Bila anak buat perangai, call suami mengadu. ‘Bukan minta selesaikan, sekadar nak meluah rasa bila terpaksa uruskan anak seorang diri.
Begitulah wanita bila bergelar mak-mak, bila berjauhan dengan suami, akan ada satu habit suka share dan mengadu dengan suami. Pasti mak-mak pernah melaluinya juga kan?
Ikuti perkongsian Puan Izzatul Akmal ini dan hadam baik-baik apa yang cuba disampaikan:
Bila Anak Buat Perangai
Isteri ini bila sudah jadi mama, dia ada satu habit pelik.
Bila anak-anak buat perangai, mengamuk, bergaduh atau sudah tak terkawal dan suami pula keluar, kerja, atau berjauhan.
Dia akan ada habit nak call mengadu tentang anak-anak seolah-olah minta tolong si suami untuk selesaikan.
Call Suami Mengadu
“Haa buat perangai, buat perangai. Sekejap nak call babah..”
“Abi… tengokk anak awak nih. Dia pecahkan pinggan lepas tu terpijak berdarah kaki menangis-nangis”.(dalam video call)
“Abang, anak buaih (duduk tak diam) sangat hari ini. Marah sat dia. Penat sangat dah nih.” (padahal suami berada di London tengah sibuk uruskan konvensyen dunia).
‘Waled… anak demam tapi tak mahu makan ubat. Tiuplah pujuk sat.’ (selalunya suami pjj atau kena pergi kursus mana-mana selalu jadi hal macam ini)
“Awak, balik sekarang. Budak-budak ni seorang pun tak nak lena lagi. Mai tengok sat depa jadi macam mana malam ni”. (selalunya call macam ni akan masuk bila suami terlajak lepak dekat luar, anak-anak buat perangai, combo.
Kalau suami itu balik lewat, sekali dengan suami itu kena rasa perasaan isteri yang huru hara uruskan anak di rumah.
Sebenarnya sang isteri tahu. Apa sangat yang mampu dilakukan oleh seorang suami atau pun ayah hanya melalui panggilan telefon.
Tapi percayalah, ianya bukan sekadar cuma panggilan telefon. Malah, ianya bukan sekadar untuk memujuk si anak atau seolah-olah ingin membiarkan si ayah tadi menghulurkan rotan cuma dari panggilan video.
Tetapi ianya adalah tentang rasa kebersamaan. Rasa ingin ditenangkan dan dipujuk bukan hanya pada si anak, tetapi juga pada ibunya.
Ads
Sungguh. bila seorang diri menguruskan anak dan semua benda lama-lama boleh jadi ‘burn out’. Jadi pada aku langsung tiada istilah sikit-sikat nak call mengadu dan sikit-sikit hendak call telefon.
Sekadar Nak Meluah
Biarlah si isteri tadi merasakan bahawa mereka sedang sama-sama membesarkan anak-anak walaupun dari kejauhan, biarlah si isteri tadi ditenangkan walaupun hanya dengan hanya satu panggilan.
Dan juga biarlah si isteri tadi merasakan bahawa dia masih punya suami untuk dia menceritakan tiap satu kejadian.
Walaupun benda itu kecil, tapi percayalah apabila emosi seorang ibu dalam keadaan baik, rumah akan menjadi sangat tenang dan penuh gelak tawa.
Kurangkan Beban Isteri
Panggilan telefon tadi bukan hanya mampu mendiamkan si anak, bahkan sekaligus menghilangkan segala rasa beban ibu di pundak.
“Takpa, nanti abang balik kita cakap dengan dia baik-baik ya.”
Ads
“Sudah-sudah, awak jangan marah lagi ya. Nanti saya dah tak cantik isteri abang sorang ni.”
“Anak waleed… tak baik buat perangai macam itu. Kasihan mama, tidur cepat nanti waled balik belanja aiskrim.”
Simple kan.
Kadang-kadang ada suami yang rimas bila sikit-sikit panggilan call masuk dari isteri sendiri.
Percayalah jika isteri terdidik dengan baik, sedayanya dia pun akan mencuba untuk tidak menambah beban dan memudahkan hal suami.
Cuma kadang sebab dia isteri, perlukan sang suami untuk melengkapi.
Angkatlah call dari yang tersayang, kalau dalam urusan penting, titipkan pesanan melalui mesej atau pun whatsapp. Mana tahu, itu adalah panggilan kecemasan yang terakhir. Jangan hidup diakhiri dengan rasa sesalan.
Mingguan Wanita : Sebagai suami, bila isteri call jawablah. Kalau busy sekali pun, cuba text dan selalu tanya keadaan di rumah bersama anak-anak.
Wanita lepas kahwin jangan berhenti kerja, kita tak tahu masa depan macam mana. Perkahwinan adalah fasa penting dalam kehidupan setiap individu. Bagi wanita, perkahwinan sering dikaitkan dengan tanggungjawab tambahan seperti mengurus rumah tangga dan keluarga.
Wanita Lepas Kahwin Jangan Berhenti Kerja
Namun, salah satu keputusan penting yang sering dihadapi wanita selepas berkahwin adalah sama ada untuk terus bekerja atau berhenti. Keputusan untuk berhenti kerja selepas berkahwin mungkin nampak ideal bagi sesetengah pihak, terutamanya untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga.
Kita Tak Tahu Masa Depan Macam Mana
Namun, keputusan ini perlu ditimbang dengan teliti kerana ia melibatkan masa depan, kestabilan kewangan, dan perkembangan diri. Berikut adalah beberapa sebab mengapa wanita lepas kahwin tidak sepatutnya berhenti kerja.
1. Kestabilan Kewangan
Kehidupan berumah tangga bukan sahaja tentang cinta dan kasih sayang, tetapi juga memerlukan pengurusan kewangan yang baik. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, pendapatan tambahan daripada isteri boleh membantu meringankan beban kewangan suami. Ini membolehkan pasangan merancang kewangan dengan lebih baik, termasuk simpanan untuk kecemasan, pendidikan anak-anak, atau persaraan.
2. Jaminan Masa Depan
Kita tidak dapat meramalkan apa yang bakal terjadi di masa depan. Perkahwinan, seperti mana-mana aspek kehidupan, boleh menghadapi cabaran yang tidak diduga. Dalam kes seperti perceraian, kehilangan pasangan, atau situasi kewangan yang tidak stabil, seorang wanita yang bekerja akan lebih bersedia untuk berdikari dan menyara diri serta keluarga.
3. Perkembangan Diri Dan Kepuasan Peribadi
Kerja bukan sekadar sumber pendapatan, tetapi juga peluang untuk seorang wanita mengembangkan kemahiran, memperoleh pengalaman baru, dan membina keyakinan diri. Melalui kerjaya, seorang wanita boleh terus belajar, bertemu dengan orang baru, dan mengekalkan rangkaian sosial yang sihat. Ini adalah elemen penting untuk kepuasan diri dan keseimbangan emosi.
4. Contoh Teladan Kepada Anak-anak
Seorang ibu yang bekerja dapat menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak tentang nilai usaha dan berdikari. Anak-anak akan belajar bahawa wanita juga mempunyai peranan yang penting dalam masyarakat dan ekonomi, selain peranan tradisional di rumah.
5. Kebebasan Dan Keselamatan
Memiliki kerjaya memberikan kebebasan kepada wanita untuk membuat keputusan tanpa terlalu bergantung kepada orang lain. Ini termasuk kebebasan untuk merancang perbelanjaan peribadi, melabur dalam hobi, atau menabung untuk keperluan tertentu.
Kesimpulan
Berhenti kerja selepas berkahwin bukanlah keputusan yang salah, tetapi ia perlu dibuat dengan pertimbangan mendalam terhadap masa depan. Terus bekerja selepas berkahwin bukan sahaja membantu dari segi kewangan tetapi juga memberikan wanita peluang untuk berkembang secara peribadi dan profesional.
Bagi wanita yang ingin terus bekerja, komunikasi dengan pasangan adalah kunci utama. Dengan sokongan dan kerjasama yang baik, wanita boleh mengimbangi kerjaya dan tanggungjawab keluarga. Perkahwinan bukanlah titik akhir, tetapi permulaan kepada fasa kehidupan yang lebih bermakna. Teruslah bekerja dan berusaha, demi diri sendiri, keluarga, dan masa depan yang lebih cerah.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, bila terlalu lama pasangan memendam rasa, jika berlaku perkara kecil pun akan diperbesarkan kerana hati telah lama tersakiti.
Selama ini segala masalah hanya dipendam, tidak diluahkan apatah lagi diselesaikan. Jadi hari demi hari, masalah yang kecil menjadi besar hingga memberi kesan kepada hubungan suami, isteri.
Hubungan yang sedia dingin menjadi semakin dingin hingga kadang-kadang hanya tinggal gelaran suami, isteri tetapi rasa kasih dan cinta itu sudah lama pudar.
Bila Terlalu Lama Pasangan Memendam Rasa
“Hmmm, dia balik dah…”
Berapa ramai yang bila mana dia nampak atau tengok pasangan dia, dia rasa tenang dan tenteram?
Kemudian, berapa ramai pula yang bila mana dia tengok pasangan dia, dia rasa tak tenang dan meluat?
Allah menciptakan kita ini berpasangan dan di antara tanda kekuasaan Allah ialah bila mana kita tengok pasangan kita, kita rasa tenang dan tenteram disebabkan kasih sayang yang wujud antara kita dengan dia…
Bila Rasa Meluat
Jadi kalau kita tak tenang dan rasa meluat dekat dia, itu apa? Hubungan kita banyak sangat masalah… Lepas satu, satu…
Tak selesai lagi masalah lama, sudah muncul masalah baru dan yang pastinya, setiap masalah itu tidak diselesaikan melalui kaedah perbincangan, bertentangan dua mata, duduk semeja…
Bila kita memendam rasa, bila ada yang tak terluah, maka sedikit sebanyak, setiap apa yang berlaku dalam rumah tangga kita, walaupun sekecil perkara, ianya akan diperbesarkan disebabkan hati sudahpun terluka atau terasa… Jadi semua perkara dikaitkan, diungkitkan…
Perasaan terhadap pasangan sudah mula berkurangan…
Kasih sayang itu tak wujud walaupun tinggal serumah… Macam ada dinding antara kita dan pasangan… Kurang berkomunikasi, kurang bergurau, kurang bermesra, kurang bersembang…
Penyebab kenapa kurang itu ini adalah kerana kita tak luangkan masa bersama atau berdua dengan secukupnya…
Buat Hal Masing-Masing
Kita dan pasangan buat hal masing-masing… Oleh sebab itu bila kita tengok muka dia, kita ada dengan dia, kita rasa tak tenang, kita rasa tak tenteram, kita rasa meluat…
Kehadiran dia tu membuatkan kita tak seronok dan tak gembira…
Macam mana hendak tahu sama ada kita dan pasangan ini ok atau tak?
Cuba tengok bila dia tidak ada, apa yang kita rasa…
Mingguan Wanita : Bila wujudnya masalah dalam rumah tangga, cuba selesaikan cara baik dan jangan biarkan mak ayah terjerat dengan dendam serta ego. Jika hubungan tidak dapat diteruskan, noktahkan saja dan jangan biarkan hati terluka.
Kalau hari minggu memang mak terutamanya tak ada masa untuk rehat. Ada sahaja kerja rumah yang hendak dibereskan. Ini belum lagi termasuk nak sediakan makanan, jaga anak, buatkan susu anak dan macam-macam lagi.
Ada pun rehat mak-mak, bila anak sedang tidur. Tapi, masa anak tidurlah, macam-macam mak nak buat sebab sebelum ini hanya uruskan anak. Itulah mungkin rutin sehari-hari mak ini. Bayangkan bagaimana pula ayah yang jaga anak. Mesti nampak mudah sajakan. Maklumlah, adanya anak lebih dengar cakap ayah berbanding mak.
Ini belum lagi, kalau mak-mak yang bekerja dan terpaksa tinggalkan anak-anak pada ayah. Macam manalah yer. Rasanya hati mak-mak pun tak tenang bila ingatkan suami dan anak-anak di rumah.
Walau bagaimanapun, tak perlulah nak marahkan anak bila anak lasak atau buat perangai macam-macam. Semua ini sebab dia perlukan perhatian daripada mak ayah. Kena ingat, mak ayah yang bekerja, hanya ada masa berapa jam sahaja untuk bersama anak pada malam hari.
Perkongsian daripada Dr. Redza Zainol ini, ada benarnya. Bila anak-anak dijaga oleh ayah kerana mak perlu ‘outstation’ atau keluar atas urusan kerja. Mahunya tidak keruan ayahnya melihat telatah anak yang tak reti duduk diam.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...