Memang ada benarnya, pada setiap ruang bahagian rumah ada fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri. Lebih-lebih bilik di ruangan bilik tidur yang merupakan tempat privasi bagi suami isteri.
Sesiapa pun tak dibenarkan masuk sesuka hati walaupun anak sendiri tanpa kebenaran mak ayahnya. Tempat privasi yang mak ayah kena ketatkan peraturan supaya anak-anak tak boleh sesuka hati masuk ke bilik.
Tempat Privasi, Tak Boleh Masuk
Hadam perkongsian ini;
Tau dak? Bilik tidur suami isteri adalah tempat privacy yang sesiapapun tak boleh masuk.Dalam Islam, ada masa-masa yang kita dilarang sama sekali masuk ke dalam bilik ibu bapa atau bilik yang ada pasangan suami isteri iaitu;
1) Sebelum Waktu Subuh
2) Tengah hari
3) Selepas Isyak
Anak-anak dilarang masuk ke dalam bilik IBU BAPA,
Ibu bapa dilarang masuk ke dalam bilik ANAK-ANAK yang dah berkahwin,
Saudara dilarang masuk ke dalam bilik saudara lain yang dah berkahwin,
Apatah lagi tetamu, dilarang masuk ke dalam bilik utama tuan rumah kecuali dengan izin.
Ads
Dalam bilik tidur ada privacy yang tak boleh orang tengok, hatta ‘katil’ itu sendiri privacy utama pasangan suami isteri.
Kalau ada adik beradik kita yang suka terjah bilik kita dengan pasangan, tegurlah adik beradik kita, bukan tegur pasangan kita supaya terima keadaan tersebut.
Kalau Ibu bapa kita suka masuk bilik kita dan pasangan, tegurlah ibu bapa kita dengan berhemah, bukan tegur pasangan supaya terima keadaan tersebut.
Ads
Ingat, sikap acuh tak acuh kita pada pasangan, besar kesan dia pada emosi dan kelakuan pasangan pada kita kelak.Pasangan yang hormat pada pasangan, pasti akan dibalas dengan hormat juga.
Buang perkataan ‘sporting’ untuk perkara yang memang bukan untuk ‘sporting’
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Setuju sangat, bilik tidur adalah ruangan privasi suami isteri yang sesiapa pun tak boleh masuk walaupun anak sendiri. Kena minta izin jika nak masuk, bukan main ‘terjah’ je sesuka hati.
Sumber : Puan Khalida
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Inilah seharusnya cara-cara mendidik anak-anak kecil dalam sebuah keluarga yang harmoni. Panduan yang diberikan ini adalah perkongsian daripada status facebook Husin Bin Almuhdar, Khodimul majelis at Jalsah Itsnain Kediri, Indonesia.
Fahamkan catatan ini kerana ada aturan cantik yang mak ayah boleh terapkan dalam membesarkan anak-anak. Semoga mereka menjadi anak yang membahagiakan ibu bapa dengan cara yang dituntut oleh Islam.
11 Cara Orang Soleh Mendidik Putera Puterinya
Orang-orang Soleh dari Keluarga Ba’alawi (semoga Allah meredhai mereka)
memiliki 11 konsep dalam mendidik anak-anak mereka:
Memerintahkan kepada isteri-isteri mereka ketika menyusui lidahnya tidak putus untuk terus membaca Ayat Kursi dan Al ikhlas, Al falaq, An nas.
2. Ajarkan Doa Ini
Pertama kali yang diajarkan ke anak mereka ketika baru bisa bicara. Kalimat yang berbunyi:
“Rodhitu billahi Robba Wa bil Islami diina Wa bimuhammadin sholla Allahu ‘alayhi wa sallam Nabiyyan wa Rosuula”
Ertinya (aku redha Allah sebagai Tuhanku dan Islam agamaku dan Nabi Muhammad Nabi dan Rosulku)
3. Bangun Sepertiga Malam
Membiasakan kepada anak-anak mereka sejak kecil untuk bangun malam atau bangun sebelum tiba waktu Shubuh.
4. Bertanyakan Amalan Yang Bakal Dilakukan Pada Bulan Barakah.
Sebelum memasuki bulan-bulan barakah seperti Ramadan, mereka mengumpulkan anak-anak mereka dan bertanya kepada mereka, apa yang akan kalian lakukan di bulan yang penuh keberkatan ini. Antaranya, membaca Al Quran, zikir, sedekah dan lain-lain.
5. Ajarkan Niat Yang Baik.
Mereka mengajar anak-anak mereka dengan niat yang baik sebagaimana mengajar mereka surah Al Fatihah.
6. Penuhi Ruang Rumah Dengan Majlis Ilmu
Mereka mengadakan majlis ilmu di rumah, dan mengumpulkan seluruh ahli keluarga yang ada di rumah.
Majlis harian atau mingguan. Mereka akan membaca sedikit dari Al Quran Al Karim (bertadarus) dan membaca kitab-kitab hadis serta fiqih. Dan mereka menutup majlis dengan doa dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
7. Sebaik Anak Akil Baligh
Sebaik anaknya akil baligh, mereka akan beritahu yang diri mereka itu sudah wajib melaksanakan perintah dan suruhan Allah.
Dan setiap kebaikan, dosa dan pahala baik tulisan, ucapan mahupun perbuatan akan dicatatkan oleh dua malaikat.Perkara itu akan diadakan perayaan yang dihadiri para ulama dan orang-orang soleh.
8. Segerakan Bernikah
Mereka tidak menangguhkan pernikahan anak-anak sebaik mereka baligh kerana dibimbangi terjerumus kepada kemaksiatan.
9. Jika Mahukan Sesuatu Pintalah Dalam Solat
Mereka mengajar anak-anak dengan berdoa memohon kepada Allah dalam apa juga situasi yang dihadapi.
Apabila anak-anak inginkan sesuatu dari ibu bapanya, mereka minta anaknya mengambil wudhu dan solat 2 rakaat.
Mintalah pada Allah hajat-hajat itu. Setelah solat, ibu bapanya akan memberikan apa yang anaknya minta lalu menuturkan ‘Sungguh Allah yang mengkabulkan doamu’.
10. Berikan Anak Tugasan Ke Pasar, Menyapu, Melayan Tetamu
Mereke memberi tugasan kepada setiap anak. Ada yang tugasnya membeli barangan di pasar, ada yang menyapu rumah. Ada yang tugasnya melayani tetamu dan mengambil air dan sebagainya.
11. Fokus Lebih Dengan Pelajaran Anak Perempuan
Ibu bapa lebih banyak menumpukan pada pembelajaran anak-anak perempuan berbanding anak lelaki. Ini kerena, anak perempuan tidak keluar rumah.
Semoga 11 rahsia keberkesanan cara didikan orang-orang soleh ini dapatlah sedikit sebanyak dipraktikkan dalam keluarga kita.
Barangkali ia tidak semudah yang dicatatkan ini, namun berbaliklah dan berserahlah kepada Allah agar diberi kemudahan untuk mak ayah melaksanakannya dalam diri anak-anak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebenarnya ada cara macam mana nak gandakan duit lebih yang ada di tangan mak-mak dengan kaedah paling selamat, kurang risiko malah ada keberkatannya.
Perkara pertama yang perlu mak-mak fikirkan adalah keutamaan anak-anak. Kelak, masa depan mereka lebih terjamin, jika mak-mak dah buat perancangan dari awal lagi.
Sekiranya berlaku satu-satu musibah, mak dah ada ‘back-up’ kewangan untuk anak. Tidaklah nanti, anak susah dikemudian hari.
Mingguan Wanita kongsikan 4 cara yang boleh buat DUIT LEBIH mak-mak jadi lebih berkat dan berganda.
PERTAMA : Konsisten Simpan Duit Lebih Untuk Anak Setiap Bulan
Ini hadiah mak-mak paling bermanfaat untuk anak-anak.
Kalau gaji mak, RM2500 dengan jumlah anak 2 orang, setelah ditolak perbelanjaan, simpanan sendiri, pelaburan bagai.. bagus kiranya mak dapat simpan seorang anak RM150 atau RM200 sebulan.
Masukkan simpanan anak dalam ASB, bank simpanan atau mana-mana pelaburan yang mak susah nak ambil semula bila terdesak.
Ini cara selamat gandakan duit anak, lagipun setiap tahun bank atau syarikat pelaburan akan berikan bonus atau dividen mengikut jumlah simpanan yang ada.
KEDUA : Simpankan Emas Untuk Anak
Kalau pun tak dapat beli emas berkilo-kilo, kenapa mak tak mulakan simpan 1 gram emas untuk anak setiap bulan.
Gandakan gram emas itu untuk bulan-bulan seterusnya. Simpanan emas tak rugi pun sebenarnya. Sebab nilai emas tidak susut.
Ketika anak semakin remaja, jumlah gram emas pun makin berganda. Dan masa itu tentulah harga emas semakin tinggi dan berganda.
Bayangkan sebulan 1 gram mak simpan, kalau setahun dah 12 gram. Katakan harga emas 1 gram = RM200, setahun sudah ada RM2,400. Bukankah ini simpanan bahagia yang mudahkan masa depan anak-anak kelak.
KETIGA : Bawa Anak Ke Umrah Ketika Usia Masih Muda
Setiap simpanan yang mak-mak buat pun kena ada matlamat. Bila dari awal, diniatkan untuk bawa anak ke umrah, mak akan usaha lebih.
Sebaik duit lebih tadi dah mencukupi, jangan bertangguh. Bawalah anak menunaikan umrah ke tanah suci Makkah.
Perjalanan umrah kelak menyuntik spiritual yang tinggi dalam hati anak-anak. Seterusnya, menggalakkan anak menyimpan impian untuk bergelar haji muda.
Perlu ingat! Sebelum berangkat ke tanah suci, mak-mak boleh lindungi diri sendiri dan juga anak dengan perlindungan takaful. Tak ramai yang tahu sebenarnya jemaah umrah boleh dilindungi.
Rupanya Sun Life Malaysia (sebuah syarikat insurans dan takaful yang merupakan sebahagian daripada Sin Life Financial, organisasi kewangan antarabangsa terkemuka ber-ibupejabat di Kanada) ada pelan takaful yang menyediakan simpanan yang telus dan stabil, bersama dengan perlindungan yang disesuaikan dengan keperluan umat Islam untuk memenuhi aspirasi dan kewajipan agama mereka.
Menunaikan haji adalah sebahagian daripada tanggungjawab semua umat Islam yang berkemampuan dan kita semua perlu menyediakan diri bukan sekadar dari sudut rohani tetapi juga kewangan dan perlindungan untuk yang tersayang dan pelan takaful merupakan salah satu cara yang mudah!
KEEMPAT : Hadiahkan Perlindungan Takaful Untuk Anak-anak
Tak ramai mak-mak yang hadiahkan anak-anak dengan pelan perlindungan takaful. Kenapa? Sebab mak-mak tak tahu yang pelan perlindungan takaful ini adalah sebahagian simpanan masa depan anak.
Ia pun termasuk dalam 10% simpanan yang mak perlu buat setiap bulan.
Cara ini pun selamatkan duit lebih mak-mak daripada terbocor ke perkara-perkara yang tidak perlu. Inilah tabung simpanan perlindungan yang mak-mak boleh hadiahkan untuk anak-anak tersayang.
Di Sun Life Malaysia, terdapat pelbagai pelan insurans hayat dan Takaful keluarga yang mampu melindungi masa depan anak-anak. Dalam masa yang sama, mak-mak juga sedang membuat simpanan dan pelaburan tanpa mereka sedar.
Masaklah walau sesibuk mana pun isteri. Tak boleh hari-hari, setiap hujung minggu pun jadilah. Kata orang, hendak menawan hati suami, perlulah jaga perutnya. Bermakna isteri kena memasak dan menyediakan hidangan enak untuk suami. Mungkin ada wanita yang tak bersetuju tentang perkara ini. Tapi cuba tanyakan pada suami, pasti ramai yang mengiakan kata-kata itu!
Masaklah, Hati Suami Pasti Gembira
Ada juga suami yang cakap berlapik kerana tak nak menyakitkan hati isteri, “ saya tak kisah awak tak masak pun sebab faham awak penat kerja. Cuma, kalau awak masak, lagi saya suka. Rasa seronok sangat.”
Bagi isteri, penat bekerja dan melayan anak-anak membuatkan mereka rasa membeli makanan lebih mudah. Lebih-lebih lagi bagi yang anak-anak masih kecil. Belanja membeli makanan yang dah siap lebih murah berbanding membeli barang basah untuk dimasak.
Nak seronok, boleh ajak suami sama-sama beli barang basah. Itu juga sebenarnya masa kualiti suami dan isteri.
Itu kata isteri. Bagaimana pula bagi suami yang dalam diam sebenarnya ingin isterinya lebih rajin ke dapur dan menyediakan hidangan untuk dirinya dan anak-anak? Bukan dia tak faham kepenatan isteri, tapi dia teringin nak merasa air tangan isteri. Yelah, dah ada isteri takkan memanjang makan makanan beli.
Untuk isteri, jangan ambil kesempatan pula bila suami macam tak kisah kalau isteri tak masak. Suami mana yang tak nak makan masakan isteri? Sedap tak sedap belakang kita. Yang penting, effort atau usaha isteri nak masak paling penting.
Puji Masakan Isteri
Jika sesekali isteri masuk dapur untuk memasak, suami akan puji masakannya walau pun mungkin tidak selazat yang dibayangkan. Itulah sebenarnya tanda suami menghargai usaha dan penat lelah si isteri itu.
Kemudian suami akan komen, apa kekurangan masakannya itu secara elok-elok dengan niat supaya isteri boleh perbaiki mutu masakannya kelak. Contohnya, mungkin jika lebih pedas, akan lebih sedap. TAPI, suami jangan sesekali mengkritik masakan isteri dengan secara marah-marah atau merendahkan isteri. Silap hari bulan, isteri langsung mogok masak!
Masaklah Walau Lauk Yang Ringkas
Selain itu, suami sebenarnya TAK KISAH LANGSUNG walau anda hanya masak lauk yang ringkas untuknya. Hanya dengan satu lauk saja pun dia mampu makan bertambah. Tak seronok ke wahai isteri?
Namun, suami jangan terlalu cerewet kerana kadangkala skill masakan ini perlu diasah. Kalau rajin masak, lama-kelamaan gerenti memang sedap air tangan isteri!
Tawar Diri Jaga Anak
Memang betul, kadangkala isteri terkejar-kejar pulang kerja hendak uruskan anak-anak pula. Jadi, seeloknya suami tawarkan diri untuk menjaga anak ketika isteri sibuk di dapur. Jadi, isteri pun tak rasa terbeban bila tugas dikongsi bersama.
Suami boleh ambil tugas mandikan anda dan mempersiapkan anak. Waktu itu juga adalah waktu untuk anda bersama anak-anak setelah seharian bekerja. Itu juga tanda suami memahami kepenatan anda dan dia cuba ringankan beban anda! Bahagia tak?
Bantu Isteri Masak
Jangan salah sangka, isteri bukan malas nak masak tapi kadangkala dia memang penat kerana seharian bekerja. Jadi, jika suami hendak isteri rajin masak, anda juga kena rajin membantunya. Selain menjaga anak, suami juga boleh bantu isteri di dapur seperti tolong mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya. Percayalah, hilang penat isteri bila suami membantunya. Tak percaya, cubalah!
Bagi isteri yang tak berapa pandai masak, suami bagi semangat untuk belajar memasak. Kalau perlu, ambil inisiatif untuk ke kelas belajar memasak.
Suami Berkias
Ada suami yang suka ‘berkias’. Bila dia ingin isteri masak, mungkin ketika di pejabat, dia akan menelefon dan memberitahu yang dia teringin hendak makan sesuatu masakan dan tawarkan diri hendak singgah membeli barang keperluan balik kerja nanti. Secara tak langsung, dia memberitahu yang dia nak anda masak hari itu.
Masaklah, Jangan MALAS!
Tak dinafikan, ada isteri yang memang malas nak masak. Asyik nak membeli saja. Aduh. Susah juga tu. Tak boleh macam tu kerana itu tanggungjawab isteri untuk sediakan makanan untuk suami dan anak-anak.
Bahkan, bila masak sendiri, banyak faedah bila memasak sendiri. Boleh kawal perbelanjaan rumah dan makanan yang dimasak sendiri sudah tentu terjamin bersih berbanding di kedai yang kadangkala kita tidak tahu sejauh mana tahap kebersihannya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...