Buat Korean Garlic Bread Sedap Menusuk Kalbu, Cara Orang Nak Cepat. Memang ada cara yang mudah untuk buat Korean Garlic Bread ini. Hanya gunakan roti putih biasa je. Sesuai disediakan untuk sarapan pagi, bekal anak-anak ke sekolah.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Haya Yahya ini;
Sebelum subuh dah masuk dapur, hari ini kita buat Korean Garlic Bread cara orang nak cepat.Bau garlic ni memang menusuk kalbu.
Maafkan saya, jiran-jiran. Mengganggu lena kalian dengan aroma masakan ni. Resepi ni boleh sesuaikan ikut rasa masing-masing. Saya pun ambil dari resepi orang lain, tapi tak ingat dari mana dah.
Bahan-Bahan:
Adunan Cream Cheese untuk letak dalam roti
150gm Cream cheese (saya pakai jenama tatura)
3 sudu besar Susu sejat
2 sudu besar Susu pekat manis
*Campur semuanya, kacau sampai rata.
Adunan Butter untuk celup roti
100 gm Butter
5 ulas Bawang putih (cincang halus)
1 biji Telur
2 sudu besar Madu
Sedikit Daun parsley yang kering(takde pun boleh)
*Panaskan butter dengan api perlahan, dah cair masukkan bawang putih dan tutup api. Bila dah agak sejuk, masukkan telur, madu dan daun parsley. Aduk rata.
Letakkan adunan cream cheese di atas roti.
Ads
Lipat dua roti dan tekan dengan garpu sekeliling roti agar ia melekat.
Dah siap tekan dengan garpu sekelilingnya.
Celupkan roti dengan adunan butter dan susun di loyang.
Bakar dengan suhu 180c selama 15 minit. Ikut kepanasan oven masing-masing.
Mingguan Wanita: Menarik resipi Korean Garlic Bread ni. Memang mudah dah cepat, guna roti putih biasa je. Sesuai sangat untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Kuih Lompat Tikam cukup terkenal di negeri sebelah Pantai Timur tanah air kita. Selalunya ada dijual di pasar pagi. Boleh dibuat untuk sarapan dan minum petang. Kuih Lompat Tikam Kelantan asli selalunya mempunyai 4 bahagian utama iaitu tepung hijau, kepala santan putih, pulut merah dan air gula melaka.
Nak buat sendiri kuih Lompat Tikam tak lah susah mana. Namun hasilnya memang berbaloi sedap, puas hati makan malah lebih jimat. Boleh cuba resipi Kuih Lompat Tikam yang dikongsikan oleh Puan Izamani Ismail ini. Sedapnya makan sejuk-sejuk, lemak manis secukup rasa!
Kuih Lompat Tikam
Bahan-Bahan(Tepung Hijau):
1 cawan tepung beras
3 cawan air (2 cawaan air + 1 cawaan air daun pandan)
Sedikit pewarna hijau pandan
Sedikit air kapur
*Masukkan bahan-bahan dalam kuali, kacau sebati baru buka api sederhana. Kacau adunan sehingga meletup-letup dan berkilat. Dah siap masukkan dalam loyang atau bekas.
*Kacau sebati dan buka api sederhana, kacau sehingga mendidih kemudian tutup api dan terus kacau sehingga suam supaya tak bergentel.
Bahan-Bahan (Pulut Merah):
1 cawan beras pulut
sedikit pewarna merah
santan cair
*Basuh beras pulut bersih-bersih, kemudian rendam dengan sedikit pewarna merah dalam 15 minit.
*Kemudian toskan beras pulut dan masukkan dalam acuan.
* Masukkan pula santan cair paras tenggelam beras pulut je dan sedikit garam, kukus sehingga masak.
Bahan-Bahan (Air nise):
2 keping nise/ gula Melaka
1 cawan air
sehelai daun pandan
*Masak semua bahan sehingga mendidih dan sedikit pekat.
Mingguan Wanita: Nak cuba kuih tradisional popular di Pantai Timur, boleh buat dan rasa sendiri Kuih Lompat Tikam yang manis berlemak ni. Memang sedap dijadikan sebagai pencuci mulut apatah lagi dinikmati ketika sejuk-sejuk.Kena cuba!
Keropok lekor memang sedap digoreng dan makan panas-panas waktu minum petang. Lebih-lebih lagi jika menggunakan ikan segar. Bagi negeri di pantai timur seperti Terengganu, memang terkenal dan cukup popular dengan keropok lekornya yang sedap dan garing.
Rupanya selain ikan segar, keropok lekor yang dibuat perlu menggunakan tepung sagu, barulah jadi elok kejadiannya. Mak-mak boleh cuba buat keropok lekor sendiri ikut resipi yang dikongsikan Fatin Umiyah ini yang merupakan orang Terengganu.
Berikut perkongsian tersebut;
“Saya orang ganu…selain penyu, keropok lekor pun glemer jugak.Hari ni nak share keropok lekor made by mak saya..hihi..buat makan petang.”
“Saya tukang tengok tukang makan je, uli semua mak saya yang buat..sebab air tangan mak selalu nye sedappp.”
“Untungkan jadi anak nelayan..duduk kat tepi sungai dan laut ni..ikan pun fresh.”
Bahan-Bahan:
3 mangkuk isi ikan mentah (selayang/selar) *kisar guna blender kering
3 mangkuk Tepung sagu
Garam
Perasa
Air
Cara Membuat:
1. Gaul semua bahan-bahan, sukatan air, garam tu agak agak la.
2. Uli sampai jadi la macam ni.
Tepung yang dah siap uli.
3. Boleh goreng terus atau rebus dulu.Nak goreng selepas rebus pun boleh, makan yang rebus camtu je pun boleh.
Keropok lekor yang lepas uli tadi terus goreng
Info Ekstra!
Tepung sagu bukan tepung ubi. Lain tepung-tepung ni..tak sama. Kat kedai runcit ada jual, dia jual by kilogram. Boleh je beli dekat mana-mana asalkan tepung sagu buat keropok.Sebab luar terengganu payah nak cari kan.
Ni tepung sagunye jual by kilogram. Ayah saya beli tadi rm4/kilo
Selamat Mencuba!
Saya izinkan share..semua boleh share..mak saya halalkan.
MW: Keropok lekor guna ikan fresh dan goreng makan panas-panas memang sedap dan puas hati. Tak susah pun nak buat keropok lekor ni, bahan-bahan pun tak banyak. Memang kena cuba nanti.
Nak petua banyakkan susu badan, senang je amalkan minum fresh milk yang dikisar dengan kurma, oat dan madu. Hebat betul kombinasi empat bahan alami ini bila dijadikan suplemen. Puan Eda amalkan setiap hari selepas melahirkan anak sampailah sekarang.
“Memang susu badan banyak sangat sampai boleh buat stok masa dalam pantang. Paling penting minuman ni buat perut mak-mak kenyang. Itu juga rahsia berat cepat turun lepas bersalin.
“Minuman ini juga sesuai untuk sesiapa sahaja yang berdiet, nak turunkan berat badan dan nak sihat. Jadikan minuman ini sebagai sarapan, amal secara konsisten.
“Memang perut rasa kejap, tak lapar. Macam sekarang bulan puasa, memang saya minum masa sahur, badan rasa bertenaga sangat. Nak minum masa berbuka pun bagus, paling best minuman ini sedap, berkhasiat dan sesuai untuk semua golongan. Anak-anak saya pun suka minum sebab rasanya sedap sangat,”katanya.
Suplemen Alami Banyakkan Susu Badan
Bahan-bahan:
1 gelas susu segar
3 biji kurma}dibasuh bersih dan dibuang biji.
1 sudu madu
3 sudu oat
Cara membuat:
1-Mula-mula, letakkan sabun basuh pinggan dalam blender, kisar jap then bilas blender sampai bersih. Tujuannya nak hilangkan bau bawang dan sebagainya yang melekat pada blender. Lepas tu, bolehlah buat suplemen ni.
1-Masukkan fresh milk bersama kurma dalam blender. Kisar sehingga kurma hancur, kalau nak cepat boleh juga potong kurma kecil-kecil sebelum dikisar.
2-Bila kurma dah hancur, masukkan oat, kisar lagi sampai semua bahan sebati.
3-Akhir sekali, masukkan madu satu sudu. Kisar sampai sebati. Untuk jaga khasiat madu, gunakan sudu kayu atau plastik. Sebaik-baiknya gunakan madu tulen sebab khasiatnya baik untuk kesihatan dan kecantikan. Selamat mencuba!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...