
Kalau bercakap tentang cheese ini, anak-anaklah paling suka. Mahunya, itulah yang diulang-ulang makan. Memang tak cukuplah. Sebelum ini, biasa beli sahaja serbuk cheese sebab tak tahu nak masak. Fikiran rasa macam susah pula nak buatkan.
Jadi, apa kata kali ini kita buat sendiri sos cheese yang bukan hanya dicicah dengan kentang goreng tapi boleh di makan dengan makan bergoreng yang lain. Paling penting, bila buat sendiri barulah puas hati.
Ikuti cara membuatnya yang cukup mudah seperti dikongsikan oel NizSa Mi.
“Tak perlulah nak beli lagi seruk cheese yang dah siap dan hanya dicampur dengan air suam. Kali in kita buat sendiri sosnya. Barulah puas hati.
Bahan-bahan:
½ ketul butter
½ tin susu cair
1 sudu besar tepung gandum – bancuh dengan sedikit air
4 keping cheese
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikti pewarna kuning
1 ketul kiub ayam
Sedikit garam
Cara Membuat:
Cairkan butter dan masukkan susu cair dan tepung. Gaul sebati.
Selepas itu, masukkan kepngan cheese, kacau dan masukkan serbuk lada hitam, kuib pati ayam dan pewarna.
Kacau sebati dan tambahkan sedikit air, jika terlalu pekat. Siap dan tutup api.

MW: Lepas ini, bolehlah buat kat rumah. Bahan yang digunakan pun mudah nak dapat. Anak-anak mesti suka.
Kredit: NizSa Mi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hidangan Tradisi Warisan Ibu Sentiasa Pikat Selera

Isi Kandungan
ToggleHidangan tradisi air tangan ibu sering kali mencetuskan memori bersama ibu di dapur. Pasti akan menggamit memori sang anak.
Gulai Minang Nangka Perut, Kari Pisang Muda Daging Tetel dan Terung Pipit Tumis Tempoyak Cili Padi antara hidangan orang lama yang tetap mampu menambat selera kita semua. Zaman berubah, namun masakan tradisi tetap jadi pujaan hati.
Walau bagaimana pun, kadangkala masakan tradisi sebegini sukar didapati di kafe dan restoran. Jadi, apa kata sediakan juadah tradisi ini untuk dinikmati sekeluarga. Selamat mencuba!
GULAI MINANG NANGKA BERSAMA PERUT
BAHAN-BAHAN:
500 gram nangka muda – potong dadu dan rebus
300 gram babat/perut – cuci bersih, rebus dan hiris kecil
500 ml santan
3-4 helai daun limau purut
2 batang serai – titik
2 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
6 biji cili padi
2 biji cili merah
4 biji buah keras
CARA MEMBUAT:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan serai, daun limau purut dan kacau lagi.
- Seterusnya masukkan babat, kacau seketika, masukkan santan.
- Setelah mendidih, masukkan nangka, asam gelugur.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa, tutup api.
- Gulai nangka sedia dihidangkan.
Lagi resipi di sini:
Resipi Kek Coklat Moist Ini Super Sedap, Tanpa Oven Dan Mixer!
Kacang Goreng Untuk Hidangan Raya, Baki Minyak Bawang Putih Buat Masak Sup Dan Nasi Goreng
Boleh ikuti instagram Mingguan Wanita:
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
KARI PISANG MUDA BERSAMA DAGING
BAHAN-BAHAN:
500 gram pisang berangan muda| buang kulit ari
250 gram daging – hiris nipis dan cuci bersih
200 ml santan pekat
300 ml air
2 keping asam gelugur
3 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan serbuk cili
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak – untuk menumis
BAHAN KISAR:
1 labu bawang besar

3 ulas bawang putih
½ inci halia
CARA MEMBUAT:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk cili.
- Kacau rata hingga timbul minyak, baru masukkan daging.
- Setelah air daging kering, masukkan santan, jika agak pekat tambah sedikit air.
- Biarkan mereneh atas api sederhana, kemudian masukkan pisang dan asam gelugur.
- Setelah pisang empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa. Tutup api. Kari pisang sedia dihidangkan.
TERUNG PIPIT TUMIS TEMPOYAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
200 gram terung pipit
50 gram ikan bilis – kisar kasar
1 labu bawang besar – hiris
3 sudu makan tempoyak
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
3 biji cili merah
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1cm kunyit hidup
- Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar hingga wangi.
- Masukkan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak baru masukkan ikan bilis.
- Setelah garing, masukkan terung dan kacau rata.
- Setelah terung layu masukkan tempoyak yang dibancuh dengan secawan air.
- Terus kacau dan biar terus mereneh hingga terung empuk.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Apabila kuah pekat dan cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Resipi: Rasa
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Popia Sira,Tapis Minyak Sambal Barulah Gaul, Ranggup & Kunyah Tak Henti

Popia sira, boleh dikatakan salah satu kerepek yang paling laris dan digemari sesiapa saja. Rasa pedas, manis-manis, memang lekalah mengunyahnya, satu balang habis pun tak sedar.
Mungkin orang ingat, nak buat popia sira ini agak remeh. Sebenarnya, ia paling senang dan mudah. Boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Cara Buat Popia Coklat, Senang & Cepat Siap, Lagi Ranggup, Boleh Buat Niaga!
Lembutkan Kulit Popia Yang Kering/Keras, Lapik Dengan Kain Lembap Kukus Sekejap!
Popia Sira, Ranggup Sampai Kunyah Tak Berhenti
Cara yang paling mudah dan senang. Keterangan pada setiap gambar.
1. Hasilnya yang memang ranggup.
2. Selepas siap dibakar, pastikan betul-betul sejuk barulah simpan dalam bekas kedap udara.
.
3. Sebelum itu, kulit popia di potong dua. Boleh gulung dengan menggunakan straw. Kemudian, gamkan bahagian hujung dengan bancuhan tepung.
.
4. Setelah siap digulung semuanya, potong mengikut citarasa masing-masing sama ada nak menegak atau serong.
.
5. Goreng seketika dan sejukkan dahulu sebelum digaul dalam sambal.
.
Bahan untuk buat sambal:
2 senduk cili kisar
1 sudu besar bawang putih cincang
1 senduk gula pasir
1/2 batang gula melaka
Garam & bijan secukupnya
Caranya:
Tumis semua bahan di atas sehingga sedikit pekat.
.
Kemudian, tapis minyaknya sebelum di gaul dengan popia yang dah digoreng.
Apabila keduanya sudah sejuk, barulah dicampur dan digaul rata.

.
Bakar dalam air fryer atau oven pada suhu 180 darjah selsius selama 15 minit untuk dapatkan hasil yang lebih ranggup.
.
Mingguan Wanita : Senang sangat nak buatnya. Boleh buat dengan anak-anak nanti.
Sumber: Ai Haiza Abdul Jabar
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pes Masak Ekspres, “Nanti Cuma Masukkan Air Atau Santan Dan Sayur.”

Isi Kandungan
ToggleMak-mak memang suka kalau ada rahsia buat pes masak macam ini, sebab kerja di dapur akan jadi lebih mudah dan jimat masa untuk buat benda lain.
Nah, kalau nak cepat mak-mak boleh ikut petua masakan yang dikongsi oleh Puan Sitinorokiah Omar ini.
Pes Masakan
Ramai yang tanya bahan-bahan untuk buat pes ni, jadi dah ada masa ni saya kongsi. Senang, nak masak nanti, cuma masukkan air atau santan, dan kentang, tomato ke apa sebagai tambahan.
Pes Tom Yam
Bahan-bahan:
Tomato 5 biji
Bawang besar 5 biji
Cili api 3 bijik
Cili kering 5 bijik
Lada besar 5,6 biji
Serai 10 batang
Lengkuas 2 inci
Daun limau purut 5,6 helai
Belacan seinci pastu bakar
Udang kering dlm 10-15 ekor
Cara masak
1. Blend je semua sekali pastu tumis dalam minyak (letak lebih sikit untuk pes tahan lama).
2. Tumis sampai naik minyak lagi lama lagi sedap.
3. Masukkan dalam bekas kecil-kecil dan bekukan.
4. Nak masak nanti masukkan je pes dan air, ayam atau daging, serai, daun limau purut, air perahan limau nipis, garam ,gula, bunga kobis, carrot.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
Pes gulai
Bahan- bahan:
Bunga lawang 5 kuntum
Buah pelaga 10-15 biji
Kayu manis 2,3 batang
Cengkih 7,8 biji
Halia 2 inci
Kunyit 2 inci
Lengkuas 2 inci
Bawang besar 5 biji
Bawang putih setengah labu
Lada giling satu plastik
Rempah gulai 10 sudu
Kerisik
Kisar semua sekali kecuali lada giling dan kerisik
Cara memasak
1. Panas minyak,tumiskan lada giling.
2. Masukkan bahan kisar tumis sampai pecah minyak.
3. Masukkan kerisik. Masukan bekas kecik dan bekukan.
4. Nak masak nanti, masukkan pes, bagi mati air dulu lepas tu ayam or daging tu baru masukkan santan, kentang, gula melaka, garam , gula, asam gelugur.
Pes kari
Bahan-bahan:
Bawang besar 5 biji
Bawang putih setengah labu
Halia 3 inci
Bunga lawang 5 biji
Buah pelaga 10 biji
Kayu manis 2,3 batang
Rempah kari 10 sudu
Kisar semua kecuali rempah 3 beradik tu
Cara masak
1. Tumis rempah 3 beradik.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak.
3. Beku kan.
4. Nak masak nanti masukkan pes, ayam, santan, kentang, lada besar, daun kari, air asam jawa, garam, gula.
Pes kurma
Bahan-bahan:
Buah pelaga 10 biji
Bunga lawang 5 kuntum
Kayu manis 2, 3 batang
Bawang besar 5 biji
Bawang putih setengah labu
Halia 2 inci
Rempah kurma 10 sudu
Kisar semua sekali kecuali rempah 3 beradik
Cara masak
1. Tumiskan rempah 3 beradik.
2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai pecah minyak.
3. Bekukan.
4. Nak masak nanti, masukkan pes, ayam , santan , kentang, tomato, garam,gula, asam keping.
Pes sup
Bahan-bahan:

Bunga lawang 5 biji
Cengkih 7 kuntum
Kayu manis 2,3 batang
Buah pelaga 10 biji
Lada hitam
Bawang besar 5 bijik
Bawang putih setengah labu
Halia 3 inci
Rempah sup 10 sudu
Kisar semua sekali kecuali rempah 4 beradik
Cara masak
1. Tumus rempah 4 beradik.
2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik minyak.
3. Bekukan.
4. Nak masak nanti, masukkan pes, air, ayam atau daging, asam keping, garam, gula, kentang.
Pes masak merah
Bahan-bahan:
Bawang besar 5 biji
Bawang putih setengah labu
Halia 2 inci
Lada giling sebungkus
Kisar semua sekali kecuali lada giling
Cara masak:
1. Tumiskan lada giling.
2. Masukkan bahan kisar, tumis sampai pecah minyak.
3. Bekukan.
4. Nak masak nanti, masukkan pes, garam,gula,asam keping, sos tiram, sos tomato, hirisan bawang, ayam or daging, serai, daun ketumbar.
Pes tu terpulang nak masuk berapa bekas sekali masak bergantung pada kuantiti yang nak dimasak. Saya biasa masukkan 2 atau 3. Kalau semangkuk kecik je nak makan, masukkan satu bekas pes pun dah cukup.
Dah ada pes macam ni, jimat sangat masa kat dapur. Tambah lagi kl ayam, daging dan bersihkan siap-siap, simpan dalam peti untuk sekali masak, sayur dah siap basuh dan potong. Setengah jam boleh siap masak kalau si kecik tak kacau.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI