Kerja-kerja membersihkan rumah sememangnya cukup meletihkan, dan boleh sakit-sakit badan. Apatah lagi jika pelbagai kerja membersih dilakukan secara mendalam dan besar-besaran. Namun kepuasan pastinya dapat dirasai lebih-lebih lagi bila buat sendiri.Baik di rumah sendiri mahupun rumah mak ayah di kampung. Malah inilah juga peluang berbakti selagi hayat mak ayah masih ada.
Bersihkan Bilik Mak Di Kampung
Baru-baru ini Puan Sri Normala Samsudin, 58 berkesempatan pulang ke kampung halaman di Kampung Kuing Patah, Buloh Kasap, Segamat Johor. Kepulangan ke rumah bonda tercinta pasca banjir, bertujuan untuk menziarahi bonda tersayang yang kini berusia 84 tahun, sekaligus membantu membersihkan kawasan rumah yang turut dilanda banjir pada awal Januari lepas.
Tak Kekok Buat Kerja Rumah
Dalam perkongsian video di Instagram bekas Penyampai Berita Buletin Utama dan Pengacara Rancangan NONA ini kelihatan bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja-kerja rumah dan membersihkan bilik ibu tercinta.
Dalam berseloroh, isteri kepada bekas Menteri Sumber Manusia, Tan Sri Azmi Khalid ini turut menjelaskan bahawa emaknya tidak menggemari orang lain mengemas biliknya melainkan Normala dan adiknya sendiri.
Ads
“Hampir dah 5 tahun tak spring cleaning dan bersihkan bilik emak. Rasa sakit badan tapi puas hati buat sendiri. Biasalah emak kita memang tak suka kalau orang lain bersih bilik dia, samada adik saya atau saya, kemas lama-lama sikit pun takpa… kalau orang lain cuci dia akan jenguk bilik dia 10 kali.”ujarnya.
Ramai Doakan Kesejahteraan
Ramai yang berkongsi di ruangan komen, rasa bahagia melihat Puan Sri Normala berbakti menolong mak tersayang malah turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan buat kedua-duanya.
Ads
Puan Sri Normala Samsudin kini menetap di Negeri Perlis Indera Kayangan. Sering mengamalkan gaya hidup aktif, berbasikal, mendaki bukit dan sebagainya, maka tidak hairanlah beliau masih kekal cantik dan mengekalkan anggun pesona yang tersendiri.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, selagi dapat berbakti pada mak ayah, rasa sakit-sakit badan memang tolak tepi. Puas hati sebenarnya bila dapat kemas dan buat sendiri.
Sikapnya suka menolong orang membuatkan dia terdorong untuk menjadi seorang jururawat. Oleh itu sebaik sahaja, Norma Mamat menamatkan pengajian peringkat menengah, dia telah memohon untuk meneruskan pengajian dalam bidang kejururawatan.
“Saya berkhidmat sebagai jururawat sejak tahun 2004 setelah menamatkan pengajian di Kolej Kejururawatan Taiping, Perak. Setelah tamat belajar, saya telah dihantar bertugas di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru selama lebih dua tahun. Pada ketika itu saya bertugas di jabatan ortopedik.
“Selepas itu, saya berpindah ke Klinik Kesihatan Kuala Krai, Kelantan. Semuanya kerana pada ketika itu suami yang bertugas sebagai anggota polis dapat berpindah ke Kelantan. Saya berkhidmat di Jabatan Pesakit Luar di Klinik Kesihatan tersebut. Setelah setahun saya berkhidmat di sana, saya ditugaskan di Klinik Kesihatan Lundang Paku, Kota Bharu.
“Saya suka bekerja di klinik kesihatan kerana dapat berkhidmat dengan masyarakat terutamanya orang kampung. Sudah hampir dua tahun saya berkhidmat di klinik kesihatan ini,” katanya yang berasal dari Kelantan.
Jadi Bidan
Pada tahun 2008, Norma telah menyambung pengajian dalam kursus kebidanan. Setelah berjaya memperolehi sijil, Norma bukan sahaja bergelar jururawat kesihatan awam. Dia juga adalah seorang bidan.
“Apabila bekerja dengan komuniti ini, saya boleh melakukan tugas menyambut kelahiran bayi di rumah. Pengalaman yang saya tidak dapat lupakan agak banyak. Banyak kes yang saya jumpa. Ada satu kes itu, ada ibu yang menghubungi kita apabila dia sudah bersalin. Ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 pagi.
“Disebabkan saya on call, saya perlu bertugas. Saya terpaksa meninggalkan anak di rumah. Mujur suami dapat menjaga anak, walaupun anak menangis dan merengek. Kasihan pada anak, tetapi demi tugas yang telah diberikan saya perlu melaksanakannya.
“Ada juga kes itu, ibu yang telah bersalin di rumah mengalami pendarahan sewaktu melahirkan anak sehinggakan satu selimut penuh dengan darah. Memang mencabar keadaan waktu itu. Kejadian itu berlaku pada waktu pagi juga. Pada ketika itu saya sedang tidur tetapi disebabkan saya seorang staff nurse dan dalam keadaan on call, maka saya perlu menjalankan tugas.
“Jururawat masyarakat bila mengalami kes berisiko begitu dia terpaksa memanggil kita. Kalau kita boleh menguruskan kes tersebut, kita akan cuba sedaya upaya membantu. Tetapi jika tidak boleh, kita akan memanggil doktor untuk menguruskan kes tersebut,” terang Norma tentang tugasnya.
Akui Norma, menjadi bidan agak mencabar. Terpaksa menghantar ibu mengandung yang tidak sedarkan diri dalam ambulans sepanjang perjalanan menuju ke hospital adalah pengalaman paling mencabar pernah dihadapinya sepanjang bertugas.
Tempat Rujukan Keluarga
Sebagai seorang bidan, pertama kali menyambut bayi memang tidak dapat dilupakan. Ini adalah kerana di tangan seorang bidan itulah nyawa seorang ibu dan bayi yang bakal dilahirkan itu.
“Dua nyawa kita perlu jaga. Tetapi setiap kali kita pergi menguruskan kes ibu bersalin di rumah terutamanya yang ada kes pendarahan, saya tawakal sahaja. Alhamdulillah, setakat ini saya dapat membantu ibu melahirkan anak dengan selamat.
“Pada saya kalau dapat menyambut bayi dengan selamat, saya rasa bersyukur. Apabila melihat ibu itu selamat, lagi bertambah seronok. Rasa berdebar dan takut bercampur tterutamanya jika ada sebarang komplikasi berlaku,” kata Norma menceritakan pengalaman itu.
Setakat ini Norma berjaya membantu menyambut 30 kes ibu melahirkan anak di hospital. Dia juga pernah menyambut lebih kurang 10 kes melahirkan anak di rumah.
“Sekarang ini jarang wanita melahirkan bayi di rumah. Saya sering menasihatkan pada pesakit, kalau boleh jika ada tanda hendak bersalin perlulah mereka pergi ke hospital. Kami tidak menggalakkan ibu melahirkan bayi di rumah kerana dikhuatiri akan ada komplikasi,” sarannya.
Norma mengakui dia amat berani ketika membantu ibu hamil melahirkan bayi. Namun dia tidak menafikan setiap kali tiba masa untuk dirinya bersalin, perasaan takut tetap ada dalam diri.
“Saya telah mempunyai tiga orang anak dan kini sedang hamil anak keempat. Setiap kali mahu melahirkan anak, saya akan rasa takut tetapi perasaan itu tidak perlu ditunjukkan terutamanya kepada ibu-ibu hamil lain,” katanya dengan wajah berseri-seri.
Kata jururawat berusia 37 tahun ini lagi, dia sering menjadi tempat rujukan keluarga berkaitan masalah kesihatan yang dialami oleh ahli keluarga.
“Dalam keluarga saya, tidak ada yang menjadi jururawat. Masa keciL, saya ada niat hendak menolong keluarga yang sakit kalau saya dapat jadi jururawat. Setelah saya berjaya jadi jururawat niat saya itu tercapai. Semasa ibu mentua sakit, sayalah yang menjaganya. Pernah suami saya berkata untung dia kahwin dengan jururawat,” kata Norma sambil tersenyum.
Aktif Aktiviti Sihat
Sibuk bekerja juga tidak pernah membataskan Norma untuk bergiat aktif terutamanya dalam aktiviti-aktiviti berkaitan penjagaan kesihatan.
“Saya aktif terutamanya dalam aktiviti senaman seperti zumba, tarian Bollywood, tarian Arab dan banyak lagi. Setiap kali ada Hari Jururawat, saya akan menawarkan diri untuk mengajar senaman tersebut. Malah, jika ada program untuk menurunkan berat badan oleh jururawat, saya jugalah jurulatihnya. Dalam program Go Fit Don’t Quit anjuran Kementerian Kesihatan pada tahun lepas, saya telah mencari jururawat yang mengalami masalah obesiti. Saya akan mengajar mereka cara menjaga pemakanan dan senaman yang sesuai untuk menurunkan berat badan.
“Sebagai jururawat kita perlu bertenaga dan sihat. Tambahan pula, jika semasa bertugas kita perlu menasihatkan pesakit itu menjaga kesihatan dan pemakanan. Pesakit akan percaya kata-kata kita jika kita berada dalam keadaan yang sesuai untuk menasihati mereka,” ujarnya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang bertuah dan beruntung rakyat di negara Dubai yang terkenal dengan kekayaannya. Demi meringkan beban ketika mendirikan rumahtangga, pasangan yang berkahwin akan diberikan wang tunai sebanyak RM85,000 bagi menampung keperluan.
Itulah yang dikongsikan oleh Irfan Khairi,45 yang merupakan usahawan serta jutawan dalam bisnes online yang kini telah 5 tahun berhijrah ke Dubai serta mengusahakan pelbagai perniagaan di sana.
Baca perkongsian menarik daripada Irfan Khairiini sebagai rujukan;
Kalau kahwin dapat RM85,000!
Di Dubai, kalau pasangan kahwin je, kerajaan akan beri hadiah RM85,000 – cash kepada pengantin lelaki.
Sebab? Kerajaan sini ingin meringankan beban bila mendirikan rumah tangga. Tapi baca ni dulu.
Sebelum anda pack bag anda dan pindah ke sini, bawak bersabar.
Pemberian perkahwinan ini hanya untuk orang Arab tempatan sahaja (dikenali sebagai Emirati).
Kita orang Malaysia, tak dapat. So tak payah la berangan ya abang-abang.
Inilah antara sebab mengapa “Orang Dubai” ni selalunya kaya. Kerajaan banyak beri bantuan. Kahwin pun dapat duit – bantuan lain-lain, seperti tanah, petrol percuma setiap bulan, bayar hutang bagi mereka yang tak mampu, dan banyak lagi.
Alangkah bestnya kalau kerajaan kita pun bantu rakyat lebih banyak lagi. Betul tak? Lebih-lebih lagi waktu ramai rakyat kini dalam keadaan terdesak dan tertekan.
Nak tau tak satu lagi bantuan yang best kerajaan berikan pada rakyat mereka. Yang ni memang buatkan saya jeles.
Cuti Setahun BERGAJI, Mulakan Perniagaan
Siapa nak mulakan perniagaan, boleh cuti setahun BERGAJI untuk mulakan perniagaan, dan kalau perniagaan tu gagal, kerajaan akan bayarkan hutang-hutang perniagaan itu!
Inilah initiatif kerajaan untuk menggalakkan keusahawan.
Pelbagai subsidi dan bantuan perniagaan yang mereka beri. Rezeki mereka mempunyai pemimpin yang sangat hebat!
Apa kata kita usulkan isu perkahwinan ni dengan kerajaan kita. Setuju tak?
Bagi kita, kena la usahakannya sendiri. Rezeki mereka lain, rezeki kita pula lain.
Dalam keadaan ekonomi dan harga meningkat kini, kita perlu berpijak pada bumi yang nyata. Kos hidup semakin meningkat is REAL. Tapi tanggunjawab kita untuk bijak wang dan tambahkan lagi pendapatan.
Gaji DJ radio cecah RM150K sebulan, Fauziah Nawi maklum RM5000-RM40K adalah biasa. Isu penyampai radio, Tyzo diberhentikan dan dirinya menyebut dianiaya mengundang pelbagai kritikan pendapat
Ada mengatakan mereka menjadi pendengar setia di Suria FM kerana adanya Tyzo yang menceriakan petang hari bergandingan bersama Rara.
Dalam pada itu, ada dakwaan yang timbul, isu soal gaji yang diminta Tyzo selepas memenangi anugerah dikatakan menjadi punca dirinya digugurkan. Bagaimana pun, itu hanyalah satu spekulasi pendapat kerana pihak pengurusan Suria FM hanya akan memaklumkan sebab pengguguran Tyzo dalam sidang media pada Jumaat akan datang.
Gaji DJ Radio Cecah RM150K Sebulan
Ternyata GAJI menjadi persoalan orang ramai yang mahu tahu, berapakah gaji sebenar penyampai radio di Malaysia.
Menariknya, pelakon versetail Datuk Fauziah Nawi membuka cerita bahawa gaji diterima penyampai radio swasta mencecah RM150,000 sebulan. Satu angka yang sangat wow. Malah dalam hantarannya, Fauziah yang pernah berkecimpung sebagai Dj radio suatu masa dahulu memaklumkan, permulaan gaji RM5000 hingga RM40,000 adalah biasa bagi penyampai di radio swasta.
Fauziah Nawi Maklum RM5K-RM40 K Adalah Biasa
“Cuma gaji penyampai di radio kerajaan rendah,” katanya dalam hantaran di facebook yang menjadi tular di media sosial.
“Pernah putus cinta tak sebab suara garau macam lelaki? Jom dengar perkongsian Nazrah, gadis bersuara unik seperti lelaki. Memang sempoi orangnya, happy go lucky sangat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.