“Bila isteri sakit, cubalah berada di sisi.” Kadangkala kehadiran suami jadi penyembuh dan penghilang kesakitan isteri. Saat inilah seorang suami perlukan ehsan seorang suami.
Isteri tak sihat bukan selalu, jadi bila dia luahkan dia sakit atau tak sihat itu bermakna dia benar-benar maksudkan dan amat perlukan perhatian sang suami.
Bila Isteri Sakit
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik ya:
Bangun pagi ini, wife beritahu dia tak sihat…
Hari ini first day school… Terus mesej bos, beritahu saya ambik AL (annual leave). Kalau tak bagi, saya ambil Emergency Leave (EL), dan jika bos tak izinkan, kira ABSENT…
Tak boleh, WFH kena attend meeting, kena buat kerja itu dan ini, email sana, sini. Sekejap lagi hendak beli makanan lagi, nak ambil anak lagi jadi tak boleh fokus dengan kerja yang bos hendak bagi…
Ads
Dia tak kata apa, dia reply ok saja…
Dulu berlaku situasi lebih kurang sama, ketika anak-anak masih kecil. Bila wife cakap tak sihat, hendak pergi kerja itu jadi berat. Dia tak sihat tapi tak boleh rehat sebab perli uruskan anak-anak juga di rumah…
Bila saya fikir dan ingat balik, dalam setahun, kadang-kadang sekali dua saja dia akan cakap tak sihat dan dia beritahu. Jadi bila dia mengadu tak sihat, maka saya faham yang dia memang tak boleh buat apa-apa dah, tak larat dan dia perlukan rehat…
Ayat “tak sihat” dari dia adalah sesuatu yang amat jarang didengari…
Saya pula jenis yang pegang ayat family first, maka tak kisahlah performance nak lingkup ke, buruk ke, bos nak kata tak komited ke atau apa saja, terserah. Kerja boleh dicari, family tiada ganti…
Family sakit, baik isteri atau anak-anak, suami mesti cuba untuk ada di sisi. Kadang-kadang kehadiran itu yang jadi penyembuhnya, malah yang jadi pengubatnya…
Mingguan Wanita : Sebenarnya isteri yang tak sihat tidak perlukan banyak masa untuk berehat, jadi berilah peluang sebaiknya untuk mereka refill atau cas semula tenaga mereka.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Umurnya panjang. Walaupun ibunya meninggal dipatuk ular tedung, bayi dalam kandungan berusia lapan bulan berjaya diselamatkan melalui pembedahan.
Kejadian yang berlaku di Manila, Filipina ini dianggap sebagai keajaiban kerana bayi ini mampu bertahan walaupun ibunya telah maut setelah dipatuk ular berbisa tersebut.
Bayi Dalam Kandungan Berjaya DiSelamatkan Melalui Pembedahan
Seorang bayi dalam kandungan berusia lapan bulan yang terdedah kepada bisa ular tedung selar selepas ibunya digigit reptilia itu berjaya diselamatkan menerusi pembedahan Caesarean kecemasan, lapor akhbar Mirror UK semalam.
Bayi perempuan di Manila, Filipina, sepatutnya dilahirkan pada bulan hadapan disifatkan sangat bernasib baik apabila masih hidup selepas ibunya disahkan mati akibat gigitan maut itu.
Ibunya tiba di Hospital Daerah Diffun, wilayah Quirino pada 4 Ogos lalu dan disahkan mati namun bayinya masih lagi mempunyai denyutan jantung namun lemah akibat bisa yang menular.
Ibu Meninggal Dipatuk Ular Tedung
Pasukan perubatan bertindak pantas apabila menjalankan pembedahan Caesarean kecemasan dan segera mengeluarkan bayi itu untuk menyelamatkan nyawanya.
“Seorang ibu hamil yang digigit ular berbisa dibawa ke sini tanpa denyutan nadi dan disahkan mati.
“Pada penilaian Pengarah Hospital, Dr. Moises Lazaro, memilih menjalankan pembedahan caesarean kecemasan sekali gus menyelamatkan nyawa bayi itu,” demikian menurut jurucakap hospital.
Bayi itu kini berada dalam keadaan stabil dan dipindahkan ke hospital wilayah yang lebih besar di mana dia dimasukkan ke unit rawatan intensif neonatal kerana lahir pramatang. – Agensi
Mingguan Wanita : Tindakan pantas pihak hospital harus dipuji kerana berjaya menyelamatkan nyawa bayi dalam kandungan. Semoga bayi ini kuat meneruskan hari mendatang tanpa ibunya di sisi.
Wanita ini, Marlia Ramli berkongsi simpanan betapa pentingnya isteri membina simpanan sendiri. Bukan soal wanita itu sendiri perlu jadi kaya atau miskin.
Tetapi apabila membicarakan soal berumahtangga, setiap wanita yang bergelar isteri pasti akan melalui dua keadaan ini. Iaitu bercerai hidup atau bercerai mati.
Membina simpanan ini bukan semata untuk diri sendiri. Kerana, setiap isteri yang bergelar ibu dia juga perlu punya ‘kuasa’ untuk melindungi anak-anaknya. Dan inilah penjelasan bagi mengulas persoalan yang diutarakan di bawah.
Srikandi Yang Melindungi
Macam ni… Cerai ni ada dua : 1) cerai hidup 2) cerai mati
Akak percaya suami akak arjuna kiriman syurga. Dah hampir 20 tahun kenal, tanyalah rakan sekerja dan saudara mara.
Merokok pun tidak pernah
Solat tak tinggal dan rajin mengaji
Bekerjasama dalam menguruskan hal anak dan rumahtangga
Tak de melebih-lebih dengan wanita lain
Balik rumah on time, abis hal kat office – balik rumah
Rajin bekerja menjana rezeki halal keluarga
Sentiasa tak penah lupa setiap hari penting hatta hari wanita dan hari Ibu pun ada sambutan.
Berbelas tahun berusaha melengkapi nafkah anak isteri mengikut kemampuannya.
Selama 17 tahun berumahtangga akak teringin nak makan apa, susah dan jauh camne pun dia pasti akan carikan.
T.E.T.A.P.I… Manusia tetap manusia.
Tak kira sebaik manapun suami, beliau bukan malaikat. Di dalam tubuh suami ada seketul daging yang bernama hati. Dan hati ini? Bukan milik isteri.
Apa Nak Buat Bila Suami Tak Lagi Cinta
Hati suami milik Tuhan…. Milik Allah yang mampu membalikkan hati suami sekelip mata. Tanpa kita sedar pun! Tiba-tiba suami yang kita cinta, tidak lagi cintakan kita. #apeni?
Waktu hati suami berhenti menyintai, apa yang kita nak buat?
Menangis dalam keadaan tanpa persediaan? Ianya jauh lebih menyakitkan berbanding menangis dengan adanya persediaan.
Sebagai wanita… Bila kita berusaha memiliki simpanan sendiri, rumah sendiri, emas sendiri dan kekayaan sendiri – ianya hanya ikhtiar supaya kita bersedia. Selebihnya? Berdoa… Dan berdoa.
Atau… Allah permudahkan suami kita menjaga hati. Beliau setia sampai mati. Tetapi kita tetap akan bercerai juga bukan? Cerai mati. Dan jika Allah ambil suami kita ketika anak-anak masih kecil bagaimana? Sekujur jasad tidak lagi mampu menjaga anak isteri?
Boleh… Nak minta suami sediakan hibah. Namun jumlah seketul wang tunai tanpa ilmu ianya akan habis. Lainlah jika kita yang meninggal dulu. Itu lainlah cerita
Plan for the worst, pray for the best.
Akak percaya, jika kita mampu menjana pendapatan sendiri, memiliki pelaburan dan simpanan sendiri – segalanya lebih mudah.
Ini bukan soal kaya miskin. Ini soal setiap isteri perlu mencari jalan membina simpanan.
Tak banyak? Sedikit.
Jika banyak? Lebih baik.
Selain bergelar isteri, kita juga bergelar ibu. Andai hilang tempat bergantung – kita masih mampu menjadi SRIKANDI YANG MELINDUNGI zuriat suami yang dicintai.
Bahasa mudahnya : miskin kaya tak penting. Yang penting, usaha perlu ada. Kerana setiap wanita pasti akan melalui proses penceraian. Samada cerai hidup? Ataupun cerai mati.
Jadi surirumah tak salah. Jadilah surirumah yang berilmu dan terbuka mindanya.
Salam sayang, jangan tunggu kaya baru nak bermula.
Mingguan Wanita :Orang tua-tua dulu pun selalu berkongsi pesanan yang sama. Walau apa pun kedudukan isteri, buatlah simpanan semampunya.
Kehidupan rumahtangga memang tak mudah. Ada masanya pasangan akan diberi ujian dan masalah yang mampu membuatkan hati tak bahagia. Namun bagaimana kita melihat masalah itu, sama ada suka menyalahkan pasangan atau menyemak kembali dan memperbaiki diri. Seharusnya baik suami atau isteri perlu rendahkan ego, lihat kembali kesilapan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri, hasilnya hubungan akan menjadi lebih ‘manis’ dan harmoni.
Rumahtangga mana yang tidak diuji?
Baru kahwin setahun dua, sudah rasa penat melayan kerenah pasangan.
Siapa yang bermasalah sebenarnya, pasangan atau kita?
Dulu saya orang yang jenis suka salahkan pasangan.
Sikit-sikit dia salah, sikit-sikit dia tak faham, semua kekurangan saya campak dekat dia.Tapi sebenarnya saya sedang membalut kesalahan sendiri dengan berpura-pura ianya salah orang lain!
Sehingga Allah tunjuk sesuatu.
Sebenarnya yang salah saya, yang berbukit egonya saya, yang melangit amarahnya adalah saya.
Siapa yang nak membuka pekung didada?
Masalah tak berhenti jadi sehingga saya buat keputusan untuk ubah diri.
Baru saya nampak, segalanya dari setiap sudut dengan jelas.
Saya tak menerima dualiti pasangan sedangkan saya punya masalah yang lebih besar dengan diri sendiri.
Kalau boleh nak yang baik-baik sahaja dari pasangan sedangkan saya bukan baik mana.
Patutlah Allah beri tamparan hebat, sehingga tersungkur menyembah bumi.
Betulkan Diri Sendiri
Saya mula betulkan diri sendiri.
Ajaibnya Allah itu, ketika mana saya berubah pasangan saya yang dulu kononnya penuh dengan keburukan bertukar jadi penuh dengan kasih sayang.
Saya ditatang bagai puteri.
Sungguh, saya tak tipu. Tetapi diperjalanan itu banyak perkara yang membuatkan hati saya seolah Allah sengaja koyakkan dan cuci semula.
Alhamdulillah sekarang, masih membilang cinta yang tak pernah kurang setelah 10 tahun bersama.
Kekurangan, kesalahan adalah dualiti diri yang ada pada semua antara kita.
5 tahun pertama, kita diuji.
5 tahun kedua, juga kita diuji.
Jika kita gagal diantara ini, bermakna Allah sedang menguji iman kita.
Jadi, jalan sahaja berpimpin tangan meredah berdua hingga kesyurga.
Adakah perkahwinan kita bina atas dasar cinta pada Allah atau manusia?
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya, bila terjadinya sesuatu masalah dalam rumahtangga, cuba semak balik diri kita. Muhasabah diri berbanding kerap menyalahkan pasangan. Percayalah hati akan jadi lebih tenang, kehidupan akan lebih bahagia.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...