Ketika ada pelajar lain mudah memperoleh belanja harian ke sekolah, ada pelajar asrama yang berdepan masalah kewangan yang menghimpit. Jika dapat belanja harian ke sekolah pun tidak besar jumlahnya.
Kadang itu, ada pelajar yang keputusan duit belanja. Iyalah, walaupun dapat makan di asrama, keinginan untuk membeli makanan lain bila nampak pelajar lain makan tetap ada.
Tapi, kalau duit belanja pun tidak cukup, telan air liurlah saja. Melihat kepayahan pelajar asramanya, guru ini Muhammad Yusof usahakan ‘dana wakaf’ untuk para pelajarnya.
Bagus usaha guru ini buat dana wakaf pelajar asrama susah ini kan.
Biarpun, guru ini tidak meletakkan syarat jumlah wang yang perlu diambil. Pelajar asrama yang kesusahan ini tetap tidak ambil lebih dari sepatutnya.
Ads
Kerana mereka sedar bahawa selain mereka, ada lagi pelajar susah lain yang juga memerlukan dan mahu merasa duit dana wakaf berkenaan.
Pelajar Asrama Susah Hanya Bayar Seringgit Untuk 5 Kali Makan
Tak semua student asrama saya orang senang. Ramai juga yang parentnya orang susah. Duduk asrama ni makan bayar seringgit je sehari untuk 5 kali makan. Ya, 5 kali makan hanya bayar seringgit je sehari. Mana nak dapat kalau kat luar kan?
Kadang ada dikalangan dorang yang takde duit syiling nak telefon atau kadang ada antara dorang yang keputusan duit. Yelah, tengok kawan makan kat kantin sekolah, dorang pun teringin nak makan tapi duit takde.
Maka, saya ada buat ‘dana wakaf’ untuk dorang. Caranya saya masukkan duit seringgit, seringgit dan duit syiling dalam bekas, lepas tu mana-mana student yang nak ambil, saya bagi ambil je berapa banyak yang dorang nak ambil. Saya cukup risau kalau student asrama kelaparan.
Dan, macam saya bagitau yang bagusnya budak-budak saya ni, dorang ambil berapa yang dorang rasa perlu je, walaupun saya tak pernah pesan apa-apa kat dorang. Pernah saya tanya, kenapa awak tak ambil lebih. Pelajar tu jawab ‘saya ingat kat kawan-kawan saya juga cikgu, biar sama-sama rasa..’.
Alhamdulillah. Benda yang suka bila jadi warden ni ialah tentang kemenjadian murid.
Dan, syukur budak-budak asrama saya semuanya baik-baik. Moga mereka jadi anak soleh, anak solehah yang membahagiakan parent mereka dunia akhirat
Ads
[Nota: saya tulis ni bukanlah nak bagitau saya cikgu terbaik ke apa cuma sekadar berkongsi tentang macamana kita nak bantu anak murid kita yang susah.
Kesusahan is real, tuan, tuan dan puan, puan.
Kalau ada manfaatnya kita sama-sama sharelah ya, moga idea untuk membantu sesama manusia ni kita suburkan, tak kira siapa pun kita.]
Siapa sangka adat dan ritual tradisi masyarakat setempat di sesebuah kawasan mahupun negara adakalanya cukup unik. Buaya yang dianggap binatang berbahaya, dikahwinkan dengan pemimpin tempatan dipercayai mampu membawa ‘rezeki’ dan ‘tuah’.
Di Mexico, seorang Datuk Bandar melamar seekor buaya yang lengkap dipakaikan gaun pengantin demi meneruskan upacara tradisi di negeri itu.
Ritual Tradisi Bawa Rezeki
Datuk Bandar San Pedro Huamelula, Victor Hugo Sosa ‘berkahwin’ dengan buaya itu sebagai sebahagian daripada ritual tradisi orang asli untuk membawa ‘rezeki’ ke kampung di barat daya Mexico.
Upacara itu turut dipercayai akan membawa ‘tuah’ kepada komuniti nelayan setempat.
Buaya betina yang dinamakan Little Princess dikenakan pakaian berwarna putih seperti pengantin dan kemudian dibaptiskan sebelum Sosa melafazkan ikrar perkahwinan.
Pengantin lelaki turut memberikan ciuman kepada isterinya.
Penggabungan Manusia Dengan Alam
Reptilia berusia tujuh tahun itu dipercayai sebagai dewa yang mewakili ibu pertiwi dan perkahwinan dengan pemimpin tempatan melambangkan penggabungan manusia dengan alam lain.
Majlis penuh warna-warni itu turut diserikan dengan persembahan muzik tradisional dengan tetamu bersorak kegembiraan.
“Kami meminta alam supaya hujan turun dengan cukup, makanan serta mempunyai sumber ikan di sungai,” kata datuk bandar itu.
Oaxaca terletak di selatan Mexico yang mempunyai ramai penduduk miskin.Mexico merupakan negara paling kaya dengan budaya orang asli dan masih mengekalkan bahasa serta tradisi mereka.
San Pedro Huamelula ialah sebuah perkampungan nelayan kecil di pantai Pasifik Oaxaca.
Membesarkan anak-anak memang memerlukan kos yang banyak. Zaman sekarang ni
mak ayah perlulah bijak merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk anak-anak yang baru lahir.Anak-anak perlukan simpanan demi masa depan mereka baik untuk kegunaan pendidikan dan sebagainya.
Salah satu peluang yang mak ayah perlu rebut ialah daftarkan anak yang lahir pada 2018 dalam akaun ADAM 50 dan automatik layak mendapat simpanan pelaburan RM200 dalam ASNB. Caranya cukup mudah, hanya perlu daftar dan buka akaun ADAM 50 tanpa perlu masukkan duit sesen pun.
Tapi atas sambutan yang kurang menggalakkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah membuat pengumuman bahawa program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) ditamatkan pada 31 Disember lepas.
DIRANCANG HINGGA TAHUN 2022, TAPI KURANG SAMBUTAN
Bagi yang belum tahu, ADAM50 adalah sebuah program yang diperkenalkan oleh kerajaan dengan kerjasama PNB mulai 2018 untuk semua bayi warganegara Malaysia dengan dana tabungan permulaan sebanyak RM200. Nilai RM200 ini adalah pelaburan awal dan ia akan kekal di dalam dana hinggalah anak-anak mencecah usia 18 tahun sebelum ia boleh dikeluarkan sebagai wang tunai.
Objektif utama ADAM50 adalah untuk menggalakkan budaya menyimpan dan pelaburan oleh rakyat Malaysia daripada usia seawal baru lahir.
Ia telah disasar untuk ditawarkan sepanjang tahun 2018 hingga tahun 2022, namun dikatakan kurang mendapat sambutan. Berdasarkan maklum balas, hanya 25% bayi yang dilahirkan pada tahun ini mendaftar. Atas sebab itu, ia akan ditamatkan pada akhir tahun 2018 ini.
PENDAFTARAN DILANJUTKAN HINGGA 31 MAC 2019
“ADAM50 akan berakhir tahun ini. Namun pendaftaran bagi menyertai program ini dilanjutkan sehingga 31 Mac 2019 bagi bayi yang lahir pada 2018,” kata Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional Bhd (ASN) dan prestasi 2018 dan tinjauan 2019 di Kuala Lumpur pada 21 Disember 2019.
REBUT PELUANG DAFTAR CEPAT, ADA MASA LAGI!
Jadi bagi yang masih belum mendaftar, jangan berlengah lagi. Masih ada masa untuk mak ayah mendapatkan tabungan dana RM200 tersebut untuk anak.
Boleh rujuk di artikel yang pernah dikongsikan sebelum ini untuk penerangan langkahnya.
Kereta & rumah Zainal Abidin ditenggelami air, rupa-rupanya penyanyi terkenal, Datuk Zainal Abidin juga menjadi mangsa kejadian banjir besar yang berlaku di Lembah Klang. Selain Ebby Yus, Shila Amzah, Yatzen, Zainal Abidin yang menetap di Seksyen 25, Shah Alam kediamannya juga ditenggelami air.
Kereta & Rumah Zainal Abidin Ditenggelami Air
Menerusi perkongsian sebuah video yang dimuat naik menerusi akaun rasmi Instagramnya, Zainal menerangkan kenderaan miliknya rosak teruk dan separuh kediamannya dinaiki air banjir.
Walaupun ditimpa bencana namun Zainal bersyukur tidak mengalami kerugian dan kerosakkan seperti mana mangsa banjir yang lain.
“Rumah saya tidaklah teruk rosak, sedikit harta benda di bahagian bawah, semua kereta saya ditenggelami air.
“Tapi oleh kerana saya mempunyai sahabat dan kaum keluarga, jiran yan baik dan banyak membantu.
“Ini adalah ujian Allah, Allah sayang kita, Allah uji kita. Jadi kita perlu tabah dan bertawakal kepada Allah.
“InsyaAllah yang terburuk adakalanya akan bertukar menjadi yang terbaik,” luah Zainal.
Enggan Kongsi Jumlah Kerugian
Seperti mana yang dilaporkan menerusi Harian Metro, Zainal enggan berkongsi jumlah kerugian yang dialaminya.
“Saya tak dapat nak berkongsi jumlah kerugian yang ditanggung.
“Biasalah apabila berlaku banjir, banyak kerosakan yang berlaku seperti perabot, barangan elektrik termasuk beberapa kenderaan yang dimiliki.
“Sebenarnya saya tidak mahu orang bersimpati sebab sudah ada yang datang memberi bantuan.
“Lagipun banyak lagi rumah yang lebih teruk terjejas dan perlukan pertolongan dengan segera,” ungkap Zainal.
Zainal yang mendiami rumah tersebut bersama isteri dan dua anaknya akui inilah pengalaman pertama berdepan dengan bencana banjir di mana rumahnya dimasuki air hingga paras dada.
“Saya tidak sempat menyelamatkan beberapa buah kereta dan barangan di dalam rumah yang ditenggelami air.
“Saya tinggal kurang lima minit dari Taman Sri Muda yang terjejas teruk.
“Kawasan di luar rumah saya saja air mencecah hingga paras telinga,” tambahnya.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...