Senang sahaja hendak buat sendiri santan segar. Paling penting ia dijamin bersih. Jika tak mahu diguna segera boleh juga disejuk beku di dalam freezer.
Ikut Cara Buat Sendiri Stok Santan Segar Yang Dikongsi Oleh Afy AL Habibi.
Stok Santan Segar
Cara Buat
1-Cikgu buat kelapa parut untuk 2 biji. Perasan tak kalau frozen dulu kelapa parut kita tak terus kisar lepas beli, ia akan mengering sikit. Jadi mengecut. Dan ambil masa juga untuk defrost dan kembali asal balik. Tipsnya, rendam kelapa parut dengan air panas. Bagi isi kelapa tu mengembang semula. Dengan cara ini juga santannya lebih banyak.
2-Haa jangan susah-susah nak ramas dengan tangan. Jangan bazir tenaga. Penat tau nak buat. Cikgu dah pernah kena. Nak mudah masukkan kelapa parut tadi dalam pengisar. Pastikan air menyamai paras kelapa parut. Kisarlah beberapa kali secara on off.
Ads
3-Haa nampak penapis besi tu?Cikgu panggil penapis santan. Sediakan juga besen kecil. Sebenarnya kalau ada penapis kain yang kita guna untuk buat air teh macam kat kedai tu lagi terbaik. Kalau takda ikut je cara cikgu ni. Tuang kelapa yang dikisar tadi ke dalam penapis ini.
4-Okay inilah tips yang perlu diikuti. Ramas-ramas seketika kelapa ini. Ikut petua sesetengah orang lama, kelapa diperah menggunakan ibu jari semasa santannya keluar.Petua ini untuk mengekalkan santan lebih lama. Relevan ke tidak cikgu tak pasti. Cuma ikut sahaja.
5-Ini hampas kelapa selepas santan diperah. Orang dulu kalau masak dia tak suka tambah air. Nak cairkan kuah mereka akan masukkan juga dari tambahan santan cair. Iaitu ramasan dari kali kedua atau ketiga santan. Cikgu kisar sekali sahaja kelapa tadi sebab dah guna banyak air. Terpulang kepada kuantiti santan yang kita perlukan okay?
Ini Lagi Cara Buat
6- Nah hasilnya. Santan yang siap dikisar dan diperah.Ngam-ngam pekat dan cairnya.
Ads
7-Untuk pastikan santan betul-betul clear dari hampasnya, cikgu tapis lagi sekali. Kali ini cikgu gunakan penapis teh. Haa tengoklah. Masih ada lagi kan hampas yang mendap sekali dengan santan. Boleh buat dua tiga kali.
8- Nak mudahkan pembungkusan, masukkan santan dalam jag. Kemudian perlu sediakan getah dan plastik.
9-Tuanglah santan tadi dalam plastik. Kemudian ikat ketat. Dah siap santan segar buat sendiri! Bolehlah simpan dalam freezer. Jimat duit kan. Takdalah asyik terkena santan cair ‘loleh’ dan kadang masam. Tahap kebersihan pun lebih terjamin.
Resepi Kuih DENDERAM Dibuat Meniaga, Tak Perlu Perap Terus Goreng Elok Lembut! Kuih Peneram atau Denderam antara kuih tradisional kesukaan ramai. Bahan-bahan yang digunakan pula cukup mudah, hanya guna 3 bahan. Namun nak buat kuih ini perlu cara yang betul. Jika tak kuih ni akan jadi keras dan tak sedap rasanya.
Ikut resipi mudah kuih peneram yang dikongsikan oleh DEq MOkchik ini sebagai rujukan;
Siapa dekat sini yang suka kuih denderam angkat tangan. Meh sini saya nak share resepi kuih denderam yang saya buat meniaga yang pastinya lembut tak perlu nak perap-perap adun-adun terus goreng hanya 3 bahan sahaja.
1.Masak gula merah bersama dengan air dan kacau sehingga larut.
2.Letakkan tepung beras di dalam mangkuk.
3.Masukkan air gula yang dimasak tadi (panas-panas)ke dalam mangkuk yang berisi tepung jangan lupa tapis ye air gula semasa tuang.
4.Kacau-kacau bagi semuanya merata.
5.Selepas itu kita biarkan dalam 5 minit bagi sejuk(kalau cara saya,saya terus goreng je).
6.Sebelum nak uli sapu minyak dahulu di atas tempat uli dan cetak menggunakan cetak donut yang minitu.
7.Minyak biar betul-betul panas supaya kuih menjadi kembang semasa goreng.
8.Goreng dalam api yang sederhana.
9.Siap untuk dimakan, makan panas-panas sedap.
Mula-mula memang kita akan nampak kuih tu macam keras tapi tunggu dalam beberapa jam kuih tu akan jadi lembut dan gebu.
Selamat Mencuba!
Saya halalkan resepi yang saya bagi dan mana tahu ini boleh jadi sumber pendapatan.
Mingguan Wanita: Menarik dan mudahnya resipi kuih denderam ni hanya guna 3 bahan. Yang penting tak perlu perap pun, boleh terus goreng tetap elok gebu dan lembut rasanya.
Jika selalu buah nangka masak dimakan mentah begitu saja. Rupanya mak-mak juga boleh padankan dengan pulut dan kuah santan pekat untuk kelainan.Boleh rujuk perkongsian resipi daripada Puan Zalipah Ibrahim ini pulut nangka yang dibuat untuk jualan sebagai panduan.
“Pulut nangka yang kak pah buat untuk jualan.Atas permintaan ramai dan maaf bagi yang kak pah tak reply mungkin tak perasan. Kat sini kak pah share resepi ya. Maaf andai ada yang terkurang kalau ada tak faham boleh tanya”.
Bahan-Bahan:
Buah nangka
beras pulut ( direndam 8 jam ) kurang pun takpe
santan pekat( guna santan kotak pun lagi bagus pekat )
garam & gula
Daun pandan (Pilihan )
Cara Membuat:
(Pulut)
1.Mula-mula toskan pulut yang direndam, kukus dalam periuk kukus letak daun pandan nak bagi wangi.
2.Masuk santan pekat dalam bekas campur garam agak-agak rasa dengan tekak kacau bagi hancur gula.
3.Dah masak pulut yang dikukus angkat gaul dengan santan tadi sampai kering santannya.
4.Selepas itu, masukkan semula dalam periuk, kukus sekali lagi sampai keluar wap. Angkat, tabur gula dalam pulut kaup balik pulut tadi dengan senduk bagi gula sekata. Biar sejuk sikit.
( Nangka)
1. Belah buang biji isi nangka, jangan belah terus separuh je
2. Ambil pulut kepal-kepalkam dan masukkan dalam nangka tadi.
3. Dah siap semua masuk nangka yang dah isi pulut ke dalam periuk dan kukus sekejap dalam 3-5 minit, untuk bagi nangka lembut sikit. Jangan lama nanti lembik tak sedap. Kalau suka nangka yang ranggup tak perlu kukus.
( Kuah Santan)
1.Santan pekat kisar dengan isi nangka agak-agak jangan banyak sangat dalam 5 @ 6 ulas je.
2.Letak atas dapur masak dengan api sederhana sampai mendidih.
3.Masuk gula garam ikut citarasa.
Siap! dah boleh makan.
MW: Menarik juga resipi pulut nangka kuah santan pekat ni. Mak-mak boleh cuba buat sendiri di rumah nanti. Mungkin ada yang kata buah nangka dan pulut ini ‘angin’, apa-apa pun makanlah berpada-pada dan tak berlebihan.
Pajeri orang sekarang tak macam masakan pajeri orang dulu-dulu. Apa yang dikongsikan Syed Mohd Nazlidalam grup Masak Apa Hari Ni (MAHN) ni memang ada betulnya.
Susah dah nak jumpa, kalau ada pun rasa santannya kuat. Hilang rasa asli pajeri itu. Sebab itulah, mak-mak muda terutamanya kena belajar ilmu masakan ini.
Ini cara betul masakan pajeri baik terung atau nenas, 10 rahsia yang dinyatakan ini kena ada. Point yang beliau kongsikan inilah yang akan membetulkan salah faham terhadap pajeri nenas.
10 Cara Betul Masak Pajeri
1. Pajeri bukan sejenis masakan berkuah cair.
2. Ianya berkuah pekat.
3. Rempah yang digunakan ialah rempah kari daging.
4. Bahan wajib ialah kerisik yang digaul bersama rempah sebelum ditumis.
5. Bahan tumisan selain bawang putih / merah ialah hirisan halia dan ’empat sekawan’. Jangan dok rajin tambah serai segala bagai.
6. Proses mati rempah dan pecah minyak adalah sama macam tumisan kari ikan.
7. Cukup sedikit pati santan.
8. Masakan ini jenis masakan manis dan perlukan gula yang sedikit banyak.
9. Nenas hendaklah dicelur air panas terlebih dulu.
10. Rasanya mesti ada rasa rempah, rasa gula, rasa garam dan sikit sangat rasa lemak. Diulangi SIKIT SANGAT RASA LEMAK!
Masakan Pajeri Kena Rupa Macam Ini
Mak-mak, masaklah pajeri tu sampai jadi macam dalam gambar ini. Ini pajeri dari Mak saya yang saya akan gaul nasi di dalam periuk bekas-bekas tinggalan yang ada.