Bila anak sudah berkahwin, mak-mak kena belajar lepaskan anak hidup berdikari untuk uruskan rumah tangga ikut cara sendiri.
Jangan sesekali campur tangan dan bandingkan cara anak uruskan rumah tangga dengan cara mak-mak. Sudah tentu acuannya berbeza biarpun anak-beranak.
Lepaskan mereka ikut cara mereka sendiri, paling penting anak-menantu bahagia dengan cara mereka. Kadang-kadang campur tangan keluarga dalam rumah tangga tidak kiralah daripada mak sendiri atau menantu mampu meretakkan hubungan rumah tangga dalam diam.

Bila Anak Kahwin Biar Berdikari

Ikuti perkongsian Puan Kamalia Kamal ini dan hadam sebaiknya:
Kak Kay rasa sudah sampai masa emak-emak harus jadi emak dan membenarkan anak gadis mereka menjadi isteri kepada suami mereka sendiri.
Maaf ya Kak Kay terpaksa tulis di sini.
Dari 300 kes yang datang pada Kak Kay sejak awal tahun 2020 hingga kini, 10 peratus konflik yang berlaku melibatkan campur tangan emak.

Mak-mak Kena Belajar Lepaskan Anak

Dari 300, 30 bercerai atas isu mak.
1. Menantu masak nasi goreng untuk dinner, mak cakap
“Kesian anak lelaki aku makan nasi goreng je malam-malam”.
2. Suami dekat rumah tolong sidai baju , mak datang “Kau ini dari anak dara pemalas. Dah kahwin pun menyusahkan lelaki kau. Mak dulu tak pernah tau suruh laki sidai baju, buat malu je! Kalau keluarga dia nampak nanti macam mana”.
3. Waktu malam mak tetiba ketuk pintu cakap.
“Mak masak lauk sedap ini, kesian korang tiap malam makan nasi lauk sayur ikan goreng saja. Kurus cucu mak cenggini”.
4. Si anak lelaki naik pangkat, mak cakap.
“Nasiblah abang dapat bini selekeh macam ini, kalau kahwin dengan Suria dulu mesti sepadan bini pandai melawa”.
5. Isteri belikan hadiah baju untuk suami, mak cakap…
“Manjakanlah laki kau itu, esok dia skandal dengan perempuan lain baru padan muka kau!”
6. Tangan anak kosong saja lepas kahwin, mak cakap…
“Laki kau ini tak mampu ke beli gelang nipis pun untuk kau? Apalah pemalas sungguh laki kau ni”.
7. Isteri balik kerja order food panda…
“Nasiblah abang dapat bini pemalas, hari-hari order je lah jawabnya”
8. Suami memasak di dapur, mak cakap
“Bini sudahlah pemalas, suami jadi kuli. Esok laki kau cari lain baru padan muka kau, sudahlah rupa kau lepas bersalin ini makin hitam aku tengok”. Allahu.
Artikel Berkaitan:
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Biar Anak Berdikari, Mak Kena Belajar

Emak, Kak Kay tahu mak sayang anak-anak mak.
Mungkin sudah sampai masa mak harus terima yang mereka juga sudah jadi mak.
Kata-kata mak begini boleh buatkan
Bila ANAK Sudah Berkahwin, Mak Kena BELAJAR Lepaskan Anak HIDUP BerdikariPasangan tak bergaduh jadi gaduh
Bila ANAK Sudah Berkahwin, Mak Kena BELAJAR Lepaskan Anak HIDUP BerdikariIsteri mula bersangka-sangka
Bila ANAK Sudah Berkahwin, Mak Kena BELAJAR Lepaskan Anak HIDUP BerdikariSuami mula kecil hati
Bila ANAK Sudah Berkahwin, Mak Kena BELAJAR Lepaskan Anak HIDUP BerdikariIsteri takut nak balik rumah
Bila ANAK Sudah Berkahwin, Mak Kena BELAJAR Lepaskan Anak HIDUP BerdikariSuami malas nak keluar bilik
Bila ANAK Sudah Berkahwin, Mak Kena BELAJAR Lepaskan Anak HIDUP BerdikariWaktu makan bersama jadi hambar
Bila ANAK Sudah Berkahwin, Mak Kena BELAJAR Lepaskan Anak HIDUP BerdikariSuasana rumah jadi tegang…
Dan yang paling sedih ialah bila hilangnya mawaddah dan rahmat dalam keluarga. Nikmat kebahagiaan, ketenangan, keindahan berkasih sayang bagai di tarik hingga tiada ertinya kehidupan berkeluarga begini.
Jemput share moga manfaat.
Kak

Ads
Kamalia Kamal

menulis kisah relationship dan kehidupan setiap hari.

Ads
Ads
MW: Biar pun sejak kecil mak-mak membesarkan anak dengan cara yang tersendiri, jangan dibebankan anak untuk mengikut cara yang menjadi ikutan anda selama ini. Biarlah anak berdikari dan membina hidup berkeluarga dengan cara mereka. Mak, ayah sebaiknya berdoa yang baik-baik untuk anak dan menantu.
Sumber: Puan Kamalia Kamal
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI