Bijirin Barli memang banyak khasiatnya dan merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.Ramai yang mengetahui barli dapat membantu bagi mengatasi masalah kencing kotor dan tak lawas. Bahkan juga mampu menyejukkan panas badan serta mengurangkan masalah keputihan yang berketul-ketul. Malah barli juga dikatakan bersifat anti kanser, apabila ditanak dengan nasi.
Baca perkongsian daripada Puan Mastura Rashid ini sebagai panduan;
Waktu mengandung dulu, setiap kali kena kencing kotor, saya mesti akan minum air barli. Alhamdulillah berkesan sangat untuk lancarkan semula kencing. Hilang terus rasa pedih dan tak puas kencing.
Minuman barli ni juga jadi pengalas perut waktu morning sickness teruk hingga tak lalu makan dan minum.
Dan kalau demam pula, saya akan minum air barli yang diperah sedikit lemon. Kejap je kebah. Badan pun sedikit bertenaga. Boleh bagi pada anak-anak kecik juga.
Cara masak barli ni pun mudah.
1. Rendam barli semalaman atau paling tidak pun, 2 jam bagi lembut.
2. Masak barli dengan air yang banyak macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan.
3. Masak barli hingga pecah. Api perlahan je tau. Selagi tak pecah, selagi tu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan.
4. Dah siap, tutup api. Boleh buat air macam saya buat dalam gambar. Tambah sedikit saja gula. Biji tu saya suka ratah.
5. Jika diminum untuk kesihatan, elakkan minum sedap. Maksudnya manis dengan gula.
Sejak saya kecik lagi, mak akan masak barli sekurang-kurangnya seminggu sekali. Biasanya memang dibuat minuman. Biji barli dimakan seperti bubur. Saya boleh ratah barli ni bercawan-cawan sampai tersandar kekenyangan.
Kakak ipar yang berbangsa Korea pula suka tanak nasi dengan mencampurkan sedikit biji barli. Nasi yang ditanak begini ada sifat anti-kanser.
Caranya jika masak 3 pot beras, nisbahnya 2:1. Iaitu 2 pot beras, 1 pot barli. Rendam dulu barli ya bagi lembut. Dan adjust kuantiti barli ikut kesukaan. Tak perlu ikut nisbah betul-betul.
Untuk wanita yang ada masalah keputihan berketul-ketul, amalkan minum air barli setiap hari okeh. InsyaAllah ini salah satu natural remedy terbaik selain dari makan yogurt dan citrus fruits.
Tu je sharing pagi ni.
Semoga bermanfaat.
Mesti Baca:AIR Rebusan BARLI Bantu Atasi Masalah Kencing Kotor & Tak Lawas!
Baca Lagi Di Sini:Pakar Urologi Jelaskan Tabiat Kencing Tidak Normal Jika Lebih 8 Kali Sehari!
Artikel Menarik:Tak Sangka Air Barli Viral Ini Berkesan Naikkan SERI Muka, Badan Pun Jadi Kurus Langsing
Mingguan Wanita: Air Barli memang banyak khasiatnya. Jika ada masalah kencing kotor atau tak lawas, keputihan dan sebagainya boleh amalkan minum air rebusan barli ini.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Sumber:Mastura Rashid
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI