang wanita menghidap penyakit lumpuh dan terlantar dipercayai hilang dihanyutkan arus dalam kejadian kepala air dan banjir yang melanda Kampung Iboi, Baling, petang Isnin.
Menurut Abd. Rahman Said, 71, mereka yang hilang ialah isterinya, Salmiah Md. Akhir, 53; menantunya, Nurul Hanis Md. Hassan, 23, dan anak tirinya, Muhamad Khairul Iqwan Nor Azman.
Rumah Lenyap Hanyut Arus Deras
Lebih mengejutkan, ketika tiba ke rumah, dia mendapati rumah yang mereka diami serta beberapa buah lagi rumah jiran lenyap kerana dihanyutkan arus deras.
“Pada pukul 4.50 petang, ketika berada di Pekan Kupang, saya dapat panggilan daripada menantu yang menyatakan air sungai telah naik dan masuk ke rumah jiran.
“Kemudian sekali lagi saya terima panggilan daripada anak yang tinggal di Pulau Pinang, namun saya merasakan rumah kami tidak dimasuki air kerana berada di kawasan yang agak tinggi,” katanya ketika ditemui hari ini.
Hanyut Belum Dijumpai
Abd. Rahman yang kini berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai berkata, dia selepas itu bergegas pulang namun lewat tiba memandangkan air banjir melimpah ke jalan selain deretan kenderaan yang bergerak perlahan.
“Ketiga-tiganya berada di rumah kerana isteri saya menghidap penyakit lumpuh dan terlantar. Mereka kini hanyut dan masih belum dijumpai.
“Saya berharap mereka dapat ditemui dengan segera walau dengan apa keadaan sekalipun dan saya reda dengan ketentuan Ilahi serta nasib yang menimpa kami,” katanya.
Minta Jaga Diri
Sementara itu, suami kepada Nurul Hanis, Mohd. Khairul Ashraf Nor Azman, 24, berkata, ketika kejadian dia sedang bekerja di Pulau Pinang dan bercadang pulang ke kampung hari ini.
“Kali terakhir kami berjumpa pada minggu lepas, kami sentiasa berhubung melalui telefon dan pagi semalam dia teringin hendak makan pizza dan minta saya jaga diri baik-baik,” katanya.
Tambahnya, dia juga sepatutnya membawa isteri yang dikahwininya pada bulan Febuari lalu untuk pemeriksaan kandungan bayi mereka hari ini.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat semua mangsa yang terlibat dalam kejadian banjir besar di Baling. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Sekali lagi Astro menampilkan slot MegaDrama menerusi drama hebat ‘Dedaun Hijau Di Angin Lalu’ yang menggandingkan pelakon utama Redza Rosli dan Harissa Adlynn. Selepas fenomena drama ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ selesai kini penonton disajikan dengan drama air mata tentang ketabahan seorang isteri dalam melayari kehidupan bersama suami yang tinggi egonya.
Disiarkan bermula 1 Julai, jam 10 malam menerusi Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka ‘Dedaun Hijau Di Angin Lalu’ turut dibintangi oleh barisan pelakon tempatan lain seperti Saidah Kamarudin, Kael Noah, Faye Kusairi, Esma Daniel, Aleza Shadan, Idzham Ismail, Razman Mahayuddin, Wanns Ahmad dan ramai lagi.
Malang Seorang Wanita
Drama diadaptasi dari sebuah novel karya Manaf Hamzah arahan Jamal Khan dan terbitan SR One Sdn Bhd ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Intan yang dibesarkan dalam suasana penuh ranjau di sebuah pulau. Kelahirannya diselubungi tanda tanya. Dia dipandang hina oleh orang kampung kerana dianggap seorang anak luar nikah. Namun Intan sentiasa bersabar dan terus berusaha untuk menjadi seorang yang mempunyai pekerti yang baik.
Manakala Assad pula seorang doktor muda yang berasal daripada keluarga berada di tanah besar. Sungguhpun begitu, dia sering berhadapan dengan tipu daya sehingga dia tidak mudah mempercayai ketulusan hati orang lain dan adakalanya dia memilih untuk bersikap sinis, hingga ada yang terluka dan kecewa.
Takdir telah menemukan dua insan yang datang daripada berlainan arah. Malangnya, pertemuan itu dinodai fitnah orang. Intan dan Assad dipaksa bersatu dalam ikatan perkahwinan yang tidak diingini. Lantaran itu Assad meragui ketulusan isterinya, dia menganggap Intan hanya layak dilayan seperti orang gaji.
Sedangkan Intan yang serba naif tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri sebaik mungkin. Begitulah kehidupan mereka suami isteri. Dalam kelam-kabut, musuh Assad pula berusaha memasukkan jarum halusnya.
Kemudian kehidupan Intan terus dilanda dengan pelbagai rintangan dan bahaya yang mampu menggugat kemampuannya. Dapatkah dia bertahan demi mengecap kebahagiaan yang diimpikan? Atau dia akan rebah jua dan hilang pertimbangan? Berapa lamakah dia sanggup menerima layanan buruk suaminya? Dan selama manakah mampu suaminya membina benteng keegoan diri?
Buat peminat Astro MegaDrama jangan lepaskan peluang anda untuk menontonkan drama terbaik ini. ‘Dedaun Hijau Di Angin Lalu’ boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM41.99/bulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my sekarang!
Juga strim ‘Dedaun Hijau Di Angin Lalu’ di sooka untuk huburan tanpa kontrak. Chill jer bila sooka Got All! Strim kesemuanya bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan hanya RM13.90/bulan. Yang pasti, kontrak TAKDE! Strim sekarang: www.sooka.my
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Faezah Elai menerusi perkongsian terbaru memberi nasihat kepada pengikutnya di laman Instagram agar tidak membuka aib pasangan di media sosial.
Seperti yang kita lihat, masyarakat hari ini mengambil pendekatan yang mudah dengan menganggap media sosial sebagai jalan pintas menyelamatkan rumah tangga yang goyah.
Pada hakikatnya, sebenarnya menghebahkan masalah rumah tangga di media sosial tidak akan menyelesaikan konflik. Sebagai alternatif sebenarnya cubalah cari jalan terbaik untuk mengadu nasib dan menyelesaikan isu rumah tangga secara aman serta harmoni.
Faezah Elai “Jangan Canang Di Media Sosial”
Faezah yang mendirikan rumah tangga bersama Heykal pada September 2011 dan menjaga tiga orang anak tirinya iaitu Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dealova Heyrinna, 7, dan Aurora Heyrinna, 4.
Pelakon ini juga secara ringkas memberi nasihat buat pasangan lain dan paling penting bagi dirinya setiap pasangan perlu menjaga aib pasangan mereka.
“Perkahwinan ini bukanlah seperti cerita Korea yang kamu semua sering tengok di kaca TV.
“Sebuah perkahwinan ini kadang-kadang gembira, kadang-kadang dirundung masalah. Belum lagi campur tangan watak tambahan seperti mentua, ipar, biras dan ada pula yang jadi watak tukang cucuk.
“Ada juga isteri yang dapat suami tiba-tiba suka pada perempauan lain.
“Dalam rumahtangga ni memang akan ada ujian dan ujian kita tak sama. Seteruk mana pun ujian, seburuk mana pun pasangan kita, janganlah dicanang di media sosial. Buka aib suami/isteri sama macam buka aib sendiri.
Pergilah Mengadu Ke Pejabat Agama
“Jika suami buat hal dan tak tahu nak mengadu pada siapa, pergilah ke pejabat agama. Pejabat ni bukan saja tempat untuk nikah cerai tapi untuk anda minta nasihat. Kalau nak luah juga luahan pada ahli keluarga yang rapat dengan kita.
“Bila canang di media sosial merupakan idea yang kurang bijak. Sebelum buat begitu, pandanglah anak satu persatu. Semua mak nak anak-anak jadi soleh dan solehah. Jangan ajar anak benci bapa mereka sendiri.
Kehidupan Yang Positif
“Tapi jika dah dipukul canang di media sosial, bila anak-anak dah besar mereka boleh google dan semua benda keluar dan memalukan mereka.
“Kalau asyik makan hati eloklah minta dilepaskan. Binalah kehidupan yang positif demi kebahagiaan anak-anak. Seperti mana kamu mahu lihat anak-anak sentiasa bahagia, begitu juga dengan orang tua kita yang mahu lihat anak mereka hidup gembira,” tulis Faezah yang turut akui segala yang dicoret adalah untuk memberi pesanan buat dirinya juga.