
Bila Sudah Ada Anak, SUAMI Kenalah Faham Komitmen ISTERI Bukan Untuk Dia Seorang

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Setiap isteri apabila berumah tangga dan memiliki keluarga pasti ingin lakukan yang terbaik untuk Keluarganya terutamanya anak-anak. Bila melihat saban bulan suami sesak, pasti isteri cuba membantu apa yang patut maklumlah saling berkongsi hidup.
Sebenarnya bila isteri bekerja adalah untuk kurangkan beban suami dan bukan ambil alih segala bebanan suami serta nafkah juga wajib suami bagi pada isteri.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik:
Dosa kalau suami tak tunai nafkah dekat isteri…
Sebab hukum menunaikan nafkah ini adalah wajib… Bila seorang isteri itu menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri, maka suami wajib bagi nafkah kepada si isteri…
Tiada alasan untuk tidak menunaikan nafkah…
Isteri bekerja, isteri berniaga, isteri ada pendapatan sendiri sekalipun, suami masih wajib tunai nafkah…
Nafkah tak dikira void atau boleh dielakkan atau terbatal jika isteri itu ada kemampuan untuk berbelanja untuk dirinya sendiri…
Mentaliti nowadays, “Awak ada duit, awak belilah barang dapur… Awak ada gaji, awak bayarlah yuran anak-anak…”
Baca Juga Di Sini:
Nafkah Bulanan WAJIB Beri Isteri. JANGAN BUAT TAK TAHU, Ada Keberkatan Walaupun Sedikit
Suami Niat Beri Nafkah Isteri RM10,000 Sebulan, Yakin Rezekinya Makin Berkat
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Suami kena ganti duit yang isteri gunakan tanpa rela ke atas perbelanjaan-perbelanjaan dan tanggungan-tanggungan yang berada dibawah tanggungjawab suami…
“Bersyukurlah saya bagi awak kerja, bagi awak berniaga, bagi awak cari duit sendiri…”
Wrong… dia bekerja, berniaga dan ada pendapatan untuk mengurangkan beban suami, bukan mengambil alih bebanan suami… Banyak yang lepas tangan bila isteri sudah ada duit sendiri sebab pada fikirannya, dia sudah tak perlu tunai nafkah bila mana isteri itu ada duit sendiri…
Dia biar isteri beli kelengkapan dapur, dia biar isteri bayar bil utiliti, dia biar isteri bayar hutang-hutang kereta dan rumah… Asbab, duit isteri banyak dari duit dia… Maka isterilah kena bayar serba-serbi…
Another mistake… Suami tetap perlu cuba untuk bayar setakat kemampuan yang ada, beli keperluan setakat kemampuan yang ada, usaha sedaya-upaya menyara keluarga dengan kemampuan yang ada…
Tak cukup, sudah hampir habis duit yang ada, baru isteri akan tolong…
Ini sepatutnya budaya rumah tangga yang sihat dan bahagia…
MW: Bab nafkah ini memang jadi tanggungjawab suami dan wajib ditunaikan. Tidak kiralah isteri miliki pendapatan lebih banyak sekali pun, nafkah tetap wajib diberi pada seorang isteri.
Sumber: Firdaus Shakirin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!
Ada benarnya cabaran dalam menjaga anak-anak zaman dulu tak sama dengan zaman sekarang. Tak usahlah kita bandingkan cara mak-mak zaman dulu dengan mak-mak zaman sekarang jaga anak. Ada pelbagai sebab boleh menjadi punca, perbezaan dan cabaran tersebut.
Tu kena faham dulu sebelum keluarkan statement yang bukan-bukan. Saya paling anti kalau kenyataan ni.
‘Eleh, makcik dulu anak ramai boleh je jaga, ko baru nak masuk dua dah macam tak cukup tangan?’
Hmmmm..dalam sedar tak sedar, zaman dulu dan zaman sekarang sangat berbeza.
Zaman saya kecil-kecil dulu. Sekitar umur 5 – 6 tahun camtu, saya sangat bebas ke sana sini. Naik basikal, masuk kebun getah cari buah getah nak main congkak. Kadang round satu kampung dengan jiran-jiran dan adik.
Keluar selepas asar, sebelum Maghrib balik. Keluar main dengan anak jiran lelaki, main kejar-kejar.Seronok! Balik rumah dengan penat. Selepas makan dah tertidur sendirinya.
Mak? Buat kerja rumah di rumah. Ayah? Pergi dan balik kerja dengan senang hati. Kenapa mak boleh jaga sepuluh anak?
Sebab anak-anak tak buat sepah dalam rumah. Anak-anak tak bergaduh dalam rumah. Anak keluar main dengan jiran kampung sebelah? Mak tak pernah risau. Mak tak pernah susah-susah dan resah.Sebab dia tau, penat main, anak-nak konfem balik makan.
Anak perempuan dia main kejar-kejar dengan anak lelaki jiran? Mak tak pernah risau. Sebab anak perempuan dan anak jiran memang main kejar-kejar semata-mata.
Dulu kedai runcit banyak dekat kawasan rumah. Pasar basah pun dekat. Mak bagi RM20 pastu bagi list barang, anak perempuan dia kayuh basikal pergi pasar, tunjuk list, orang kedai bagi barang. Harga pun harga betul, kadang siap bagi free lada kering la, bawang merah lebihla.
Mak senang ada pembantu. Tak payah mak susah-susah nak pergi pasar. Zaman sekolah pun best. Pagi ayah hantar, balik pandai balik sendiri naik bas henti-henti. Kadang ada duit lebih, ambil prebet sapu. Kadang siap tertidur dalam kereta,tapi pakcik perebet kejut je, adik..sampai rumah dah ni!
Hidup tenang. Senang. Sedar-sedar 10 orang anak mak dah besar.
Tapi itu zaman mak dulu. Zaman mak sekarang dah lain.
Anak nak keluar main sendiri depan rumah risau sangat. Kereta banyak, motor banyak. Anak pulak baru belajar kayuh basikal, kadang jatuh kadang terlajak. Mak sibuk nak masak lagi, maka terpaksa suruh anak main dalam rumah. Nak biar main kat luar, risau!
Maka, bila dalam rumah, mak stress. Anak sepahkan mainan, main elok-elok 5 minit pastu berebut dengan adik. Belum campur lagi bab anak kata dah bosan dengan mainan.
Mak nak anak bergaul dengan anak jiran. Tapi mak sekarang risau. Anak mak perempuan, anak jiran lelaki. Budak dulu-dulu naif. Tapi budak sekarang advance. Budak dulu-dulu kalau main kawin-kawin, setakat sanding duduk sebelah-sebelah je. Budak sekarang main kawin-kawin kadang memang ‘kawin’ terus. Tak ada akad nikah je. Akhirnya, mak tak dapat masuk dapur, mak nak pantau kat luar anak-anak ni bergaul macam mana.
Mak nak suruh anak pergi kedai zaman sekarang mak risau. Sahkan nak pergi kedai, anak main depan rumah pun bahaya. Orang jahat merata-rata. Sekali lagi, mak terpaksa suruh anak main dalam rumah. Sekali sekala bawa ke taman, tapi itula, jeling mata tak pernah lepas. Risau.Risau. Risau. Makanya, mak jugaklah usung anak-anak pergi kedai, walaupun sekadar nak beli bawang merah 5 ulas.
Mak nak anak balik sekolah sendiri? Lagilah risau. Naik bas ada risiko, naik teksi ada risiko, kayuh basikal sendiri ada risiko. Mak risau. Maka, demi anak, mak jugaklah gagahkan diri ambil dan hantar anak sekolah. Loceng belum bunyi mak dah tercegat depan pagar sekolah, takut anak balik ikut orang ntah sape-sape.
Dengan rutin macam tu, bila mak nak ada masa di rumah? Anak kena pantau 24 jam depan mata. Paling mudah, anak-anak semua dalam rumah!
Mak dulu takde mainan dalam rumah, sebab anak main luar rumah. Rumah mak dulu bersih, clear,sebab mak tak payah fikir bab anak sepahkan.Mak tak risau anak kat luar. Mak tak risau anak hilang.
Mak sekarang?
Anak dalam rumah pun orang intai lagi!
10 ANAK ZAMAN MAK DULU, DAH TAK SAMA DENGAN DUA ANAK ZAMAN SEKARANG,MAK!
Annie Sukery
Mak anak tiga
Baca Lagi DI Sini:
Bila Ada Anak Perempuan. Cabarannya Tak Sama Dengan Jaga Anak Lelaki
Zaman Sekarang, Jaga Anak Perempuan Dan Lelaki Sama Je Mencabarnya!
MW:Mungkin ada benarnya, cabaran menjaga anak-anak zaman dulu tak sama dengan zaman sekarang. Renyahnya, serba serbi kena lebih berhati-hati dan berjaga-jaga, risau keselamatan anak. Renung-renungkan perkongsian ini.
Sumber: Annie Sukery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!
Tentu cukup memedihkan bila pasangan atau orang yang menjadi tunggak utama dalam keluarga meninggalkan kita kita buat selamanya. Hilang tempat bergantung, apatah lagi bila pasangan yang ditinggalkan itu tidak bekerja. Segala hutang dan wasiat peninggalan suami pula tidak tahu berapa yang ada dan perlu diselesaikan.
Mungkin mudah bagi pasangan yang berpisah hidup terutamanya dari segi tuntutan harta sepencarian atau pembahagian harta yang lain. Tetapi, mungkin agar sukar bagi pasangan yang bercerai mati dalam membuat pembahagian harta sepencarian, faraid atau sebagainya.
Walau bagaimanapun, ada cara yang boleh isteri untuk menuntut harta apabila pasangan /suami meninggal atau lebih tepat bercerai mati. En. Khairul Fahmi Ramli, Peguam Syarie berkongsi tentang apa yang patut isteri lakukan atau tuntut selepas kematian suami.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jelas Peguam Syarie Ini, ‘Langsaikan Dulu Hutang Si Mati Sebelum Difaraidkan’
‘Waris’ Elak Sama-sama Bayar Hutang Rumah, Tergamak Faraid Tempat Balu Berteduh
Info Lebih Menarik DI SINI
Selalu kita faham, bila berlaku perceraian yang mana kedua-dua pasangan masih hidup ada beberapa tuntutan yang boleh dituntut oleh seseorang bekas isteri. Cuma, kita jarang ambil tahu, tentang seorang balu (isteri kematian suami) juga mempunyai beberapa hak yang pada saya sangat perlu diselesaikan.
Biasanya orang hanya tahu nak selesaikan Faraid iaitu pembahagian harta pusaka. Sedangkan, pusaka ini adalah peringkat terakhir pengurusan harta si mati. Jadi, saya ringkaskan tentang jenis tuntutan yang wajar dituntut oleh seorang balu ke atas ahli waris si mati yang lain.
Sekiranya, si suami masa dia hidup, pernah meminjam dan menggadaikan barang kemas milik isteri, namun tidak sempat untuk tebus kemudian dia meninggal, isteri tersebut boleh menuntut sebahagian daripada tinggalan pusaka si mati untuk menebus gadaian tersebut.
Mungkin, perkara ini boleh diselesaikan secara baik iaitu meminta kepada ahli waris yang lain untuk bersetuju memberikan sebahagian wang tersebut untuk ditebus. Ini termasuk juga sekiranya si mati ada tunggakan nafkah dan hutang mas kahwin yang belum dilangsaikan.
Umum mengetahui, bahagian faraid bagi seseorang isteri ini akan menjadi kecil sekiranya mempunyai anak. Bahkan, akan menjadi lebih kecil sekiranya si mati mempunyai banyak isteri. Jadi, harta sepencarian adalah salah satu tuntutan yang boleh dituntut sebagai hak seorang bekas isteri yang ada menyumbang dalam kehidupan rumahtangga mereka.
Biasanya, isu ini akan menjadi rumit jika berhadapan dengan ramai ahli waris kerana setiap ahli waris si mati akan menjadi Defendan dalam tuntutan ini. Melainkan, semua ahli waris bersetuju dengan tuntutan tersebut.
Biasanya hak jagaan mungkin kurang berlaku antara bekas isteri dengan ahli waris yang lain. Cuma, ada sesetengah keadaan yang mana ada pertikaian mengenai hak jagaan anak. Khususnya yang sering berlaku adalah antara balu si mati dengan bekas mertua.
Biasanya, ibu akan tetap dapat hak jagaan dan pihak lawan akan dapat hak melawat serta mungkin bermalam. Cuma, jika perkara ini tidak menjadi isu, mungkin tidak akan sampai ke Mahkamah melainkan mana-mana pihak perlukan satu perintah jagaan dikeluarkan.
Memang ada ibu yang dia rasakan dia mampu untuk tanggung perbelanjaan anak-anak. Lebih-lebih lagi zaman ini, banyak ibu yang mempunyai kerjaya bagus serta pendapatan yang stabil. Cumanya, ada yang mungkin tak mampu untuk tanggung perbelanjaan tersebut.
Jadi, seorang balu boleh menuntut Nafkah Anak kepada waris sebelah suami untuk menanggung nafkah tersebut. Formulanya, mengikut senarai perwalian. Jika datuk kepada cucu masih hidup, maka datuk perlu menanggung. Jika tiada, bapa saudara perlu menanggung dan seterusnya. Jadi, jangan cakap bapa saudara tak ada kaitan yer.
Sesetengah pihak ada membuat perjanjian hibah yang kita namakan Surat Ikatan Hibah keatas sesuatu harta. Yang mana, suami semasa hidup pernah memberi hibah hartanya kepada isteri secara sah di sisi undang-undang. Cuma, perjanjian tersebut belum disahkan oleh mana-mana Mahkamah.
Jadi, seorang balu boleh membuat permohonan pengesahan Hibah terlebih dahulu di Mahkamah Tinggi Syariah sekiranya wujud Hibah tersebut. Sekiranya Hibah tersebut disahkan, pastinya harta yang dituntut itu tidak boleh dinamakan sebagai harta pusaka untuk difaraid.
Sekarang faham ke faham? Bukannya jika berlaku sahaja kematian, terus ahli waris lain nak faraid. Sabar, ada beberapa perkara perlu diselesaikan dulu sebelum sampai ke faraid. Hadis Nabi juga mewajibkan hutang diselesaikan Hutang dan Wasiat terlebih dahulu sebelum faraid.
Yang penting jangan terlalu lama untuk buat pengurusan harta si mati ini. Bimbang, akan berlaku kematian berlapis dan lebih menyukarkan proses pembahagian pusaka kelak
Tak perlu pertikai hak seorang bekas isteri, kalau memang haknya ada dalam Hukum.
MW: Sepatutnya kita dahulukan balu dan anak yang ditinggalkan kerana mereka lebih layak dan berhak dalam meneruskan kehidupan yang mendatang.
Sumber: Fahmi Ramli
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd ❤️ Dikendali Oleh Astro Group
