Kelahiran anak merupakan antara detik terindah dalam kehidupan.Tahniah diucapkan buat penyanyi, pelakon, pengacara dan selebriti berbakat besar Alif Satar,29, apabila isterinya Shadila Halid,34 telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka pada malam tadi, 19 September jam 11.21pm.
Berkongsi Tarikh Lahir
Lebih istimewa, anak lelaki mereka berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan Alif sendiri. Alif lahir pada 19/09/1990 dan anak lelakinya 19/09/2019.
Terdahulu pasangan bahagia ini telah 5 tahun mendirikan rumahtangga dan dikurniakan dengan dua puteri comel, Alisha Anugerah,4 dan Ariana Mecca,2.
Menerusi perkongsian di laman Instagram Shadila, isteri penyanyi lagu I Want You To Love Me ini, ada berkongsi ucapan hari jadi buat suaminya.
“Saya tidak berkesempatan untuk menulis ucapan hari lahir buat suami tersayang semalam, tetapi saya memberikan dia hadiah hari lahir terindah iaitu anak lelaki”
“Saya rasa sebak, melihat air matanya bergenang semasa mengalunkan azan.”
“Muhammad Alif, saya harap awak tahu, hati saya untuk awak simpan dan jaga. Awak akan selalu ada saya disisi dan saya saya akan melakukan apa sahaja untuk awak.”
“Selamat Hari Lahir untuk suami dan anak lelaki saya. Semoga kamu berdua menjadi kawan baik dan dia (anak lelaki) akan mewarisi segala kebaikan awak. I love you both.
MW: Tahniah buat Alif dan isteri semoga dengan kelahiran bayi ini, dikurniakan lagi rezeki yang melimpah ruah serta menambah ikatan kebahagiaan dalam keluarga.
Bapa Hafidz luah elakkan isu tak patut dibangkitkan, beri kesan tak baik “Ia menjejaskan nama baik (keluarga), perlu dihentikan”. Bapa kepada pelakon Hafidz Roshdi meluahkan mengenai konflik yang melibatkan anaknya dengan isteri, Nurul Shuhada.
Sebagai seorang bapa, Roshdi menemani anaknya di perkarangan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, pada awalnya Roshdi enggan memberi komen namun akur dengan pujukan pengamal media untuk memberikan kenyataan.
Bapa Hafidz Luah Elakkan Isu Tak Patut Dibangkitkan
Seperti mana yang dilaporkan portal berita, Roshdi meminta agar isu yang tidak berkaitan dengan pertuduhan mahkamah itu tidak terus dibangkitkan oleh mana-mana pihak.
“Bagi isu yang tak patut dibangkitkan sepatutnya kita elakkan kerana pada saya ia boleh beri kesan tidak baik. Ia menjejaskan nama baik (keluarga) dan ia perlu dihentikan
“Kami bukan seperti yang difitnah. Orang kenal kami dan selama ini kami cuma berdiam (diri),” katanya.
Seperti yang diketahui umum Hafidz dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menumbuk hingga mencederakan Nurul Shuhada dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Selangor pada 2 Mac lalu.
Kemelut Rumah Tangga Harap Dapat Diselesaikan Dengan Cara Baik
Bapa pelakon itu juga berharap kemelut rumah tangga anaknya dapat diselesaikan dengan cara baik.
Bagaimanapun, Roshdi Ahmad berkata, bagi pertuduhan menumbuk isteri hingga mendatangkan kecederaan yang dihadapi anaknya, beliau menyerahkan perkara itu untuk diadili mahkamah.
“Sekarang kes ini sedang diadili dan kita doakan yang terbaik.
“InsyaALLAH kita (keluarga) juga akan selesaikan masalah ini (kemelut rumah tangga Hafidz) dengan cara terbaik,” katanya.
Roshdi terdahulu menemani Hafidz yang dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menumbuk hingga mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di sini pada 2 Mac lalu.
Namun, bintang filem Pusaka itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret.
Mahkamah kemudian memerintahkan Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi diikat jamin sebanyak RM4,000 selain perlu menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak.
Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangganya menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan dia berlaku curang.
Rentetan itu Hafidz dilaporkan menceraikan Shuhada dengan talak satu melalui panggilan telefon bersaksikan keluarga pada 22 Februari lalu.
Kemelut rumah tangganya itu lebih panas apabila beliau didakwa bertindak menumbuk hingga mencederakan isterinya.
Perbalahan pasangan itu dilihat terus berlanjutan apabila kedua-duanya sebelum ini turut berbalas surat terbuka di media sosial Instagram.
Antara kandungan surat terbuka Hafidz adalah menuntut permohonan maaf daripada Shuhada dan mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah dalam tempoh 48 jam.
Dakwa Hafidz, Shuhada dalam hantaran Instagram bertarikh 5 Mac 2023 menyebut adiknya bersubahat dan keluarganya bersifat toksik.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
DJ Lin berkongsi rezeki dengan saudara mara, mahu anak teruskan amalan bersedekah. 1 Syawal pasti memahat detik indah pada setiap umat Islam.
Malah ibu tunggal yang juga pemilik nama sebenar Roslinda Abdul Majid atau lebih popular dengan panggilan DJ Lin juga bermurah hati dengan mengamalkan sedekah ketika menziarahi sudara mara yang uzur.
Malah penyampai radio Suria FM ini juga mahu anak-anaknya juga meneruskan amalan bersedekah akepada mereka yang kurang bernasib baik. Wanita yang kuat bekerja itu mahu anak-anaknya tahu, amalan berkenaan sememangnya dituntut agama.
DJ Lin Berkongsi Rezeki Dengan Saudara Mara
Ketika bertemu dengan DJ Lin baru-baru ini, ibu kepada Nureen Aresya, 21, dan Nazren Asyran, 19, seperti mana orang lain begitu teruja untuk pulang ke kampung menziarahi sanak saudara yang telah lama tidak bertemu.
“Tahun ini saya agak sibuk dengan urusan kerja dan hanya dapat cuti raya beberapa hari sahaja. Namun saya mahu mengambil kesempatan itu untuk melawat sanak saudara yang sudah uzur dan berusia dengan berkongsi sedikit rezeki serta kegembiraan bersama mereka.
“Saya mahu jejak mereka yang sudah lama tidak berjumpa, sekali gus memberikan contoh pada anak-anak saya agar meneruskan amalan tersebut sampai bila-bila,” luah DJ Lin yang bakal berangkat ke Eropah pada minggu kedua Syawal bagi mengikuti Persidangan Radio Eropah yang berlangsung di Sweden.
Raikan 1 Syawal Bersama Ibu Di JB
Seperti mana yang diketahui ramai, ibu kepada DJ Lin kurang sihat. Kesempatan pulang berhari raya bersama bonda tercinta sangatlah ditunggu-tunggu.
“Keadaan kesihatan ibu sekarang tidak begitu baik di mana dia kini mengalami strok, selain menjalani rawatan dialisis sejak empat tahun lalu.
“Saya dan adik-beradik yang lain memainkan peranan sendiri membuat pelbagai persiapan untuk menyambut raya seperti keperluan ibu, kelengkapan rumah, juadah dan sebagainya.
“Apatah lagi ibu lebih suka anak-anak menyediakan sendiri juadah berbanding membeli yang telah siap.
“Jadi kami akan masak dan anyam ketupat sama-sama setiap kali menjelang raya, tidak kiralah sibuk macam mana sekali pun,” kata DJ Lin yang tetap meluangkan masa bersama ibu tersayang walaupun dirinya terlalu sibuk bekerja.
Tegur remaja, Catriona nasihat siapa pun kita jaga tutur kata, belajar hormat & merendah diri. Antara cara bagi melestarikan keharmonian hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara itu ialah dengan menjaga adab, etika dan tingkah laku dalam pergaulan kerana ia merupakan salah satu dari cabang ketinggian akhlak dan keperibadian seseorang.
Sebelum ini pelakon, Catriona Ross tetap kekal bertenang walaupun soalan yang dilayangkan kepada seorang peserta All Together Now Malaysia (ATNM) musim kedua yang disiarkan baru-baru ini disambut dengan jawapan kurang menyenangkan.
Tegur Remaja, Catriona Nasihat Siapa Pun Kita Jaga Tutur Kata
Peserta perempuan bernama Fieqa yang berusia 16 tahun tersebut setelah selesai membuat persembahan, Catriona bertanyakan soalan sama ada dia meminati lagu Ku Milikmu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Namun, jawapan yang diberikan Fieqa benar-benar mengejutkan kesemua barisan 50 juri yang mengadili pertandingan tersebut.
“Mestilah minat, kalau tak kenapa saya bawa lagu ini,” kata Fieqa.
Dek kerana itu juga Catriona telah memberikan nasihat kepada Fieqa di belakang pentas dan meguran secara berlembut supaya remaja tersebut menjaga tutur kata, belajar hormat, jaga disiplin dan merendah diri sekiranya ingin berjaya pada masa depan.
Jangan Lupa 4 Perkara
Catriona menerusi luahan di Instagramnya turut memberi pesanaan dalam meraih impian kita seharusnya tidak boleh lupa empat perkara. Perkara ini diamalkan dan diharap menjadi panduan buat mereka yang baru mahu menjejakkan kaki dalam karier.
“Apa pun impian kita, siapa pun kita atau who we wish to become, kita jangan pernah lupa 4 perkara yang akan i sebut kan buat ingatan kita bersama.
“These are some notes ive used & hadamkan sejak mulakan karier sesudah tamat universiti.
“No 1- Attitude. Jaga tutur kata. How you speak shows your character.
2- Hormat. Bila ada bersifat menghormati sesama kita,kita akan sangat disenangi. Malah, akan juga diingati.
3 – Disiplin. Ini kunci penting why some people succeed in life. Disiplin juga determines where you can be in life.
4 – Merendah diri. Sangat penting. Terlalu,” nasihat Catriona.
All Together Now Malaysia musim kedua disiarkan sejak 11 Disember lalu di saluran Astro Ria dengan mengekalkan juri lama dan barisan 13 juri baharu seperti Ajai, Shila Amzah, Nikki Palikat serta Marsha Milan.