
Syukur alhamdulillah walaupun banyak dugaan yang melanda rakyat Malaysia ketika ini namun ada juga golongan yang baik hati dan sudi membantu Pekerja Barisan Hadapan terutamanya di hospital-hospital.
Pekerja Barisan Hadapan yang terdiri dari doktor-doktor dan jururawat-jururawat kini sedang sibuk merawat pesakit-pesakit Covid-19.
Menerusi perkongsian di Facebook Mas Zuhairin yang juga pemilik restoran Spice Pumpkin Café berasa sangat bersyukur kerana dapat menyumbang makanan yang di infaq kepada pekerja barisan hadapan.
“Alhamdullilah and thank you to all that have participated in our #infaqcollaaborationwithspcb ❤️❤️
We’ve send pictures to those who’s infaq was allocated for today’s delivery.
“140 Set Lunch Nasi Maqlubah Chicken Darurat telah selamat sampai ke Hospital Serdang.
10 pax we’re taken individually by the contributor for her PPUM members!

“Next lining up :-
Wednesday 25/3 – PPUM
Thursday 26/3 – H S.Buloh
Friday 27/3 – H S.Alam
Saturday 28/3 – Pending update location
Tuesday 31/3 – HTAR Klang
“150pax will be going out each day
“Terima kasih tak terhingga juga kepada para runner volunteers Shah Alam headed by @abamijoooo,” kongsinya di status Facebook miliknya.
Projek infaq ini boleh dijadikan contoh buat mereka yang lain. Sumbangan anda amatlah diperlukan buat mereka yang bertungkus lumus bekerja siang dan malam untuk merawat pesakit. Rakyat Malaysia teruskan #dudukdirumah dan patuhi arahan PKP.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Tunggal Ini Kongsi Rahsia Jualan Kuih Keria Gula Melaka Viral Witus

Baca kisah ibu tunggal cekal ini, berniaga kuih Keria Gula Melaka Viral Witus sehingga mampu mengubah kehidupannya anak beranak. Perjalanan kehidupan berumah tangga tidak semuanya indah. Tidak pernah putus berdoa agar perkahwinan kekal hingga ke jannah namun takdir Allah mengatasi segala-galanya. Walaupun bercerai namun wanita ini tidak bermasam muka sebaliknya menjalin hubungan baik dengan bekas suami demi anak-anak.
Bagi Noorzaifam Jasmin Samsuri, 32 tahun, indah kehidupan rumah tangganya hanya mampu bertahan lapan tahun sahaja. Dek kerana gurauan dan sekadar mahu menggertak dalam satu perselisihan faham, suami melafazkan talak dan ternyata kisah cinta mereka berakhir kerana tidak boleh merujuk kembali buat selama-lamanya.
Jelas anak kelahiran Kuala Lumpur ini, dia baru lapan bulan membesarkan anak secara sendirian. Kata orang tipu jika tidak sedih ditambah lagi setiap perkahwinan itu ada memorinya tetapi alah bisa tegal biasa, perjalanan kehidupan perlu diteruskan tanpa menoleh ke belakang.
Tuah Keria Viral Witus
Pertemuan dirinya bersama Pengerusi Persatuan Wanita & Ibu Tunggal Nur Iman Kuala Lumpur & Selangor (WITUS), Shiela amat bermakna.
“Bila saya berbual dengan rakan senasib, kami lebih memahami antara satu sama lain. Bila saya mengikuti bengkel dan kursus-kursus yang dianjurkan, saya boleh melupakan masalah-masalah yang menghantui.
“Saya akui jadi lebih bersemangat kerana hidup harus diteruskan. Tak perlu menoleh ke belakang kerana masa saya lebih panjang dengan anak-anak,” katanya yang akan membantu kak Shiela di NGO Witus dengan jualan Keria Gula Melaka Viral Witus.
“Biasa saya akan datang ke persatuan jam 10 pagi hingga ke petang. Hari-hari biasa, ubi keledek yang digunakan mencecah 100 kg untuk jualan. Manakala Sabtu Ahad, ia mencecah 150 ke 180 kg kerana permintaannya cukup tinggi.
“Boleh dikatakan kuih keria viral Witus ini mendapat permintaan tinggi dari penduduk setempat di Batu Caves, Selangor. Isinya lembut dan gebu sebab itu ramai yang suka. Kalau hari biasa, pekerja yang membantu lima orang tetapi hari Sabtu dan Ahad jumlahnya menjadi lapan orang.
“Saya akui kak Shiela banyak memberi kata-kata motivasi malah dia juga menjaga kebajikan setiap ahli berdaftar. Anak-anak juga rapat dengannya malah memanggil dirinya sebagai Ibu. Hujung minggu mereka tak sabar untuk bertemu,” katanya dalam penuh semangat.
Bagi Noorzaifam Jasmin atau mesra disapa Jasmin, dia tidak lagi mahu menoleh ke belakang, seperti katanya, hidup perlu diteruskan dan berkat sokongan ahli keluarga dan persatuan dia lebih kuat.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terlanjur & Terberanak Tolong Jangan Buang Merata, ‘Baby Hatch’ Selamatkan Bayi

Isi Kandungan
ToggleSetiap hari lambakan kes bayi dibuang merata-rata dengan cara yang cukup menyayat hati.Ada yang dibuang di tong sampah, dibunuh kejam dalam lubang tandas, ditinggalkan dalam semak digigit semut dan binatang liar.
Dilahirkan berpunca akibat terlanjur berzina, mangsa rogol dan sebagainya. Kebanyakan mangsa mungkin takut, malu, buntu atau tidak tahu tempat untuk dituju ‘membuang’ bayi dengan selamat. Menerusi tempat perlindungan ‘baby hatch’, bayi-bayi ini dapat diselamatkan sekaligus memberi kehidupan lebih baik buat mereka.
Perkongsian thread twitter mengenai ‘Baby hatch’ daripada Muhammad Syafiq Bin Nor Azmi ini mungkin dapat membantu.
1. Boleh bawa bayi tersebut ke Pusat Kebajikan ORPHANCARE yang ada di Petaling Jaya, Johor Bahru dan Sungai Petani.
2. Tak perlu jumpa sesiapa, luar garaj rumah ada ‘baby hatch’.
3. Masukkan bayi, PENTING isi nama dan warganegara bayi pada borang yang disediakan.
4. Identiti maklumat dirahsiakan dan bayi selamat.
5. Bayi akan dijaga dan diambil sebagai anak angkat bagi pasangan yang memerlukan.
Senarai ‘baby hatch’ di Malaysia
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Perlu ingat, baby hatch ini bukanlah menggalakkan penzinaan. Sebaliknya ia membantu bayi yang tidak berdosa ‘dibuang’ dengan selamat berbanding dibuang merata-rata dengan cukup menyayat hati. Bayi tersebut dapat diselamatkan, diberikan kehidupan kerana ramai pasangan suami isteri yang tiada anak memerlukan mereka.
Sila kongsikan maklumat ini, semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang memerlukan, sekaligus menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa!
Sumber: Twitter Pika Pika
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kenapa Haziem Pandang Mak Ayah Macam Tu?” Rupanya Itulah Renungan Terakhir Anaknya Sebelum Lemas Di Pantai Tok Bali

Isi Kandungan
ToggleTarikh 25 Disember takkan pernah hilang dari ingatan S. Hazizan Othman, 44. Setahun lalu, anak ketiganya, Ahmad Haziem Anizan lemas di Pantai Tok bali bersama satu lagi mayat kawannya. Seminggu mencari mayat-mayat mangsa dan akhirnya kedua jasad itu ditemui di Pantai Belawan, Takbai, Thailand.
Bukan tidak redha atau pasrah dengan ketentuan Ilahi, sesekali saat rasa rindu itu hadir, jatuh juga air mata ibu mengenangkan memori indah bersama arwah Haziem yang rapat dengannya.
Ketika orang sedang bergembira bercuti bersama keluarga pada cuti sempena perayaan Hari Natal tahun lalu, siapa sangka itulah hari terakhir Hazizan melihat anak kesayangannya itu.
Pagi sebelum kejadian, Haziem dan tiga orang temannya bermain di kawasan rumah mereka sebelum keluar tanpa pamit seperti kebiasaan yang dilakukan oleh arwah. Biarpun pelik dengan perlakuan arwah, tapi didiamkan sahaja. Mungkin Haziem ada sebab tersendiri.
“Pagi itu dia lepak dengan 3 kawannya dekat kawasan rumah ni. Tengah hari itu, adalah dia masuk sekejap. Dia pandang saya dan suami. Lama dia tengok kami. Sampai kami pun tegur ‘kenapa pandang mak ayah macam itu.’. Tapi diam saja.”
“Dalam 3 lebih saya dengar bunyi motor. Saya tanya Haziem nak ke mana. Dia diam juga, Cuma melambai dan senyum saja. Itu jarang berlaku. Biasanya dia beritahu saya kalau nak ke mana-mana.”
Masuk Maghrib, Haziem tak juga balik-balik. Risaunya hati ibu. Dah jadi kelaziman anak-anaknya masuk Maghrib mereka tak ke mana-mana. Lagilah Hazizan tak senang duduk.
Panggilan Cemas Maklumkan 2 Remaja Hilang Dibawa Arus
Tak lama dia dapat panggilan telefon dari kakak iparnya. Katanya ada 2 remaja hilang di bawa arus ombak besar. Selalu macam itulah hujung-hujung tahun, pesisir pantai negeri Pantai Timur ombaknya jadi bahaya.
Cepat-cepat Hazizan dan suami, Anizan Ramli, 50 ke pantai. Doa kemas-kemas moga yang lemas itu bukan Haziem dengan kawan-kawannya.
“Sampai saja di pantai, saya tengok nama dekat papan kenyataan ejaannya bukan nama Haziem yang betul. Lega hati kami.
“Tapi bila kawan Haziem yang selamat datang minta maaf, saya rasa dunia saya gelap. Allah saja yang tahu perasaan dan suami.”
Usaha mencari dan menyelamatkan Haziem diteruskan selama seminggu. Melibatkan piha Bomba, Polis, Maritim, APM dan ramai lagi. Termasuklah nelayan-nelayan yang berdekatan.
Akhirnya, jasad Haziem dan kawannya ditemui di Pantai Belawan, Takbai, Thailand.
Redha dan pasrah dengan ketentuan Allah, Hazizan dan suami percaya kini anak ketiganya itu berada dalam jagaan baik di sisi Sang Pencipta.
Hazizan Sampai Tak Mampu Memasak
Haziem memanggil ibunya dengan panggilan Ma. Kehilangan Haziem buatkan ibu ini tidak keruan dekat tiga bulan lamanya.
“Kehilangan ini memang satu berita yang mengejutkan kami. Dia anak yang baik dan rapat dengan saya. Dialah yang selalu tolong saya di dapur. Dia juga tempat untuk saya berkongsi cerita. Nanti dia pun akan cerita tentang apa saja dengan saya.
“Dua tiga bulan pertama merupakan waktu yang sukar untuk saya tempuhi. Kalau dahulu, bila tiba waktu memasak dia akan ke dapur. Tanya saya nak masak apa. Sebabkan itu, saya tak dapat memasak untuk beberapa ketika kerana asyik terkenangkan Haziem.
“Sampai kawan-kawan pejabat pun perasan. Sebab saya tak henti-henti cerita tentang Haziem. Bila dekat rumah, saya dalam dunia sendiri. Tak ambil tahu pun apa jadi di sekeliling.
“Mujur saya dikelilingi mereka yang memahami keadaan saya. Alhamdulillah, saya punya suami, anak-anak, keluarga dan juga sahabat handai yang banyak memberidorongan dapatkan semula semangat yang hilang..
Waktu dirinya kemurungan itu, suamilah yang uruskan anak-anak dan rumah tangga. Banyak yang suaminya dah lakukan dan berkorban. Ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat pun banyak membantu. “Merekalah tempat saya luahkan kerinduan.
Anak Bongsu Paling Terkesan
Arwah Haziem dapat dengan empat adik-beradik yang lain. Anak paling bongsu paling terkesan sekali sebab dia paling rapat dengan Haziem. Kadangkala dia menangis bila terkenang abangnya.
“Suami saya tak terkecuali. Siapalah yang tak sedih kan bila anak sendiri pergi meninggalkan kami. Tapi suami saya kuat orangnya, apa yang sering dilakukan adalah memberi kata-kata semangat untuk kami sekeluarga meneruskan kehidupan walaupun tanpa Haziem di sisi.
“Kami semua perlu redha dan pasrah dengan ketentuan Ilahi. Saya yakin apa yang terjadi ini ada hikmahnya dan saya tahu Haziem kini sudah bahagia di alam sana.”
Kini Hazizan lebih kuat untuk menghadapi hari-hari mendatang bersama ahli keluarga yang lain. Namun jika terkenangkan arwah anaknya, koleksi foto yang ada bersama memori yang tersimpan dalam sanubarinya menjadi pengubat rindu buat anak yang kini sudah tiada.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI