Sebaiknya, bila tengok orang struggle besarkan anak, jangan mengata! Tapi ringankan tulang membantu mak-mak daripada mencerca mereka itu dan ini.
Ternyata bukan mudah menjadi seorang ibu, lelah seorang ibu hanya dia saja yang tahu. Jangan samakan anak mak-mak dengan anak orang lain.
Tidak semestinya apa yang mak-mak lalui sama dengan apa yang dia lalui. Manakala sebagai lelaki dan suami, jika isteri berdepan tekanan jangan pandang ringan, cuba fahami mereka seadanya dan bantu apa yang patut.
Bila Tengok Orang Struggle Besarkan Anak
Kongsi Hanis Athirah Rusli, bila tengok orang struggle besarkan anak jangan ringan mulut mengata tapi ringankan tulang, tolong apa yang patut.
Ada ibu yang Allah anugerahkan cahaya mata yang mudah dijaga. Periang, tak meragam, mudah ketawa dan pandai main sendiri.
Ada juga ibu yang Allah anugerahkan cahaya mata yang banyak menguji kesabaran.
Pantang ibu letak, menangis.
Anak pantang tak nampak ibu, mengamuk.
Pantang orang lain sentuh, meragam.
Dua dua ibu bukan ibu yang tak baik.
Dan dua dua ibu bukan ibu yang tak pandai jaga anak.
Dua dua ibu bukan ibu yang gagal.
Cuma rezeki masing-masing mempunyai anak personaliti, karakter, kemampuan regulasi emosi, keperluan perhatian, stimulasi sensori yang berbeza.
Jangan Mengata!
Please stop kita bandingkan anak-anak high demand dengan anak easy going. Betapa rintihnya perasaan seorang ibu bila digelar tak pandai jaga anak, dan dilabel macam-macam oleh mulut orang yang tak memahami dan membandingkan anaknya.
Pedih, kecewa dan perit.
Ads
Percayalah, Allah tidak pernah menghantar seseorang yakni anak penghuni rahim dalam kehidupan tanpa tujuan dan asbab yang jelas atau sia-sia.
Tapi Ringankan Tulang Membantu
Yang penting ibu-ibu sayangi anak-anak mereka dan hiasi mereka walaupun ada kalanya terluah pelbagai emosi dan pengalaman yang berbeza. Namun tetap tak menjadikan mereka ibu yang gagal.
Anak-anak merupakan amanah Allah dan tangan kecil itu akan memimpin ke Syurga. Syurga pula tinggi nilainya, jadi inilah harga pengorbanan yang harus kita lakukan untuk meraihnya.
Sehebat mana pun kita dalam membesarkan anak, tak perlu rasa angkuh dan megah. Tak perlu nak mendabik dada dan bandingkan kita dengan orang lain.
Rezeki itu milik Allah, setiap orang rezekinya lain-lain. Cukup kita bersyukur dengan apa yang kita miliki. Okay?
Mingguan Wanita : Jika anda tidak mampu membantu orang lain, memadai diam saja. Daripada mengeluarkan kata-kata yang menyakiti hati orang lain. Renung-renungkan.
Proses mendidik dan membesarkan anak-anak sememangnya penuh dengan cabaran dan dugaan.Dalam ramai anak-anak, pasti adanya seorang dua yang boleh membuatkan mak ayah menangis dengan perangai mereka yang bermasalah. Menerusi perkongsian oleh pendakwah Datuk Ustazah Norhafizah Musa didalam Forum Perdana Keluarga SAKINAH terdapat 3 cara bagi menangai anak-anak yang bermasalah ini.
Berikut antara intipati perkongsian ringkas tersebut;
“Bila cakap pasal anak-anak, kadangkala kita kita tak sentuh secara detail anak-anak yang kita anggap bermasalah. Anak yang selalu buat kita menangis. Ada tak dikalangan anak-anak, seorang dua yang selalu buat hati kita menjerit? Ada atau tidak. macam mana nak buat dengan anak-anak ini?Jika dibiarkan ia akan menambah statistik-statistik gejala sosial yang lain.Jadi anak-anak yang selalu kita kata buat kita menangis harus ditangani.”
Tangani dan pertimbangkan anak-anak yang bermasalah dengan cara ini:
1. Jangan Buang Anak-Anak Daripada Hati Kita
Jangan sampai kita kata “dahlah biarlah dia, lantak dialah.. mak dah tak fikir pasal dia, dia nak jadi apa dia punya pasal. Mak dah redha dah dia jadi apa pun.Ini semacam ayat yang menafikan anak ada dalam hati kita.Kalau seorang ibu dan ayah dah buang anak dia, fikirlah siapa nak sambut anak itu. Malah lebih dasyat anak-anak yang ibu ayah telah dibuang dari hatinya, berpontensi untuk mendapat laknat daripada Allah, sebab ibu bapa tidak bersedia untuk meletakkan anak dalam hati lagi.
Selagi mana anak masih ada ruang dihati kita, percayalah insya allah dia ada peluang untuk berubah dan jadi anak yang soleh. Doa mak ayah adalah doa yang mustajab cuma prosesnya kita perlu laluinya dengan tenang.
2. Sebelum Mengubah Anak-Anak Dekati Mereka
Dekatilah anak-anak dahulu sebelum mengubahnya.Mendekati anak-anak lebih besar daripada mengubahnya.Mengubah akan datang bilamana kita mendekati mereka.Tengoklah anak, peganglah tangan anak-anak, duduk sebelah anak, perhatikan dia ketika tidur. Insya allah jalan untuk berubah akan ada.Dekatilah anak itu.
3.Sesuaikan Harapan Munasabah Buat Anak
Anak yang bermasalah sesuaikanlah dengan harapan munasabah yang realistik. Contohnya jika anak kurang cemerlang dalam akademik, jangan harapkan anak boleh ambil bidang sains, jadi doktor pakar.
Sebaliknya sesuaikan dengan harapan seperti insya allah mak harapkan kamu jadi anak yang berguna, ada kemahiran, boleh jaga diri sendiri, boleh cari nafkah sara hidup, bila dah kahwin boleh jaga anak orang dengan baik, boleh anak-anak dengan baik dan boleh jaga adik beradik. Sesuaikan keutamaan dengan lebih baik.
Bila kita dah tua, lihat pengalaman orang lain.Susah untuk mendapat komitmen daripada anak yang sudah berjaya.Cuba pandang masa depan yang jauh, mungkin anak-anak yang kurang bijak inilah yang akan menjaga diri kita bila dah tua. Berlemah lembut dengan anak-anak yang bermasalah, Insya allah anak kita akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Semoga bermanfaat!
Sumber:Forum Perdana Keluarga SAKINAH
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila jadi suami orang bermakna ada tanggungjawab yang perlu digalas dan perlu dijaga hati dan perasan orang rumah. Zaman suka-suka sudah berlalu dan sekarang lebih kepada rasa tanggungjawab pada keluarga.
Bukan bermakna jadi suami orang tak boleh nak suka-suka tapi kenalah berpada-pada. Kadang-kadang, kita kena jadi sombong supaya orang tahu terutamanya wanita-wanita di luar sana tidak mengambil kesempatan atas keramahan kita.
Kalau dah jadi suami orang tapi masih ‘galak’ dan rasa diri bujang, itu yang boleh timbul konflik dan sengaja cari pasal. Biarlah orang anggap kita sombong, yang penting jaga batasan dan pergaulan.
Antara saranan dan perkongsian daripada Firdaus Shakirin bila dah jadi suami orang.
“Saya ‘sombong’ sebab saya ni suami orang…”
Bila dah jadi suami orang, adakalanya perlu untuk kita jadi ‘sombong’.
Bukan sombong yang menjengkelkan, tapi sombong jenis yang tidak terlalu peramah, tidak terlalu baik dan tidak terlalu melayan wanita yang tidak mempunyai pertalian dengan kita…siapa? Orang luar dari rumahtangga kita terutamanya kaum hawa di tempat kerja dan di media sosial.
Sebab kita ni suami orang.
Perbuatan terlalu ramah, terlalu baik, terlalu melayan akan menimbulkan konflik dalam rumahtangga sendiri.
Dia datang minta tolong tentang kerja, kita tolong hanya tentang kerja. Kalau dia nak suruh hantar dia balik rumah dia ke, nak suruh tolong beli barang dekat dia ke, dia lapar tak makan lagi ke, tiada orang teman dia pergi shopping ke, dia takut tidur seorang diri ke, itu dah di luar bidang kerja kita dan kita tidak dipertanggungjawabkan untuk membantu dia selagi dia masih bertangan, berkaki, celik, tak pekak, tak bisu dan tak gila.
Dia boleh buat sendiri kan…
Tak Wajib Nak Selesaikan Masalah Orang
If dia ada masalah, suruh dia cari kaunselor or ustazah…kita nak dengar masalah dia? boleh, tapi jangan sampai ada rasa yang kita wajib kena selesaikan masalah dia, jangan sampai hanya kita sahaja bantu dia dalam dunia ni.
Nak simpati pun boleh, rasa kesian pun boleh, tapi jangan sampai ada perasaan lain di sebalik simpati dan kesian itu. Dengan erti kata lain, berpada-pada lah.
Jangan menangguk di air keruh.
Bercakap bila perlu, melayan bila perlu, berhubung hanya bila perlu. Jika tiada apa-apa kepentingan or keperluan, hanya berikan keutamaan untuk jaga diri dan keluarga kita lebih dulu sebelum jaga orang lain. Jaga pergaulan kita tu..Islam first!
Peramah kita, kebaikan kita dan layanan kita hanya untuk isteri di rumah…kena selalu ingat. Sebab kita ini suami orang.
Saya langsung tak kisah orang kata saya “sombong” as long as saya tahu apa yang saya buat itu adalah untuk kebaikan rumahtangga sendiri…akhir kalam,
“I don’t live by people’s compliments or die by their criticism”
Mingguan Wanita : Kalau dah terlebih layan akan jadi lain pula. Apa-apa ingat anak bini di rumah.
Dalam rumah tangga pengorbanan suami juga tidak kurang hebatnya, namun seringkali wanita yang bergelar isteri terlepas pandang.Masih ramai sebenarnya lelaki yang tahu dan faham erti tanggungjawab sebenar pada anak, isteri dan keluarga.
Mungkin suami kita bukan jenis yang romantik, bermulut manis mahupun mewahkan dengan segala harta benda dan intan permata. Namun para isteri perbanyakkanlah bersyukur jika dianugerahkan seorang suami yang ringan tulang membantu urusan rumahtangga, berusaha menunaikan tanggungjawabnya mencukupkan keperluan keluarga, apatah lagi tanpa mengharapkan sesen pun duit isteri.
Jemput baca perkongsian daripada Puan Izyan Izdihar Shaarani sebagai pesanan buat wanita yang bergelar isteri.
Masuk rumah tadi ternampak kertas berlipat atas meja.
Bila buka, oh..bil elektrik rupanya.
Saya pun belek.
Hmm..banyak juga bil elektrik zaman sekarang ni rupanya. Walhal duduk bertiga dengan iman dan abi dia je. Senja pulak baru ada orang.
Lepas belek bil ni, baru perasan. Haah eh, dah lama sangat tak tengok bil. Bil elektrik, bil air, bil astro, bil insurance, sewa rumah, ansuran kereta dan segala mala bil keperluan asas lah.
Tak Pernah Merungut
Tiba-tiba datang satu perasaan kagum, wah..selama ni gigih betul abi jelaskan semua bil bil ni tanpa sekali pun pernah merungut. Tak pernah pulak dengar dia merungut kalau anak bini bukak aircond, marah kalau anak main air dalam bilik air.
Ada masa, kalau tengok suami suami orang lain buat surprise dekat isteri beli bunga lah.. hantar coklat lah..belanja isteri shopping beg Gucci lah.. candlelight dinner lah..kadang bila syaitan hasut, terdetik juga dalam hati, hmm…suami aku tak romantik macam ni pun.
Tapi.. hakikatnya kita isteri isteri ni seringkali terlepas pandang pengorbanan suami tentang perkara perkara macam ni..pada kita, alah..dah tanggungjawab dia. Buat ajelah!
Walhal dia struggle cukupkan duit nak pastikan semua bil bil ni berbayar.. rumah tak bergelap..anak bini cukup makan dan boleh tidur lena.
Suami Dahulukan Tanggungjawab
Jadi, bersyukur lah jika kita ada suami yang sentiasa mendahulukan tanggungjawab nya terhadap keluarga berbanding berbelanja untuk perkara-perkara sampingan walhal bil bil dan keperluan asas masih mengharapkan isteri yang bayar.
Jangan lah dirungutkan jika suami kita tak beli coklat bunga kek jam beg gajah zirafah kalau dia dah berusaha sehabis daya dan poket dia untuk keperluan asas kita sekeluarga.
Ketahuilah suami yang gentleman itu adalah suami yang lunaskan semua tanggungjawabnya walaupun tidak berdaya memewahkan isterinya.
Uih dah lama akak tak tulis benda serius macam ni. Krik krik pulak rasa.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Pesanan buat para isteri perbanyakkanlah bersyukur dan hargailah perngorbanan suami.Adakala kita terlepas pandang dengan pengorbanan dan usaha gigih suami lakukan dalam mencukupkan keperluan buat keluarga.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...