Percayalah, isteri adalah saham akhirat seorang suami. Oleh sebab itu bila bahagiakan isteri, Allah akan lancarkan rezeki dan mudahkan urusan suami.

Semuanya akan berbalik pada suami dalam melunaskan tanggungjawabnya pada sang isteri. Ikuti perkongsian Puan Siti Nur Aili ini dan hadam baik-baik ya:

Bahagiakanlah isteri. Allah akan lancarkan rezeki bagimu.
Mudahkanlah isteri. Allah akan mudahkan urusanmu.

Didiklah isteri. Allah akan jamin syurga untukmu.Bila Bahagiakan Isteri, Allah Akan Lancarkan Rezeki & Mudahkan Urusan SuamiBerapa ramai orang membebankan isteri. Berapa ramai menyusahkan isteri.
Berapa ramai tidak mendidik isteri.

Bila Bahagiakan Isteri

Maka sukarlah jalan hidupmu sepertimana sukarnya isterimu meniti hidup ini sedang dia sebagai isteri tetap senyum, redha dan kuat. Walhal fitrahnya bukan begitu.

Isteri saham akhirat. Beruntung bagi yang menyedari.

Jaga Isteri ..
Memang Susah .
Memang Penat .
Memang Rasa Rimas .
Suka Membebel .
Suka Marah-Marah .
Suka Merajuk .

Baca Juga Di sini:

Ads

Tak Jatuh Maruah Suami Buat Kerja Rumah, Suami Pun Nak Pahala Bahagiakan Isteri

Bahagiakan Isteri Sedekah Terbaik Seorang Suami, Yang Paling Besar Pahalanya!

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.

Tapi ,
Ketahuilah ..
Mulut Yang Bising Itulah Yang Banyak Menenangkan Kamu .
Mulut Yang Bising Itulah Memeriahkan Rumah Kamu .
Mulut Yang Bising Itulah Yang Banyak Menyedarkan Kamu.

Dan ,
Individu Yang Kuat Merajuk Itulah Mendidik Rasa Sabar Kamu .
Wanita Yang Bising Itulah Yang Banyak Membelai Kamu .
Wanita Yang Bising Itu Jugalah Yang Banyak Memeluk Kamu.

Ads

Dan ,
Wanita Yang Bising Itulah Banyak Bersama Kamu .
Tanpa Mengira Susah Atau Senangnya Kamu .
Tanpa Mengira Bertapa Dia Terluka Dengan Cara Layananmu.

Dan Nasihatku ..
‘ Hargailah Isteri Seperti Seorang Ibu ‘

Kerana ,
Kamu Akan Mengerti ..
Bertapa Berharganya Mulut Bising Itu ..
Ketika Kamu Kehilangannya .

Allah Akan Mudah Urusan & Lancarkan Rezeki

Dan Ketahuilah .
Kamu Pasti Akan Merindui Bebelannya.
HARGAILAH ISTERI ANDA Mulianya seorang isteri disisi Allah…

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.

Ads

Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…

Dan
Jika nama ‘dia’ yang tertulis di Luh Mahfudz untuk kamu, maka Allah akan tanamkan rasa Cinta pada keduanya. Tak perlu takut. Kuatkan Hati & terus Berdoa.”

Harga Seorang Isteri ; Hargailah Mereka…….

Ramai yang lupa pesan Rasulullah:

“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya (isterinya). Dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluargaku (isteriku).”

MW: Sebagai suami hargailah isteri sebaiknya, tunaikan tanggungjawab sebaiknya. Sesungguhnya Allah SWT akan memberi ganjaran yang berlipat ganda. Insyallah.

Sumber: Siti Nur Aili

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI