Cepat betul masa berlalu tanpa kita sedar usia meningkat dan masih diberi kesihatan yang baik. Perkara yang perlu kita sedar adalah bersyukur kerana masih dipanjangkan umur dan menikmati kehidupan yang baik.
Kalau masa muda dulu, mungkin kita ingat, nafsu muda, ada masa nakal, cemburu dengan kehidupan orang lain dan sebagainya. Tapi bila usia meningkat, segalanya dibuang dan kalau boleh mahu hidup dengan lebih tenang dan banyakkan beribadat.
Tapi ada juga yang makin usia meningkat makin menjadi-jadi. Bukan setakat lupa diri tapi bangga, maklumlah ramai yang puji masih awet muda.
Jangan cepat meninggi diri. Sedarlah usia meningkat adalah salah satu tanda untuk kita sentiasa dekat denganNya, bersyukur kerana masih diberi kesihatan. Apa yang lebih penting, lakukan perkara ini, seperti yang dikongsikan oleh Siti Suryani Yaakop.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Merungut Bukan Tanda Tak Redha, Itulah Tandanya Kita Manusia Biasa Bila Berdepan Ujian
Usia Lanjut Tapi Memori Masih Kuat & Tidak Nyanyuk, Rahsianya Sentiasalah BERZIKIR
Info Lebih Menarik DI SINI
Usia Meningkat, Perbaiki Diri
Saat bertambah usia….
1. Perbaiki solat.
Solat dengan tenang jangan gopoh. Ustaz saya pesan diri kita adalah seperti solat kita. Bila kita boleh sabar dan tenang dalam mengerjakan solat, kita boleh sabar dan tenang dalam perkara lain juga.
2. Gantikan solat.
Mungkin ketika muda dulu ada kiranya solat yang tertinggal. Mungkin kita sendiri lupa. Ambil saja masa selepas solat fardhu untuk isi lompongnya. Solat ibadah paling utama yang akan ditanya. Sesudah itu usahakan buat yang sunat. Yang wajib kerana kita sayang Allah. Yang sunat kerana kita mahu Allah sayang kita.
3. Betulkan aurat.
Terutama bila kita ada anak perempuan. Keraskan diri menutup aurat sesempurna mungkin. Minta Allah terima usaha kita itu dan doa moga Allah ganti kepayahan menahan diri itu dengan pakaian yang lebih baik di syurga nanti.
4. Mengaji setiap hari.
Ustaz Azhar Idrus pesan, kaedah terbaik menjaga diri adalah dengan membaca paling sikit 2 helai Al Quran sehari. Sepayah apa pun buat juga. Kerana Al Quran itu adalah cahaya. Bagi orang-orang yang membacanya.
5. Bantu orang.
Cari jalan untuk tolong siapa pun yang kita dengar sedang dalam kesusahan. Sikit pun tak apa. Tak ada dengan duit, dengan tenaga. Tak ada dengan tenaga, dengan tanya khabar sentiasa. Yang terbaik dibantu adalah orang yang terdekat dengan kita. Ahli keluarga. Saudara. Kawan. Dan jiran tetangga.
6. Jangan gaduh.
Kalau terasa hati, jauhkan diri. Dan maafkan. Jangan bercakap masa tengah marah. Jangan tanya. Jangan confess apa-apa. Kadang diam tu lebih baik dari jujur tapi menambah luka.
7. Syukur dan sabar.
Lihat dengan bahagia apa yang orang ada tapi bahagia juga dengan rezeki kita apa adanya. Bersangka baik yang Allah tak bagi sekarang tapi Dia akan ganti kemudian. Atau mungkin juga nanti di akhirat kelak. Cuma syaratnya, syukur. Dan sabar.
8. Enjoy apa yang ada di tangan kita.
Gunakan secukupnya masa yang ada untuk merasa bahagia dan membahagiakan orang dikeliling kita. Suami. Anak. Saudara. Kawan. Bersusah payahlah berkhidmat untuk mereka. Manusia yang mahu baik dengan Allah pasti akan baik juga dengan manusia.
Mingguan Wanita : Hidup nak tenang-tenang dengan keluarga dan orang sekeliling.
Sumber: Siti Suryani Yaakop
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI