Bertuah punya anak, inilah ayat yang paling sesuai untuk mak ayah bila marah anak. nakal, degil atau tak dengar kata sekalipun sebut dan sumpahlah dengan kata-kata ini.
Begitulah, anak-anak yang tengah nak membesar, ada masanya buat kita sebagai mak ayah marah, sakit hati dan sebagainya. Waktu itu, mulalah keluar perkataan yang tak sepatutnya.
Jangan cepat sumpah anak dengan perkataan yang tidak elok. Apa yang keluar dari mulut mak itu doa. Jadi, sebutlah bertuah punya anak. Mudah-mudahan dengan perkataan ini termakbullah, jadi anak yang bertuah.
Antara perkongsian daripada Ustaz Irwan Zahuri supaya mak-mak menjaga percakapan bila marah anak dan sebutlah perkataan yang baik-baik.
Bila marah anak, jangan sampai terkeluar perkataan yang anda tak mahu ia terjadi pada anak.
Sebut perkataan yang elok walau nadanya mungkin ‘high pitch’. Mak-mak pun kadang-kadang emosional juga kan. Cuma, tolonglah jaga perkataan yang terkeluar dari mulut kita.
Sebaik-baiknya, kalau marah anak, terus sumpah mereka dengan doa. Secara psikologi pun apabila anak tu dengar doa untuknya jadi motivasi untuk dia berubah jadi baik Insya ALLAH.
Ads
Contohnya, kalau anak masih sekolah lagi dan aktif menyepahkan rumah, bila nampak rumah sepah aje doa kuat-kuat.
Ya ALLAH Ya Tuhanku, jadikanlah anak-anakku orang yang mendengar kata ibunya, suka mengemas rumah dan jadikanlah anak-anakku orang yang menyimpan mainan selepas menggunakannya.
Bunyi macam sambil doa sambil menyindir. Tapi daripada kita tersebut perkataan negatif, lebih baik kita mengajar, meluah perasaan dalam doa yang baik di hadapan mereka.
Yang paling kerap mak-mak sebut, bertuah punya anak!!!
Ok la tu. Mudah-mudahan bertuah betul la anak tu. Insya ALLAH.
Mak Jaga Perkataan
Kenapa perlu jaga perkataan mak-mak? Sebab doa ibubapa kepada anaknya merupakan salah satu bentuk doa yang mustajab.
Ini berdasarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa NABI SAW bersabda:
Maksudnya: “Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi padanya: Doa seorang yang dizalimi, doa seorang yang bemusafir dan doa ibubapa kepada anaknya. [Riwayat Ibn Majah (3862)]
Doa di bawah ni kalau belum kahwin dah boleh baca, mudah-mudahan dikurniakan pasangan yang baik dan anak yang menyejukkan hati.
Bagi yang dah kahwin sedang menanti cahaya mata pun boleh baca dan untuk yang ada anak kecil sampai dah besar pun perlu baca.
Kalau dah jadi atuk nenek pun perlu baca. Mudah-mudahan anak cucu dan keturunannya termasuk dalam golongan orang yang soleh solehah.
Rabbana hablana min azwaajina wa dzurriyyatina qurrata a’yuniw waj’alna lil muttaqiena imaamaa.
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa.” (QS Al Furqan ayat 74).
Kita cuba amalkan selepas solat fardhu ya Insya ALLAH.
Mingguan Wanita : Marah sekalipun pada anak, doakan yang baik-baik untuk dia.
Walau duduk rumah dan tak perlu berpanas-panas, letih berpuasa itu tetap terasa. Bila tiba waktu berbuka, itulah masa yang ditunggu-tunggu. Bila PKP ini, hidangan dari air tangan isteri buat satu keluarga seronok nak makan.
Biar pun isteri masak sedap sungguh, dan mata pun teruja sama tengok lauk pauk berbuka.. tetap bila tiba waktu berbuka puasa ada adab yang perlu dipatuhi. Barulah ibadah berpuasa itu lengkap dan menepati apa yang agama ajari.
Ikut pesanan Ustaz Khairul Anuar Basri ini tentang perkara yang mak ayah wajib tahu mengenai berbuka puasa. Ada 10 perkara penting wajib hadam
10 PERKARA YANG ANDA WAJIB TAHU APABILA TIBA WAKTU BERBUKA PUASA
1. Antara 3 golongan yang tidak akan ditolak doanya ialah orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka.
2. Waktu berbuka puasa ialah waktu kemuncak untuk berdoa. Justeru banyakkan berdoa ketika itu. Jangan sesekali leka dengan permainan duniawi sehingga kita mensia-siakan peluang yang terhidang itu.
3. Persiapkan juadah berbuka puasa sekadarnya. Jangan sampai berlebih-lebihan sehingga berlalu pembaziran.
4. Sebelum masuknya waktu solat Maghrib, berdoalah beramai-ramai bersama ahli keluarga dengan doa yang baik. Boleh berdoa apa sahaja yang kita hajatkan sama ada kebaikan di dunia atau pun di akhirat.
5. Apabila masuk waktu azan Maghrib, berbukalah puasa dengan makanan yang ringan dan sedikit sahaja. Ini kerana, ada solat Maghrib yang sedang menunggu untuk ditunaikan secepat mungkin selepas berbuka.
6. Selesai berbuka, bacalah doa yang diajar oleh Rasulullah SAW iaitu :
اللَّهُمَّ لَك صُمْت وَعَلَى رِزْقِك أَفْطَرْت ‘Allāhumma laka sumtu wa ‘alā rizqika afthortu’. “Ya Allah, untukMu aku berpuasa, dan dengan rezeki dariMu aku berbuka”. [Sunan Abi Dawud (2358)].
Atau pun doa ini :
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَىْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي ‘Allāhumma innī as aluka birahmatikallatī wasi’at kulla syai in an taghfiralī’. “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon dengan rahmatMu yang meliputi segala perkara, agar Engkau mengampuniku”. [Sunan Ibn Majah (1753)]
7. Selesaikan solat Maghrib secepat mungkin setelah selesai berbuka puasa. Jangan sampai kita leka dengan makanan sehingga kita terlewat menunaikan solat Maghrib. Perlu diingat, waktu antara Maghrib ke Isyak sangatlah pendek.
8. Setelah selesai solat Maghrib, bolehlah menyambung makan dengan kadar yang sepatutnya. Jangan pula berlebih-lebihan sehingga mengganggu tumpuan untuk solat Isyak dan Terawih.
9. Jika mampu, belanjalah orang lain berbuka puasa kerana ganjaraannya sangat besar di sisi Allah SWT.
10. Rasulullah SAW menyebut dalam hadithnya bahawa orang yang berpuasa itu akan mendapat 2 kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan apabila bertemu dengan Allah SWT.
Dapat ilmu tentang buka puasa?
Kalau dapat, apa kata kita sebarkan kepada orang lain. Harapnya buka puasa kita bukan sekadar adat tetapi boleh juga menjadi ibadat dengan ilmi dan kesedaran yang betul.
Alhamdulillah, berita gembira pelawak dan pengacara popular, Jihan Muse telah selamat melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor, kira-kira jam 10.15 malam tadi.
Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 35, melahirkan bayi seberat 3.85 kilogram itu menerusi kaedah pembedahan dan dilaporkan kini dalam keadaan yang sihat.
Terdahulu, Jihan dan Ungku Hariz Faizal, 32, mendirikan rumah tangga pada bulan Mac 2016 dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Laman Kayangan, Shah Alam, selepas sembilan tahun menjalin percintaan.
Syarikat pengurusannya, Laugh Out Loud Entertainment dalam satu kenyataan memaklumkan Pengacara Gegar Vaganza itu juga akan berehat selama dua bulan daripada segala aktiviti seni untuk menjalani proses berpantang, selain memberi tumpuan dan meluangkan masa bersama keluarga.
“Jihan dan bayinya dalam keadaan baik dan sedang berehat. Memandangkan ini kelahiran sulungnya, Jihan akan menumpukan perhatian sepanjang tempoh itu.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan terdekat, media serta peminat,” katanya menerusi kenyataan itu.
Menerusi video yang dimuat naik di laman rasmi program Meletop itu, suami Jihan, Ungku Hariz Faizal yang juga pelakon meluahkan perasaan syukur sudah bergelar bapa.
Ungku Hariz turut mengucapkan terima kasih dan berharap semua peminat mendoakan kesejahteraan keluarga kecilnya.
Sementara itu program Vlog Mommy Jihan yang memaparkan aktiviti Jihan dan suami sepanjang tempoh kehamilannya berusia 31 sehingga bersalin disiarkan setiap Isnin dan Selasa, jam 10.55 malam di saluran Astro Ria.
Ada orang direzekikan menjaga orang tuanya sehingga ke akhir hayat, ada orang pula diuji jauh dan susah nak jenguk kedua ibu bapanya. Apa pun ujian yang tuhan beri, janganlah pernah berhenti buat baik, memberi bakti seorang anak kepada kedua orang tuanya.
Dan ingatlah pesanan yang dikongsikan Da’i Hamidah atau nama sebenarnya Hamidah Abdul Razak ini, tentang ganjaran akan kebaikan yang anak peroleh apabila berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.
Pesan Da’i Hamidah,
“Buatlah baik dengan ibu bapa kerana banyak dah terbukti orang yang baik dengan ibu bapa jalan hidupnya selalu dipermudahkan bahkan doanya dimakbulkan oleh Allah Taala asbab kebaikanya berbakti kepada kedua ibu bapa.
Ajaib bukan ? Itulah betapa berharganya ibu bapa kita. Jagalah, sayangilah mereka jangan sesekali biarkan mereka kecewa dan menitiskan air mata kerana kelakuan kita.
Sebab itulah, walau pun anak jauh dari kedua orang tua, masih ada kemudahan teknologi untuk hubungi mak ayah. Boleh saja buat video call, atau whatsApp voice note atau apa saja caralah asalkan hubungi mereka sekerapnya.”
Tanya perkembangan mak ayah, sihat kah atau sebaliknya. Jika keputusan makanan, boleh buatkan belian barang basah online untuknya. Macam-macam cara mudah boleh dibuat sekarang untuk anak terus berbakti dengan orang tuanya. Kadang perkara simple-simple macam inilah yang buat hati mak ayah bahagia.
Sayu Tengok Mak Makin Tua..
Kata Da’i Hamidah yang berkongsi gambar dengan ibu sebelum PKP,
“Ini mak saya, di saat abah saya pergi buat selama- lamanya ketika habis sahaja program Dai, mak la tempat saya rujuk untuk dapatkan mutiara kata. Sayu plak tengok mak semakin tua, selalu bangun malam untuk doakan saya , baca yassin utk setiap urusan saya. Ya Allah rahmatilah ibu bapa kita semua.”
Begitulah seorang ibu, sama ada anak sedari atau tidak sedari ibu tetap mendoakan anak-anaknya. Bangun malam bermunajat pada Ilahi agar dipelihara anak-anaknya dan dimurahkan rezeki sentiasan. Selagi ibu masih ada, teruslah sayangi mereka.
MW : Jangan nanti bila mak ayah dah tiada, baru hati nak rasa menyesal. Waktu itu kerinduan tak berbalas itulah yang paling sakit sekali.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.