Agak-agak pemandu kereta di luar sana tahu tak beza angin luar dengan angin dalam seperti simbol yang ditunjukkan itu. Tak pernah ubah dan tidak tahu apa-apa tentang simbol itu.
Bagi yang dah biasa, tentu sekali dapat mengagak bila dalam kereta berbau, mulalah tukar simbor angin luar. Sebab itulah, ada bau asap kereta sebabnya angin luar masuk ke dalam kereta.
Tak mustahil juga ada langsung tak ubah apa-apa pada simbol itu sama ada simbol angin luar atau angin dalam. Ini yang perlu anda tahu dan membantu dalam mengurangkan penggunaan bahan api. Dengan kata lain boleh juga jimatkan minyak kereta.
Malah, boleh dikatakan kereta berjemur di kawasan panas dan bila kita hidupkan enjin tidak terfikir untuk tukarkan simbol itu. Lepas ini kena tukar sebab ia membantu menggurangkan haba panas dalam kereta, seperti yang disarankan oleh doktor ini.
Nak pakai fungsi ‘angin luar’ atau ‘kitaran dalam’ pada air-con ni?
Ads
Jawapan:
Gunakan fungsi ‘angin luar’ apabila mula masuk kereta yang telah berjemur panas. Ini kerana angin dalam kereta lebih panas daripada angin luar. Fungsi ini akan bantu turunkan suhu dalaman kereta dengan gantikan dengan angin baru.
Bila dah kabin kereta dah mula sejuk, tukarkan ke fungsi ‘kitaran dalam’. Ini akan bantu sistem air-con anda berfungsi dengan lebih baik kerana hanya perlu menyejukkan angin yang separa sejuk berbanding angin luar yang panas.
Secara langsung dapat mengurangkan pengguna bahan api.
Akan tetapi, fungsi ‘kitaran dalam’ akan buatkan pengumpulan wap air daripada pernafasan kita. Sebab tu cermin akan berkabus/berwap jika anda memandu di kawasan sejuk, pergunungan, kampung-kampung atau sebelah pagi,
Tukarkan ke fungsi ‘angin luar’ untuk hilangkan kabus pada cermin depan.
Ads
Pening, tak tau nak pilih yang mana??
Sahabat saya, Jamadin Hayat (founder & chief mechanics di Ztechnica Automobile) mencadangkan korang guna fungsi ‘auto’ (automatic) pada sistem air-con korang jika ada.
Sistem auto pada air-con ni akan pilihkan fungsi yang mana paling sesuai.
Pada model² BMW, sistem auto air-con ni bergantung bacaan kepada AUC sensor.
AUC = Automatische-Umluft-Control (Kawalan peredaran semula udara automatik).
Jenama kereta-kereta lain juga ada dengan nama sensor yang agak berlainan. Sensor ini akan pantau kualiti udara & tahap kelembapan kabin.
Ads
Gunakan fungsi auto pada air-con anda kalau ada.
Mingguan Wanita : Biasanya kita guna angin luar kalau ada makanan yang kuat dalam kereta. Secara tak langsung nak nyah bau dalam kereta.
Memang ada benarnya simpanlah senarai dokumen penting setiap ahli keluarga, baik suami, isteri dan anak-anak dalam satu fail. Ia sangat diperlukan apabila berlakunya situasi kecemasan mahupun kematian.
Penting bagi suami isteri mengambil tahu dokumen penting yang miliki seperti password telifon bimbit,akaun media sosial, no pin pada kad ATM, akaun simpanan yang dimiliki, sijil takaful, geran rumah, kereta dan sebagainya. Ini kerana jika segala dokumen telah dicatat dan disimpan sempurna ia memudahkan pasangan, waris mahupun anak-anak menguruskan segala urusan nanti.
Baca perkongsian daripada Puan Ismi Sabiha ini sebagai rujukan;
Antara fail penting kami sekeluarga. Nampak tak penting sekarang, tapi akan jadi sangat-sangat penting jika berlaku kematian (bila-bila saja boleh berlaku). Pesan kat pasangan dan anak, apa-apa jadi semua dokumen ada dalam fail ni.
Antara isi kandungan fail:
1. Salinan kad pengenalan diri sendiri dan ahli keluarga. Saya standby buat 10 keping setiap salinan.
2. Salinan sijil nikah.
3. Salinan sijil kematian ahli keluarga.
4. Senaraikan nama ahli keluarga serta pertalian waris
5. Senaraikan aset (Geran rumah, geran kereta, geran tanah, geran rumah-kedai, emas dan lain-lain)
6. Nota Hutang / loan bank.
7. Polisi-polisi takaful yang kita ada (Kemaskini senarai penama atau pemilik hibah, jumlah pampasan hibah dan nyatakan nama agent untuk dihubungi)
8. Kemaskini maklumat akaun bank dan kata laluan akaun bank.
9.Senaraikan maklumat KWSP,Tabung Haji, ASB, Share-holder, saham, unit trust, fixed deposit dan lain-lain
Satu je belum ada dalam fail ni, iaitu sijil mati diri sendiri. Bersedia atau tak, mati itu pasti. Senang macam mana pun kehidupan kita, dunia letak di tangan sahaja jangan di hati.
Orang-orang yang hutang dengan kita and tak reti nak bayar perlu ke eh kita senaraikan nama diaorang dalam ni.
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi sebagai persediaan, simpan segala dokumen penting keluarga di dalam fail dan tempat yang selamat. Ia bagi memudahkan segala urusan yang berkaitan apabila berlakunya kematian nanti.
Ayam boleh dikatakan barangan mentah wajib ada dalam peti sejuk setiap kali beli ‘lauk’ di pasar. Jika selalu ayam yang dibeli diasingkan dalam beberapa bekas dan disimpan terus dalam peti sejuk. Namun, bila simpan cara begini ayam beku tersebut jadi keras, melekat dan lambat dicairkan.Sebenarnya ada cara mudah untuk simpan ayam dalam peti sejuk. Barulah ayam elok seketul-seketul tak melekat, senang direndam dan cepat dimasak.
Boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Puan Suzana Zainal ini.
Saya nak berkongsi cara saya simpan ayam atau daging atau ikan
Cara-Caranya:
1.Basuh ikan atau ayam atau daging bersih-bersih.
2.Selepas itu letak dalam dulang, pastikan tak melekat antara satu sama lain.
3.Masukkan dalam tempat beku dalam 2 hingga 3 jam.
4.Selepas dah beku ambil satu persatu dan masukkan dalam plastik atau bekas yang kita nak. Jadi nanti nak masak dah senang, tak payah rendam semua, cuma ambil berapa ketul yang kita nak masak dan rendam.
MW:Setiap orang ada cara dan tip yang tersendiri. Menarik juga cara simpan ayam begini.Elok seketul-seketul tak melekat dan senang nak masak. Jadi tak perlu rendam semua, ambil beberapa ketulan yang di mahu dimasak sahaja. Malah ayam beku pun cepat cair dan tak keras bercantum-cantum.
Sumber: Suzana Zainal
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau dahulu nak masak pulut sangat renyeh. Perlu rendam dulu beras pulut, kukus, masukkan santan, kukus lagi untuk pastikan ia betul-betul masak. Barulah ia menjadi.
Sedapnya bila pulut digandingkan dengan rendang atau serunding. Ada sesetengah orang tak boleh makan pulut bimbang datang ‘angin kus-kus’ dan tak kurang yang sakit badan bila makannya.
Berbalik kepada cara masak pulut, dengan keadaan semakin moden dan semua orang nak cepat, segalanya pun boleh dilakukan . Dengan syarat, cara cepat ini sama dengan yang mak-mak kita masak dulu.
Tak kurang juga yang langsung tak berapa pandai nak mask pulut. Sampaikan ada terlebih air, pulut masih mentah dan sebagainya.
Waima, apa sekalipun, inilah cara yang paling cepat dan sesuai untuk orang malas, kata Mulia Nis dalam perkongsiannya tentang cara beliau masak pulut kuning.