Kek Pisang boleh dikatakan kek klasik yang menjadi kesukaan ramai. Sesuai dihidangkan untuk minum petang atau sewaktu kenduri kendara. Walaupun pun dibuat, namun payah nak cari resipi kek pisang yang betul-betul sedap, lembap, lembut dan manis secukup rasa.

Kalau nak cuba buat kek pisang yang sedap boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Intan Zalifah Zolkiply ini. Menurutnya berulang kali dah buat kek pisang ikut resipi ini. Rahsianya, tambah perahan lemon dalam adunan.

“Alhamdulillah,best resepi kek pisang ni,berulang kali buat”

Bahan-Bahan:

3 biji pisang berangan @ 1 cawan pisang yang dah dilecek
3/4 cawan gula kastor (saya guna gula pasir yang dah diblend)
4 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung (saya guna minyak masak)
1 sudu besar perahan lemon (kalau tak de boleh bubuh limau kasturi,limau nipis)
Secubit garam

Best Resepi Kek Pisang Ni Berulang Kali Buat, Tambah Perahan Lemon Dalam Adunan!
a1

Bahan Ayak:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh double action baking powder(boleh juga guna baking powder biasa)

Ads

Hiasan:

Hirisan pisang potong nipis (kalau tebal pisang tu lemas)

Cara Membuat:

1. Satukan minyak,telur,gula,garam masukkan dalam balang blender dan kisar 5-6minit.

2. Masukkan pisang blend sekejap (tak sampai seminit pun).

Ads

3. Satukan bahan ayak dalam bekas, tuang bahan kisar dalam bekas bahan ayak dan kacau sebati.

4. Panaskan oven 10 minit suhu 170*api atas dan bawah. Leser mentega pada loyang.Lapik baking paper, tuang adunan dalam loyang,letak hirisan pisang. Bakar selama 50 minit atau hingga masak.

Ads
Best Resepi Kek Pisang Ni Berulang Kali Buat, Tambah Perahan Lemon Dalam Adunan!
Pisang berangan
Best Resepi Kek Pisang Ni Berulang Kali Buat, Tambah Perahan Lemon Dalam Adunan!
Pisang emas

Info Ekstra!

  • Kalau pisang tu besar guna 2 jer. Contohnya pisang yang biasa jual kat pasar raya kan besar, guna 2 je. Kalau guna pisang mas 7@8biji.
  • Nak kek tebal guna loyang saiz 8×8*, nak tak berapa tebal boleh guna loyang 10×10*.
  • Nak kukus pun boleh, kukus 1 jam.
Best Resepi Kek Pisang Ni Berulang Kali Buat, Tambah Perahan Lemon Dalam Adunan!
Pisang dua benua

Baca Lagi Di Sini:
Resipi Bancuhan Goreng Pisang Sedap, Serdak Halus Rangup Krup Krap!
Resepi Kek Pisang Coklat MOIST, Godek Pakai Senduk Pun Takde Hal

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika mak-mak nak buat Kek Pisang,boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.

Sumber: Intan Zalifah Zolkiply

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI