Berkhatan anak-anak pun mak ayah dah seram sejuk. Inikan pula berkhatan anak autisme. Memang mencabar minda mak ayah sebenarnya. Jadi apabila ibu ini berkongsi kisah khatankan anak sulungnya, yang juga seorang autisme wajarlah untuk dijadikan panduan.
Sekurang-kurangnya, mak ayah yang ada anak istimewa ini ada serba sedikit persediaan untuk mereka merancang sunat anak istimewa mereka kelak.
Puan Nurbaya Hamsan, 40 berkongsi cerita khatankan anak sulungnya, Dzarif Hasyim (Dzai) ketika kira-kira usianya 10 tahun. Dzarif seorang anak yang disahkan mild autisme.
“Apabila ada few moms yang pm says (moms to autistic son) untuk mengetahui mengenai seluruh proses berkhatan anak autism.” Ini pengalaman yang ibu dua anak ini lalui ketika sunatkan anak autismenya dua tahun lalu.
Persediaan Mak Ayah Untuk Berkhatan Anak Autisme
1. Pastikan Anak Bersedia Dan Keadaan Sihat
Sebenarnya niat nak sunatkan Dzai dari tahun lepas lagi. tapi setiap kali kami bagitau pasal sunat ni, Dzai akan panik, menangis ketakutan dan memang jelas keadaannya belum bersedia.
His paeds pun dah pesan, kena bagi dia betul-betul faham, barulah buat, kalau tak not fair to him. So lebih kurang setahun jugalah kami memujuk, bercerita, bersocial stories mengenai berkhatan ini.
Sampailah satu tahap dalam a month ago nampak dia sudah bersedia sedikit. Mungkin kerana pujukan dan cerita mengenai berkhatan setiap hari. Dan juga rakan-rakan sekelasnya yang ramai berkhatan masa cuti sekolah yang lalu.
Mesti ingat, anak-anak autisme akan lebih memahami jika kita terangkan secara satu persatu. Step by step. by facts. Terangkan kenapa kena bersunat. Apa kebaikannya. Kena umur macam ahbang ni patut sunat. Proses bagaimana. etc.
Ads
2. Pilih Waktu Yang Sesuai
Bagi ibu bapa yang bekerja ataupun bagi mereka yang tidak mahu anak MC panjang sewaktu hari persekolahan mungkin selesa memilih cuti sekolah.
Tapi for my autism boy, ada few things saya harus titikberatkan.
i) Persekitaran yang selesa – kalau cuti sekolah, saya diberitahu keadaan di hospital agak kecoh dan penuh. Keadaan begitu tidak sesuai for my autistic child. Sebab itu saya pilih hari biasa. Lagipun mendapat persetujuan dari pihak sekolah.
ii) Proses pemilihan cara berkhatan – kami pilih bius penuh (GA). setelah berbincang dengan his paeds, paeds surgeon, parents from AM yang mempunyai pengalaman mengenai ini, rasanya kaedah ini lebih sesuai untuk Dzai.
iii) Jika hendak buat di hospital, pastikan anak autism kita familiar dengan tempat itu. Jangan pula hari yang dia nak berkhatan tu baru bawa ke tempat baru untuk dia, itu hanya mengundang tantrum.
iv) Jika hendak buat di hospital, pastikan doktor dan nurses yang involved dalam procedure itu nanti faham dan tahu serba sedikit keadaan anak autisme kita. cth : Dzarif berkhatan di Ampang Puteri. Hospital yang sudah biasa bagi dia. And I know nurses di sana amat memahami apa itu autisme. Jadi akan memudah dan membantu untuk keseluruhan proses .
Ads
Dzarif terkini. Membesar bagai johan..
3. Step By Step Procedure Berkhatan Di Hospital
(ini cth di tempat yg Dzai buat)
i) Buat appointment dengan doktor yang akan lakukan procedure itu. First appointment doktor akan periksa bebird anak, ambil information mengenai history kesihatan anak. Jika anak akan melalui GA, please informed them semua information mengenai kesihatan anak, ubat selalu diambil (sebab dia ada asthma), any ubat yang allergic or any allergies.
ii) Bila semua okay tarikh akan diberikan.
iii) Kena datang awal sebelum procedure bermula. Anak akan bermula puasa at least 6 jam sebelum procedure.
iv). Untuk berkhatan secara GA, akan di buat di bilik OT. Seorang parent dibenarkan masuk. prosedur mengambil masa dalam 30 – 40 minit.
4. Yang paling penting selepas anak keluar dari OT (operation theatre), ubat bius akan menyebabkan anak mamai. please, please bersedia di sebelah anak. comfort him. Peluk dia. Keadaan dzarif selepas keluar bilik OT agak tough. memang mamai teruk sebab dia kata headache yang amat sakit. Parents please bersedia bab ni.
Ads
5. Selepas kesan bius hilang. anak dah okay and ready to walk, dah boleh balik dah. Untuk berkhatan hanya day ward saja. Cuma bila anak sedar jangan bagi makan dan minum terus. Berikan air kosong dulu. Takut anak tersedak atau tercekik. Jika tiada muntah etc barulah boleh bagi makan dan sebagainya. Ini pesan pakar bius.
6. Macam dzarif, paeds surgeon berikan ibuprofen untuk tahan sakit dan ubat sapu fucidin. just follow apa yang doktor bagi. Jangan disapu minyak panas ke apa.. takut melarat.
7. Mandi macam biasa. pastikan bebird sentiasa bersih. Lap dengan cotton tissue. Kalau towel takut kasar. sapukan ubat doctor bagi.
8. Makan seperti biasa. Cuma jangan bagi yang gatal atau menyebabkan allergic. Suruh anak banyak minum .
9. Make sure anak jangan banyak bergerak. Asked them to relax. Dzarif ni smalam over acting dah berdarah sikit. Today kuarantin dalam bilik balik.
10. Di Ampang Puteri ada pakej berkhatan under full bius termasuk ubat-ubat – RM1,050.00 (RM1065.00 final bill). *Bagaimanapun harga yang dicatat ini untuk tahun 2015 iaitu ketika catatan ini ditulis. Pasti terdapat perubahan pada harga, mak ayah boleh merujuk terus ke Ampang Puteri.
Kebiasaan lepas raya mesti ada masalah kesihatan yang dialami oleh orang tua atau pun kanak-kanak. Maklum saja, masing-masing, ‘lepas gian’ jumpa keluarga, sanak saudara dan sahabat.
Tanpa sedar, dalam berjumpa itulah ada pula tersebar wabak penyakit lain. Masalah Covid 19 tak habis lagi, timbul pula tentang penularan HFMD.
Masalah kesihatan yang biasa berlaku pada kanak-kanak iaitu HFMD yang boleh berlaku lepas raya. Puncanya berkumpul ramai-ramai dan pula sebaran tentang penyakit ini.
Mungkin mak ayah tak perasan tentang simptom ini sehinggalah bila berjumpa dengan doktor. Macam mana nak tahu tanda dan rawatan untuk HFMD ini? Dr. Kamarul Ariffin ada jawapannya.
Lepas Hari Raya Aidilfitri ni, ramai mak ayah bawa anak kecil datang ke klinik dengan ruam dan demam. Bila saya periksa, rupanya Penyakit Kaki Tangan & Mulut (HFMD)
HFMD disebabkan oleh virus dan merebak dari individu ke individu dengan sentuhan langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.
Hari Raya kali ni, ramai orang pulang ke kampung berkumpul bersama sanak saudara. Mungkin itu menyebabkan penularannya. HFMD mudah menjangkiti kanak-kanak yang ditempatkan bersama.
Semua peringkat umur termasuk orang dewasa boleh dijangkiti HFMD, namun kanak-kanak di bawah umur bawah 5 tahun paling berisiko dijangkiti.
Tanda-tanda:
Demam
Ruam di mulut, tangan, kaki dan kawasan lampin
Ulser pada tekak, mulut dan lidah
Sakit Tekak
Sakit kepala
Hilang selera makan
Antara rawatan yang perlu dilakukan:
Beri paracetamol untuk kawal demam
Pastikan anak minum dengan cukup
Jika anak tidak mahu makan atau minum, dan terlalu lemah, bawa anak berjumpa doktor segera
Pencegahan:
Cuci tangan dengan sabun sebelum sediakan makanan, selepas keluar tandas, menukar lampin dan mencuci najis.
Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin. Buang tisu dalam tong bertutup.
Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
Tidak berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
Anak yang disyaki HFMD hendaklah dikuarantin dan tidak di hantar ke taska/tadika/asuhan/sekolah, atau ke tempat awam.
Semoga bermanfaat!
Mingguan Wanita : Harap-harpa mak ayah ‘alert’ tentang kesihatan anak.
Wanita yang bertemu jodoh dengan duda sepatutnya sudah bersedia untuk menerima kehadiran anak-anak tiri. Namun apakah mereka benar-benar ikhlas menerima dan tidak pernah melarang hak anak itu?
Nak Kurangkan Nafkah Anak Tiri
Seorang klien mengemukakan soalan: “Kak Su, boleh tak kalau saya nak suruh suami kurangkan jumlah nafkah bulanan kat anak-anak dia dengan bekas isteri? Dia bayar RM500 untuk dua anak kat sana. Gaji dia tak lah besar. Sekarang ni pun saya kena tolong dia..”
Saya tak tanya berapa umur anak-anak suaminya tapi dengan jumlah RM500 untuk dua orang anak, saya yakin sangat, bekas isteri kepada suami klien saya ini juga perlu menampung perbelanjaan keperluan anak-anak mereka tersebut. Nak kurangkan lagi? Sungguh tak wajarlah kan…
Bukan saja tak wajar menurut akal malah hukum syarak menentukan, seorang lelaki perlu mengutamakan keperluan anak atau anak-anak berbanding isteri walau pun isteri dalam perkahwinan yang baru.
Menurut hadis riwayat Abu Daud, telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w bertanyakan: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya di sisiku satu dinar, aku suka untuk membelanjakannya. Kepada siapakah perlu aku berikan?” Jawab Rasulullah s.a.w: “Belanjakanlah untuk dirimu..”
Lelaki itu bertanya lagi: “Jika aku ada wang dinar lagi?” Jawab baginda Rasulullah s.a.w: “Belanjakan wang tersebut untuk anakmu.”
Lelaki itu bertanya lagi: “Jika ada lagi wahai Rasulullah s.a.w?” Jawab baginda Rasulullah s.a.w: “Belanjakan untuk isterimu..”
Lelaki itu bertanya lagi: “Jika aku ada wang dinar lagi?”
Jawab baginda Rasulullah s.a.w: “Belanjakan untuk khadammu.”
Tanya lelaki itu lagi: “Jika aku ada lebihan lagi?” Jawab baginda Rasulullah s.a.w: “Engkau lebih mengetahui tentang orang yang berhak menerima sedekah di kalangan kaum kerabatmu dan jiranmu dan juga sahabat-sahabatmu.”
Wanita Kena Ikut Keutamaan
Berdasarkan hadis disebut, jelas dan nyata bahawa apabila seorang lelaki mendapat perolehan sama ada gaji atau keuntungan jualan, dia perlu gunakan untuk keperluan dirinya dahulu merangkumi keperluan untuk ulang alik bekerja, keperluan makan minum dan keperluan berkaitan yang tidak sampai memudaratkan dirinya hingga menghalang dirinya daripada terus bekerja.
Tak Ada Hak
Selepas ditolak segala kos bagi keperluan tersebut, dia perlu mengutamakan perbelanjaan bagi keperluan anak atau anak-anaknya terlebih dahulu. Termasuklah anak atau anak-anak yang berada di dalam jagaan bekas isterinya.
Isteri baru apatah lagi bakal isteri sama sekali tidak berhak untuk mengarahkan suami atau bakal suami mengurangkan atau tidak menafkahi langsung anak atau anak-anak hasil perkahwinan si lelaki sebelum ini. Jika anda menghalang atau melarang bermaksud anda menafikan hak yang wajar buat seorang anak, bererti anda menganiayai anak tersebut.
Bukan Miliknya Saja
Lantaran, panduan kepada wanita yang bakal menikahi lelaki berstatus duda dan mempunyai anak, wanita itu jangan berharap pendapatan bakal suami anda itu nanti adalah milik anda sahaja.
Anak atau anak-anak bakal suami anda lebih berhak ke atas pendapatan bakal suami anda. Seandainya anda masih juga mahu berkahwin dengan si duda mempunyai anak, anda perlu faham tanggungjawabnya sebagai seorang ayah merangkumi pemberian nafkah dan juga lawatan.
Langkah yang boleh diambil adalah dengan meminta bakal suami atau suami anda tersebut berusaha untuk menambah pendapatannya sebagai melaksanakan tanggungjawab yang perlu kepada anak-anak sebelum ini dan juga kepada anda dan mungkin anak anda bersamanya.
Pesan Suami…
Anda boleh membantu tapi masih perlu bersuara agar suami berusaha sedaya upaya untuk laksanakan tanggungjawabnya. Kemampuan yang menjadi syarat kewajipan suami dalam melaksanakan tanggungjawab nafkah dijelaskan oleh ulama sebagai perlu berusaha sedaya upaya tanpa menganiayai diri. Bukan sekadar melepaskan batok di tangga.
Buat para isteri yang membantu suami, tak kiralah sebab suami ada tanggungjawab kepada anak hasil perkahwinan sebelum ini atau disebabkan suami kurang berkemampuan, saya mohon agar anda catatkan setiap bantuan yang anda hulurkan. Sebaiknya juga disimpan bukti transaksi, jangan bagi secara tunai, payah nak dibuktikan di belakang hari.
Bukan mengharap yang tak baik tapi tak salah untuk bersedia menghadapi apa jua kemungkinan. Orang tua-tua pun pesan, sediakan payung sebelum hujan!
Sumber: Puan Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie, juga penulis tetap ruangan Resipi Hidup dalam Majalah Mingguan Wanita.
Datang majlis orang, ambil makanan ikut suka. Tak habis, tinggal atas meja. Paling seram, boleh pula ambil makanan yang lain. Kalau macam ini sikap kita, macamana rezeki nak lekat.
Padahal, kita punyalah siang malam doa dekat tuhan moga dimurahkan dan dilebatkan rezeki. Tapi sendiri yang buang-buang dan membazir.
Hakikatnya, sikap membazir itulah yang buat rezeki jadi tersekat.
Banyak benarnya teguran pemilik Dewan Seri Hatinie, Azlien Donna Wan Pa ini. Perkongsiannya ringkas saja, tapi betul-betul menjentik rasa kita yang tanpa sedar kadang terbuat.
Mana Adab Tetamu Bila Ambil Makanan Dalam Majlis
Saya minta maaf betul-betul maaf.
Saya perlu berterus-terang. Terpaksa.
Bila hadir di suatu majlis. Deretan makanannya banyak. Ambil satu persatu.
Makan dulu main course. Lepas tu bangun ambil pula makanan lain. Ambil pula buah dan sebagainya.
Bila tuan-puan ambil semua jenis makanan serentak, tiba-tiba kenyang, makanan lebihan tadi ditinggalkan.
Tuan Rumah Bayar, Tapi Dibazirkan Tetamu
Kesian tuan rumah. Dia bayar makanan itu. Tapi dibazirkan oleh tetamu. Hormatilah rezeki.
Kita tidak perlu ditayangkan dengan video Palestin tak ada makanan atau Somalia kurus kering baru rasa insaf.
Ambil kuih sepinggan. Tak habis. Dia ambil tisu, buang atas kuih tadi. Padahal kuih itu masih elok lagi.
Kredit : syakirahkapli.com
Siang Malam Kita Minta Doa Murah Rezeki..
Ikutkan saya meniaga. Saya suka. Bila makanan tak cukup. Ada tambahan sales. Tapi saya kesian kepada tuan rumah yang risau makanan tak cukup. Berubahlah. Berubah.
Kalau kita buat macam tu kat orang. Time majlis kita nanti orang buat macam tu… kita pun sedih.
Siang malam kita minta doa murah rezeki.
Rezeki sampai kita pun buang.
Kenapa kita macam tu? Kenapa?
Tolonglah share. Dah lama menahan.
MW : Jadi lepas ini, kita sama-sama kena beringat. Kalau ke majlis orang, berpada-pada dalam bab ambil makanan yang nak dibubuh dalam pinggan. Jangan sampai jadi pembaziran. Pembaziran itu amalah syaitan, nanti Allah tak sayang.