
Memang Suka-Suka, Tak Jaga Pergaulan
Suka-Suka Pun Tak Boleh, Pergaulan Kena Jaga
Suka-suka Tak Halalkan Perbuatan Tak Jaga Pergaulan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hati Takkan Ikhlas Melayan Suami Bila Emosi Tak Stabil, Jika Niat Untuk Pahala Sabar Itulah Ganjaran Isteri Dapat

Isi Kandungan
TogglePernahkah suami menyatakan betapa dia amat mencintai anda? Apakah suami malu mengakui kegilaannya kepada anda di hadapan kawan-kawannya? Sesungguhnya agama kita menyuruh untuk membesarkan dan mengagungkan cinta kepada isteri.
Sehinggakan Rasulullah s.a.w tidak malu menyatakan betapa baginda mencintai Aisyah RA dengan pengakuan yang membanggakan. Rasulullah s.a.w ditanya oleh seorang sahabat: “Siapakah orang yang paling engkau cintai? Baginda bersabda: Aisyah.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Cinta terunggul akan wujud apabila bersatu rasa kagum, hormat, setia, tergila-gila, taat, ikhlas yang diadun dalam rasa kasihan belas dan cinta berahi yang gelora. Sebagai isteri jangan hanya menunggu untuk dicintai tanpa berusaha menambat hati suami. Bagaimana cara agar anda dan pasangan saling mengilai satu sama lain?
1. Suburkan Cinta Dengan Ibadah
Mencintai pasangan adalah ibadah yang paling panjang, tiada ibadah lain selama dan sepanjang sebuah perkahwinan. Semua perbuatan kita dikira sebagai pahala dari yang amat ringan semanis senyuman hingga yang amat berat saat menjaga hati pasangan.
Segala ibadah itu berkumpul daripada sekecil-kecil perkataan yang baik, memuji dan memuliakan pasangan, menasihati dengan kasih sayang, sehinggalah sebesar-besar perjuangan memberi makan dan pakaian, mengurus rumah tangga, mendidik akhlak dan menanam roh agama.
Segalanya dikira ibadah walau mengelap debu-debu dalam rumah sehinggalah menahan sabar ketika dilayan dengan kebencian. Semua itu jika dilakukan secara ikhlas akan melahirkan rasa belas kasihan yang berpanjangan, jauh lebih bermakna dari berahinya cinta semusim.
Ikhtiar untuk mengekalkan cinta kepada suami merupakan ibadah, mengkaji dan menuntut ilmu tentangnya juga ibadah. Cinta yang tumbuh dalam rumah kita bergantung dengan seberapa besar cinta kita kepada Allah dan benci yang merebak dalam rumah tangga juga berkait rapat dengan dosa dan maksiat yang dilakukan.
Oleh itu perjuangan mencintai suami anggaplah jihad yang paling berat timbangan pahalanya di akhirat, supaya jika isteri letih dengan kerja seharian masih sudi bangun bila suami bangunkan untuk meminta khidmatnya.
Betapa berat melayan suami dalam keadaan emosi yang tidak stabil, jika isteri niatkannya untuk mendapat pahala sabar maka Allah limpahkan kepadanya pahala itu.
Suami pula terpaksa akur dengan kerenah isteri demi menjaga komunikasi sentiasa harmoni, begitu mudah pahala didapati dengan hanya diam bila isteri cuba buat provokasi. Hubungan sebegini terus dijalinkan bertahun lamanya demi mendapat pahala ibadah berumah tangga.
Sehinggalah mereka terbiasa dengan ujian cinta dan meyakini bahawa pasangan mereka itu adalah ladang pahala, ia akan kemarau jika rasa cinta keduanya kekeringan.
2. Semai Rasa Kagum, Hormat Dan Bertuah
Dengarkanlah suara-suara mereka yang mengagumi suami anda, menghormatinya di tempat kerja dan memujinya sebagai insan mulia dengan sederet jasa-jasa dalam keluarga dan masyarakat.
Jangan tumpukan perhatian anda pada aibnya, kelemahannya dan dosa-dosa yang anda lihat di dalam rumah. Tiada siapa yang sempurna, dia bukan malaikat dan apalah bezanya dengan diri anda yang juga kekurangan? Raikanlah rasa bertuah mendapat pasangan yang Allah pilihkan.
Bukankah suami adalah ‘tanda kebesaran Allah’ kepada diri anda yang lemah? Sebagaimana firman-Nya dalam surah Al-Rum ayat 31: “Dan di antara tanda-tanda-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu, pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya dalam yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
Jika timbul rasa marah cuba sejukkan dengan melihat wajah suami yang merupakan tanda kebesaran Allah yang mesti anda syukuri. Suami pula jangan kasari isteri jika dia tidak taat tapi hadirkan rasa bertuah kerana wajah isteri itu merupakan tanda kebesaran Allah agar suami mendapat pahala sabar dalam pergaulan rumah tangga.
3. Berkorban Demi Cinta
Mengapa Rasulullah s.a.w masih mengingati ummul mukminin Khadijah sebagai cinta pertamanya ketika berada dalam bilik Aisyah RA? Rasulullah s.a.w bersabda: “Dialah wanita yang pertama beriman kepadaku pada saat orang-orang di sekelilingku kafir. Dialah wanita pertama yang membenarkanku pada saat manusia ramai mendustaiku. Dialah satu-satunya wanita yang mengorbankan harta bendanya untukku pada saat manusia enggan menolongku.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Cinta pertama yang tak mungkin dilupakan, membekas hingga ke lubuk hati yang paling dalam. Mungkinkah anda mampu menambat hati suami sebagaimana Ummul mukminin Khadijah merantai hati
Rasulullah s.a.w? Pengorbanan apa yang sudah kita lakukan untuk pasangan padahal mulut kita asyik mengaibkannya dan mengeluhkan kekurangannya?
Cinta hendaklah dikawal dengan keikhlasan, jika isteri mencinta suaminya kerana Allah dan membenci kerana Allah maka inilah segila-gila cinta yang diredai-Nya. Bermohonlah agar anda dan suami sentiasa dihidupkan dengan mata air cinta yang diceduk daripada kisah para hamba pencinta Allah SWT.
Penulis : Dato’ Dr Haji Juanda Jaya & Datin Shanti Achmad Ramly, Perunding Undang-undang Keluarga Islam
Kredit foto : Budiey.com
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Wanita Cantik, Senang Kata PERFECT PACKAGE So Far Bagi Saya, HANYA ISTERI SAYA”

Isi Kandungan
ToggleMemiliki suami yang ada rupa, bekerjaya hebat dan dikenali ramai, pendek kata mempunyai pakej sempurna, pastinya sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan buat seorang isteri. Apatah lagi, bidang kerja yang terlibat dengan dunia glamor seperti industri lakonan dan pengiklanan yang memerlukan berjumpa ramai orang dan wanita cantik.
Namun situasi tersebut tidak sedikit pun membuatkan Dr Azura Abas, iaitu isteri kepada Dr Say rasa tergugat mahupun risau dengan suami.
Meskipun ada yang mempertikaikan, ini jawapan yang dikongsikan doktor selebriti dikenali ramai, Dr Muhammad Shazril Shaharuddin,32 yang lebih mesra dengan panggilan Dr Say dalam instagram miliknya.
“Tak sangka masih ada yang tanya bini saya soalan ni walaupun kami buat video dah menjawab soalan ni. Lepas tu bila bini saya jawab yang dia tak risau, yang dia dah biasa, somehow yang bertanya tu macam tak puas hati, seakan-akan bukan jawapan yang ingin didengarinya.”
“Mungkin dia ingin mendengar jawapan sensasi seperti “saya masih risau hingga ke harini, saya akan check whatsapp dr say senyap-senyap & saya akan monitor dia bercakap dengan siapa”.
“Sebab rata-rata lihat dalam industri lakonan dan pengiklanan ni, ramai wanita-wanita yang cantik jadi tidakkah isteri saya rasa tergugat atau risau sekiranya saya teringin kepada wanita-wanita tersebut?”
Wanita Cantik Yang Perfect, Hanya Isteri Saya
Ternyata suami kepada Dr Azura Abas ini ada pendirian dan jawapan yang tersendiri. Sekaligus menjawab pertikaian tersebut.
“Okay meh saya nak jawab dari point of view saya. Tak dinafikan dalam industri lakonan dan pengiklanan ni memang ramai gila wanita cantik tapi saya tanya balik, APA BINI SAYA TAK CANTIK KA? Cantik gila dah kot.”
“Dan kalau nak ikutkan setakat wanita cantik, ade beribu kat luar sana tapi wanita cantik yang berpendidikan, wanita cantik yang menjaga kesihatan (siap lift weights), wanita cantik yang banyak kesamaan & senang kata PERFECT PACKAGE so far bagi saya, HANYA ISTERI SAYA. Zaman saya nak fooling around, berfoya-foya, fenfeeling hot ni dah berakhir peeps. Banyak lagi benda lain nak buat in life daripada main perempuan. Cherish your woman & your life will be cherished.”
Baca Lagi Di Sini:
“Wahai Kaum Lelaki Jangan Ingat 100 Peratus Ketidaksuburan Terletak Pada Isteri..” Dr Say Shazril
Dr Say Shazril Dedah Cara Nak Jemput Rezeki, Belanja Dan Bahagiakan Orang Rumah
MW: Ada benarnya. Terbaik jawapan yang diberikan oleh Dr Say ini. Isteri yang dimiliki adalah anugerah dan pilihan jodoh terbaik daripadaNya.Hargai dan bahagiakanlah isteri.
Sumber: Instagram Dr Say Sazril
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Ada Rezeki Bawa Anak Kecil Pergi Ke Tanah Suci, Ini Tip Yang Akan Mudahkan Urusan Anda Di Sana

Isi Kandungan
ToggleSeronok kalau dapat pergi ke Tanah Suci sekeluarga tetapi tak semua orang berani bawa anak kecil. Kebanyakannya bukan kerana tak mampu tetapi sebab risaukan anak. Sebenarnya anda boleh mudahkan urusan untuk ke sana dengan mengamalkan beberapa cara seperti yang dikongsikan oleh Puan Noor Inora Putri Noorzainy ini…
Bismillahirahmanirahim, Alhamdullilah, dapat juga Nora compilekan beberapa tip untuk bawa toddlers ke Tanah Suci. Ramai yang PM Nora, tapi Nora baru ada kesempatan untuk compilekan semua. Sharing ni dari pihak Nora, moga yang membaca dapat kebaikkan daripada apa yang Nora share.
Yang paling penting sekali sebelum dan sewaktu Umrah adalah niat. Niat niat dan niat. Sentiasa niat yang baik-baik sahaja. Sebab Allah tu maha mendengar. InsyaAllah kalau niat semuanya dipermudahkan, Allah tu akan permudahkan semuanya. Lagi kta nak melakukan perkara baik. InsyaAllah akan dipermudakan. Be positif. Jangan langsung terniat bawak anak ni leceh, dan penyebab susah nak lakukan umrah. Always always positif. Kuasa doa dan niat jangan dipertikaikan.
Aulia pergi umrah masa umur dia 1 year and 3 months. Two days before kami berangkat Aulia was admitted sebab batuk so memang dia a bit drowsy and cranky sikit. Kalau orang besar mengalami jetlag, kids apatah lagi. Jangan paksa mereka. Follow the flow. Time different lebih kurang 5 jam. Ada yang dapat adapt awal, ada yang tak. Biasa dalam 3-4 hari. Untuk Aulia, she took around 4 days baru dia back to her old self.
Alhamdullilah, Nora & family kat sana sihat walafiat, cuma bila dah balik sini tak berapat sihat. Penat dan sedikit flu. Dah 2 minggu still on-off. Dan sekarang Nora kena chicken pox.
Baca caption gambar untuk lebih info dan penerangan.
Mudah-mudahan dengan catatan ini dapat membantu parents yang teragak-agak sama ada nak bawa atau tidak anak mereka ke Tanah Suci. For me, please bawak and feel the experience. If you have any questions, please feel free to ask me by PM or comment.
Do share if you think this sharing is useful. Nora doakan semoga semua dapat sampai ke Tanah Suci yang super amazing ni. Mashallah, words cannot describe the feeling. Sampai harini masih rindu.
Nora dan family bertolak pada 8 February 2017 pada pukul 2PM.
PREPARATION IF BRING BABY/TODDLERS?
Preparekan toys untuk Aulia, tapi since Aulia tak berapa sihat, so toys yang dah prepare awal-awal tak guna sangat.
Aulia slept all the way from KL to Madinah. Bangun untuk makan dan susu je. Sebab mungkin badan dia pun masih penat lagi.
HOW MUCH & WHAT TOYS to bring?
Kita consider sejam satu toy, so bawak dalam 7-8 toys. Make sure keluarkan satu-satu. So kalau dia boring boleh offer toys lain. Kalau boleh jangan tunjuk dulu toys tu sebelum naik flight so dorang teruja nak main dengan toys.
Contoh toys yang boleh bawak – sticker, brushes, barbies, hotwheels, buah-buah yang boleh potong tu. Anything that your baby love to play. You know your baby well. So just get whatever yang suit their preferences.
Kiteorang naik Saudi Airlines. Quite Spacious. Yang bawa baby, boleh request duduk tempat yang ada bassinet.
The whole journey nak ke Madinah, Aulia tido beriba je, tak guna bassinet sebab dia tak sihat kan. So dia nak close dengan Mami je. But don’t worry, Saudi Air memang spacious, toilet pun spacious so nak bawak anak pusing-pusing jalan tu Inshallah senang. Plus FA Saudi Air ni semua Inshallah helpful and friendly.
Kami sampai Madinah pukul 8pm. Immigresen sana sangat friendly dan easy. Lagi senang di Madinah berbanding di Jeddah. Takde masalah waktu sampai.
Gambar ni waktu kami tiba di Madinah jam 8 malam.
Sampai je di Madinah, kami terus check in hotel dan terus rest since waktu tu dah lepas Maghrib & Isyak. So masa amek gambar ni kiteorang turun bawah beli juices and roti semua cheese fuhh sedapnyaaaaa.
Pada asalnya nak bawa stroller ke sana, tapi cancel di saat akhir sebab Aulia memang taknak anyone selain Nora. Siap dah beli Pockit Plus! Untuk yang nak bawa stroller, tak ada masalah, tapi not advisable sangat, sebab dalam masjid tak boleh bawak stroller. But really it depends on you. Untuk ziarah boleh je bawak stroller. If you have a clingy baby like me just lupakan. Hahah. Other options, boleh beli stroller di Madinah. Stroller biasa2 je dalam 100-200 riyal. Pastu nanti nak balik boleh sedekah stroller tu.
Dicadangkan bawah carrier contoh yang Nora bawa – Babasling.
Untuk baby yang dah boleh jalan, boleh bawa harnest sekali, sebab risau kalau baby hilang waktu kita tak sedar.
Raudah
Tak plan langsung nak masuk Raudhah on the first day, but Alhamdullilah, ada rezeki untuk masuk ke dalam Raudhah. Waktu tu, Aulia tengah main-main dekat area kawasan air zam-zam di perkarangan Raudhah, then tak lama tu, ustazah panggil ajak masuk Raudhah. Time tu rasa speechless sangat-sangat because Nora tak ready plus Aulia pulak cranky sikit.
Time nak masuk tu, mudah sangat-sangat. Kuasa Allah S.W.T. Nora terus masuk dengan Ustazah tayah tunggu turn Malaysia. Guard terus bagi masuk. Mungkin sebab dia nampak kita bawak anak. Tak rasa langsung kena tolak or berhimpit Mashallah nak nangis rasa.
Perasaan bila nampak karpet hijau tu, sangat speechless. Nampak je karpet hijau tu, terus pass Aulia kt ustazah. Kebetulan Aulia tak banyak ragam padehal she was cranky before, Nora terus solat doa nangis-nangis. Sampai lepas solat rasa sangat speechless sebab tak sangka dapat masuk.
Terus Nora terfikir sebenarnya Aulia yang mudahkan Nora untuk masuk ke Raudhah. Anak kita bukak rezeki kita so like I said earlier never ever fikir susah bila bawak kids sebab sebenarnya anak ni yang menyenangkan semua.
Pagar putih tu memisahkan antara men & women.
Ni second time Nora dapat masuk Raudhah.
TIP
Pakai jubah hitam, telekung/tudung hitam, or niqab. Senang nak masuk mana-mana sebab guard dorang akan fikir kita orang Arab jugak. Hihi.
Gambar ni lepas kiteorang semua dapat masuk Raudhah.
Di Madinah, sangat kids friendly. So sangat tenang dan tak risau sangat. Nak picnic dalam perkarangan masjid pun boleh.
Kalau yang nak solat di Masjid tu, cari section Women with Children, masuk InsyaAllah lebih mudah.
Tak pun, kalau Nora, Nora cari tempat yang ada tiang atau rak kasut, sebab yang ni senang nak monitor baby yang nk merangkak ke, berjalan ke sebab limited space untuk dorang bergerak.
For Nora, Madinah ni sangat tenang, dan tak hectic. Lain keadaannya di Mekah. Mungkin sebab makam dan jasad Nabi Muhammad S.A.W ada di Madinah memang lain sangat ketenangan Madinah tu. Setenang Nabi Muhammad S.A.W <3
INI TIP!
Memandangkan Aulia tak berapa sihat before ke Madinah, Nora tak mandikan dia selama 2 hari. Cuma lap-lap je bagi dia betul sihat, then baru Nora mandikan dia dengan air suam.
Waktu nora pergi Umrah bulan 2. Cuaca sana sejuk. Suhu boleh drop sampai 9 degrees celcius so just be prepare takut flu and demam.
Tolong prepare ubat sendiri daripada Malaysia ye. Lebih berbaloi. Ubat kat sana mahal banyak hahaha. Bawak ubat-ubat common, macam ubat demam, ubat masuk bontot, cold fever, lotions etc.
Memang sangat tenang di Madinah. Masa ni Nora solat di masjid tanpa Aulia. Usually Nora akan take turns dengan my sisters jaga Aulia sebab her condition time tu masih selsema and batuk so Nora nak made sure she was fit before we leave for Mekah.
If korang datang dengan family boleh je take turns sebab sometimes kita nak solat dengan khusyuk sikit ke kan. Inshallah, kerjasama antara families banyak menolong senangkan journey dekat sana.
Masa ni Aulia dah sihat sikit yay! Baru lepas visit Museum Nabi.
Tip di Madinah
Kat Madinah ni la korang boleh shopping semua barang. Jubah, kurma, tasbih semua sebab much more cheaper in Madinah dari di Mekah. Plus cantik-cantik Jubah di Madinah dari di Mekah. Hihihi.
Ziarah Bukit Magnet. Nora pergi sini dengan kawan yang menetap di Madinah. Tapi rasenya boleh je request dengan travel agency kalau nak datang sini.
Dekat Bukit Magnet ni kereta gerak sendiri in free gear mode. Mashallah, keajaiban Allah S.W.T.
OK NI PENTING!
Mommies yang breastfeeding, tolong sangat, jangan underestimate your period. Lagi-lagi yang memang tak pernah datang period, or sesekali tu. Dekat sana, apa je boleh terjadi. Jangan terlebih confident macam Nora. Hahaha.
So ambil je ubat tahan period. Ni Nora beli time dekat Madinah sebab ade sikit spotting masa kat Madinah.
Time tu, Nora period sikit-sikit. Macam ada, macam takde. So, bila tengok clear je, terus mandi wajib dan solat. Nora repeat everytime macam ada keluar period, and bila rasa clear.
Day 6 di Madinah. Kami menetap di Madinah selama 6 hari 5 malam. Time ni sebelum kami berangkat ke Mekah untuk membuat Umrah.
Perjalanand daripada Madinah ke Mekah lebih kurang 5 ke 6 jam menaiki bas. Jalan sedikit bumpy.
Sewaktu dalam ihram, jaga pantang larang. Mommies yang menyusukan baby, boleh menyusukan bila baby memerlukan.
Kami sampai di Mekah jam 9 malam. Kami menginap di Swissotel Mekah. 150m je from masjid. Waktu sampai, Nora masih dalam ihram, so check in hotel, masuk bilik kejap, tukarkan Aulia pampers, then turun bawah balik. Make sure tukar pampers so that free from najis.
Nora pakai Baba Sling waktu lakukan Tawaf & Saie. Memandangkan Aulia memang tak nak dengan orang lain, so Nora dukung Aulia guna Baba Sling selama selesaikan Tawaf & Saie.
Nora settlekan umrah dalam sejam setengah. Penat? Hahahahaha. Penat tapi berbaloi. Macam tak percaya jugak dah selesai Umrah dukung Aulia. Feeling masa saie tu macam Siti Hajar dukung Nabi Ismail back and forth. Hahaha. Tapi Mashallah, amazing feeling.
Ni lepas kami selesaikan Umrah pertama kami. Selesai mengerjakan Umrah pertama lebih kurang 10.45pm
Dekat Madinah & Mekah ni, SENTIASA niat. Niat dan niat, agar semuanya dipermudahkan. InsyaAllah, dipermudahkan walaupun bagi kita macam mustahil.
Nora dekat Mekah 7 hari. Nora take turn dengan Arin & family bawak Aulia solat dekat masjid. Takpun, Nora bawa time solat Zohor atau Asar sebab time ni kurang sikit orang.
Mekah tak macam Madinah. Mekah lebih hectic dan sentiasa penuh.
Usually Nora & Arin akan buat tawaf sunat lepas pukul 9PM. Time tu kurang orang sikit. Aulia Nora akan mintak family jaga and kiteorang akan buat tawaf sunat. Tawaf sunat ni bersamaan dengan SATU UMRAH kita kerjakan.
Third Umrah, Nora & Arin try naik skuter. Skuter ni dapat membantu orang tua, orang kurang upaya, wanita hamil, keluarga yang bawak anak kecil, dan orang yang ada masalah lutut. Sihat Walafiat, takyah mengade ok?
Tempat nak naik skuter ni dekat dengan tempat saie. Naik tingkat Mezzanine nanti korang akan jumpa signage. Dan skuter ni ada 2 jenis, untuk seorang atau berdua.
Harga untuk skuter ni. SR50 untuk tawaf sahaja, dan SR100 untuk tawaf & saie.
Umrah ketiga ni habis dalam masa sejam.
Actually naik skuter ni sama je masa dia dengan tawaf biasa sebab pusingan tingkat atas ni lagi besar. Just tak penat sangat je lah. Hehe.
Kalau tak cuba ice-cream sana tak sah k. WAJIB!
SEDIKIT TIP KALAU NAK BUAT TAWAF SUNAT
If nak buat umrah or tawaf sunat, buat lepas subuh. Dalam pukul 8-9 am. Time ni kurang orang, dan cepat je settle buat umrah. Mungkin orang Arab time ni tido lepas Subuh haha.
Cium Kiswah
Nora dan Arin dapat cium kiswah sekali. Waktu tu dalam pukul 9 pagi. The best time nak pergi, time lepas subuh. Ramai yang lepas subuh keluar ziarah dan rehat.
Sebelum tu, waktu solat subuh, Nora doa moga-moga dapat pegang Kiswah masa tawaf sunat, dan Alhamdullilah, Allah SWT makbulkan.
Terasa kerdil sangat diri ni waktu depan Kaabah.
Kalau nak buat umrah pun, better pagi lepas subuh, breakfast then terus buat umrah. Alhamdulilah dapat settlekan cepat.
Start pukul 10 pagi keatas orang dah start tawaf dan lagi ramai.
Rukun Yamani.
Nora Alhamdullilah dapat buat 3 kali Umrah sepanjang di Mekah. Tawaf sunat lebih kurang 3 kali jugak. Rasa bersyukur sangat dapat buat Umrah dengan keluarga.
Perjalanan balik dari Mekah ke Jeddah mengambil masa 2jam mengunakan bas.
Flight balik Malaysia malam pukul 10.30pm. Flight balik pun Aulia behave. Dia tengok movie, main toys lepastu tido sampai lah arrive KLIA dalam pukul 12PM. Alhamdulillah.
Pengalaman Bawa Anak Ke Tanah Suci
Alhamdulillah experience bawak anak ni best sebenarnya walaupun rasa mencabar sikit. Especially kalau anak kita sihat and fit, lagi best. But we take it as our dugaan kat sana masa Aulia tak sihat. In a way, semuanya banyak dipermudahkan. Alhamdulillah Allah senangkan perjalanan disana. Jangan takut nak bawak anak ke Tanah Suci. Anak ni rezeki. Inshallah macam-macam rezeki Allah akan bukak dekat sana. Doa, niat and tawakal. Ins shaa Allah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI