Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada pasangan yang keduanya diberi cuti dan ada juga bekerja dari rumah. Segelintirnya pula ada yang isteri bekerja dan suami terpaksa mengambil segala tugas isteri di rumah kerana suami diberi cuti.
Sebenarnya tak mudah ya, bila sang suami yang perlu mengambil tugas menjaga anak-anak dan menguruskan rumah tangga. Bila suami mengambil alih tugas isteri, barulah tahu apa yang isteri hadapi setiap hari dalam menguruskan rumah tangga.
Ikuti perkongsian Mohd Fhais ini dan cuba fahami:
Sekarang suami jadi bibik pula!
Setiap hari isteri pesan abang basuh baju, abang mandikan anak, abang bagi anak makan, abang kenapa mainan anak bersepah ini, kemas… kemas… kemas.
Naluri jantan tercabar bila diarah-arah seperti itu.
Mentang-mentanglah dia yang keluar rumah bekerja sekarang ini, kita duduk rumah kita pula yang kena buat semua kerja rumah. Huh!
Betul-betul kena penjara sosial…
Sudahlah tidak dapat keluar, kena terperuk dalam rumah asyik buat kerja rumah pula itu.
Tak sempat nak scroll facebook, tak sempat nak hello kawan tanya khabar, tak sempat nak duduk silang kaki tangan mendepa, tak sempat nak manfaatkan HBO yang astro sudah bagi free.
Serius, langsung tak sempat!
Tak pernah lagi rasa sanggap me-time teruk macam ni. Setiap hari ternanti-nanti isteri balik kerja hendak pass baton.
Huwaa..
Buat korang yang ada isteri di sisi, hargailah isteri korang. Jangan biar isteri korang buat kerja rumah seorang diri.
Sungguh, penat dia bukan kaleng-kaleng. Kasihan pada mereka.
Macam manalah suri rumah yang bertahun-tahun buat kerja rumah seorang diri 24 jam sehari, 365 hari setahun itu boleh survive sampai sekarang. Kamu semua memang hebat!
Kamu semua adalah frontliner sejati setiap rumah.
Jika kekuatan lelaki ada pada tenaga maka kekuatan wanita pasti ada pada kesabaran yang amat tinggi.
Serius. Penat!
Mohd Fhais
Masih hidup lepas sebulan jadi bibik
p/s : Hikmah duduk rumah kali ni supaya para suami boleh lihat dan rasa sendiri apa yang para isteri dah hadap sepanjang hidup mereka. Ia mengajar kita supaya lebih menghargai.
Sumber: Mohd Phais
MW: Semoga setiap lelaki menjadi seorang suami yang menghargai isterinya lebih-lebih lagi yang bergelar suri rumah tangga yang 24 jam menguruskan keluarga dan rumahtangga tanpa mengenal erti penat dan jemu.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI