Asyraf Khalid dan isterinya Tya Arifin akui sudah memohon maaf kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza atas insiden memuat naik gambar anak kedua yang baru dilahirkan penyanyi itu baru-baru ini.
Mak Iti Pesan Jadikan Iktibar
Menurut Asyraf yang juga Ketua Pegawai Eksekutif jenama jamu kesihatan Mutyara, apa yang dilakukannya sebagai abang yang teruja berkongsi gambar dan momen kehadiran adiknya.
“Kami sudah berhubung dengan Mak Iti (Siti Nurhaliza) memohon maaf melalui aplikasi WhatsApp dan panggilan telefon.
“Cuma Mak Iti berpesan jadikan perkara terjadi sebagai iktibar pada masa akan datang.
“Insya-Allah kami akan melawat Mak Iti berpantang dirumahnya.
“Cuma tak sangka perkongsian itu jadi begini. Apa yang dilakukan hanya berdasarkan pengalaman dan rasa suka.
“Lepas benda ini tular, memang rasa tak seronok dengan Mak Iti. Hal terjadi tak fasal fasal timbul cerita macam macam.
“Apa terjadi memang bukan salah Mak Iti atau sesiapa. Salah itu datangnya daripada kami. Minta maaf juga kepada sesiapa yang terguris hati termasuk Mak Iti sendiri,” ujar Asyraf.
Asyraf & Tya Patuhi SOP
Ungkap bapa kepada dua cahaya mata itu lagi, dia dan isterinya masuk ke pusat perubatan dengan mematuhi SOP.
“Kami masuk hospital dengan memakai pelitup muka, jaga jarak, termasuk melakukan pengimbasan kod QR My aplikasi MySejahtera dan pengambilan suhu badan. Kami datang berdua. Ambil video pun dengan telefon bimbit sendiri.
“Tak timbul juga isu kami cuba menumpang populariti mencari kandungan digital membabitkan Mak Iti. Isteri saya sendiri sudah terbiasa membuat Vlog saban hari,” terangnya lagi.
Tya bersama adik iparnya Aafiyah.
Tya Ariffin Rasa Bersalah
Tya juga mengakui apa yang terjadi sesuatu yang canggung buat dirinya.
“Jujur rasa bersalah dengan apa yang terjadi. Walaupun sudah minta maaf kepada Mak Iti, ayah (Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa) dan mereka di luar sana masih rasa tak seronok.
“Memang ramai yang marah dan mereka berhak rasa begitu. Sempena bulan Ramadan ini, baik saya dan suami tak mahu memanjangkan lagi perkara ini. Buang yang keruh, ambik yang jernih.
“Sebaiknya biarlah Mak Iti berpantang dan membesarkan anak keduanya dengan tenang. Sebagai ibu, momen inilah yang ditunggu Mak Iti untuk melihat anaknya membesar,” akhiri Tya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Allahu besarnya pengorbanan seorang ibu tiada galang ganti.Bukan mudah untuk menguruskan anak-anak yang semakin membesar dan kian aktif, adakalanya boleh mengakibatkan diri sendiri tercedera. Ini yang dialami oleh pelakon dan penyanyi Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe atau lebih dikenali Betty Banafe,39.
Baru sebentar tadi, ibu kepada sepasang cahaya mata ini, Julia Claire Dargus,5 dan Bruce Dean Dargus,3 berkongsi cerita yang mata hitamnya tertusuk mainan anak. Namun apa yang menariknya, meskipun tercedera dan alami luka, Betty tetap positif dengan ujian yang menimpa serta menganggap pengorbanan bagi seorang ibu memiliki anak yang aktif.
Berikut antara perkongsian tersebut;
“Bersyukur Kita masih boleh nampak. Alhamdulillah.. bayangkan mereka yang buta permanently..salute pengorbanan mereka dan orang sekeliling mereka. Kuatnya semangat mereka untuk hidup, Dan terus hidup kerana Allah. Bagi mereka yang tersenyum melihat orang lagi menderita, bersihkan lah hati mu.Kerana waktu Kita akan datang dengan cubaan yang sama atau yang lain nya. “
Betty juga sempat menitipkan pesanan agar para pengikutnya mendoakan perkara yang baik-baik buat mereka sekeluarga.Serta para golongan ibu-ibu diberikan kesabaran yang tinggi dalam menjaga dan menguruskan anak-anak.
“Doakan yang baik baik buat kami sekeluarga.Terima kasih bagi yang mulia hatinya.Anakku tertusuk mataku dengan mainan Lego nya.Pengorbanan seorang ibu pada anaknya yang aktif Masyaallah hingga melukakan mata hitam nya.Semoga Kita para ibu diberi kesabaran yang tertinggi.. amin ya Rab.”
Terdahulu, Betty telah berkahwin dengan Bruce Dargus pada 8 Disember 2012 dan pasangan ini telah 6 tahun mendirikan rumahtangga. Mingguan Wanita mendoakan agar Betty segera sembuh daripada kecedaraan ini, dan banyakkan bersabar dalam menjaga anak-anak yang semakin aktif.
Petanda sebelum ajal, anak kongsi bapa minta simpan gambar biar jadi kenangan. Mungkin seakan dapat merasai ajal mendekat, pemandu e-hailing yang terlibat dalam nahas tragedi pesawar terhempas di Elmina, petang semalam meminta anak perempuannya menyimpan gambar berukuran pasportnya baik-baik.
Petanda Sebelum Ajal
Hal ini disuarakan arwah Sharipuddin Shaari, 53 ketika keluar berjalan bersama keluarga di sebuah pusat membeli belah di Kota Warisan, Sepang dua minggu lalu.
“Dua minggu lalu ketika dalam perjalanan ke sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan, ayah memberikan saya dua keping gambar yang sama dan menyuruh saya menyimpan sebagai kenangan,” kata anak sulungnya, Muhammad Sharul Izuan, 16 tahun.
Menjelaskan hal ini, kata Sharul, ketika bapanya memberikan gambar itu, mereka sekeluarga terdiri daripada ibu, Suriana Muda, 43, dan adik bongsu, Nur Izzara Arissya,9, ada bersama dalam kereta.
“Saya tidak menyangka permintaannya menyuruh menyimpan gambar itu menjadi petanda ayah akan pergi meninggalkan kami selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di Taman Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, hari ini.
Anak Kongsi Bapa Minta Simpan Gambar Biar Jadi Kenangan
Memetik laporan Harian Metro, kali terakhir dia bertemu ayahnya adalah ketika mahu ke sekolah pagi semalam.
“Pagi semalam kali terakhir saya bertemu bapa yang ketika itu berada di luar rumah dan sedang memeriksa enjin kereta.
“Ayah tidak bercakap sepatah pun sebelum saya pergi ke sekolah menunggang motosikal bersendirian.
“Malam sebelumnya ayah beriya-iya menyuruh saya makan dan bersembang panjang kerana kami jarang bercakap kecuali ada perkara penting yang perlu dibincangkan.
“Petang semalam kira-kira jam 6 petang, anggota peronda polis datang ke rumah memaklumkan ayah terbabit kemalangan dan berita itu amat mengejutkan kami sekeluarga,” katanya.
Muhammad Sharul Izwan berkata, kali terakhir bapanya menghubungi ibu pada 2.15 petang semalam ketika sedang berehat di sebuah restoran dan memaklumkan berada di sekitar Elmina untuk mengambil pelanggan dan pulang awal selepas selesai bekerja.
Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Salak Tinggi berkata, sebelum ini mereka sekeluarga tinggal di Arau, Perlis dan berpindah menyewa di taman itu sejak hujung tahun lalu.
“Pemergian ayah sangat mengejutkan kami sekeluarga kerana arwah seorang yang penyayang namun kami reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya.
Usik mengusik dan senda gurau didalam perkahwinan menambah lagi kemanisan serta kemesraan dalam hubungan suami isteri. Perkara ini tidak terkecuali dilakukan oleh pasangan selebriti Zamarul Hisyam dan Diana Rafar.
Gelagat pelakon Zamarul Hisham mengusik isterinya, Diana Rafar yang memakai telekung untuk menunaikan solat berjaya mencuit hati pengikut akaun beliau dan peminatnya.
Zamarul berkongsi video pendek berdurasi 41 saat itu menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam mendapat tontonan hampir 213 ribu.
“Selalu dia kacau. Sekarang dia pula kena. Apa salahnya ambil wuduk banyak kali. Bagus biar diri kita sentiasa dengan air wuduk.
“Nak gurau dengan siapa lagi. Ini je la intan payung yang ada. Lain la kalau dia izinkan satu lagi. Ooppppsss,” tulisnya.
Video tersebut merakamkan Diana cuba mengelak daripada bersentuhan dan bersalaman dengan suaminya kerana tidak mahu air wudhunya batal. Diana telah menekup mukanya dengan kain telekung manakala Zamarul pula cuba menyentuh wajahnya.
Bagaimanapun, Diana terpaksa mengambil kembali air wudhu kerana Zamarul telah memegang tangannya.
Diana secara spontan terus berkata “Alaaaa dah batal,”.
Pasangan bahagia ini dikurniakan dua orang anak, Kashfi Haikal 8 tahun dan Kayla Resha, 6 bulan.Meskipun perkahwinan mereka pernah dilandai badai satu ketika dahulu, pasangan ini belajar daripada kesilapan dan memperbaiki hubungan mereka. Mingguan Wanita ucapkan semoga rumahtangga pasangan ini berkekalan bahagia hingga ke syurga. Rajin-rajinlah usik pasangan kita selalu iya.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...