Anak-anak semamangnya penyeri dalam rumahtangga. Rumah yang dipenuhi gelak ketawa anak-anak dan riuh dengan keletah mereka boleh jadi sunyi dan sesepinya bila mereka jatuh sakit. Malah, masa yang ada bersama anak-anak ketika kecil cukup terhad, oleh itu mak ayah hargailah sebaiknya. Ini kerana waktu tersebut akan semakin ‘menghilang’ apabila anak-anak semakin membesar dan mempunyai kehidupan sendiri nanti.
Baca coretan perkongsian daripada Dr Redza Zainol ini.
Setiap hari balik dari tempat kerja, anak perempuan saya mesti akan cari saya. Saya buka je pintu, akan bermulalah segala cerita dia dari pagi sampai ke petang.
Kalau anak saya cerita perkara sedih, saya akan ikut sama merasa sedih. Kalau ada cerita yang kelakar, memang boleh gelak berguling atas lantai. Benda besar dia akan cerita, benda yang kecil-kecil lagilah dia akan cerita.
Sampailah 1 hari tu, mood saya tak baik. Hari-hari rasa penat sangat bila balik dari kerja. Dalam otak ni ada bermacam benda yang saya fikirkan sepanjang minggu.Perkara yang patut saya tinggalkan di tempat kerja, saya terbawa-bawa sampai ke rumah. Itulah kesilapan saya.
Bak kata orang yang bijak pandai, “Don’t play at work and don’t work at play.”
‘Kebodohan’ Terbesar
Bila anak saya nak berbual, saya kata nanti dulu dan terus masuk ke bilik. Saya mandi, solat, makan dan lepas tu saya tak tengok pun anak saya tadi.Sampailah dia tertidur sendiri. Dan itulah kebodohan saya yang terbesar.
Malam tu anak saya tertunggu-tunggukan saya. Dia bukannya nak apa-apa, dia cuma mahukan secebis masa dari saya. Itulah yang terjadi setiap hari selama seminggu.
Sampai satu hari, anak perempuan saya jatuh sakit. Demam, tak ada selera makan. Kebanyakan masa dia baring saja. Sekelip mata rumah ni hilang serinya. Tak ada lagi gelak ketawa dia. Tak ada lagi suara dia yang selalu memenuhi segenap ruang rumah ni. Semuanya jadi diam. Sunyi.
Barulah terasa langit ni tinggi ke rendah. Saya rindu nak dengar suara anak saya. Saya datang pada anak dan minta dia cerita apa-apa pada saya. Dia buka mata separuh dan dia kata dia nak tidur.
Allah, luluh hati saya ni.Dalam fikiran ni, nak je saya merayu supaya dia cakaplah apa-apa pun. Sampai malam pun saya sanggup dengar.
Hargailah Anak Disisi
Anak perempuan, mereka nak rasa keberadaan ayahnya.
Anak perempuan, mereka nak kita rasa kagum dengan cerita dan usaha mereka.
Anak perempuan, mereka nak kita faham dunia mereka.
Hargailah anak yang ada disisi. Anak yang banyak bercakap itulah yang paling kita rindui bila mereka membesar dan tiada lagi disisi satu hari nanti.
Ya benar, kita semua sibuk bekerja. Mencari rezeki tak putus masa. Namun di sebalik kesibukan kita, ada anak kecil yang merindui wajah dan senyuman kita.
Saya juga berkongsi ilmu keibubapaan dan kesihatan kanak kanak di https://t.me/NotaRedzaZainol
Redza Zainol
Baca Lagi Di Sini:
Ada Sebabnya, Biar Anak Sakit JANGAN Mak Yang Sakit!
Mak Ayah Berhentilah ‘Micromanage’ Anak Sebelum Terlambat!
Seawal Usia 4 Tahun Anak Ini Sudah Terdedah Misi Bantuan Banjir
Mingguan Wanita: Sungguh ada benarnya.Bila anak jatuh sakit, sekelip mata rumah hilang serinya. Rumah yang dulunya penuh ceria dengan gelak ketawa anak-anak tiba-tiba jadi sunyi sepi. Malah lebih terasa bila anak-anak semakin meningkat dewasa dana ada kehidupan sendiri. Oleh itu, hargailah masa bersama-sama mereka, yang ada cuma seketika.
Sumber: Redza Zainol
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI