Bertahun amalkan makan bawang putih bakar, petua berkesan setiap kali mengalami batuk berkahak.
Peritnya bila batuk berkahak. Sesak rasa didada, pernafasan jadi tidak lancar dan anak tekak pun sakit membengkak akibat kerap batuk. Jika dah cuba macam-macam cara tak berkesan, mak-mak boleh cuba petua alternatif makan bawang putih bakar ini sebagai ikhtiar untuk legakan batuk dan mudah keluarkan kahak ini.
Ini yang diamalkan dan pengalaman yang dikongsikan sendiri oleh Puan Rozza Roha setiap kali mengalami batuk berkahak.
Nak share ilmu ni dekat kawan-kawan semua. Ubat paling mujarab jika batuk-batuk yang tak pulih-pulih walaupun dah 2, 3 hari makan ubat batuk tu kan. Batuk yang kering tak pecah-pecah kahak, gatal-gatal dalam tekak, batuk-batuk teruk sampai terkencing-kencing tu, boleh la cuba cara ni.
Ini petua saya dapat dari sahabat FB sy, Cikgu RinaAyza. Dah beberapa tahun ni saya amalkan, sangat-sangat berkesan cara ni.
Bahan Diperlukan:
1 Labu Bawang Putih
Cara Membuat:
1. Ambil 1 labu bawang putih, bakar atas api kecil, balik-balikkan sampai semua terbakar macam tu.
2. Dah sejuk, kupas la, buang bahagian yang hangus tu.
3. Makan lah dalam 2 ke 3 ulas sekali makan. Buat la sehari 2 ke 3 kali.
Saya dah batuk-batuk 2 hari tak hilang-hilang. Baru tengahari semalam saya bakar, dah habis 1 labu bawang saya makan macam tu je.
Batuk-batuk dah pecah, berkahak pagi tadi, dah buang.Tenghari ni bakar lagi 1 labu bawang putih dah makan 4 ulas tadi. Pukul 4 ni batuk-batuk saya dah beransur lega.
Cuma lepas makan nanti akan mula batuk-batuk macam teruk jugak la.Rasa memang tak berapa sedap tapi boleh lah ulam dengan nasi kalau tak snggup makan macam tu. Saya makan macam tu terus sebab niat kerana nak jadikan ubat dan cepat pulih.
Cuba la ye. In Shaa Allah.
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca:Guna Lemon, Madu & Cengkih, IKHTIAR Berkesan Sembuhkan Batuk, Hidung Tersumbat!
Baca Lagi Di Sini:Bawang Holland & Madu, Petua Alternatif Legakan Batuk Mudah Keluarkan Kahak
Artikel Menarik:Penting Ambil Tahu Jenis Batuk Yang Dialami & Ubat Sesuai Berkesan Dalam Merawatnya!
Mingguan Wanita: Jadi jika mengalami batuk berkahak yang tak hilang-hilang, bolehlah cuba petua yang dikongsikan ini sebagai ikhtiar. Manalah tahu serasi.
Sumber: Rozza Roha
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI