Sebaik melangkah alam perkahwinan, perkara yang paling dirisaukan buat isteri adalah penerimaan mentua terhadap dirinya. Bolehkan dia menerima menantu seperti anak sendiri atau sebaliknya.
Ada seetengah mentua ni, pandangan dia lain macam sedikit. Ada saja menantu tak kena di matanya.. Kalau boleh apa yang anaknya buat semua betul. Ini belum lagi cara masakan, uruskan rumahtangga yang sememangnya 100% tak seperti yang diinginkan.
Sebagaimana dia layan anaknya, begitulah dia mahu menantu melayan seperti yang dia lakukan. Silap haribulan, suami isteri boleh bergaduh dan bercerai berai dek kerana campurtangan mentua.
Terimalah menantu seperti anak sendiri, salah atau silap tegurlah dengan berhemah. Dan bukalah tangan seluasnya menerima menantu seperti yang dikongsikan oleh Tok Abah ini.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Ads
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Bertuahnya mak ayah yang mempunyai anak-anak hafaz 30 juzuk Al Quran. Ternyata ia bukan perkara yang mudah namun tidak mustahil. Selain membiasakan anak-anak mendengar ayat suci alquran ini sejak dari dalam kandungan, jenis makanan yang diberikan kepada anak-anak juga penting bagi menguatkan daya ingatan mereka.
Itulah antara tips amalan yang dilakukan oleh Nor Latifah Abdul Rahman, 50, apabila enam daripada lapan orang anak-anaknya berjaya menghafaz Al-Quran.
“Saya mula perdengarkan bacaan ayat suci al-Quran kepada anak-anak sejak mereka dalam kandungan, selain jaga makan bagi menguatkan daya ingatan,” demikian kata ibu kepada lapan anak ketika diminta berkongsi amalan dilakukan sehingga enam daripada lapan anaknya kini bergelar hafiz 30 juzuk al-Quran.
Jaga Pemakanan Anak
Nor Latifah dari Teluk Kalong, Kemaman berkata, selain menjadikan bacaan al-Quran amalan harian, pemakanan anak-anaknya juga dijaga dengan rapi.
“Saya akan pastikan mereka ambil susu kambing dan madu. Badam pun baik untuk daya ingatan anak-anak.
“Saya juga akan pastikan mereka makan makanan yang saya masak. Kalau pergi mana-mana, memang saya bawa bekal dari rumah,” katanya ketika ditemui sempena Haflah Takrimi Akademi Al-Quran Amalillah kali pertama di Taman Tamadun Islam (TTI), baru-baru ini.
6 Anak Hafaz Quran
Pada majlis itu, anaknya, Engku Sofiah Engku Saharuumnizam, 14, dinobatkan sebagai pelajar cemerlang setelah berjaya menguasai 30 juzuk al-Quran dalam tempoh lima bulan 10 hari di Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) yang beroperasi di Bukit Payong, Marang.
Selain Engku Sofiah, lima lagi anaknya yang telah menyempurnakan hafalan 30 juzuk al-Quran ialah Solehah Radhiah, 25; Engku Mahmud Nasri, 23; Engku Muhammad Luthfi, 20; Engku Ahmad Syafiq, 17; Engku Sofiah, 14 dan Engku Daud Shauqi, 12.
Tak Kisah Belanja Besar Demi Pendidikan Anak
Menurut Nor Latifah, dia dan suaminya yang merupakan seorang pesara, Engku Saharuumnizam Engku Abd Aziz, 57, tidak kisah berbelanja besar demi pendidikan anak-anak.
“Disebabkan memilih hantar anak-anak ke pusat pengajian swasta, secara kasar, belanja sekolah kelima-lima mereka dalam RM3,000 setiap bulan.
“Suami saya tak kisah anak-anak nak ambil jurusan apa sekalipun, asalkan ayat-ayat al-Quran tersemat di dada,” katanya yang kini berkhidmat dengan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kijal.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak ayah yang ingin anak anak berjaya hafal Al Quran, boleh cuba ikut tips yang dikongsikan.
Sekiranya dalam rumah tangga, kita diuji dengan pasangan, elak diri untuk salahkan takdir. Setiap yang berlaku adalah ujian.
Ujian yang datang itu pula daripada Allah SWT, sudah pasti ada sesuatu yang lebih baik di sebalik ujian.
Ikuti perkongsian Puan Farhana Fizal dan hadam baik-baik apa yang cuca disampaikan:
Sekiranya Dalam Rumah Tangga Kita Diuji Dengan Pasangan
Lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik. Perempuan yang baik untuk, juga buat lelaki yang baik.
Kita memang biasa dengar kan? Allah sebut ayat ini dalam Surah Annur, ayat 26.
Namun, Allah sebut juga dalam Surah Al Baqarah ayat 155, Allah menyatakan sesungguhnya Allah pasti menguji kita.
Jangan Sesekali Salahkan Takdir
Sekiranya dalam rumah tangga kita, kita diuji dengan pasangan yang sebaliknya, jadilah kita pasangan yang berusaha membantu sebaiknya ke arah kebaikan dan perkembangan diri yang baik.
Dan sekiranya kita dikurniakan pula pasangan yang didatangkan untuk membantu kita ke arah yang lebih baik, bersyukurlah. Dan berikanlah sebaik-baik perhargaan kepadanya.
Mingguan Wanita: Tidak kiralah siapa pasangan kita, ingatlah dia adalah anugerah Tuhan. Berusahalah yang terbaik untuk kebahagiaan ikatan yang telah dibina.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Luluh hati mak ayah Adam Rayqal Mohd Sufi pagi ini, sebaik tiba di perkarangan Institut perubatan Forensik Negara (IPFN) untuk mengecam mayat bayi mereka. Tak dapat dibendung air mata yang sudah tumpah sejak berita kehilangan anaknya itu dikhabarkan pengasuh yang mendiami rumah sewa di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves.
Satu negara menangisi pemergian adik Adam Rayqal. Kerana ia bukan saja bersifat kejam malah melangkaui batas perikemanusian seorang insan.
Tindakan kejam meletakkan bayi 5 bulan itu berbalut kain lampin dan disumbat dalam beg berwarna hijau di dalam peti sejuk beku sungguh tidak dapat diterima dek akal manusia yang waras.
Dan sekali lagi, masyarakat menangis selepas baru saja kita membaca kisah ibu murung yang menyembelih anak sendiri. Tragedi menyayat hati ini menjentik hati kita agar lebih banyak bermuhasabah dan memanjangkan rasa sabar menghadapi ujianNya.
Wahai ibu dan ayah Adam Rayqal, anda adalah insan terpilih yang Allah berikan ujian cukup hebat ini. Bagi meninggalkan sedikit kekuatan emosi di lubuk hati yang sedang terluka itu, Mufti Wilayah Persekutuan. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakrimenyampaikan sebuah hadis di laman instagramnya untuk kedua ibu bapa yang diuji ini.
KEPADA IBU & AYAH ADAM RAYQAL
Mendengar khabar yang amat mendukacitakan hati ini. Kami sampaikan hadis ini kepada kedua ibu bapa Adam Rayqal. Semoga keduanya sabar dan tabah menghadapi ujian ini dan ditempatkan anak kecil ini di dalam syurga Allah SWT bersama-sama dengan mereka yang beruntung di sisi-Nya.
Daripada Abu Hassan, beliau berkata: Aku bertanya kepada Abu Hurairah RA: “Sesungguhnya dua anak lelaki aku telah meninggal dunia. Bolehkah engkau sampaikan apa-apa hadis daripada Rasulullah SAW yang akan melegakan diri kami atas kematian dua anak kami?”
Abu Hurairah menjawab: “Ya. Kanak-kanak itu akan menjadi anak-anak di syurga. Apabila salah seorang mereka berjumpa dengan ayahnya atau kedua ibu bapanya, dia akan memegang pakaian atau tangan ibu bapanya sebagaimana aku memegang hujung baju kalian. Dia tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkannya dan ayahnya ke dalam syurga.” (Riwayat Muslim, no: 2635)
Akhukum fillah,
Indahnya ingatan tuhan untuk ibu bapa yang sedang diujiNya dengan kehilangan insan paling dekat di hati mereka. Siapapun yang sedang diuji olehNya, dengan pemergian permata hati kecil yang engkau sangat kasihi peganglah kemas-kemas hadis ini. Semoga ia mampu memberi kekuatan hati dan emosi untuk ibu ayah terus melangkah menjadi khalifahNya yang taat dan redha.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...