Sebelum nie, nak makan rojak buah mesti tercari-cari kedai yang kena dengan tekak. Silap gaya, tak kena dengan selera kita pulak. Lepas tu,susah pulak nak dapatkan. Kalau ada pun kuah rojak yang memang dah siap di pek dalam botol.
Kali nie, tak payah pening-pening, buat je sendiri kuahnya. Baru puas hati. Nak letak kacang atau nak pedas ikut selera kita pun boleh. Buah-buah pun ikut apa yang nak dicicah dengannya. Beli siap-siap yer.
Buat Sendiri Kuah Rojak
Kali ini, Ameera berkongsi resipi buat sendiri kuah rojak. Puas hati betul. Katanya,
“Siapa suka makan rojak buah boleh la ikut resipi ni, Insya Allah mesti semua suka. Pekena sekali nak berkali kali.“Ada jambu, nenas, timun, belimbing, pelam,sengkuang. Nak letak pelbagai buah pun boleh, Ikut suka hati.
Cara-cara membuat pada gambarnya.
Masukkan 1 botol kicap ke dalam periuk, kicapnya bukan botol..
Gula kabong. Sedap buat kuah rojak pakai gula kabong..
Cili padi 10 biji, cili kering 7 tangkai, cili merah 1 biji. Ikot la jika nak pedas letak la lebih. Sukatan ibu ni ngam ngam anak boleh makan..
Terlupa 1 bahan tadi, belacan tau. Masukkan kesemua dalam blender. Letak air sikit sahaja..
Ads
Blendkan..
Masukkan terus dalam periuk. Api perlahan sahaja. Jangan kuat.
Sos cili 2 sudu makan ikot sukatan, ibu dah biasa tu yang main tonggeng je tu. Well.
Gula putih 3 senduk, ikot la kalau taknak manis sangat boleh kurangkan. Lebihkan manis dalam senyuman.
Asam jawa 1 sudu makan, ibu pakai asam jawa adabi. Sedap!.
Ads
Otak udang 1 sudu makan. Gaul tau, jangan letak biar, nanti melekat di bawah jadi hangit. Gaul je!.
Tepung jagung 3 sudu makan, tujuan untuk melikatkan dan memekatkan kuah rojak kita..
Letak air sikit di tepung jagung tu dan masukkan dalam periuk..
Gaul je tau dengan api perlahan, dia akan pekatkan kuah rojak kita. Perghhhh.
Gorengkan bijan sampai kekuningan.
Ads
Dah pekat likat kuah rojak kita tu tutup api, masukkan bijan ke dalam kuah rojak.
Dah masak.
Kacang digoreng, ditampi dan diblend. Mudah je!.
Haasilnya.
Anak pun suka makan.
Selamat mencuba.
MW: Lepas nie, bolehlah cuba buat sendiri. Ikut selera tekak kita dan keluarga. Buat banyak-banyak, simpan dalam peti ais. Kalau nak jual untuk tambah duit poket pun boleh.
Artikel in telah disunting dan mendapat keizinan daripada penulis
Sumber: Ameera
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ayam masak ungkep, merupakan masakan popular bagi orang Jawa! sangat sedap dan rugi siapa yang tak pernah makan. Kuahnya tak terlalu basah dan kering sedikit macam rendang. Mak-mak yang nak rasai sendiri kesedapan Ayam Masak Ungkep ni, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Amira Husin.
Berikut resipi dan langkah yang dikongsikan satu persatu;
“Siapa kat sini suka menu Ayam Masak Ungkep? Ini masakan popular orang Jawa. Kuahnya tak terlalu basah dan kering sedikit macam rendang.”
“Masakan Ungkep ni guna cili api. Kalau nak pedas, boleh tambah cili api lebih sedikit. Kalau mahu kurangkan pedas, boleh tambah santan. Makan dengan nasi panas-panas memang sedap. Kecur air liur dah ni. Jom kita cuba resepi Ayam Masak Ungkep ni. Senang sangat.”
Bahan-bahannya:
6 ketul ayam (dibasuh bersih)
1 biji bawang besar
2 inci halia
10 biji cili api hijau
4 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar ketumbar
2 batang serai
1 sudu besar gula melaka
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Cara Membuat:
1.Basuh bersih ayam yang dipotong.
2.Masukkan sedikit serbuk kunyit dan garam. Gaul rata.
3.Gaul rata macam ini. Rehatkan di tepi.
4.Sementara itu, sediakan bawang besar, halia, cili api hijau, bawang putih, kunyit hidup, jintan manis dan ketumbar.
5.Masukkan bawang besar, halia, cili api hijau, bawang putih, kunyit hidup, jintan manis dan ketumbar ke dalam mesin pengisar. Kisar bahan-bahan dengan sedikit minyak masak.
6.Kisar sehingga halus macam ini.
7.Panaskan minyak didalam kuali.
8.Tumis bahan yang telah dikisar tadi sampai pecah minyak.
9.Masukkan ayam yang telah digaul dengan kunyit dan garam tadi. Gaul rata.
10.Masukkan serai dan gaul rata.
11.Masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Gaul rata sehingga masak.
12.Dah siap. Inilah dia Ayam Masak Ungkep yang telah siap dimasak.
Senang kan? Selamat mencuba.
MW: Sedapnya Ayam masak ungkep ini. Masakan yang sangat popular bagi orang Jawa. Makan dengan nasi panas-panas, memang bertambah sedap!
Air Nescafe yang sedap dan sempurna bancuhannya perlulah cukup rasa pahit, manis dan lemaknya.Hanya penggemar Nescafe tegar yang benar-benar dapat merasai kenikmatan minuman ini, serta tahu rasanya walaupun dengan hanya melihat pada warnanya!
Sebenarnya ada formula tertentu untuk mendapatkan Air Nescafe yang sedap warnanya bak warna Sungai Pahang yang sering menjadi idaman. Perkongsian oleh Wan LuQman yang pernah mempunyai pengalaman bekerja berbelas tahun di Cafe Starbucks boleh dijadikan panduan buat mak-mak yang suka minuman ini.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Salam 1 jemaah nescafe..saya tak pandai masak. Tapi reti buat air nescafe je..huhu. Hantu nescafe, berkurun asyik minum nescafe. Tahap ketagih dah..boleh la sikit-sikit, berbekalkan pengalaman kerja di Starbucks berbelas tahun dahulu. Ini formula mengikut selera aku.
Kalau korang nak rasa macam Almond Latte, letak minyak kelapa dara sedikit dalam sesudu kecik. Pun sedap! Tapi nescafe ni power, macam panadol. Juling bijik mata kalau minum. Untuk seorang minum.Nescafe sedap bergantung pada kesempurnaan warnanya. Mintak maaf ya, aku paling tak suka 3 in 1 tu.kita benci 3 in 1.
Kepada ‘penagih’ sekalian alam.Kalau boleh sehari sekali dua cukuplah. Jangan minum gelas besar, 280 – 325ml pun dah ok. Asal hilang ketagih, sebab tu perut kau buncit tak kempis-kempis, yang disalahkan, nasi…kesian nasik.
Bahan-Bahan (1 gelas):
1 sudu nescafe
4-6 sudu kecil susu cair
1 1/2- 2 sudu kecil susu pekat manis
Air panas mendidih
Cara Membuat:
1.Masukkan sesudu kecil nescafe. Tapi jangan penuh menggunung ok.
2. Masukkan pula susu cair dalam 4 hingga 6 sudu kecil.
3.Setelah itu, masukkkan susu manis 1 setengah sudu hingga 2 sudu kecil.
4.Campurkan dan kacau sekali sehingga larut sebati.
5.Warna bila dicampur dan dikacau waktu ni, bau macam dekat starbucks kononnya.. hahaJangan risau, ini just nice tak bermanis. Sebab aku tak suka minum manis-manis. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya.
6.Lepas dah kacau tadi, baru tuangkan air yang betul-betul panas mendidih!
Dah siap. memang sedap! Jangan ketagihan sudah lah. Perhatikan warnanya, warna sungai pahang ini lah yang kita nak.
Kalau nak thrill lagi, letak sesudu minyak kelapa dara.
Ikan di air sudah ku tahu jantan betinanya…macam tu lah nescafe..hahaha
Dah terbiasa dengan etika budaya kerja starbucks dahulu kala, never ever fill up the water to the top. Mesti 3/4.
Selamat Mencuba!
Semoga bermanfaat dan kongsikan juga buat peminat nescafe tegar!
Sesekali hujung minggu nak buat kelainan cuba resepi western, mak -mak boleh cuba resipi ‘Baked Cheese Carbonara Meatball’ ni.Senang je rupanya nak buat, hanya dengan 4 langkah mudah dah boleh dapat menu yang sedap lagi senang nak buat untuk anak-anak.Campak-campak je, bahan-bahannya pun sikit je.
“Assalamualaikum Hari ni saya masak ‘Baked Cheese Carbonara Meatball’. Sedap. Siapa nak cuba saya sertakan resepi kat bawah ye.”
Bahan-Bahan:
Bebola Daging/Ayam
1 Tin Sos Carbonara Prego
Setengah cawan susu segar
Sedikit lada hitam
Keju Mozarella
Capsicum & Bawang Holland
Cara Membuat:
1.Bebola daging (nak guna bebola ayam pun boleh) digoreng dulu. Lepas tu goreng pulak capsicum dengan bawang dengan minyak yang sikit ye. Dan lepas tu susun macam ni.
2.Tuang Sos Carbonara. Cara masak sos ni, masukkan setin Sos Carbonara Prego dalam kuali. Masak sampai mendidih, lepas tu masuk susu segar lebih kurang setengah cawan, masuk lada hitam hancur jika suka dan siap. Lepas siap masuk sos tu macam dalam gambar.
3.Letakkan mozarella cheese dekat atas. Nak letak banyak mana pun boleh Lagi banyak lagi sedap hehe.
4.Masukkan dalam oven, suhu 170 darjah celcius, masak dalam masa lebih kurang 10-15 minit. Dan taraaa siap di makan.
Wah enaknya, Ayam Rendang Terangkat, Rasa Melekat. Beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Syawal. Istimewa hari ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini?...