Dari masa bercinta sampailah berkahwin, nama panggilan manja itulah yang sering dipanggil. Tak kurang juga masa bercinta awak saya, tapi bila sudah kahwin, barulah bertukar pada sayang bagai. Beruntunglah.
Namun, tak kurang juga bila dah kahwin dan mempunyai anak, panggilan manja terus hilang. Hanya yang ada saya awak, mama, papa.
Kononnya, malu bila keluarga atau orang dengar dengan panggilan manja itu. Pelik. Masa bercinta tak pula malu, tapi bila dah sah suami isteri lain pula jadinya.
Begitulah. Tidak semua pasangan yang ‘berjuang’ dengan kekalkan panggilan manja itu. Kalau ada, bahagianya rasa. Itulah rasa cinta dan kasih sayang yang tak pernah luput.
Antara yang disarankan oleh Fadzli Aziz dalam perkongsian tentang panggilan manja ini adalah keistimewaan yang dirasakan oleh pasangan. Malah, walau apa pun panggilan yang diberi, itulah yang mengingatkan pasangan rasa tanggungjawab.
Siapa panggil isteri dia “sayang, b, baby, anja, dinda “ & seumpama dengannya?
Best kan. Bahasa panggilan yang sangat menarik dan mengujakan.
Bayangkan budak darjah 6 pun kalau bercinta terus di ‘upgrade’ nama panggilan. Bermula dengan awak, saya terus kepada ayang, b dan lain-lain.
Kenapa?
Kerana dirasakan panggilan itu penuh dengan keistimewaan dan juga perasaan cinta yang mendalam.
Ads
Maksud perkataan panggilan itu sendiri adalah menggambarkan cinta dan sayang.
Panggilan yang bersifat memanjakan dan dimanjakan.
Tahniah bagi anda yang berjaya mengekalkan dari sebelum kahwin sampai beranak-pinak panggilan manja anda.
Tahniah bagi anda yang telah upgrade panggilan selepas kahwin. Alhamdulillah.
Moga panggilan ini akan membugarkan perasaan sepertimana makna panggilan yang digunakan.
Panggilan Penuh Kasih Sayang
Lihatlah bagaimana Rasulullah menggelarkan Sayyidatina Aisyah dengan Humaira’, gelaran yang memanjakan dengan penuh kasih sayang.
Bayangkan panggilan manja yang anda berikan kepada pasangan diniatkan untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW, pahala pun dapat.
Ads
“Salahkah ke kalau saya panggil isteri saya maknya?”
Mungkin sesetengah orang kata kena tukar nama panggilan tu.
Pada saya panggilan seperti “ayahnya, maknya, abinya, umminya dan seangkatan dengannya juga adalah panggilan yang bermakna.
Panggilan yang akan mengingatkan pasangan tentang tanggungjawab dan amanah yang dipikul sekarang.
Panggilan yang menyatakan “hidup kita bukan antara abang dan sayang sahaja, tetapi ada anak-anak yang perlu kita tunjuk contoh dan didik”.
Walau apapun panggilan (perkataan baik), yang penting apakah perasaan yang ‘triggered’ daripada panggilan itu.
Mungkin perkataannya tiada makna tetapi perasaannya dirasa, maka ia tetap bermakna.
Ads
Apatah lagi dengan perkataan yang baik dan perasaannya dirasa. Risaulah kita dengan panggilan sayang yang tiada lagi sayang di dalamnya. Malah, risaulah kita dengan panggilan abang @ hubby tetapi tiada lagi hormat di dalamnya.
Apabila ini berlaku, isunya bukan lagi pada perkataan lisannya tetapi jauh di dalam sudut hatinya.
Kerana rumahtangga BUKAN SEKADAR CINTA.
Mingguan Wanita : Bila panggil nama sayang bagai buat hati pasangan berbunga-bunga tau!
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Konon nak bagi anak bertindak, tetapi akhirnya mak ayah cuma berjanji dan anak-anak rasa ditipu. Itulah kesilapan besar yang kadang mak ayah pandang remeh.
Kesannya anak-anak tak nak lagi dengar apa yang mak ayah katakan. Jangan kata anak-anak tak pandai berfikir lagi ya, kalau dia boleh ikut arahan maknanya anak itu faham dan akan ingat skrip yang mak ayah pernah sebut.
Macam yang Doktor Muhammad Hassan ini tulis baru-baru ini, tak salah kalau tak mampu tunaikan janji dengan anak. Tetapi sekurang-kurangnya anak tahu ada sebab.
Mak Ayah Jangan Banyak BERJANJI Kepada Anak-anak
“Adik mandi, makan, umie janji petang nanti kita pergi taman.”
Tapi bila sampai waktunya kita tidak tunaikan. Esok kita ulang skrip yang sama. Kita anggap anak-anak lupa sedangkan otak mereka telah program apa yang kita janjikan.
Akhirnya anak-anak akan kecewa. Mula tidak peka dengan arahan. Mereka mula anggap kita tidak jujur dan berbohong.
Sebab itulah saya pesan kepada isteri:
1. Jangan sesekali berjanji dengan anak,jika berjanji ‘wajib’ tunaikan. Jika tidak mampu cakap kenapa janji tersebut tidak dapat ditunaikan.
2. Didik anak buat sesuatu untuk الله sayang.
“Muhammad mandi, makan, solat, kemas tempat tidur pasti الله sayang,pasti الله bagi ganjaran. Apabila الله sayang Muhammad umie pun sayang, abi pun sayang, semua orang sayang.”
3. Banyakkan memberi dari berjanji.
“Oleh kerana adik rajin, soleh. Umi dan abi hadiahkan adik sebuah basikal..?♂️”
4. Setiap percakapan sertakan perkataan INSYAALLAH (dengan hati yang ikhlas)
“Muhammad RAJIN mandi,makan,solat,bantu umi kemas rumah INSYAALLAH umi dan abi bawa pergi jalan-jalan ke pantai ya.”
Nampak tak setiap perlakuan, percakapan kita memberi impak terhadap emosi anak-anak.
INSYAALLAH moga bermanfaat buat mak ayah di luar sana.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap kali berlakunya perpisahan anak-anak pastinya akan terkesan. Lebih-lebih lagi anak yang masih kecil. Ada mak ayah yang memilih untuk menyewa bersama rakan-rakan sendiri atas faktor tertentu.
Meskipun dari segi hukum syarak dan undang-undang ibu adalah orang yang paling berhak untuk menjaga anak kecil sehingga umur tertentu, namun demikian perkara berkaitan hak jagaan anak dalam situasi tertentu, kaedah lawatan perlu diperincikan dengan jelas demi menjaga keselamatan anak-anak.
Dari segi hukum syarak dan undang-undang ibu adalah orang yang paling berhak untuk menjaga anak yang masih kecil, kecuali ibu tersebut hilang kelayakan atas sebab-sebab tertentu.
2) Hak Jaga Anak Sehingga 11 Tahun
Hak ibu untuk menjaga anak kecilnya, jika lelaki hingga umur 7 tahun atau boleh dilanjutkan umur 9 tahun atas permohonan penjaga (mahkamah boleh benarkan), jika perempuan hingga umur 9 tahun atau boleh dilanjutkan umur 11 tahun atas permohonan penjaga (mahkamah boleh benarkan).
3) Failkan Tuntutan Hadhanah
Puan boleh failkan tuntutan hadhanah supaya hak jagaan anak diberikan kepada puan dan bapa diberikan hak lawatan sahaja tanpa bermalam dan masukkan alasan-alasan yang puan nyatakan tersebut.
4) Sediakan Bukti
Apa pun di mahkamah setiap dakwaan/alasan perlu dibuktikan.
5)Perincikan Kaedah Lawatan
Kaedah lawatan juga sebaiknya diperincikan demi menjaga keselamatan anak tersebut memandangkan puan nyatakan anak tersebut perempuan dan bekas suami tidak mempunyai kediaman khusus dan hanya menyewa dengan rakan-rakan lelaki.
*Jawapan ini adalah secara umum sahaja berdasarkan soalan yang diajukan, untuk nasihat guaman terperinci sila dapatkan nasihat khusus dari peguam syarie bertauliah.
Mingguan Wanita:Jadi buat ibu-ibu dah wanita yang mengalami dilema seperti situasi begini, semoga penjelasan ini memberi pencerahan pada tindakan yang boleh dilakukan demi keselamatan anak.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelbagai reaksi dan telatah anak-anak dapat dilihat tatkala mak ayah mengumumkan kehadiran bakal’orang baru’ dalam keluarga. Lebih-Lebih jika anak sulung masih kecil, kehadiran adik baru boleh menimbulkan perasaan cemburu dalam diri.
Memang sungguh comel melihat reaksi spontan si kembar Anggun Darleena dan Anggun Darleesa, yang menangis bila mendapat tahu diri bakal dapat adik dalam video yang dimuat naik didalam akaun Instagram mereka baru-baru ini.Pasangan kembar ini seolah-olah memahami, tidak gembira dan masih tidak bersedia dengan kehadiran bakal adik baru.Reaksi mereka menangis dan mencampakkan bingkai gambar yang mempunyai imbasan bayi, cukup mencuit hati.
Buat yang masih tidak mengenali si kembar comel ini, Puteri kembar ini merupakan anak kepada Diana Nasir,32 yang merupakan kakak kepada pelakon dan model cantik Anzalna Nasir serta Afifah Nasir.
Sementara itu, Diana Nasir turut berkongsi coretan manis buat anak-anaknya disamping video yang dikongsikan.
“Inilah reaksi Anggun bila kami memberitahu mereka bakal menjadi kakak! Anggun, walau apa pun yang datang mahupun berlaku, kamu akan selamanya-lamanya merupakan anak kecil mama dan papa. Kami akan mencintai kamu sama rata dan tanpa syarat. Alhamdulillah, keluarga kami semakin membesar dan rezeki daripada Allah. Kami rasa bersyukur dan dirahmati, menanti lebih banyak kegembiraan serta membesarkan mereka semua sekali.”
Terdahulu, pasangan kembar Anggun Darleena dan Anggun Darleesa yang mempunyai 146 ribu pengikut di Instagram ini telah dilahirkan pada 7 Januari 2017 dan kini telah berumur 1 tahun 6 bulan.
Meskipun masih tidak dinyatakan berapa usia kandungan tersebut, Mingguan Wanita mengucapkan tahniah kepada Diana Nasir semoga kandungan bayi membesar dengan sihat dan sempurna.