Biarkan rumah bersepah seketika, mak-mak kena tahu anak pun stres macam kita. Mereka pun dah mati kutu dok berkurung dalam rumah.
Rumah bersepah bak tongkang pecah memang buat mak-mak bertukar jadi singa. Tak dinafikan, semua mak-mak nak rumah kemas dan bersih. Tapi ada kalanya mak-mak kena sporting, nak-nak time PKP ni.
Jadi, nasihat saya mak-mak jangan jadi kuku besi sangat. Beri ruang untuk anak-anak berkarya. Menyepahkan rumah umpama terapi stres bukan je untuk anak-anak tapi suami juga. Suami dan anak-anak kita memang sepakat bab sepahkan rumah. Kita redha je lah ye demi keharmonian rumah tangga.
Jangan SEMPURNA SANGAT Sampai Rumah Tak Boleh Bersepah
Isu mak-mak stres uruskan anak-anak di rumah mencuri perhatian Prof. Madya Dr. Munzilah Md. Rohani. Beliau mengatakan mak-mak yang ada anak kecil, jangan fikirkan kesempurnaan.
“Kesempurnaan itu memang baik tapi menjadi terlalu sempurna kadang kala punca tekanan pada diri sendiri dan ahli keluarga. Normal lah rumah bersepah seketika, biarkan anak-anak bermain selagi mereka tidak membahayakan diri.
“Bagi mak-mak yang bekerja dari rumah, pastikan anak-anak sentiasa sibuk dengan aktiviti mereka. Mak ayah rancang pelbagai aktiviti menarik untuk anak-anak supaya mereka tak ganggu kita bekerja. Contohnya mak ayah boleh membuat doh tepung untuk anak-anak bermain,”ujar beliau yang merupakan kakitangan akademik di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.
Tempoh PKP ni sangat sesuai ajar anak berdikari. Didik mereka sama-sama bantu buat kerja rumah mengikut kesesuaian umur. Misalnya untuk anak kecil berusia 4 tahun, ajar mereka kemas barang mainan.
“Anak yang berusia 7 tahun sudah boleh diajar melakukan kerja rumah yang lebih berat. Misalnya menyapu sampah dan menyidai pakaian. Walau sibuk dengan kerja, jangan abaikan pelajaran anak. Bergilir dengan suami mengajar anak melakukan kerja sekolah,”katanya.
Masak MENU SIMPLE Buat Stok Makanan
Ads
Mak-mak pun kenalah ada strategi nak urus anak-anak masa PKP. Bangun awal pagi, siapkan juadah simple untuk sarapan dan makan tengahari. Letakkan di atas meja dan sediakan pinggan mangkuk atau sudu sekali. Jadi mudah untuk anak-anak layan diri semasa kita menyiapkan tugasan.
Anak yang sudah besar boleh diajar menyediakan makanan simple sendiri seperti roti bakar atau roti bersama jem. Menu simple lain yang boleh dijadikan sarapan dan snek seperti bijirin dan susu. Cara ini dapat mengurangkan kebergantungan anak-anak pada kita. Anak-anak pun jadi lebih berdikari.
Pada sebelah malam, mak-mak boleh masak menu simple untuk dibuat stok. Misalnya kuah spageti. Simpan di dalam peti ais dalam bekas berasingan. Jadi mudah nak panaskan makanan ini bila anak-anak lapar. Masa pun dapat dijimatkan.
Jadi kepada mak-mak, jangan stres. Setiap masalah ada penyelesaian. Selalulah didik diri melihat sesuatu dari sudut positif. Fikir yang baik-baik, itu doa untuk kita. Semoga dipermudah urusan semua.
Bebel sebab sayang.Bebel sebab amanah. Sayang semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Buat mak-mak peminat kuih tradisional Putu Bambu, kini ada cara mudah untuk buat kuih ini. Jika selama ini acuannya adalah menggunakan batang buluh, tapi menerusi perkongsian Azila Abdullah, cara yang lebih mudah menggunakan acuan kuih lompang. Namun begitu salah satu tip yang dikongsikan agar putu bambu ini ‘menjadi’,jangan tekan padat pada adunan tepungnya.Musim sejuk-sejuk ni, makan panas-panas mesti bertambah sedap!
Berikut antara perkongsian resipi wanita ini;
“Petang ni kita try buat putu bambu..Alhamdulillah jadi.sebelum ni buat tekan kemain kuat lagi.Rasa tepung je..kena 3biji kenyang”.
Bahan-Bahan:
2 cawan Tepung Beras
1 cawan air
Sedikit Gula merah
Daun pandan
Sedikit garam
Cara Membuat:
1.Masak air dalam periuk letak daun pandan dan garam.Apabila garam dah sebati, air dah panas, bau pandan pun dah naik padamkan api.
2.Dalam bekas yang lain, letak tepung beras, masukkan air yang dimasak 13 sudu besar.
3.Gaul tepung tu sampai jadi macam serbuk roti.
4.Ayak tepung guna penapis yang lubang dia agak besar. Penapis kecik susah nak ayak.
5.Dah siap, masukkan sikit tepung tadi dalam acuan lompang, letak gula merah, tambah tepung lagi sikit.
6.Kukus selama 15 minit.
Tip Ekstra!
Tudung periuk tu letak kain untuk elakkan wap air masuk pada acuan kuih.
Pakai topeng semasa temuduga. Bunyinya agak lucu dan kelakar sebab bakal pekerja perlu mengenakan topeng semasa temuduga. Bayangkan untuk beberapa jawatan, mereka kena menutup muka semasa hadir temuduga tersebut.
Salah satu sebab bakal pekerja pelu pakai topeng semasa temuduga adalah untuk mengelakkan diskriminasi terhadap penampilan. Kalau setakat rupa dan penampilan yang baik belum tentu menjamin kebolehan mereka, sudah tentu akan merugikan syarikat itu sendiri.
Inilah yang berlaku di sebuah syarikat di Chengdu, China apabila pemohon kerja perlu pakai topeng untuk negelakkan diskriminasi bersasarkan rupa.
Sebuah syarikat yang dikenali sebagai Chengdu Ant Logistics telah tular selepas selepas video yang menunjukkan proses pengambilannya menunjukkan beberapa orang bertopeng menunggu untuk ditemuduga oleh seorang perekrut yang dilaporkan turut bertopeng.
Syarikat ini yang membuat pengambilan pekerja sebanyak dua kali setahun turut memperkenalkan ‘pakai topeng’ menghapuskan pemilihan berat sebelah berdasarkan rupa.
Walaupun kaedah pengambilan pekerja ini dianggap pelik tapi ia perlu dilaksanakan untuk mengurangkan tahap tekanan calon pekerja dan juga menekankan hakikat bahawa ia menghargai kebolehan individu berbanding penampilan mereka.
Selain itu, cara ini turut mendapat maklumbalas positif daripada orang ramai dan mereka tidak kisah untuk memakai topeng semas memhon pekerjaan.
“Saya sangat menikmati temu duga kerja seperti itu,” kata salah seorang pemohon.
“Ini adalah kesaksamaan, ketampanan tidak sepatutnya dikira,” tambah seorang lagi.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah pihak meragui kesahihan penjelasan yang ditawarkan syarikat itu. Dikatakan topeng itu hanya untuk melindungi identiti orang ramai kerana temuduga itu disiarkan secara langsung.
Sementara yang lain pula mendakwa syarikat Chengdu Ant Logistics hanya menjadikan wawancara itu sebagai satu publisiti saja.
Mingguan Wanita : Tak kisahlah cara mana sekalipun. Tapi cara ini boleh membantu untuk melihat kebolehan seseorang itu, bukannya lihat penampilan tapi kerja tak boleh buat.
Kali pertama mengundi, lelaki dakwa nama adik sudah dipotong dari buku walau belum buat apa lagi. Hari ini rakyat Malaysia keluar mengundi dan berhak memilih siapa parti mana yang difikirkan layak memerintah negara.
Bahkan sebagai rakyat Malaysia keyakinan orang awam terhadap ketelusan dan integriti perjalanan pilihan raya yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dalam membentuk proses demokrasi berperlembagaan negara amat tinggi.
Ini kerana rakyat tidak mahu berlakunya manipulasi dan penipuan dalam proses pengundian ini. Namun satu insiden dikongsi oleh seorang pengguna fb iaitu Mirul Azwan yang berkongsi kisah adiknya, Mohammad Rashydan bin Mohd Azli dan beralamat di Pasir Mas, Kelantan boleh menimbulkan banyak tanda tanda mengenai integriti.
Ini kerana dalam perkongsiannya Azwan menjelaskan nama adiknya yang berusia 24 tahun dan kali pertama bersemangat mengundi itu berakhir dengan tanda tanda apabila namanya sudah dipotong walau adiknya belum mengundi pun lagi.
“Adik kito bangun nak ngundi (Tunai Kewajipan Kepada Negara) kali pertama plak tu. Apo nama ore tanda dah. 4 buah buku dalam bilik ngundi tanda belako dah. Guano kiro ni Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia – SPR.. mcm mana blh berlaku? Soalnya.
Kejadian ini berlaku di SMK Tendong saluran 3.
Moga insiden ini tidak mencemarkan ketelusan yang kita harapkan dan pihak SPR juga harus memberikan kenyataan agar ia tidak menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai.
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...