Cili kisar antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan dan dijadikan stok untuk memudahkan memasak. Bukan apa proses nak buat cili kisar ni agak renyah daripada menggunting,merebus hinggalah mengisar cili. Stok cili kisar yang dah dibuat kemudiannya disimpan dalam peti sejuk.
Namun entah di mana silapnya, selalunya cili yang dibuat tak tahan lama, mudah rosak, berbau masam dan berkulat. Memang kita boleh beli cili kisar yang dijual di pasaran namun pastinya mempunyai bahan pengawet yang kita sendiri pun tak pasti kandungannya.
Sebenarnya nak hasilkan cili kisar yang tahan lama sehingga 3 bulan tak berkulat untuk dijadikan stok ada caranya. Boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Puan Roazura Bahari ini.
Sebelum ni jenuh buat cili kering kisar untuk simpan buat stok, tak sampai seminggu dah berkulat.Ok jom saya nak share bagaimana cara nak buat stok cili kisar yang tahan 3 bulan tanpa bahan pengawet.
Bahan-Bahan Diperlukan:
Cili kering
Minyak Masak
Garam Kasar
Air Asam Jawa/cuka
Cara Membuat:
1 .Potong 2 cili kering dan rebus.
2.Selepas rebus sejukkan, buang biji dan masukkan cili kering dalam mesin pengisar.
3. Tambah garam kasar, minyak masak ,air dan air perahan asam jawa (sukatan agak sendiri ikut banyak mana cili). # air perahan asam jawa boleh juga gantikan cuka jika tiada alahan pada cuka.
4. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk.Guna bila perlu.
Cili kisar ni tahan 3 bulan.Masa nak masak nanti just balance kan jer dengan bahan lain.
Nanti saya share bagaimana nak buat bahan perisa sama macam pak ajinomoto ,yang penting bahan senang dapat dan ianya menyihatkan dan menyedapkan masakan.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Buat Sendiri Cili Kisar, Guna Cili ‘Kerinting’, Tak Pedas Dan Tak Perlu Rebus
3 Tips Penting Cili Kisar Tahan Lama Lebih 3 Minggu,Tekstur Halus Gebu & Tak Berbau Hapak!
Guna Air Tapisan & Bawang Putih, Rahsia Cili Kisar Tahan Lama, Berbulan Tak Masam Berkulat
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika selalu buat stok cili kisar asyik rosak, berbau masam dan berkulat, boleh cuba tip yang dikongsikan ini barulah boleh tahan selama 3 bulan.
Sumber: Roazura Bahari
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI