Hidup tak sebumbung, itulah yang boleh dikatakan bila dah tak ada hati dan perpisahan menjadi jalan terakhir bagi pasangan. Mahu tak mahu, kdup perlu diteruskan.

Tak kisah hidup dah tak sebumbung dengan pasangan tapi masih ada lagi tanggungjawab yang dipikul dalam tuntutan memberi nafkah pada anak. Paling penting, jangan sesekali memburukkan pasangan sebab sebelum ini kita pernah hidup bersamanya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bekas Isteri Sedia Keperluan Anak, Itu Dikira SEDEKAH, Nafkah Anak Tetap Tanggungjawab Ayahnya

Bekas Suami Jangan Nak Lari! Dah Ada Bapa Kena Penjara Sebab Gagal Bayar Tunggakan Nafkah Anak

Hidup Tak Sebumbung Jangan Bermusuhan, Kekal Bersahabat

Dalam perkongsian Firdaus Mokhtar turut memesan pada pasangan yang sudah berpisah supaya tidak bermusuhan dan jangan sesekali membiarkan anak dengan langsung tidak memberi nafkah.

Dalam kehidupan, ada banyak perkara yang kita tak mahu, tapi tetap berlaku. Contohnya bercerai.

Kita berpisah hidup dengan pasangan. Yang pernah bercinta, hidup dan segalanya dengan kita.

Sebab berlaku perselisihan yang kita tak dapat nak berlapang dada, kita pilih jalan akhir untuk tidak lagi hidup sebumbung.

Benar kawan-kawan, semua ini dibenarkan oleh Allah. Sekali pun ini yang Allah paling tak suka.

Ads

Namun, setelah semua itu berlaku, bukanlah kita punya lesen atau kebenaran untuk memburukkan bekas pasangan kita. Kita mengajar anak-anak untuk mengata ayah dia. Kita ajar anak berperasaan tak betul kepada mak dia.

Cerita pula segala lemah dan kurang bekas pasangan ke kawan kawan, keluarga dan siapa sahaja yang kenal kita. Sebolehnya nak letak salah berpisah itu pada sebelah pihak.

Kawan kawan sekalian,

1. Sekali pun jodoh tak panjang, kita masih boleh hidup seperti biasa. Bertegur dan berbincang. Terutama tentang zuriat yang lahir daripada diri kita dan pasangan kita dahulu. Itu benih cinta kita. Jadi masih perlu kepada aturan bersama.

2. Anak-anak yang lahir ini ada ikatan darah daripada mak ayah dia. Maka macam mana jauh terpisah pun, tetap menjadi tanggungjawab mak ayah kandung dia untuk membesarkan mereka.

3. Jangan sampai kerana marah kita kepada bekas pasangan kita, anak-anak jadi mangsa. Mereka diabai dan tidak dipedulikan. Terutama nasib akhirat mereka.

Ads

4. Ramai sangat anak-anak hasil rumah tangga yang retak jadi anak-anak bermasalah. Sekolah terganggu, pelajaran entah ke mana dan yang paling kita takut mereka ini akan ada masalah emosi. Tak ada kasih sayang.

5. Yang tak ada kasih sayang seorang ayah akan mencari lelaki di luar rumah. Anak lelaki pula tiada kawalan seorang ayah akan jadi anak yang keras, kuat melawan dan tak lekat di rumah. Hilang selalu. Bebas dengan kawan kawan.

6. Kawan-kawan, kalau pun hubungan kita tak berjaya di dunia. Moga dengan perceraian itu kita tidak semakin jauh dengan Tuhan.

Begitulah.

Mingguan Wanita : Benci sekalipun pada bekas pasangan, jangan sampai memburukkan sebab kita ada sejarah manis bersamanya sebelum ini. Sudah takdir, jodoh hanya setakat itu.

Sumber: Firdaus Mokhtar

Ads

Bila Hidup Tak Sebumbung, Jangan Burukkan Bekas Pasangan Hingga Anak Terbiar Tanpa Nafkah

 

Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.

Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI