Akil baligh anak perempuan dengan anak lelaki berbeza. Ada mak ayah cukup malu untuk bercakap tentang ini. Sementelah dengan anak-anak.
Bila mereka akil baligh mesti ada perasaan malu. Malah, mak ayah tidak pula berpesan atau bercerita. Kononnya, anak lelaki dan perempuan sudah belajar dan tahu di sekolah.
Semua ini silap. Sepatutnya mak ayahlah orang yang paling dekat untuk bercerita dan berpesan kepada anak-anak bila sudah akil baligh. Jangan serahkan 100% kepada guru dan kawan-kawan di sekolah. Tidak sama.
Anak-anak bakal melalui dunia dewasa dan inilah yang boleh dikongsikan oleh Firdaus Mokhtar tentang pesanan yang boleh mak ayah berikan pada anak perempuan.
Anak perempuan sulung, datang haid untuk kali pertama. Ummi dia lah uruskan hal tentang pengurusan diri.
Cuma lepas selesai, saya sebagai ayah panggil Isymah untuk bercakap sikit. Kita berpesan ke dia.
Ini yang perlu kita pesan ke anak-anak perempuan saat dia akil baligh;
1. Kewajiban atas syariat dah terletak terus atas diri dia
Sejak umur baligh, segala syariat dah tertakluk atas diri sendiri. Dia wajib sembahyang, jaga aurat, berpuasa dan segala yang disyariatkan atas manusia. Kalau buat dah ada pahala dan kalau tinggal dah ada dosa sendiri.
Ads
2. Dosa dan pahala itu ditanggung sendiri.
Cuma istimewa sebagai anak perempuan, dosanya terkait dengan ayah. Anak buat dosa, ayah biarkan, ayah juga berdosa. Saya pesan selalu perkara ini. Contohnya kalau dia tak jaga aurat, dia dan Walid sama berdosa kalau sama-sama biarkan.
3. Jaga pergaulan, terutama dengan kawan-kawan di sekolah.
Sebab apa? Sebab di sekolah kita tak ada nak perhatikan. Jadi dia kena pandai jaga diri. Baik dengan kawan lelaki dan kawan perempuan. Dengan sepupu lelaki yang dah dewasa dah tak boleh bersalaman. Pakcik yang bukan mahram pun sama. Bukan semua boleh salam dan bersentuhan bertepuk tampar.
4. Batas aurat sangat penting.
Tudung, stokin tangan dan stokin kaki semua dia tahu. Sebab ummi dia memang pakai semua tu. Semuanya ada peranan. Jadi dia biasa tengok dan tahu kegunaan. Saya pesan juga, makin besar nanti tubuh badan akan berubah ke badan dewasa, ini lagi kena jaga. Tentang pilihan baju, seluar atau kain. Dah kena belajar daripada hari ini.
4. Sifat malu, ini ada dalam Islam.
Lelaki atau perempuan kena ada sifat malu. Malu untuk lakukan dosa. Malu untuk berlebih-lebihan mengada atau menggedik depan orang lain. Iyalah, perempuan kan. Memang ada sifat manja dan berlembut tu. Jadi kena jaga, ikut suasana dan tempat. Sebab itu pada Islam, malu itu sebahagian daripada iman.
Ads
5. Menjaga kebersihan.
Pengurusan diri berkait dengan haid ini sangat perlu kepada ilmu kebersihan. Jadi yang ini saya pesan ke dia, belajar dengan Ummi dia. Sebab mudah nak tunjuk praktikal dan cara yang betul. Soal bersihkan diri, bersihkan tuala wanita yang dah digunakan dan kebersihan pakaian. Hal darah ni jangan buat main, tak bersih betul-betul sakit boleh datang nanti.
6. Teliti tentang kiraan tarikh.
Bab ini lah buatkan saya sedar, kenapa perempuan sangat teliti soal tarikh. Sebabnya mereka kena jaga hal yang berkait penting dengan diri mereka. Setiap kali datang bulan, kiraan hari sangat penting. Sama ada kiraan untuk pastikan tempoh kesuburan atau soal ibadah, dua dua penting. Kalau bab kiraan ini tak jaga, boleh jadi terlanggar hari dah wajib sembahyang dan beribadah. Berdosa terus.
Sebab itu perempuan sangat mudah ingat tarikh berbanding lelaki.
7. Tentang mandi wajib.
Ini pun saya cuma pesan. Cuma ilmunya saya ulangkan ke dia. Saya cerita juga ada ramai pelajar saya jumpa dulu masa saya mengajar dah baligh tapi mandi wajib tak tahu. Tak tahu kena mandi wajib pun ada. Saya pesan ke dia, ada sahaja perkara tak tahu, tanya terus ke saya atau Ummi dia.
Ads
Kawan-kawan, kita sebagai mak ayah kadang bukan nak tunjuk pandai berpesan itu ini.
Memang mereka dah belajar dekat sekolah tentang semua ini.
Cuma kita nak letakkan diri kita sebagai ibu bapa yang mereka boleh percaya untuk bercerita dan bertanya. Tentang semuanya termasuklah hal sistem reproduksi diri ini.
Kalian tahu berapa ramai dekat luar sana yang malu nak bercakap soal ini dengan anak-anak, maka anak-anak bertanya dan jadikan siapa sebagai rujukan?
Paling dekat dengan mereka adalah kawan-kawan. Atau entah siapa orang luar yang dia percaya berbanding kita di rumah. Moga dijauhkan.
Mingguan Wanita : Moga ia bermanfaat untuk mak ayah agar inilah pesanan yang harus anak perempuan tahu.
Kerja rumah bukannya dengan mengharapkan ibu dan anak perempuan saja. Kena ajar anak lelaki kena buat kerja rumah juga. Baru dia tahu penat dan susahnya.
Itulah yang perlu ditekankan oleh mak ayah. Bukan nak merajakan anak tapi sekurangnya dia tahu rasa tanggungjawab dan berdikari bila mak ayah tiada nanti.
Tak bersih dan kurang kemas itu perkara biasa, sekurangnya kita ajar dia buat kerja rumah. Lama-kelaman dia akan pandai dengan sendiri.
Malah, dia akan jadi lebih matang seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fhais Salim ini.
Kadang-kadang, kita merasakan kerja rumah ni macam biasa je tapi bila anak lelaki buat kerja rumah, ia akan jadi lebih berdikari.
Paling penting, anak jadi makin hormat pada ibu bila dia tahu betapa susah dan penatnya buat kerja rumah.
Nak ajar kenalah bermula dengan anak lelaki buat kerja rumah. Ini antara cara paling praktikal untuk latih anak disiplin dan tanggungjawab.
Selain itu, ajar anak lelaki buat kerja rumah juga dapat mengasih kemahiran & rancang anak kita. Makin pandai la dia urus dirinya sendiri.
Bukan itu je, anak yang biasa buat kerja rumah akan lebih cepat matang berbanding yang tak biasa buat kerja rumah. Jadi ibu ayah, buat kerja rumah bukan nak mendera tapi nak mendidik mereka.
Mingguan Wanita : Kerja rumah bukan ajar anak perempuan saja, anak lelaki pun sama. Baru dia tahu rasa tanggungjawab terutamanya bila dah berumahtangga.
‘Marah sekalipun.’ Bila bercerai, tak bermakna kita dapat lesen burukkan bekas pasangan dan hasut anak-anak bencikan pihak sebelah sana. Seburuk-buruk dia tetap mak atau ayah kepada anak-anak.
Marah sekalipun, fikirkan perasaan anak-anak jangan biarkan mereka menjadi mangsa keadaan. Apatah lagi pisahkan mereka dengan pasangan, kasihan sungguh.
Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan hadam baik-baik perkongsiannya:
Dalam kehidupan, ada banyak perkara yang kita tak mahu, tapi tetap berlaku. Contohnya bercerai.
Iya, kita berpisah hidup dengan pasangan kita. Yang pernah bercinta, hidup dan segalanya dengan kita.
Sebab berlaku perselisihan yang kita tak dapat nak berlapang dada, kita pilih jalan akhir untuk tidak lagi hidup sebumbung.
Benar kawan-kawan, semua ini dibenarkan oleh Tuhan. Sekali pun ini yang Tuhan paling tak suka.
Bila Bercerai
Namun, setelah semua itu berlaku, bukanlah kita punya lesen atau kebenaran untuk memburukkan bekas pasangan kita. Kita mengajar anak-anak untuk mengata ayah dia. Kita ajar anak berperasaan tak betul kepada mak dia.
Cerita pula segala lemah dan kurang bekas pasangan ke kawan kawan, keluarga dan siapa sahaja yang kenal kita. Sebolehnya nak letak salah berpisah itu pada sebelah pihak.
Sekali pun jodoh tak panjang, kita masih boleh hidup seperti biasa. Bertegur dan berbincang. Terutama tentang zuriat yang lahir daripada diri kita dan pasangan kita dahulu. Itu benih cinta kita. Jadi masih perlu kepada aturan bersama.
Anak-anak yang lahir ini ada ikatan darah daripada mak ayah dia. Maka macam mana jauh terpisah pun, tetap menjadi tanggungjawab mak ayah kandung dia untuk membesarkan mereka.
Burukkan Bekas Pasangan
Jangan sampai kerana marah kita kepada bekas pasangan kita, anak-anak jadi mangsa. Mereka diabai dan tidak dipedulikan. Terutama nasib akhirat mereka.
Ramai sangat anak-anak hasil rumah tangga yang retak jadi anak-anak bermasalah. Sekolah terganggu, pelajaran entah ke mana dan yang paling kita takut mereka ini akan ada masalah emosi. Tak ada kasih sayang.
Yang tak ada kasih sayang seorang ayah akan mencari lelaki di luar rumah. Anak lelaki pula tiada kawalan seorang ayah akan jadi anak yang keras, kuat melawan dan tak lekat di rumah. Hilang selalu. Bebas dengan kawan kawan.
Kawan-kawan, kalau pun hubungan kita tak berjaya di dunia. Moga dengan perceraian itu kita tidak semakin jauh dengan Tuhan.
Begitulah.
Mingguan Wanita : Bila mak, ayah bercerai, hati anak-anaklah yang patut dijaga dahulu. Mereka tak bersalah atas penceraian yang berlaku. Semoga mak dan ayah mampu menjaga hubungan yang baik demi anak-anak selepas bercerai.
Kalau mak-mak marah anak, rasanya makin menjadi-jadi perangainya. Sampai boleh hilang sabar mak ayah. Kalau jenis yang tak dengar, memang ‘mendapatlah’ anak-anak nanti. Lebih-lebih lagi bila berada di luar rumah. Masa inilah anak-anak uji kesabaran mak ayah.
Cara mak marah anak di rumah berbeza dengan marah anak di di luar rumah. Mak-mak tak adalah marah melulu sampai boleh menjatuhkan air muka anak. Kesian anak-anak. Nakal memang tak boleh dikawal dan itulah lumrah anak-anak nak membesar.
Tapi, kalu mak-mak tahu cara nak kawal marah atau tunjuk isyarat yang biasa buat apabila berada di luar rumah, tentunya anak akan faham. Biasanya, bila bagi isyarat macam ini seperti jengkelkan mata terutamanya, kalau tak dengar, mahunya balik nanti adalah habuannya.
Begitulah yang ingin dikongsikan oleh Noor Afidah Abu Bakar dalam menjaga batasan anak-anak apabila berada di luar rumah dan tempat awam khasnya. Tak perlu nak menjerit atau marah terlampau sebab ia mungkin boleh menjatuhkan air muka ana kitu sendiri.
Ada Batasan
Kanak-kanak walau di mana pun akan tetap menjadi kanak-kanak.
Biasanya, kanak-kanak PERLU diberikan RUANG dan PELUANG untuk bergerak bebas berlari, melompat, memanjat, berguling, dan bergayut.
Pergerakan merupakan satu KEPERLUAN bagi kanak-kanak.
Bagaimanapun kanak-kanak PERLU tahu BATASAN MASA, KEADAAN dan TEMPAT kerana jika tidak kena gaya mungkin akan membahayakan diri mereka ataupun membahayakan dan mengganggu ketenteraman awam ataupun merosakkan harta benda peribadi dan awam.
BATASAN ini perlu diterangkan kepada kanak-kanak agar mereka faham dan tahu sebabnya.
Setelah ditetapkan BATASAN, mereka sentiasa perlu DIINGATKAN kerana kadang-kadang mereka terlupa ataupun kadang-kadang mereka belum terbiasa.
Kadang-kadang mereka juga akan cuba menguji batasan untuk menilai sama ada kita serius ataupun tidak. Jikalau kita hanya sebut tetapi tidak kuatkuasa, maka mereka tahu mereka boleh melakukan apa sahaja sesuka hati kerana kita tidak serius.
Ada masanya mereka juga perlu tahu adanya ISYARAT ‘RAHSIA’ daripada kita yang menunjukkan kita tidak merestui tindakan mereka, terutamanya di TEMPAT AWAM.
Menjerit dan memarahi anak di tempat awam hanya menjatuhkan air muka anak-anak.
Itu perlu dielakkan.
Membiarkan anak tanpa ditegur pula boleh menjadikan anak individu yang tidak sensitif terhadap orang sekeliling.
Isyarat ini hanya anda dan anak yang tahu.
——————————————– Suami saya berkongsi gambar ‘kandid’ yang diambilnya 11 tahun lalu di atas keretapi di Switzerland. Anak-anak saya masih kecil ketika ini dan dengan jelas saya juga masih muda. Saya sendiri tidak ingat apakah kejadiannya.
Baru sekarang saya tahu bagaimana rupanya apabila Ummi menghantar ‘isyarat tanpa suara’ kepada anak di tempat awam.
MW: Mak-mak boleh cipta satu isyarat rahsia yang hanya mak-mak dan anak saja tahu terutamanya bila berada di luar rumah. Kalau anak-anak tak dengar atau di luar kawalan, isyarat rahsia ini mungkin membantu.