Selalunya bila buat cili kisar sendiri, bab yang paling renyah pastinya nak gunting cili satu persatu untuk buang bijinya. Guna cara ni memang makan yang lama. Sebenarnya ada cara mudah untuk buang biji cili kering ni. Hanya guna chopper je, memang boleh keluar habis biji cili keringnya. Sesuai sangat buat peniaga atau mak-mak yang selalu buat cili kisar di rumah.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Ziela Mazlan ini.
Cara mudah nak buang biji cili kering. Saya guna kaedah ni je untuk para peniaga saya rasa kaedah dan cara ni sangat-sangat membantu. Kalau ada cara yang lagi mudah boleh la suggest dekat sini ye.
Cara-caranya:
1.Cili kering tu kita mesin dulu guna chopper. Jangan basuh dulu cili kering tu, nanti basah-basah susah nak asing kan biji cili. Saya guna yang saiz 3L so boleh mesin lebih sekali jalan je.
2.Haa macam ni la kejadiannya. Keluaq habis biji cili tu.
3.Asingkn biji cili tu gune tapis je. Sekejap je da settle. Cuci bersih-bersih pastu baru rebus.
Ads
4. Tu dia biji cili.
5. Ni kejadian selepas direbus..langsung takde biji cili. Lepas rebus boleh la blend macam biase bersama dengan beberapa ulas bawang putih supaya cili blend kite tahan lama. Tapi saya rasa tak berkesan cara ni sebab cili blend saya tak tahan lama, tak dan seminggu dah habis guna.
Mingguan Wanita: Wah, memang mudah buang cili kering guna cara ni. Sesuai sangat kalau selalu buat cili kisar. Jimat masa dan tenaga, tak perlu gunting cili lagi.
Buah kurma memang sinonim dengan bulan Ramadan dan dimakan ketika berbuka puasa. Sebab itulah, ia menjadi fokus utama dan orang akan tercari-cari bila menjelang Ramadan.
Walau bagaimanapun, buah kurma bukan hanya untuk bulan Ramadan, hari-hari biasa pun boleh dimakan, cuma ia menjadi satu kemestian untuk dimakan semasa berbuka puasa.
Bayangkan setiap hari dengan mengambil buah kurma, sudah tentu banyak bijinya yang dibuang begitu saja.
Apa kata, kita cuba tanam sendiri pokok kurma. Ada sesetengah orang cakap, keadaan cuaca negara kita tidak sesuai dengan tumbesarannya. Namun, kita tak tahu mungkin rezeki ia mampu hidup dan berbuah.
Cuba tanam sendiri pokok kurma seperti yang dikongsikan oleh Haba Tani ini. Mungkin ia memberi manfaat untuk kita semua. Selamat mencuba.
1. Bersihkan biji kurma. Cuci dengan air bersih sehingga hilang sisa-sisa isi kurma. Kemudian jemur seketika sehingga kering.
2. Kemudian ambil air bersih dan rendam biji kurma tersebut selama 4-6 hari. Pastikan setiap hari air diganti dengan baru.
3. Setelah 6 hari biji kurma siap di semai, siapkan 1 labu bawang merah, tumbuk dan kemudian rendam seluruh biji kurma tadi dengan air yang dicampur bawang selama 1 jam.
4. Letakkan tisu yang dibasahkan di dalam bekas dan susun biji kurma tadi.
5. Susun biji kurma seperti gambar di bawah ini
6. Tutup bekas tadi dan letakkan di tempat yang tidak terkena cahaya matahari. Biarkan selama seminggu dan biji kurma akan mula bercambah.
7. Siapkan medium tanam dengan polibel dengna kompisisi: Sekam: Kompos: Tanah, Campurkan kesemuanya dan masukkan ke dalam polibel.
8. Masukkan tunas kurma tadi ke dalam polibel dengan posisi hujung tunas dimasikkan ke dalam tanah. Simpan polibel di tempat yang teduh
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Cantik betul hiasan dalaman rumah pusaka yang terletak di Kuala Pilah ini. Dari luar rumah, memang nampak biasa-biasa saja. Tapi bila masuk saja ke dalam rumah, mata tu macam terpukau dengan konsep farmhouse yang pemilik hasilkan di kediaman kampung nya.
Paling buat anda jadi kagum bila rata-rata perabot dan hiasan dalaman rumah itu, pemiliknya, Norpadilah Binti Afandi buat sendiri. Dan hasil kerja tangannya penuh berseni sekali.
Antaranya kerusi, meja makan, meja konsol. Malah cangkuk pada dinding pun dibuat dari besi periuk yang tertanggal. Kreatif ke tak kreatif tu.
Bak kata Norpadilah, ‘tak bernilai di mata orang lain’ tapi cukup bernilai di matanya. Begitulah, kalau dah berseni kan. Nampak kayu tepi jalan pun boleh jadi hiasan cantik.
Menerusi perkongsiannya, rumah tempat kelahirannya ini cuma diubahsuai hiasan dalamannya sahaja. Kekangan kos membuatkan wanita ini tidak dapat membaik pulih struktur asal rumahnya.
Biarpun cuma ubah hiasan dalaman, hasilnya tetap menarik dan selesa sekali di pandangan mata. Moga kisahnya menjadi inspirasi untuk kita memasang impian membina rumah cantik untuk kediaman sendiri.
“Rumah pusaka, asalnya separa batu dan separa kayu.. rumah kelahiran saya. Berpuluh tahun usianya. Mula reput dimakan anai-anai.
Sepuluh tahun lepas, dikurniakan sedikit rezeki untuk baik pulih dinding yang mulai mereput. Alhamdulillah dapat naikkan dinding batu. Tapi bajet yang ada tak memberi ruang buat merubah design dan rupa bentuk rumah asal. Cukup sekadar selesa dengan dinding yang baru.
Penyangkut dari penutup periuk terpakai.
Dari situ, berdikit-dikit memasang impian dan mula belajar untuk ber’diy’ menggunakan sepenuhnya kayu/papan terpakai serta bahan buangan yang sudah tidak bernilai dimata orang lain. Beransur-ansur biarpun menelan masa bertahun, melakar dan merealisasikan ‘kampunghouse’.
Dalam lautan dekorasi terkini, gah dan mewah, saya cukup sekadar merasa bahagia dan berbangga dengan hasil usaha yang tak sepertinya. Bahagia yang sungguh sederhana.
Masih belum selesai lagi kerja-kerja DIY. Doakan saya ada rezeki untuk menukar cat luar rumah dalam masa terdekat.
Ramai yang tanya macam mana lantai berkilat, saya guna sabun cap buruh yang warna kuning… rendam air panas…. guna untuk cuci lantai atau mengemop. InsyaAllah….lama2 kilat.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Tudiaaaaaaa..antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke :
Bermulalah lembaran baru persekolahan dan juga hari kedua tahun 2018. Seperti biasa, bila buka sekolah mak ayah akan sibuk bayar yuran dan menguruskan kemasukan sekolah sesi baru. Begitu juga dengan saya yang agak kelam kabut di hari pertama sekolah dibuka.
Maklumlah semasa sebulan anak-anak bercuti sekolah pagi saya tidaklah sesibuk sewaktu mereka bersekolah. Sebabnya seawal 5 pagi saya sudah bangun untuk sediakan sarapan dan makan tengah hari untuk mereka.
Kena Ikut Bajet
Sebelum itu seperti ibu bapa yang lain saya juga membeli pakaian persekolahan anak-anak tetapi saya beli mana yang perlu saja. Memandangkan tahun lepas saya dan suami tersalah bajet hingga perbelanjaan kami melebihi had. Tahun ini kami ambil pendekatan yang lebih mudah iaitu hanya membeli seorang dua pasang baju saja untuk tiga orang anak saya. Dalam keadaan ekonomi yang agak mencabar ini rasanya kita perlu banyak berjimat.
Oklah sebenarnya sebelum anak-anak mula sesi baru persekolahan selama sebulan juga saya ambil peluang mengambil cuti dan berehat pada hujung dengan mereka. Setiap minggu , alhamdulillah ada saja lokasi percutian yang kami kunjungi.
Tak Suka Membazir
Saya ni jenis yang tak suka membazir dan tidak berapa gemar bercuti. Namun dek kerana anak-anak saya ikutkan juga dan pada saya mereka juga perlukan ganjaran selepas hampir setahun bertungku lumus belajar.
Tidak seperti orang lain percutian kami merupakan percutian bajet dan hanya di sekitar melaka dan Lembah Klang.
Dua hari sebelum cuti sekolah tamat saya sempat bawa anak-anak ke Aquaria KLCC. Disini banyak pengetahuan tentang hidupan laut yang anak-anak saya perolehi. Masing-masing cukup gembira apatah lagi bila dapat lihat ‘baby shark’. Pulang saja dari situ mereka bertanya bila lagi cuti sekolah. Hai lah anak ya, waktu tu belum sekolah bermula dia dah tengok kalendar untuk bercuti lagi. Saya dan ayahnya minta mereka belajar rajin-rajin dan buktikan pada kami mereka capai keputusan peperiksaan yang baik barulah kami akan bawa bercuti lagi.
Pada saya bercuti sangat penting kerana dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Pada waktu inilah saya sedari sebagai ibu yang bekerjaya saya sebenarnya tidak benar-benar selami hati mereka dan sewaktu bercuti barulah saya dapat dekati mereka dan berbual-bual mesra. Paling ketara sekarang ni anak kembar perempuan yang berumur 9 tahun dah pandai melaram. Malah mereka juga rupanya gemar menyanyi dan artis paling mereka minat sudah tentu Aiman Tino.
Azam Tahun Baru
Sentuh tentang azam tahun baru 2018 saya pula, seperti insan lain saya juga berharap kami dimurahkan rezeki. Malah saya juga berharap saya boleh menjadi seorang pekerja yang versatile, ibu serta isteri yang berjaya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...