Biji Selasih Tinggi Serat & Mineral, Perut Kenyang Usus Sentiasa Sihat!

Sedapnya minum air sirap yang dibubuh biji selasih. Hilang rasa dahaga, perut rasa kenyang. Dengan serat yang terdapat dalam biji selasih, ia boleh memastikan pencernaan lebih baik sekaligus menjadikan usus lebih sihat.

Biji selasih kelihatan serupa dengan biji bijan tetapi ia berwarna hitam. Jenis yang anda makan biasanya berasal dari kemangi manis atau nama sainfitiknya Ocimum basilicum.

Atas sebab ini, biji selasih juga biasanya disebut sebagai biji kemangi manis. Ia juga menggunakan banyak nama lain, termasuk biji sabja dan tukmaria.

Biji selasih mempunyai sejarah penggunaan yang lama dalam perubatan Ayurveda dan Cina, tetapi kesan kesihatannya hanya diuji dalam beberapa kajian.

Berikut adalah beberapa cara serat dalam biji selasih dapat memberi manfaat kepada kesihatan anda:

Biji selasih tinggi serat terutamanya serat mudah larut termasuklah pektin.

1-Penuhi Kuota Serat

Dikatakan satu sudu makan (13 gram) biji selasih menyediakan lebih kurang 7 gram serat – 25 peratus pengambilan makanan yang dicadangkan (RDI).

2-Bantu Usus Sihat

Ujian tabung uji mencadangkan bahawa pectin mempunyai kebaikan prebiotik. Ini bermakna ia mampu memberi khasiat dan meningkatkan bakteria baik. Ini termasuklah bakteria antikeradangan yang menyokong kesihatan usus.

3-Rasa Lebih Kenyang

Pektin mampu melambatkan pengosongan perut dan meningkatkan tahap hormon yang mendorong rasa kenyang. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada makan biji selasih untuk mengurangkan selera makan adalah strategi penurunan berat badan yang berkesan.

Ads

4-Kawal Gula Darah

Apabila penghidap diabetes jenis 2 makan 10 gram (3/4 sudu besar) biji selasih yang telah direndam di dalam air setiap kali makan selama sebulan, dikatakan gula darah mereka selepas makan adalah 17 peratus lebih rendah daripada pada awal kajian.

5-Memperbaik Kolesterol

Pektin dapat menurunkan kolesterol darah dengan menghalang penyerapan kolesterol di usus anda. Orang yang makan 30 gram (7 sudu teh) biji selasih setiap hari selama satu bulan mengalami penurunan kolesterol sepenuhnya sebanyak 8 peratus.

Biji Selasih Tinggi Serat & Mineral, Perut Kenyang Usus Sentiasa Sihat!
Foto kredit: www.wendyls.co.nz

Manfaat Lain Biji Selasih Untuk Kesihatan:

1-Sumber Mineral Yang Baik

Berdasarkan label pemakanan produk A.S., 1 sudu besar (13 gram) biji selasih membekalkan 15 peratus  RDI untuk kalsium dan 10 peratus RDI untuk magnesium dan zat besi.

Kalsium dan magnesium sangat penting untuk kesihatan tulang dan fungsi otot anda, sementara zat besi sangat penting untuk pengeluaran sel darah merah.

Ramai orang tidak mendapat cukup kalsium dan magnesium melalui diet mereka. Makan biji selasih dapat membantu anda memenuhi keperluan harian nutrien ini.

Ads

Selain itu, biji selasih boleh menjadi sumber zat besi dan kalsium yang penting bagi orang yang tidak makan daging atau produk tenusu.

2-Meningkatkan Daya Tahan Tubuh

Tubuh memerlukan antioksidan dari makanan untuk menguatkan sistem ketahanan badan. Salah satu antioksidan yang diperlukan oleh tubuh adalah sejenis polifenol. Bahan ini terdapat dalam biji selasih.

Dengan pengambilan biji selasih secara teratur sebagai makanan atau makanan tambahan, manfaat biji selasih yang dapat diperoleh adalah sistem kekebalan tubuh akan meningkat dengan sendirinya. Daya tahan yang meningkat akan menjadikan anda kurang sakit.

3-Menjaga Kesihatan Kulit

Khasiat biji selasih yang jarang diketahui adalah kemampuan menjaga kulit yang sihat. Dengan kepekatan antioksidan dan flavonoid di dalamnya, biji selasih dan manfaatnya dapat meningkatkan kesihatan kulit dan merangsang pertumbuhan sel baru.

Antioksidan di dalamnya mampu melawan kesan radikal bebas yang boleh menyebabkan tekanan oksidatif dan akhirnya menyebabkan mutasi sel, mengakibatkan kedutan, bintik-bintik usia, dan cela. Pengambilan biji selasih secara berkala dipercayai dapat mengurangkan parut dan bertindak sebagai agen antipenuaan.

Ads

4-Menghilang Stres

Sekiranya fikiran anda bergerak pantas dan tahap tekanan anda terus meningkat, anda boleh minum air biji selasih. Dikatakan pengambilan biji selasih secara berkala dapat membantu mengurangkan kemurungan, memperbaiki mood, dan mengurangkan tahap hormon stres dalam badan.

Sumber:

www.healthline.com

doktersehat.com

Baca sini juga:

rendah-kalori-tinggi-zat-pilihlah-daun-kucai-jadi-menu-harian

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI