ila Teringin Sangat Nak Makan Roti Canai, Buat Sendiri Kat Rumah, Mudah Je Resipinya!

Bila teringin sangat nak makan roti canai, kalau boleh time tu juga nak makan. Tapi risau pula musim sekarang ni. Ha..jangan risau. Boleh buat sendiri di rumah. Tak susah pun sebenarnya. Boleh cuba resipi roti canai homemade ini. Buat sendiri di rumah. Kebersihan dan kesedapan terjamin! Resipi ini ada dikongsikan di Facebook https://www.facebook.com/mohdalafiz.

Ha..Anak-anak pun mesti suka. Lagi pun, tak rumit sangat bahan-bahannya, semua dah sedia ada kat dapur rumah kita kan? Tak reti nak tebar? Jangan risau, kalau nanti rupanya tak cantik sangat..yang penting rasanya kebabom! Selamat mencuba!

Bila Teringin Buat, Semak resipi di bawah ni ye

Bahan-bahan:

Tepung gandum (agak-agak nak buat banyak mana)

1 biji telur

2 sudu makan susu pekat/cair

2 sudu makan marjerin

Sedikit garam

Ads

Air suam

Minyak masak

Cara Membuat:

BilaTeringin Sangat Makan Roti Canai, Buat Sendiri Kat Rumah!

  1. Satukan tepung, majerin dan susu (gaul sehingga ia jadi macam serbuk roti).
  2. Masukkan air garam dan telur. Uli menjadi doh.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tak melekat pada tangan.
  4. Lumur tangan dengan sedikit marjerin dan bulat-bulatkan doh hingga membentuk bebola. Kemudian rendam dalam minyak masak (2 jam atau lebih).

Dapatkan resipi lain di sini:

Eksekutif Halal Ini Dedah Tip Makan Roti Canai Yang Bersih, Selamat Di Kedai

Ads

Roti Canai Tebar Guna Kaedah Dulang, Sebelum Itu Kena Rendam Tepung Dalam Minyak Masak Dulu

BilaTeringin Sangat Makan Roti Canai, Buat Sendiri Kat Rumah!5. Tebarkan doh hingga membentuk roti canai.

6. Kemudian bolehlah digoreng hingga masak sepenuhnya. Sekiranya hendak dijadikan frozen, goreng sekadar separuh masak dan bolehlah disejuk beku. Keluarkan dan goreng bila hendak makan.

BilaTeringin Sangat Makan Roti Canai, Buat Sendiri Kat Rumah!

Ads

7. Sedia dimakan bersama kuah kari, sambal sardin, dhal dan sebagainya.

Kredit: Terima kasih Afiz & Rina.

Jangan lupa follow kami di:

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI