Bila bakal ibu mertua senaraikan peraturan buat kekasih anak, terus bakal menantu terasa diri tidak disukai. Biarpun insiden ini berlaku di London, namun jika mak-mak berdepan dengan situasi sebegini, apa yang anda akan lakukan.
Sudah tentu seorang ibu mahukan wanita yang terbaik untuk anaknya, tetapi tindakan sebegini seolag-olah melanggar hak seorang anak dalam memilih pasangan hidup. Betul tak?
Bila Bakal Ibu Mertua Senaraikan Peraturan Buat Kekasih Anak
Perkongsian seorang gadis dalam aplikasi TikTok menjadi tular apabila dia memuat naik senarai peraturan yang ditetapkan oleh ibu teman lelakinya sebagai syarat untuk bercinta dengan pemuda tersebut, lapor akhbar The Mirror, London, semalam.
Wanita yang hanya dikenali sebagai Emma itu memberitahu, dia membaca senarai menakutkan itu di laman Instagram bakal mentuanya.
Wanita itu memberikan pelbagai amaran jika mahukan hubungan dengan anak lelakinya berkekalan.
Posting di akaun instagram ibu teman lelaki Emma.
Terus Terasa Diri Tidak DiSukai
“Saya dapat rasakan dia tidak sukakan saya,” tulis Emma pada status berkenaan.
Antara peraturan yang tersenarai adalah ‘dia anak emak, jika anda bukan isterinya, maka pendapat anda tentang perkara ini adalah tidak penting’.
Wanita itu turut memberikan amaran bahawa dia boleh ‘mengusir’ mana-mana wanita yang melanggar peraturan itu daripada kehidupan anak lelakinya.
Ads
Rasanya Emma perlu fikir dua kali sama ada ingin meneruskan perhubungan atau tidak.
Status Emma itu menerima pelbagai komen netizen yang rata-rata menasihatinya untuk tidak meneruskan hubungan dengan lelaki itu.
Ads
“Perkara ini akan menjadi lebih teruk di masa hadapan,” tulis seorang pengguna media sosial.
“Ini adalah tindakan masuk campur yang keterlaluan bagi seorang ibu dalam kehidupan peribadi anaknya,” komen seorang lagi. – Agensi.
MW: Harapnya gadis ini berfikir sedalam-dalamnya sebelum meneruskan hubungan dengan kekasihnya. Perkahwinan bukanlah bersandarkan cinta semata-mata sebaliknya memerlukan restu ibu dan bapa juga untuk bahagia.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Bestnya kalau dapat tanam pokok berpasu dalam rumah dan pokok-pokok itu hidup subur menghijau. Masalah kebanyakan mak-mak ini, asal tanam pokok berpasu dalam rumah je mulalah tiba-tiba dia jadi ‘tangan panas’.
Baru beberapa hari, pokok dah layu. Hidup segan mati tak mahu. Beza sungguh dengan tanaman pokok berpasu dalam rumah Puan Muniyati Mohamad. Boleh buat mak-mak rasa tenang habis dan berangan bilalah nak dapat ‘tangan sejuk’ atau ‘greenfinger’ kata omputihnya.
“Berkenaan dengan indoor plant, ini sedikit perkongsian, cara jaga dan tip yang boleh saya kongsikan. Saya pun beginner lagi.” Ujar Puan Muniyati yang sudah mula menanam pokok dalam rumah sejak 3 tahun yang lalu.
Tambahnya lagi, jumlah tanaman yang ada dalam rumahnya ada lebih 30 jenis pokok berpasu. Ada yang jenis kaktus, succulent, keladi malah lidah buaya. Kehadiran pokok-pokok menghijau inilah buatkan dekorasi dalam rumah nampak wow! Rasa tenang bagaikan berada dalam taman.
Yang mak-mak boleh nikmati di rumah sendiri tanpa perlu keluar rumah. Ia juga memberikan bekalan oksigen yang baik kepada penghuni. Malah pokok-pokok ini kan berzikir, jadi ia mengundang ketenangan hati kepada pemiliknya.
Persediaan Sebelum Tanam Pokok Berpasu Dalam Rumah Untuk Yang Baru Nak Mula
1. Pastikan beli pokok yang murah-murah ja dulu. Tak perlu pokok mahal lagi. Kira kalau mati tak stress sangatkan. 2. Pastikan juga pokok-pokok tu jenis yang low maintenance. Mudah cara jaga dia. Atau yang jenis susah mati. 3. Belajar serba sikit tentang pokok tu. Pencahayaan yang perlu dan cara siraman yang sesuai. (Boleh tanya pada tauke nurseri atau penjual pokok itu. Tanya dalam grup tanaman atau melalui pembacaan).
Cara Dan Tip Yang Saya Amalkan
1. Cara jaga bergantung pada jenis pokok yang kita tanam dan medium yang kita guna (tanah @ air)
2. Cari tapak/tempat yang sesuai untuk kita letak pokok mengikut jenis dan kesesuaian pokok yang kita tanam.
3. Pastikan pasu dari jenis yang sesuai dengan pokok kita tu. Ada pokok yang nak kelembapan tanah. Tapi kalau kaktus dan succulent dia nak tanah yang kering.
4. Kalau ada masa atau rajin boleh la berbual-bual dengan pokok. Ada banyak manfaat sembang dengan pokok ni.
5. Selalu perhatikan pokok kita tanam. Kalau nampak lain macam ja. Boleh la cuba ubah tempat atau cara siraman kita.
6. Kalau guna medium tanah boleh lah letak baja yang sesuai. Kalau guna medium air bolehlah tukar seminggu sekali.
7. Kena selalu perhatikan dia. Kalau ada daun rosak kena cepat buang. Kalau ada jangkitan kena cepat rawat. Takut berjangkit dan boleh mati pokok kita.
Mak ayah yang ada anak kecil tentu faham akan struggle nya nak urus anak-anak. Baik nak bawa pergi shopping mall pun kena ikut mood si kecil tu.
Tak boleh dah ikut keras kepala mak ayah sendiri. Perkongsian pengalaman oleh Dr Shazril Shaharuddin yang lebih dikenali dengan nama Dr Say ini menjelaskan segalanya.
Bila Bawa Si Kecil Keluar.. Bertenanglah!
One thing yang saya belajar bila bawak si kecil keluar is ALWAYS to take it easy. Kalau dulu boleh ambitious nak melompat-lompat shopping mall, sekarang ohooo sayonara goodbye nak buat camtu.
Dan bila keluar dengan si kecil mindset kena its all about si kecil & bley ucap sayonara goodbye to “all about me”. Maka tak boleh ambitious nak setelkan semua shopping list tu sangat.
Dalam erti kata lain bila keluar dengan si kecil kena keep it short & simple.
Sebab Tu Kena Ada ‘Me Time’
That is why we need our “me time” to settle things up & to rest our mind + body. Me time ni boleh buat masa si kecil kat daycare ka, masa dia tidoq ka, mintak tolong si suami jaga jap ka (tapi jangan lelama sebab lelaki ni ketahanan mental kurang bila tang duduk lama-lama dengan si kecil ahaha).
Atau macam saya my precious me time ialah bila saya sakit perut. Time ni la nak post story, karang cerpen ig post, reply whatsapp, emel & buat invoice bagai sebab masa ni lah takdak siapa boleh kacau u baik si kecil atau bini ahaha (yang ada si kecil pasti feel apa saya sedang feel)
Tapi sekiranya anak anda well behave yang membenarkan anda lompat-lompat shopping mall, membenarkan anda tengok movie lepas tu boleh sambung shopping sakan kat Sogo then mohon kongsi petua di bawah macam mana anak anda padu sangat tu peeps.
Siapa sangka niat untuk menghantar barangan keperluan anak di kolej matrikulasi tidak kesampaian. Pasangan suami isteri yang maut selepas kereta terbabas di di KM 3.5, Jalan Gopeng-Kota Bharu, petang tadi dalam perjalanan menghantar barang yang dibeli kepada anaknya yang baru mendaftar di Kolej Matrikulasi Gopeng.
Keluar Beli Keperluan Barang Anak
Selepas menghantar seorang anak mereka ke kolej itu, Mohd Ramddan Abd Rahim, 44, dan isterinya, Kisdalliana Saad, 43 serta ibu Mohd Ramddan, Noraini Ahmad, 63, serta anak pasangan itu yang berusia tujuh tahun, Nur Fatihah Najihah Mohd Ramddan keluar membeli barang.
“Mereka kemudiannya (ingin) kembali semula ke kolej matrikulasi berkenaan untuk menghantar barang yang dibeli namun sampai (dalam perjalanan) di tempat kejadian, kemalangan itu berlaku,” kata Ketua Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud.
Mohd Ramddan dan Kisdalliana terbunuh dalam kejadian itu manakala Noraini dan Nur Fatihah cedera parah apabila Proton Perdana yang mereka naiki terbabas kira-kira jam 5.20 petang.
Mohamad Nazri berkata hasil siasatan di tempat kejadian mendapati lokasi kemalangan itu adalah di kawasan sebuah kilang memproses tayar terpakai.
Katanya, polis yang tiba di tempat kejadian mendapai Proton Perdana dinaiki empat beranak itu yang dipandu oleh Noraini dari arah Gopeng menuju arah Kota Bharu berada di atas pagar kawasan kilang itu dengan bahagian hadapannya menghala ke arah jalan.
“Dua mayat suami isteri itu berada berdekatan dengan kereta dinaiki mereka dan difahamkan kedua-dua mayat dialihkan oleh pihak bomba.
Menurutnya lagi, punca kemalangan itu belum dikenal pasti dan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mingguan Wanita:Salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas ini. Semoga anak yang baru mendaftar kolej ini diberi kekuatan untuk terus belajar meskipun kehilangan kedua ibu bapa tersayang.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...