Di awal perkahwinan tentulah semuanya manis-manis belaka. Sementelah fasa perkahwinan baru mencecah setahun jagung. Tapi selalunya, ramai yang cakap, tunggulah 5-6 tahun nanti, barulah nampak semuanya.

Begitulah, setiap pasangan yang berkahwin akan melalui fasa perkahwinan yang kita sendiri tidak jangka. Namun, jangan tergopoh gapah ambil keputusan untuk berpisah.

Ini hanyalah dugaan dan ujian kecil untuk pasangan mempertahankan perkahwinan yang di bina. Jangan terkejut, fasa perkahwinan yang kita lalui ini akan mematangkan diri kita.

Binalah kebahagiaan untuk terus kekal dengan orang tersayang. Inilah antara fasa perkahwinan yang boleh dijadikan panduan untuk setiap pasangan.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: “25 Tahun Kahwin, Tidak DiKurniakan Anak.” Tak Menyesal, Berhenti Kerja Jaga Suami Kanser

Kalau Perkahwinan Lebih Banyak Mudarat Daripada Kebaikan Jika Diteruskan, Mungkin Perpisahan Jalan Terbaik

Info Lebih Menarik DI SINI

Fasa Perkahwinan, Dugaan Berbeza

Setiap orang memiliki ujian yang berbeza dengan orang lain, ini adalah antara fasa -fasa dalam perkahwinan yang mungkin berbeza dugaannya.
.
Fasa 1 – 5 tahun pertama perkahwinan

Tempoh ni, waktu nak kenal betul-betul dengan pasangan kita. Walaupun dah bercinta bertahun pun tapi bila hidup sebumbung, sebantal dan sekatil, masa tu lah baru kenal buruk baik pasangan. Tiada lagi istilah kentut bau wangi masa ni. Masa ni juga nak belajar serba serbi. Hidup ada anak, bahagikan masa, mula kehidupan sendiri dan sebagainya. Memang mencabar untuk fasa ini. Tapi yang penting, sabar dan terus sabar. Letakkan Allah sebagai penolong sebaiknya.

Fasa 2 – Usia perkahwinan 5- 10 tahun

Pada fasa ini suami isteri sudah memahami sikap pasangan masing-masing. Sudah maklum apa yang boleh jadi punca konflik dan cara mengelakkannya.
.
Ramai yang sudah malas merajuk pada fasa ini. Dengan anak-anak semakin membesar, rumah tangga pada masa ini juga semakin stabil.

Ads
Fasa 3 – Usia perkahwinan 10- 15 tahun

Walau sudah stabil dan rumah tangga bahagia tapi suami isteri yang dalam fasa ini perlu hati-hati. Memasuki 40-an ada yang mula mengalami krisis pertengahan usia.
.
Ada yang mula rasa bosan dan mengenali pada orang lain. Mungkin juga berlaku kerana suami isteri lebih beri perhatian pada anak-anak yang meningkat remaja atau pun kerjaya.

Fasa 4: Usia perkahwinan 15-20 tahun

Jika sudah memasuki fasa ini bermakna anda mungkin boleh berasa selesa. Kadar perceraian pun kurang pada usia perkahwinan ini tapi manusia hanya merancang Tuhan juga yang menentukan.
.
Ada juga konflik dan krisis berlaku pada usia perkahwinan ini tapi jarang. Apa yang pasti jika anda sudah sampai ke tahap ini maka bersyukurlah dan jagalah kerukunan rumah tangga.

Setiap fasa perkahwinan ada cabaran yang tersendiri. Kekuatan iman, ilmu dan amal jadi benteng segalanya.. Sentiasa tawakal, usaha dan doa agar rumahtangga kekal bahagia. Yang penting.

Matlamat utama masa mula kahwin tu penting. Insya Allah, jika matlamat betul Allah akan bantu untuk pelihara kerukunan rumahtangga. Setiap orang memiliki ujian yang berbeza dengan orang lain.

Mingguan Wanita : Dugaan untuk setiap pasanan berbeza. Jadi, janganlah kita dan banding-bandingkan dengan orang lain. Percayalah, semua ini telah ditetapkan olehNya.

 

Ads

Sumber: 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻𝘆𝗮

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :

Ads

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

 

 

#bangkitwanita

#langkahyakinlakarkejayaan

#bisnesdarirumah

#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI