
Suasana norma baharu sekarang ini, bila nak keluar rumah mesti ada benda nie untuk keselamatan diri dan keluarga. Bagi yang bertudung, satu masalah bila nak memakainya. Sebab tu macam-macam cara yang digunakan untuk menyambung mask supaya terletak cantik memakainya.
Tutorial daripada Ezy Eizyanie cukup menarik dan bahan untuk membuat mask extender pun senang nak dapat. Kalau dah terror, siap boleh buat jual lagi. Maklum la musim sekarang nie ramai yang mencari dan penting bila nak ke mana-mana.
Mesti ramai cari face mask extender ni kan. Meh kita share camna nak buat untuk cara yang paling SENANG sekali. Barang2 macam ni kat ECO ada, Mr. DIY pun ada
Bahan-bahan:
- Getah (tak kisahlah apa2 getah pun, getah rambut yang kecil tu pun ok)
- Button
- Jarum
- Benang
Cara nak buat berpandukan pada gambar yer.
Bahan yang diperlukan.
Ukur getah ikut pada keselesaan.
Potong getah.
Ambil butang. Jahitkan pada hujung setiap getah.
Siap satu bahagian.
siap.
Mudah je kan.
Bolehlah untuk sendiri buat sendiri pakai
MW: Selamat mencuba, nanti bolehlah buat stok banyak untuk kegunaan sendiri, ada rezeki boleh dijual pada kawan-kawan.
kalau nak tengok pelbagai barangan keperluan, bolehlah ke sini
Sumber: Ezy Eizyanie
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Warna Air Kencing Jernih, Kuning Pekat Tandanya Tidak Normal, Fungsi Buah Pinggang Terganggu, Waspada!

Isi Kandungan
ToggleBila buang air kecil, pernah tak anda perhatikan warna air kencing atau tak ambil tahu langsung. Jangan ambil ringan tentang perkara ini, ia ada kaitan adakah warna air kencing itu normal atau tidak.
Biasanya air kencing yang normal adalah berwarna kuning pucat. Tapi bagaimana kalau warnanya jernih atau terlalu pekat. Inilah yang diterangkan oleh Dr Rittz dalam perkongsiannya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Cara Betul Bersihkan Air Kencing Anak, Elak Terkena, Bawa Najis Dalam Solat, TAK SAH!
Air Kencing Bertukar Warna Bila Makan Buah Naga, Jangan TAKUT Tak Bahaya
Info Lebih Menarik DI SINI
Air Kencing Normal, Kuning Pucat, Buah Pinggang Sihat
Warna air kencing yang normal adalah kuning pucat.
Bila warna jernih, itu tandanya tidak normal. Keadaan ini berlaku kerana seseorang itu minum air lebih daripada yang diperlukan oleh badan.
Kesan minum air yang banyak ini menyebabkan fungsi buah pinggang akan terganggu kerana ia terpaksa bekerja lebih untuk menyingkirkan air lebihan dalam badan.
Akibatnya juga boleh membuatkan keracunan air dan ia dianggap sangat serius. Biasanya warna jernih ini kerana seseorang minum air yang banyak dalam jangka masa yang pendek. Contohnya, 4 liter air dalam masa 3 jam.
Selain daripada itu, bila air terlebih dalam badan, buah pinggang terbeban dan tak dapat singkirkan melalui air kencing. Air lebihan inilah akan melarutkan mineral dalam badan.
Bila kekurangan mineral, sel dalam badan tidak dapat berfungsi dengan normal. Keadaan ini boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami sawan, koma dan kematian.
Warna Kuning Pekat Pun Tidak Normal
Ini bermaksud seseorang itu kekurangan air dalam badan sehingga boleh menyebabkan dehidrasi. Kesannya sama seperti yang dialami oleh seseorang yang minum air berlebihan.
Bila keadaan ini berlaku, seseorang itu akan dapat kesan sampingan seperti dahaga, kering, keletihan, pening. Sama seperti dengan terlebih air.
Jadi, adalah penting untuk kita monitor dengan minum air tidak terlalu banyak, ada hadnya dan jangan sesekali kurang minum air.
Mingguan Wanita : Jadiny,a janganlah terlebih minum air yang disarankan dan jangan pula kurang minum air. Kesannya hampir sama, takutnya kegagalan buah pinggang.
Sumber: Dr Rittz (tiktok)
@dr.rittz Reply to @lilyghanisma #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #tiktoksg #airkencing #fyp ♬ original sound – Dr Rittz
.
.
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Beli Siap Tak Mampu, Buat DIY Vanity Mirror Guna Kos Paling Bajet

Isi Kandungan
ToggleVanity mirror ni kalau beli siap harganya memang atas RM100. Iyalah campur kos barang, kos upah lagi. Nak jimat, cuba buat DIY vanity mirror sendiri dengan kos paling bajet.
Idea kreatif yang dikongsikan E’zzati Zainol Sugarbomb ini betul-betul menjadi. Sebab bukan saja mudah, malah murah. Jauh beza dari harga jual vanity mirror di pasaran.
Sebabnya, nak siapkan cermin berlampu untuk meja solek ini bahan-bahannya cuma 4 barang saja.
Kata E’zzati, “Saja nak share vanity mirror kos paling bajet. Nak beli yang siap tak mampu lagi. Jadi, DIY barang yang sedia ada.”
DIY Vanity Mirror Dengan Kos Paling Bajet





Ada Yang Dah Mencuba, Cantik Hasilnya
Ilham kreatif yang dikongsikan E’zzati ini benar-benar menjadi. Sebabnya ada netizen yang sudah mencuba dan kongsikan hasil kreativiti vanity mirror yang dibuat sendiri. Cantik!
Haa.. mudahkan nak buat vanity mirror sendiri. Bolehlah cuba nanti ya. Jangan lupa sharekan hasilnya.
Sumber/Foto : E’zzati Zainol Sugarbomb
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jus Lebih Banyak, Buat PATI LEMON Penting Lumur Dengan Garam!

Isi Kandungan
ToggleRupanya untuk mengeluarkan jus lemon yang banyak dan isinya yang lembut berair, penting lumurkan dengan garam terlebih dahulu. Terutamanya jika nak buat pati lemon sendiri di rumah.
Buah lemon memang mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Perahan buah lemon yang kaya dengan vitamin C boleh dinikmati dengan campuran air suam, dicampur dalam teh atau boleh juga dicampur dengan sedikit madu untuk dijadikan ubat batuk semulajadi serta untuk menyejukkan badan.
Lebih mudah dan jimat jika kita buat sendiri stok pati lemon ini. Buat dalam kuantiti yang banyak, bila nak minum dah sedia ada.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Azrina Mohd ini sabagai panduan;
Zaman berjimat sekarang ni, kena cari kerajinan untuk masak or prepare menu kegemaran keluarga. Biasanya saya beli pati lemon dari Korea yang sebotol RM30 lebih untuk dibuat air minum. Elok untuk sejukkan badan katanya.
Tapi selepas tengok a chinese uncle buat sendiri pati lemon, terus try buat sendiri. Walaupun rasa tak sama 100 peratus dengan brand korea tu tapi yang penting fungsi tetap sama – untuk sejukkan badan. Modal untuk 2 pek honeycomb sugar rock dan 7 biji lemon cuma RM12.Cara buat pun mudah.
Bahan-Bahan:
Lemon
Garam Kasar
Gula Sarang Lebah
Cara Membuat:
1. Gaul lemon dengan garam kasar dan biarkan dalam 10 minit.
2. Kemudian basuh dan pastikan lemon betul-betul kering sebelum dihiris. Buang sekali biji lemon.
3. Masukkan lemon dan gula dalam kuali yang kering. Biarkan gula cair dan biarkan atas api selama 10 minit (api slow) untuk reduce pati bagi pekat sedikit.
4. Selepas 10 minit, tutup api dan biarkan sejuk sebelum masukkan dalam bekas yang kering.
Gula Sarang Lebah boleh beli di Shoppe atau Kedai Eco
Cara Minum:
- Boleh bancuh dengan air sejuk atau letak ais. Ikut citarasa masing-masing. Kalau nak manis, boleh tambah gula sebab pati ni manis-manis buah je.
Info Ekstra!
- Tujuan lumur lemon dengan garam untuk bantu keluarkan jus lemon. Bila hiris nanti, boleh tengok isi dalam jadi lembut dan berair je.Bila masak nanti, jadi banyak jus lemon.
- Tak perlu tambah air, bekas masak dan bekas simpan pun kena betul-betul kering.
- Masak pati ni kena beringat. Jangan bagi kena air supaya pati tahan lama. Boleh simpan dalam peti ais untuk tahan lama.
Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba.
Mesti Baca:Wanita Ini Kongsi Cara Buat Skrub Semulajadi Untuk Awet Muda, Guna Halba & Putih Telur Je
Baca Lagi Di Sini:Air Rebusan Halba, Halia & Serai, Petua Hilangkan Kebas Kaki & Tangan Serta Sakit-Sakit Badan
Artikel Menarik:“Setangkai Pokok LEMON Ada 10 Biji Buah”, Lelaki Ini Kongsi Petua Baja!
Mingguan Wanita: Jadi jika nak buat pati lemon sendiri di rumah, pastikan lumur dulu buahnya dengan garam sekejap. Barulah buah lemon nant jadi lembut, lebih banyak jus dan berair selepas dihiris.
Sumber:Azrina Mohd
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI