Setiap pasangan yang berkahwin, tentu inginkan rumah tangga yang bahagia hingga ke akhir hayat. Bukan hanya dengan pasangan tapi bila bahagia, seluruh keluarga, baik lelaki mahupun perempuan turut rasainya.
Begitu juga bila berkahwin, isteri sudah tentu akan terikat dengan suami, bak kata, syurga isteri di kaki suami. Tetapi, bahagia macam mana suami, syurganya tetap di kaki ibu.
Siapa yang tidak mahu bila bahagia kan? Setiap rumah tangga yang dibina pastinya bahagia dengan kehadiran anak sebagai penyeri dengan rezeki yang melimpah ruah, diberi kekayaan dan kesenangan.
Namun, bahagia itu mungkin tidak akan berkekalan, jika kita mula sombong dan angkuh dengan ibu bapa mahu pun adik beradik. Maklum sahaja, keluarga sudah senang sehingga lupa dengan mak ayah dan adik beradik.
Kena ingat, taat dan bahagia atau pun diberi rezeki melimpah ruah bersama pasangan, jangan sesekali buang keluarga terutamanya mak ayah dan adik beradik. Sebaliknya, bantu dan sentias menjaga hubungan dengan darah sedaging itu.
Antara perkongsian daripada Insyirah Soleha tentang perkara ini apabila anak perempuan sudah mula dimiliki orang. Jangan fikir, hidup ini semuanya perlu patuh dan taat pada suami sahaja, sebaliknya kena fikirkan juga tentang keluarga dan jagalah silaturrahim dengan mereka.
Orang perempuan, selepas berkahwin ketaatan pada suami tiada kompromi dalam hal yang tidak bertentangan dengan syariat. Kalau suami suruh buka tudung, berpakaian ketat, maki ibu ayah, semua tu dah langgar syarak maka isteri tak perlu turuti kehendak suami.
Ads
Ada suami, bila beri kemewahan pada isteri dia anggap isteri hak mutlak dirinya sahaja. Isteri nak jumpa keluarga, tak boleh. Isteri nak balik ziarah ibu ayah pun tak boleh. Adik beradik isteri nak datang ziarah pun tak boleh. Isteri yang sami’na wa ato’na sentiasa letak suami nombor satu dalam hidup, sebab dia nampak suaminya satu-satunya jalan ke syurga sampai goyang silaturrahim dengan keluarga.
Mak ayah menangis sedih dengan sikap anak perempuan, adik-adik kecil hati dengan perangai kakak, abang-abang rindu nak jenguk adik tapi dah adik perempuan tak boleh berjumpa sesiapa hanya kehidupannya untuk suami dan anak-anak.
Kembali Pada Keluarga
Satu hari, suami beritahu nak berpisah sebab dah ada orang lain yang lebih dekat di hati. Siapa yang sudi nak beri tangan dan bahu kalau bukan ibu ayah tua yang tetap sayangkan anaknya?
Malahan, siapa lagi yang diharapkan untuk ‘kutip’ semula bawa pulang ke rumah kalau bukan abang-abang yang selama ni rindu nak jenguk adik perempuan? Siapa lagi yang nak hiburkan kalau bukan adik-adik?
Begitulah ujian.
Ingat Bila Bahagia, Jangan Buang Keluarga
Bila bahagia, jangan buang keluarga. Ibu ayah beriman tak ada yang nak tengok anak susah dan kecewa dengan pasangan. Ibu ayah bertakwa redha sahaja anak perempuan tak balik-balik rumah sebab dia tahu seorang isteri adalah di sisi suami.
Bukanlah sampai kena pinggirkan suami untuk jaga hati ibu ayah sampai hak suami pun ditindas. Jagalah silaturrahim dengan ibu ayah dan adik-beradik.
Ads
Masa saya nak kahwin 10 tahun lalu, semua orang hairan ibu ayah saya tak menangis sedih pun. Mereka ceria dan senyum, bapa saya siap buat lawak nak bagi hilang gemuruh suami sebelum akad nikah sampai semua orang ketawa sama.
Simple saja pesanan ibu ayah,
“Perkahwinan ni bukannya kehilangan anak, tapi dapat lagi seorang anak. Tak ada apa nak disedihkan.”
Mungkin orang akan kata, tak semua ibu ayah fikir begitu. Ya, rezeki saya ibu ayah fikir begitu. Kita yang jadi anak dan menantu pun kena juga beradab dan hormat keluarga baru sama seperti keluarga kita juga. Adik beradik suami, dihormati sama seperti adik beradik sendiri.
Jaga Silaturrahim
Berpuasa, sedekah kepada orang lain, bayar zakat, rajin solat sunat dan tahajud sebanyak mana pun kalau mulut suka menyakitkan hati, neraka juga tempatnya sebab hablum minaLLAH wa hablum minannas.
Hubungan dengan Allah kena A++
Malah, hubungan sesama manusia juga kena A++
Ads
Kita hidup bermasyarakat dan berkeluarga. Kalau yang keluar dari mulut lebih baik dari diam, maka bercakaplah. Kalau apa yang keluar dari mulut pasti menyakitkan hati orang, pilihlah untuk diam.
Kadang, Allah memberi peluang untuk kembali dalam dakapan keluarga dengan cara yang paling sakit, untuk muhasabah dan baiki keadaan sebelum ini.
Di Beri Ujian
Ia akan jadi manis, bila kembali pada Tuhan.
Sentiasa ada hikmah dalam setiap musibah dan sentiasa ada solusi dalam setiap situasi.
Kawan,
Letaklah Allah nombor 1.
Rasulullah di tangga kedua.
Pasangan jadi yang ketiga tanpa perlu pinggirkan ibubapa.
Ummu Amir,
Be kind. Always.
MW: Kalau tidak jaga silaturrahim dengan mak ayah dan adik beradik, kita belum tentu bahagia pada zahirnya. Moga kita sentiasa saling mengingati.
Tak pelah, bangun pagi esoklah baru masuk bilik air dan buang air kecil….
Itu adalah perkara biasa bagi kita terutamanya bila mata sudah betul-betul mengantuk. Sanggup menahan kecing dan terus tidur. Namun, tahukah kita, bila menahan kencing pelbagai masalah kesihatan yang boleh berlaku terutamanya masalah jantung dan seterusnya membawa kepada strok.
Beberapa info yang perlu kita tahu tentang punca kesihatan akibat malas kencing malam.
Gejala paling umum pada orang tua adalah masalah kencing malam.
Oleh kerana malas untuk kencing malam, mereka tidak minum air. Ada juga yang tidak minum air sebelum tidur dan minum air selepas buang air kecil. Ini adalah penyebab utama penyumbatan pembuluh darah otak di kalangan orang tua pada waktu pagi.
Sebetulnya, kencing malam bukan masalah pundi kencing, penyebabnya adalah penuaan fungsi jantung. Daya kekuatan darah atrium kanan dari bawah tubuh sudah berkurangan.
Pada malam hari ketika berbaring tidur, bahagian bawah tubuh sudah reda dari tekanan, banyak penimbunan air di jaringan tubuh kembali ke darah.
Terlalu banyak air, ginjal mula berupaya untuk mengalirkan air ke pundi kencing, menyebabkan rasa ingin kencing pada waktu malam.
Biasanya semasa tidur antara 3-4 jam, kita akan ke tandas untuk pertama kali.
Setelah selesai, air di dalam darah masih terus meningkat, sehingga lewat 3 jam kemudian akan masuk tandas buat kali kedua.
Punca Utama Penyumbatan Pembuluh Darah Otak
Setelah dua atau tiga kali buang air kecil, air dalam darah akan berkurang, lebih-lebih lagi bila berada di tempat yang berhawa dingin.
Saat tidur, metabolisme tubuh perlahan, denyut jantung menjadi lambat sehingga darah yang kental ditambah aliran darah yang lambat, bahagian pembuluh darah yang sempit mudah tersumbat.
Inilah sebabnya mengapa hampir selalu terjadi penyumbatan pembuluh darah jantung & otak di waktu pagi sekitar jam 5 atau 6 pagi. Saat yang paling parah adalah meninggal waktu tidur!
Kesimpulan :
1. Kencing malam bukan masalah pundi kencing tetapi terjadi penuaan pada fungsi jantung.
2.Sebelum tidur harus minum sedikit air suam, setelah tengah malam buang air kecil, minum lagi sedikit air suam. Jangan takut kencing malam.
3.Perlu banyak senaman & latihan tubuh, boleh memperkuatkan fungsi jantung.
4.Harus menolak makanan yang tidak sihat terutama yang kadar tepungnya tinggi dan gorengan, telur, seafood & lainnya. Pegambilan yang berlebihan akan akan membuat pembuluh darah anda cepat menua.
JANGAN MALAS UNTUK KENCING MALAM.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gembiranya hati bila dapat pulang beraya bersama orang tua tersayang di kampung. Itu raya yang sebelum ini. Tapi, sedihnya bila kali ini tidak mampu berbuat demikian. Hanya kiriman doa dan kemaafan melalui telefon sahaja.
Sebelum ini, bukan sahaja kita dan keluar dapat berkumpul, bertabah meriah dengan masing-asing bersama-sama berganding bahu menyediakan juadah raya bersama adik beradik.
Ini antara perkongsian daripada Effy Sueffy tentang bagaimana kebahagian seorang anak dalam menyambut hari raya di perantauan dan menggembirakan orang tua dari jauh.
Gembirakan Mereka
Kebahagiaan seorang anak di rantauan adalah apabila dapat membahagiakan ibu bapanya walaupun dari jauh. Sekalipun tidak dapat pulang beraya, masih ada beberapa cara untuk gembirakan ibu bapa di kampung.
1.Kerap menelefon (atau video call jika ibu bapa pun guna smartphone) untuk bertanya khabar mereka. Layan bercerita dalam 15 – 30 minit pun dah cukup membahagiakan.
2.Sesekali tempahkan juadah berbuka untuk ibu bapa. Boleh buat melalui aplikasi foodpanda, grabfood atau mana-mana penjual yang ada buat servis penghantaran.
3.Kirimkan kuih raya 1-2 jenis. Dapatlah mak berehat, tak perlu buat kuih raya banyak-banyak. Macam-macam pilihan kuih raya yang ada. Boleh pilih nak pos atau dihantar terus ke pagar rumah ibu bapa kita. Kirim kerepek, kekacang pun okay juga. Buat kudap-kudapan di hari raya nanti.
4.Belikan baju raya untuk ibu bapa. Ramai yang jual baju dah siap jahit. Sedondon pula. Mesti seronok mereka terima kiriman baju raya dari anak tercinta.
5.Kirimkan doa banyak-banyak untuk kesejahteraan mereka. Mintalah semoga Allah berikan kesihatan yang baik, hati yang bahagia serta ketenangan berpanjangan buat ibu bapa kita yang tersayang.
Ibu bapa kita, mereka jarang meminta. Selagi boleh mereka akan cuba untuk tidak ‘susahkan’ anak-anak.
Jadi sebagai anak, kita usahalah untuk memberi walau mereka tak pernah minta. Apa lagi yang boleh kita lakukan sebagai tanda kasih sayang kita kepada mereka, kan?
Cubalah, insya-Allah kita juga akan rasa sangat bahagia mendengar betapa gembiranya mereka menerima kiriman dari jauh.
MW: Di mana saja anak-anak berada, sentiasa doakan kesejahteraan mereka. Tanpa mereka siapalah kita.
Mengajar si kecil berpuasa bukan suatu tugas yang susah. Yang penting ibu bapa harus menjaga pemakanan mereka sepanjang hari berpuasa. Makanan pemberi tenaga sangat penting untuk diberikan kepada anak-anak kecil anda yang sedang belajar untuk berpuasa. Ketahui apakah makanan pemberi tenaga yang sesuai untuk kanak-kanak dan apakah makanan yang perlu dihindari mereka sepanjang bulan Ramadan nanti.
Bersahur dan berbuka
Ketika berpuasa, waktu sahur adalah waktu penting untuk setiap individu yang berpuasa. Oleh yang demikian amatlah penting untuk si kecil anda yang belajar berpuasa untuk bangun dan makan makanan pemberi tenaga ketika bersahur. Makanan kaya serat yang digalakkan ketika si kecil bersahur adalah:
Nasi
Roti
Mi atau mihun
Bijirin
Mama juga perlu pastikan makanan yang disediakan kurang lemak, kurang minyak dan kurang gula. Seperti diketahui umum, makanan masin tidak bagus untuk kesihatan tubuh. Ketika berpuasa, elakkannya terutamanya ketika bersahur. Pengurangan pengambilan makanan masin bukan sahaja akan dapat mengelakkan penyakit bahkan kita tidak akan rasa terlalu dahaga ketika sedang berpuasa di pagi hari.
Dalam pada itu, ada juga makanan yang perlu dipertingkatkan pengambilannya iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Mungkin ramai yang tidak tahu, kebanyakan buah-buahan tempatan seperti ciku, betik, pisang dan belimbing besi mengandungi lebih banyak khasiat berbanding buah-buahan import seperti epal, pir mahu pun lai. Selain vitamin dan mineral, buah-buahan dan sayur-sayuran turut menyumbangkan kandungan serat kepada tubuh.
Dalam penyediaan juadah berbuka puasa pula, disarankan untuk mama masak menu yang mengandungi karbohidrat iaitu nasi atau mee, protein dan kalsium seperti daging, ikan, ayam, kekacang dan susu serta jangan lupa sayur-sayuran atau buah-buahan. Mulakan waktu berbuka puasa dengan mengajar si kecil menjamah kurma terlebih dahulu. Kurma terkenal sebagai buah-buahan yang tinggi kandungan gula dan mudah ditukarkan menjadi tenaga segera.
Tip menu Ramadan untuk kanak-kanak
Masakan panas boleh menambahkan selera makan anak-anak. Sebaiknya sediakan masakan panas untuk mereka ketika bersahur.
Sediakan juadah kegemaran mereka sebagai galakan untuk berpuasa.
Pelbagikan menu masakan supaya mereka tidak jemu.
Sediakan makanan yang mudah dimakan dan mengenyangkan seperti sup dan makanan berkuah untuk si kecil.
Elakkan masakan pedas dan berempah untuk keselesaan perut mereka sepanjang berpuasa.
Pastikan menyediakan buah-buahan ketika berbuka dan bersahur.
Pastikan anak-anak minum air kosong ketika bersahur dan berbuka.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...