Rupanya kita boleh buat sendiri berliter-liter yogurt homemade, malah dijamin sedap, bersih dan halal. Boleh buat jual atau makan sendiri untuk keluarga. Bahan-bahan yang diperlukan pula tak banyak, malah sangat senang nak buat sendiri.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Mayah Rubel Hasan ini sebagai panduan;
Yogurt fully homemade by mayah.Setiap hari Khamis kami akan buat berliter-liter yogurt sendiri untuk berniaga hari Jumaat. Sekali mayah share resepi la wajib hangpa kena try ya. Dijamin sedap bersih halal dan sedap mampos.
1. Panaskan periuk, pastikan periuk bersih dan kering.
2. Kemudian masukkan kesemua susu dengan api suhu sederhana.
3. Setelah itu, kuatkan api dan biarkan sehingga susu mendidih dan kacau rata.
4. Masukkan pula daun salam dan buah pelaga, kacau sebati dalam 1 hingga 2 minit, kemudian tutup api.
5. Kemudian pindahkan periuk susu ke tempat yang ada kipas untuk pastikan susu betul-betul sejuk dengan angin kipas.
6.Sambil itu boleh buang buah pelaga dan daun salam tadi.
7.Pastikan susu tadi dalam keadaan suam, sederhana panas.Setelah itu masukkan pula yogurt asli dan kacau sebati.
8. Sediakan bekas kecil dan cepat-cepat isikan susu tadi.
9. Tutup rapat dengan kain/selimut selama 5 jam. Pastikan tidak masuk angin. Selepas 5 jam, bolehlah terus masukkan dalam peti sejuk.
Ni yang dah siap minggu lepas punya.
Ads
Bangun pagi subuh buka tengok dah menjadi yogurt kita. Terus ambil letak peti ais na . Tempat normal. Sedia untuk jual atau makan sendiri.
Ni yang Mayah punya cantik kan. Rasa pergh tak boleh lawan kat kedai punya . Padu bersih halal.
Ni Panipurii Mayah .Setiap Jumaat mayah jual beratus bekas !
Mingguan Wanita: Mudah je rupanya nak buat sendiri yogurt homemade di rumah.Boleh buat berniaga atau makan sendiri di rumah. Malah dijamin sedap, bersih dan halal!
Bagi mak-mak peminat makanan Korea, atau suka layankan anak-anak yang makanan Korea boleh cuba buat sendiri resipi’Pogi Kimchi Homemade’ ini. Sesekali tukar selera dengan menu tradisi orang Korea menarik juga. Rasa masam pedas dan rangup! Menurut perkongsian resipi oleh Red Luna, Kimchi ini mampu tahan lama sehingga 2 bulan,malah makin lama diperam makin sedap rasanya.
Berikut antara perkongsian resipi kimchi tersebut;
Bahan-Bahan Utama :
3 biji Kobis Cina/ Panjang (anggaran berat 1.5kg setiap 1)
3 batang Lobak Putih
3 batang Lobak Merah
1 ikat Daun Bawang (Potong dalam anggaran 1 inci)
1 ikat Daun Kucai (optional) (Saya tak letak sebab takde kat pasaraya time tu)
3 cawan serbuk cili
Bahan (Kisar):
3 labu Bawang putih
1 sudu Besar Halia
3 biji Lada Merah Besar (untuk tambahkan warna merah pada Kimchi)
1/4 cawan Gula
Cara Membuat:
1.Potong Kobis kepada 4 bahagian.
2.Cuci bersih-bersih di setiap helaian Kobis kemudian toskan airnya.
3.Letak garam kasar di setiap helaian Kobis.
4.Setelah semua di sapu garam biarkan selama 4 jam atau sehingga Kobis tersebut dah tak boleh dipatahkan lagi. Terbalikkan Kobis setiap 1 jam nak bagi garam sekata.
5.Kobis selepas 4 jam dibiarkan bersama garam kasar.Selepas 4 jam cuci lagi sekali untuk hilangkan rasa garam. Cuci di setiap helaian daun bersih-bersih dan perah-perah sikit Kobis tu bagi air garam keluar. Kalau tak nanti makan Kimchi rasa masin garam lebih. Kemudian toskan airnya.
6.Lobak merah dan putih tadi di potong panjang-panjang. Cara saya memang suka macam ni. Ada yang buat lagi halus dan nipis. Terpulang kat korang.
7.Satukan semua bahan dalam 1 bekas besar.Sebelum tu Kobis tu potong dulu yer. Jangan masukkan seketul. Potong anggaran panjang 2 inci atau terpulang pada korang.Masukkan sekali Daun Bawang yang sudah dipotong dan juga bahan yang di blend tadi.Masukkan 3 cawan serbuk cili (saya guna brand Faiza) Kalau tak suka pedas kurangkan sukatan serbuk cili.Kemudian gaul semua sekali bagi sekata.
8.Masukkan dalam bekas dan tekan2 bagi mampat. Peramkan selama 1 malam suhu bilik.Selepas 1 malam boleh masuk ke dalam peti sejuk bahagian chiller. Tahan sehingga 2 bulan.
**Makin lama Kimchi diperam makin sedap. (tapi make sure simpan dalam peti sejuk tau)
Siap untuk di makan dengan nasi putih atau dimakan begitu saja.
Bukan sebarang sambal tumis, ini hasilnya jadi lagi sedap bila dah masak. Memang berguna sangat nak dekat puasa ni, boleh buat stok siap-siap.
Kata Putra Bugis Temasek, dia dah lama simpan rahsia masak ni dan memang rasa sambal tumis itu berbeza sangat. Nak buat bilis lain caranya, udang lain, telur lain dan sotong pun tak sama. Nah, godeklah sesiap!
Hari ini saya hendak kongsi tip-tip dan cara membuat sambal tumisan bertambah sedap.
Ini tip-tip yang saya kumpulkan ketika membuat sambal tumis bertambah sedap ketika memasaknya!!!Selamat membaca.
Kalau sambal bilis
Masukkan sedikit ikan bilis semasa mengisar cili, lebih perisa sambalnya.
Kalau sambal sotong
Untuk elak sotong berair dan mencemar sambal, maka selepas basuh, perapkan dengan garam. Dan ketika memasak harus rasa agak garam tidak berlebihan.
Kalau sambal udang
Rebuskan kulit udang dan masukkan airnya dalam sambal.
Elakkan menggunakan cili boh kerana ada cuka (jika menggunakan harus masak sehingga betul-betul garing dan gula perlu gunakan banyak untuk menghilangkan rasa maun/cukanya.)
Api harus kecil dan tumis sehingga naik minyak. Selepas naik minyak baru masukkan gula. Gula dan minyak akan menjadi caremalize. Sambal tumis akan kelihatan gelap dan cantik dan rasanya sedap! Kemudian masukkan air asam, garam dan air secukupnya.
Sambal Bilis
Kalau sambal bilis memang tak masuk kan garam sebabnya bilis dah masin.
Sambal Sotong
Kalau sambal sotong masukkan sotong dulu, lepas dah kecut baru masukkan air asam jawa.
Sambal Udang
Kalau sambal udang masukkan udang dulu, lepas air udang dah keluar baru lah masukkan air asam jawa.
Sambal Telur
Kalau sambal telur selalunya masukkan sikit bilis sebagai perencah, goreng ikan bilis hingga garing dan goreng bawang besar pula agak macam dah layu… angkat… then baru tumis lada kering agak-agak dah masak baru masuk dan air asam gula garam and ikan bilis dengan bawang tadi.
Kadang-kadang saya tumis tomato dadu dengan belacan sikit kalau udang dengan sotong biasanya saya goreng separuh masak dulu, bila sambalnya dah nak masak baru saya masukkan balik.
Kalau sambal udang, saya blend udang kering sikit dengan cili kering tu.
Petua arwah nenek, tiap kali blender cili kering letakkan sikit kunyit hidup, insyallah mana-mana masakan yang perlukan cili, sambal, asam pedas, akan terasa lebih sedap.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Agar-Agar Gula Merah antara resipi ‘lejen’ orang dulu-dulu. Sering dihidangkan sewaktu kenduri kendara. Namun jika tak kena caranya, tak menjadi agar-agar ini. Kena cuba buat berkali-kali untuk dapatkan hasil yang menepati citarasa dan ikut selera.
Boleh cuba resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Humie Kalsum Kamaruddinini sebagai panduan;
Saya kongsikan resepi Agar-Agar Gula Merah. Saya tak pasti dah jual berapa set setakat ni. Alhamdulillah, ramai suka. Rezeki ilmu, hidayah dan kudrat dari Allah SWT.
Hari ni, saya sempat draft resepi dan saya kongsikan disini sebegai memenuhi permintaan beberapa teman dan perkongsian untuk semua. Resepi ni, saya belajar dari laman tik tok, google dan Youtube. Saya satukan dan R&D sampai saya puas hati dan mula buat untuk jualan perniagaan.
Bahan-Bahan :
*1 paket agarx2 tali ( 20gm )
*Gula 3 sudu besar { ikut suka kita)
*Gula Merah : 250gm { ikut suka kita)
*1 liter air
*Gula Melaka seketul ( boleh masukkan gula batu sedikit kalau nak. Humie jarang masukkan)
*Daun pandan (Tak letak, tak pe. Tapi, kalau letak ia lebih wangi & aromanya sedap)
Santan 200ml + air (sukatan dalam kotak santan juga.. 200 ml juga agaknya)
Secubit garam
Telur sebiji ( Grade B)
Cara Membuat:
1.Didihkan air dalam satu periuk dan letak barang-barang yang saya letar tanda * di atas. Masak dalam rice cooker pun boleh.
2.Masa agar-agar tengah mendidih, ambil satu mangkuk. Tuang santan kotak kecil. Lepas tu, dalam kotak yang sama, isi air penuh sukatan dalam kotak. Tuang dalam mangkuk tadi. Letak garam secubit. Sebatikan (Kacau sekejap saja).
3. Apabila agar-agar dah hancur. Perlahankan api dan tuang campuran santan, air, telur dan garam tadi. Kacau perlahan berterusan hingga ia menggelegak dan mula naik buih. Jangan ditinggalkan waktu ni. Kalau buih tu melimpah keluar, rasanya memang agak kurang sikit. Belajar dari kesilapan .
4. Tip Loyang yang kita pakai untuk memudahkan agar-agar keluar. Basahkan sedikit sebelum adunan dituang ke dalamnya.
Ni yang mampu Humie terangkan. Sekiranya kelam kabut atau kurang menjadi, maaf.
Hari ni, ada customer request minta masukkan esen vanilla sikit. Pada awalnya takut tapi suami kata rasanya amat berbeza dari sebelum ni dan lebih sedap. Ni pendangan peribadi suami. Kita R&D sampai dapat rasa ikut tekak kita dan keluarga kita. In Syaa Allah. Moga Berjaya.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...