Perasan tak kadang kala api pada tungku dapur jadi besar dan bertukar warna oren sehingga menyebabkan periuk hitam berjelaga. Memang jenuh nak menyentalnya, sampai ingat tungku dapur gas dah rosak dan kena tukar yang lain.
Namun sebelum nak beli dapur baru, sebenarnya mak-mak boleh cuba dulu tip yang dikongsikan oleh Puan Sharina Binti Othman dahulu dalam group Masak Apa Hari Ini (MAHN), agar api kembali bertukar biru.
Berikut perkongsian tersebut;
“Api dapoq gas tetiba oren.Habis berjelaga periuk kesayangan.Nak gosok periuk tu, alahai boleh sado tangan tu.Rasa nak beli dapoq gas baru ja kan.Tapi tu la bajet pun cukup-cukup ja.”
Sapa pernah mengalami situasi sebegini?
“Haaa ini caranya untuk kembalikan api jadi warna biru. Selamat tinggal jelaga yang suka singgah di periuk. Lani hangpa baca setiap caption kat gambaq nah.Ni dapoq gas yang biasa tu nah.”
1.Nampak dak api jadi warna oren. Ni bubuh periuk ka bubuh kuali ka, tak sampai seminit tobat hitam periuk tu.. huhuhu
Ads
2. Pusingkan benda tu. (Yang anak panah tu).
3.Pusingkan hingga tidak menutup lubang tu (anak panah).
Namun, setelah anda pusing pin tetapi api tetap warna oren/merah.
Caranya :
Buka tungku api, ketuk-katuk untuk keluarkan segala karat-karat yang terkumpul, bersihkan sisa makanan atau lelehan minyak.
Ads
Spray dengan anti karat ( ada dijual kedai hardware/mr.diy ).
Dan pasang semula tungku api tersebut.
Jika api masih oren/merah juga maka boleh la tukaq tungku api atau minta suami anda belikan dapoq gas yang baru.
Gambaq yang terakhir k.nana terbaca di komen group MAHN.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat! Jadi buat mak-mak yang ada masalah api tungku warna oren dan sebabkan periuk berjelaga, boleh cuba dahulu tips yang dikongsikan ini sebelum nak beli dapur baru. Jimat duit!
Buat mak-mak yang suka bercucuk tanam jika mengalami masalah tanah tidak subur, tanah keras, ph tanah masam, pokok bantut walau dah bagi baja.Boleh cuba belajar buat IMO ( Penyubur tanah ) sendiri dengan langkah sangat mudah dan murah. Hanya menggunakan nasi, daun buluh kering dan gula merah sahaja, dan sembur pada tanah seminggu sekali.
“Kalau dah minat tu kan, duduk negara mana pun dia mesti buat. Saje buat sebab takut ilmu lupa kalau tak diamal. Kebetulan ada rumpun buluh depan rumah, buat kali pertama alhamdulillah jadi dengan baik.”
“10 tahun dah buat baja organik ni, tak ingat dah berapa ribu liter jual, besarkan anak anak dari buat baja organik. Susah ke senang ke, apa ke, ribut taufan tsunami tetap juga buat baja ni.”
“Allah bagi ilham. Tinggal kita laksanakan dengan penuh yakin dan istiqomah. Masa berlalu dengan pantas. Tak tau berapa sisa umur yang tinggal. Selagi ada nafas nak berbahagia dan berbakti pada orang sekeliling.”
“Paling bermakna dapat membantu ramai petani mengurangkan kos. Dan hasil perniagaan ini dapatlah kami sekeluarga hidup selesa. Tak susah tak juga kaya raya. Berniat juga untuk kaya jutawan sebab boleh bantu ramai orang lagi.”
“Siapa nak belajar banyak dah nota saya sharing. Tinggal nak buat je. Malas nak buat boleh beli. Beribu liter saya buat untuk mudahkan customer beli dan guna. Asbab saya untuk menjadi jutawan dunia akhirat.”
“Salam sayang dari saya yang jauh. Buat IMO ni untuk kebun Sunflowers kami yang sedang bemula. Tanah keras ya amat, patah cangkul den menunggal tanah.So kita guna bala tentera hebat dan penuh magic untuk menggemburkan tanah.”
Selamat Mencuba!
PENYEDIAAN INDIGENOUS MICROORGANISM
IMO merupakan kaedah Natural Farming yang digunakan untuk menyuburkan tanah, membaiki struktur tanah dan menambahkan lagi mikrob yang terdapat dalam tanah.
Masalah tanah tidak subur, tanah keras, ph tanah masam, pokok bantut walau dah bagi baja.Jom belajar buat IMO ( Penyubur tanah ) dengan langkah sangat mudah dan murah. Insyaallah selepas ini tanah akan subur dan anda pasti gembira.
Langkah Penyediaan IMO1
1. Masak nasi.
2. Masukkan dalam bakul berjaring dan biarkan sejuk, selepas sejuk tutup dengan plastik dan letakkan dalam bakul berisi daun buluh kering.
3. Boleh dibuat di rumah sahaja, letak bakul berisi daun buluh kering di tempat teduh di kawasan rumah.
4. Simpan nasi selama tiga hari dua malam.
5. Pastikan nasi tidak basi selepas tiga hari. Kalau basi maknanya tak jadi.
6. Kali pertama biasanya mikrob belum berapa kenal, hanya ada sedikit sahaja mikrob. Cuba buat lagi sehingga terdapat kulat putih yang gebu.
Langkah Penyediaan IMO2
1. Ambil nasi yang sudah diletak dalam bakul buluh dan timbang.
2. Gunakan pada kadar nisbah 1: 1 iaitu 1kg nasi ( IMO1) dan 1 kg gula merah.
3. Digaul sehingga sebati.
4. Masukkan dalam balang dan tutup dengan kain. Ikat kuat-kuat. Biarkan selama 5 hari. Selepas 5 hari gantikan kain tadi dengan penutup balang kedap udara.
5. Selepas itu sudah boleh digunakan pada kadar 100ml IMO2 + 100ML mol kangkong untuk 20 liter air.
Cara Penggunaan:
Sembur pada tanah seminggu sekali.
Sesuai untuk disembur pada kompos untuk mempercepatkan aktiviti penguraian.
MW: Buat mak-mak yang suka bercucuk tanam, boleh cuba buat sendiri baja organik, IMO penyubur tanah ini. Semoga pokok-pokok berbuah lebat dan tanaman menjadi lebih subur.
Kalau bercerita tentang hal ini, mak-mak memang suka dan pasti senyum meleret. Mulalah memasang angan-angan untuk beli emas koleksi terbaru yang ada di pasaran sekarang ini. Sehinggakan ada yang buat tabungan atau menyimpan demi untuk mendapatkan barangan yang disukai itu.
Malahan, emas sekarang ini ada masa turun dan ada masa naik. Jadi, semasa turun mak-mak bolehlah beli mana yang berkenan. Tapi rugi kalau dijual yang sedia ada. Kalau nak jual kena tunggu harga naik.
Walau bagaimanapun, janganlah mak-mak sanggup berhutang untuk beli koleksi yang diidamkan. Jangan semua duit tabungan habis digunakan untuk membeli barang kemas. Kena beringat sebab mungkin tabungan itu untuk kita gunakan di waktu kecemasan nanti.
Perkongsian daripada Masriah Biskon ini boleh diguna pakai khas untuk mak-mak yang memang suka membeli barang kemas. Tapi, sebelum membeli, ikuti tip ini, jangan terus keluarkan semua duit tabungan semata-mata untuk koleksi barang kemas idaman.
1. Kena ada tabungan cash 3 hingga 6 bulan pendapatan.
Ini penting. Andai berlaku kecemasan, ada back up, untuk membantu diri sendiri dengan cepat. Contoh ada kematian dalam keluarga atau kehilangan pekerjaan. Takkan tengah sedih berlaku kematian, nak pergi kedai dan jual emas.
Sebab itu dinasihatkan ada simpanan kecemasan. Andainya susah nak dapat 3 bulan pendapatan, sekurang-kurangnya ada RM500 ke RM1000 dalam simpanan.
2. Simpan dulu baru belanja.
Bila dapat gaji atau elaun dari suami, asingkan siap-siap untuk simpan dalam bentuk emas. Ikut kemampuan. Jangan sesekali ikut poket orang lain. Simpan emas jangan sampai lemas. Set target nak beli apa? Gold bar, dinar, tabungan emas, atau barang kemas. Asal emas, ia bagus. Yang tak bagus, yg tiada simpanan.
3. Pilih dengan bijak
Andainya mak-mak yang bijak bestari sudah ada nombor 1, maka tiada masalah nak beli emas apa atau yang bagaimana. Tak perlu resah gelisah. Just go for it!! Kalau nak lebih untung dalam jangka panjang, simpan emas seperti gold bar. 999.9. Kalau rasa nak dua-dua, nak menyimpan, juga nak cantik di badan, simpan barang kemas tentunya 916.
4. Keperluan atau Kehendak
Emas tetap bernilai sepanjang zaman. Takkan jatuh ke zero nilainya. Yakin!! Pilihan itu di poket kita. Kita yang tahu ekonomi kita. Kalau rasa ini salah satu tabungan emas (keperluan), simpan barang kemas emas seperti gambar 1(contoh sahaja). Mak-mak boleh pilih apa-apa design pun. Tetapi andai tip tabungan no 1 dah mantap, tabungan lain pun ada. Jadi ikutlah hati yang diinginkan.
Usah berbelah bagi hati mak-mak semua, bila jual nanti, enamel dan batu-batu tu tolak ke tidak? Laku ke tidak bila nak gadai?
Tiada lagi pertanyaan seperti itu bagi mereka yang sudah bersiap siaga dengan tip no 1 iaitu simpanan kecemasan 3 hingga 6 bulan pendapatan.
Selamat menyimpan emas kpd semua wanita bestari.
Jelita, kaya dan bergaya.
MW: Tak kisahlah mak-mak berkenan yang mana pun, asalkan ada juga tabungan tunai untuk kita gunakan pada waktu kecemasan. Jangan ikut hati, habis semua tabungan beli barang kemas.
Bila bercuti, tempat yang paling keluarga suka tentulah bermalam di hotel. Tak kisah hotel mahal atau bajet sekali pun, yang penting namanya ‘hotel’. Inilah yang paling menggembirakan buat anak-anak.
Auranya bila bercuti di hotel tak sama dengan tempat lain. Kadang-kadang, duduk di hotel sekadar untuk mandi dan tidur saja. Selebihnya banyak waktu untuk berjalan-jalan. Keluar pagi dan pulangnya malam, meronda pelbagai tempat.
Kalau dah keluar pagi sampai malam, tentu perkara yang difikirkan adalah kunci bilik hotel. Bimbang tercicir entah ke mana-mana, jalan selamat tinggalkan saja di reception. Inilah tempat paling selamat.
Hakikatnya, kita tak tahu apa akan berlaku kalau tinggalkan kunci bilik hotel di receptionist. Bukan semua hotel begitu tapi mungkin malang tak berbau terkena pada diri kita. Inilah ingatan yang diberikan oleh Zainuddin Omar bila keluarga bercuti di hotel.
Jika bermalam di hotel, lebih baik dibawa kunci bilik bersama anda dan jangan tinggalkan di reception apabila keluar.
Kenapa?
Banyak scam berlaku di hotel 3 star di mana bilik dimasuki pekerja hotel yang ‘rogue’ dengan duplicate key apabila mendapati anda tiada di bilik.
Kunci bilik anda di reception membuktikan anda akan keluar lama dan mereka ada masa untuk mengeledah.
Ini hanya satu cara untuk mengurangkan risiko kecurian di bilik.
Ini pengalaman peribadi saya kerana pernah bilik kena geledah di Buenos Aires Argentina walhal CCTV tidak menunjuk sesiapa memasuki koridor bilik. Saya syak ada sindikit pekerja hotel yang melakukan pencurian.
5 Tip Menginap Dengan Selesa Di Hotel Ketika Musim COVID-19
Beberapa tip berguna untuk anda yang mahu menginap di hotel ketika musim COVID-19 ini.
1. Periksa Kesihatan
Sebelum memulakan perjalanan, sebaiknya periksa dulu tahap kesihatan anda. Pastikan tiada simptom demam dan sebagainya. Selain dari itu, anda juga boleh membawa ubat-ubatan sendiri dan juga supplement tambahan.
2. Pastikan Hotel Mengamalkan SOP
Perkara yang paling utama dalam memilih hotel adalah dengan memastikan hotel yang bakal didiami mengamalkan SOP yang ketat. Hal ini sekaligus menjadikan anda lebih tenang ketika menginap di hotel tersebut.
3. Elakkan Hotel Yang Berada Di Zon Merah
Selain daripada SOP, pastikan hotel yang dipilih bukanlah berada di zon merah. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini terjadi. Jika terpaksa ke zon merah, pastikah hotel mengamalkan SOP yang ketat.
4. Membawa Peralatan Sendiri
Elakkan berkongsi menggunakan barang yang diguna oleh orang ramai. Sebolehnya, bawalah peralatan sendiri dan ini lebih selamat. Anda boleh membawa peralatan memasak sendiri, barangan mandi sendiri dan sebagainya.
5. Pilih Hotel Yang Mempunyai Kawasan Yang Luas
Salah satu lagi aspek yang perlu diambilkira dalam memastikan penginapan anda selamat adalah keluasan hotel tersebut. Pastikan hotel yan dipilih mempunyai keluasan yang besar untuk mengelakkan daripada berlakunya kesesakan dalam suatu masa.
Sumber: Murai
Mingguan Wanita : Moga ia memberi manfaat dan peringatan buat mak ayah terutamanya yang suka menginap dihotel bila bercuti.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.