Benarlah disebalik kejayaan dan rezeki mencurah seorang suami, adanya seorang isteri sebagai penguat semangat dan membantu dikala kesusahan. Apatah lagi jika terlibat dalam bidang perniagaan, jatuh bangun dunia bisnes bukan calang-calang dugaannya.

Namun demikian, jika dah berjaya dan berjaya mengharungi cabaran tersebut janganlah sesekali melupakan jasa dan pengorbanan isteri yang sanggup bergolok gadai demi membantu suami suami tersayang. Jika isteri ada membuat kesilapan, berlapang dadalah dalam memaafkan. Ini kerana tak terbalas jasa dan pegorbanan seorang isteri.

Perkongsian daripada Usahawan berjaya Syukor Majid ini semoga menjadi panduan;

“Awak pergilah jual gelang saya.”

Di awal usia perkahwinan dulu, ada satu ketika abang betul-betul susah, bisnes jatuh, duit tak ada, tak tahu nak pergi mana, tak tahu nak minta tolong siapa.

Bila isteri offer jual barang kemas untuk bantu abang, rasa macam guruh berdentum atas kepala.

Abang taknaklah sampai jual barang kemas dia. Suami jenis apa abang ni sampai gadai harta isteri. Ini masalah abang, bukan tanggungjawab dia. Abang tolak.

“Takpe, saya bukan pakai sangat pun. Nanti kalau ada duit, awak belilah semula.”

Aduh, abang betul-betul dipersimpangan dilema. Hidup perlu diteruskan, bisnes kena terus berjalan.

Ads

Gantikan Barang Kemas Dalam Masa 6 Bulan

Lepas beberapa hari pertimbangkan, abang tak sanggup tapi terpaksa terima cadangan dia. Abang janji akan gantikan semula barang kemas tu dalam masa 6 bulan.

Esoknya semua barang kemas dia abang jual. Ada lebih kurang 400g. Masih segar lagi babak-babak pergi dari satu kedai ke satu kedai untuk dapatkan harga terbaik. Betul-betul rasa macam dalam drama.

Alhamdulillah dengan duit tu dapat abang kembali bernafas, dan teruskan perniagaan.

Dipendekkan cerita tak sampai 6 bulan, ya tak sampai 6 bulan abang bawak dia pergi Poh Kong Jaya Jusco Bukit Raja, belikan dia gelang emas 100g. Bukan takat gelang emas, abang juga hadiahkan dia 500g pamp suisse goldbar sebagai tanda terima kasih, sebagai tanda abang dah tebus kembali apa yang abang ambik dulu.

Selepas insiden itu, abang betul-betul particular bab saving. Cash reserve sangat penting. Orang bisnes bukan sentiasa di atas, adakala terbenam sampai ke bawah tanah. Jadi kena sentiasa bersedia, sentiasa hati-hati.

Ads

Sebab tu lah abang sayang sangat isteri abang yang nombor satu ni. Dia sajalah saksi hidup yang tengok abang jatuh, saksi abang bangkit, saksi abang susah saksi abang senang.

Sebab tu abang tak marah dia bawak kereta abang masuk longkang. Apalah sangat kereta ni kalau nak dibandingkan dengan kasih sayang abang pada dia.

Baca Lagi Di Sini:

Ads

Rezeki Suami Tambah Murah Bila Ringan Tulang, Tak Lokek Belanja Isteri, Itulah Sebaik-Baik Sedekah

Amalan Beri Isteri Gaji On Time, Punca Rezeki Suami Tak Putus

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat para suami. Bila dah berjaya tempuhi waktu sukar ingatlah segala jasa dan pengorbanan isteri yang sama-sama menempuhinya.

Sumber: Syukor Majid

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI