Kata-kata keramat ini diluahkan sendiri oleh Prof Dr Muhaya khususnya buat wanita yang bergelar isteri. Menurut beliau lagi, kebergantungan isteri dari sudut ekonomi dan segala urusan rumah tangga secara sepenuhnya bakal memberikan kesan kepada isteri. Suami itu bukan hak mutlak seorang isteri. Perpisahan sama ada hadir dalam bentuk ajal ataupun jodoh tidak panjang, mungkin memberi impak yang besar kepada isteri. Bagaimana survival wanita itu nanti, bagaimana emosinya nanti…bagaimana pula cara dia akan menyara anak-anaknya nanti dan bagaimana dia berdepan dengan stigma masyarakat.
Menurut Prof Muahya lagi, status ibu tunggal itu sewajarnya diganti kepada ibu berdikari; merujuk kepada kemampuan seorang wanita itu menguruskan anak-anak dan menggalas semua tanggungjawab yang sepatutnya dikongsi bersama suami tetapi dilaksanakan sendirian.
Jumaat yang mulia ini, topik Mingguan Wanita Talk Show membicarakan mengenai perihal kehidupan wanita yang berstatus ‘Ibu Tunggal’, menerusi topik Bangkit Kembali. Dikendalikan oleh Siti Elizad dan Prof Dr Muhaya hari ini mengundang Murtini Kasman yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor dan pakar motivasi, Dr Hj Tengku Asmadi Tengku Mohamed.
Hadir sama berkongsi pengalaman masing-masing adalah penyanyi Nora dan Tini Yahya ibu tunggal kepada enam cahaya mata. Nora meluahkan rasa kerinduannya terhadap arwah suaminya dan bagaimana dia cuba bangkit dari perasaan rindu itu. Mustahil untuk wanita yang sudah berkongsi hidup bersama suami, Johan Nawawi selama 24 tahun ini melupuskan semua memori bersama begitu sahaja. Dua objek peninggalan arwah suami dikongsikan Nora masih kekal dalam simpanan buat melepas rindu.
Nak tahu apa? Dengar sendiri luahan rasa Nora dan Tini Yahya mengenai kehidupan mereka berkongsi status sama, tetapi berbeza situasi dalam ulangan Mingguan Wanita Talk Show jam 8 malam ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI