Sekarang ini memang ramai anak-anak kecil yang berhadapan masalah ekzema. Dari yang sederhana sampailah kronik. Apa punca memang susah mak-mak nak jumpa. Macam mana nak rata.. Lagi susah hati bila anak tak berhenti menggaru.
Berdarah dan nanah itu dah macam mainan mata untuk mak-mak. Menangis dalam hati dah tak terhitung banyaknya. Tak boleh menangis depan anak, hati kena kuat dan cekal.
Kalau mak sama nangis, lagi down nanti anak-anak ekzema. Asal sebut krim bagus, mandian dan macam-macam cara rawatan dah dicuba. Yang murah, yang mahal.. sebut saja. Tak pernah mak ‘termissed’ beri pada anak.
Inilah juga yang Puan Zurianty Sudin alami dalam merawat penyakit ekzema anak perempuannya yang bernama Alessya. Kata ibu anak empat ini, penyakit yang menyerang anaknya ini dah dialami sejak dari lahir.
Demi permata hati, ibu ini rela memandu sejauh 2 jam selepas dimaklumkan oleh temannya ada seorang doktor pakar kulit yang bagus di Tangkak. Dan dari hasil pertemuan dengan Dato’ Dr itulah, dia tahu rupanya selama ini anaknya alahan atau alergik pada yis.
Cara Doktor Ini Rawat ‘Cari Punca Masalah’
Sebab ramai yang tanya ibu ini pun memberikan jawapannya. “Yes, we went to see Dato Dr Wong Meng Kiang in Tangkak. Yes Tangkak, Johor ya. Tak jauh, less than 2 hours from KL je.”
Aleesya alami mild ekzema sejak dari lahir. Segala jenis ubat dan macam-macam doktor dah pergi.
“It’s so hard for us parents to understand fully in this eczema arena. Different kids, different spectrum. So, memang banyak orang kasi tips, products etc, but memang try and error la.
“Not everything works for everyone. Since baby Aleesya tried macam-macam jenis products. Paling ok is Elomet cream. Tapi if 1-2 hari tak letak, akan jadi luka and berdarah balik.
Ads
“Kasihan ya tengok dia malam-malam nangis sakit luka pedih. Lagi pun Elomet ada steroid, long term usage tak elok.
Sampailah ramai kawan saya maklumkan, “Zu, you asyik pergi Tangkak for kerja, tau tak ada good skin specialist yang you boleh jumpa for Aleesya?”
Terus teruja nak mencuba. Selepas mencari peluang dan masa. Ibu ini bawa sekali anaknya, sekali jalan nak ke tempat kerja dan akan singgah ke klinik. Akhirnya sudah menjadi rezeki mereka sampailah juga ke Klinik Dr Wong.
“Dr Wong sangat sangat friendly. Banyak sangat nak tanya dia. Tapi kasihan orang kat luar pun lama tunggu. Tak apalah next time kita interview dia.”
Secara dasarnya, cara Dr Wong merawat pesakitnya adalah dengan mencari punca masalah (FIND THE CAUSE OF THE PROBLEM).
Ekzema ini penyakit kulit tapi cara nak sembuh bukan sapu krim semata-mata. Mak ayah perlu tahu apakah punca sebenar yang menyebabkannya.
Ads
Ini Ujian Yang Aleesya Lalui Untuk Tahu Punca
The examination test so fast. Dr suruh Aleesya pegang beberapa tiub, yang mengandungi bahan. Doktor minta ibu ini depangkan tangan dan doktor akan buat tekanan pada otot.
“Sebab Aleesya kecil, so Aleesya pegang tube and Dr tekan my hand. Paham tak? Tak paham takpe. Haha.”
Kemudian, selepas beberapa kali doktor menukar tiub barulah dapat jawapan. Rupanya anaknya alahan atau alergik pada yis.
“She is ALLERGIC to YEAST. All sorts of food yang contains yeast dia kena avoid at least 2 months.
“I don’t really know how does it works, but yes. Itulah cara doktor tahu you alergik apa.
“This method called kinesiology assessment.” Dr periksa Aleesya ALLERGY apa, jadi kita elakkan ambil benda-benda tu, barulah boleh tengok ekzema makin elok ke tak.
Ads
“Then dia kasi ubat cream, antidote untuk Aleesya consume everyday. Total bill was RM300, but i rasa worth it and no harm to try. Kena tahu apa she’s allergy to juga, dah bertahun-tahun beli cream and sapu, tak baik pun kan.”
Mak-mak Yang Nak Cuba..
Silalah cuba. Datang awal dalam 8.30 am macam tu. Ambil nombor dan bawa-bawalah bersabar menunggu giliran ya.
Bawalah buku ke apa ke to kill time. Klinik dia tengah-tengah bandar Tangkak. Nak jalan-jalan tengok keindahan bandar Tangkak pun boleh ikut suka hati korang la.
Ini keadaan tangan Aleesya few months ago. Yang paling teruk. Kasihan tengok dia. Nak ambil barang pun susah. Masa mandi nangis, tengah malam nak tidur nangis sebab gatal dan pedih.
Sebab itu usahakan juga cari jalan nak baikkan ekzema dia.
So, for all parent, good luck. Orang dewasa atau orang tua pun boleh untuk buat rawatan di situ.
Aliff Aziz tunai umrah, ibu doakan kesejahteraan dan keselamatan. Juara Gegar Vaganza musim kelapan, Aliff Aziz dan isteri telahpun beraangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah.
Seperti mana yang dikongsi menerusi akaun rasmi Instagramnya, Aliff menerangkan dia dan keluarga akan menunaikan umrah buat pertama kali dan memohon agar mendoakan mereka selamat pergi dan kembali.
Aliff Aziz Tunai Umrah
Paling menarik menerusi salah satu ruangan komen daripada ibu tercinta kepada Aliff iaitu Fiza Aziz menitipkan doa agar anaknya sekeluarga diberikan kesejahteraan dan keselamatan sepanjang keberadaan di sana.
“Allahuakbar Alah maha baik. Walaupun umi tak dapat peluk dan cium abang sebelum abang berangkat tapi umi tidak putus mendoakan kesejahteraan dan keselamatan abang dan semua jemaah dan umi yakin Allah menjaga abang serta keluarga”, komen Fiza Aziz.
Begitulah terharunya ungkapan seorang ibu sentiasa mendoakan yang terbaik buat anaknya.
Sebelum ini, isteri Aliff Bella pernah memaklumkan rancangan mereka menunaikan umrah ini sekali gus menyambut ulang tahun suaminya pada 16 Februari ini.
“Saya Mohon Dimaafkan Ya”
Dalam pada itu juga, Aliff juga memohon maaf kepada mana-mana pihak yang pernah tergores dengan perbuatannya.
“Assalamualaikum semua.
“Alhamdulillah hari ini berangkat saya sekeluarga untuk menunaikan umrah buat pertama kali. Mohon semua doakan semoga kami selamat pergi dan kembali.
“Kepada semua yang pernah terguris hati dengan apa2 perbuatan saya, mohon dimaafkan ya.
“Semoga perjalanan ini dilindungi dan dirahmati Allah Azzawajal dan menjadi asbab kebaikan kita semua insyaallahuta’ala,” tulis Aliff.
Cuba periksa barang dekat rumah mak-mak. Ada tak barang rumah yang masih elok, tapi tak digunakan lebih setahun. Gerenti ada saja kan?
Janganlah rasa sayang nak jual semula ya. Kalau simpan pun tentu sampai tahun depan masih juga sama kedudukannya di tempat yang sama.
Saranan wanita ini, Faridah Yusof berguna untuk dicuba oleh mak-mak yang ada banyak barang rumah tapi masih tersimpan elok dalam almari tu. Dan ada sebab kenapa dicadangkan agar dijual saja, bukan disedekahkan kepada orang lain.
Barang Rumah Masih Elok, Boleh Dimanfaatkan, Lebih Baik Jual
Andai ada barang-barang di rumah yang masih elok dan boleh dimanfaatkan tetapi tidak digunakan setelah lebih dari satu tahun, lebih baik dijual.
Masuk sahaja mana-mana grup barangan terpakai atau ada dipanggil ‘preloved’.
Cuba iklankan. Ada juga yang iklan di ruang media sosial sendiri.
Kenapa jual? Kenapa tidak disedekahkan?
Apabila dijual, kita akan dapat sedikit tunai. Dengan tunai, boleh bayar hutang, bayar zakat yang kita pernah terlupa dulu-dulu.
Satu perkara lagi, orang susah atau miskin akan merasa lebih gembira dapat beli barang terpakai yang masih elok berbanding menerima barang sedekah.
Terutama mereka yang dulunya berstatus M40, dengan kos perbelanjaan yang meningkat, status mereka menjadi B40.
Mereka akan lebih yakin diri dapat membeli untuk keluarga. Maruah mereka tidak tercalar seolah-olah mereka ini tidak berusaha untuk kehidupan sekiranya asyik menerima sedekah dan pemberian barangan dari orang.
Kecuali mereka yang sudah tidak berdaya untuk kerja, sakit terlantar, biasanya mereka redha menerima pemberian, hadiah, infaq dari orang lain.
Ada sahabat yang berjaya membayar hutang pelajaran dengan menjual barangan peribadi /preloved item.
Daripada barangan itu rosak dan lusuh tidak dimanfaatkan, alangkah baik bila dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Mingguan Wanita : Bagus saranan ini. Lebih baik dijual daripada dibiarkan berhabuk. Lagipun, bila sampai masa perlu untuk mak-mak lakukan ‘declutter’ kediaman rumah masing-masing.
Sumber/Foto : Faridah Yusof / Jean van der Meulen via Pexels
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Paut lengan suami orang tanpa rasa bersalah semasa bergambar, wanita ini dikecam netizen kerana bertindak luar batas.
Bayangkan jika isteri lelaki itu mengetahui hal sebenar, apa perasaannya. Sudah tentu dirinya rasa terhina dan kecewa dengan tindakan wanita ini.
Paut Lengan Suami Orang Tanpa Rasa Bersalah
Aksi seorang wanita yang mempamerkan kemesraan dengan lelaki dipercayai berstatus suami orang menerima kecaman netizen dengan ramai yang mengutuk tindakan wanita itu, lapor laman berita Suara.com semalam.
Menerusi satu video yang pada asalnya dimuat naik dalam aplikasi TikTok, wanita tersebut kelihatan memaut lengan seorang lelaki yang tidak ditunjukkan wajahnya.
“Menghadiri acara pejabat atau berjumpa rakan-rakannya. Kebiasaannya untuk acara umum seperti ini, dia membawa saya dan bukan isterinya.
“Katanya saya berbau wangi sedangkan isterinya berbau seperti bawang. Jadi, saya memiliki kelebihan, bukan,” tulis keterangan dalam video itu.
Wanita Ini DiKecam Netizen
Video tersebut dikongsikan semula di akaun Instagram @komentatorpedas dengan ramai yang mengecam tindakan wanita berkenaan.
“Kalau cantik, takkan dapat suami orang. Tidak laku dalam kalangan lelaki bujangkah?” komen seorang netizen.
“Ya Allah, semakin hilang rasa malu. Bagaimana anda tergamak membuat kandungan video seperti itu?” komen seorang lagi. – Agensi
Mingguan Wanita : Sebagai seorang wanita yang masih bujang, jagalah tidak laku dan adab dalam pergaulan. Jangan melebihi batas, apatah lagi dengan suami orang.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...