Memiliki wisma sendiri yang tersergam megah di Puchong menerusi perniagaan jenama Mutyara diusahakan bersama suami akhirnya membongkar sebuah kisah yang tidak pernah dikongsi aktres Tya Arifin selama ini.
Aktres dan ahli perniagaan kelahiran Palembang, Indonesia berusia 26 tahun ini sebenarnya pernah mempersoalkan apakah hidupnya hanya sekadar bergelar isteri dan ibu semata mata sebelum ini.
Ironinya, perkenalan selama setahun setengah ketika bibit cinta bersulam antaranya dan suami, Asyraf Khalid mengubah drastik kehidupan dan kerjaya seninya yang sudah mekar di tanah kelahiran sendiri.
Berjauhan Dengan Keluarga
Jodoh panjang antara Tya dan Asyraf akhirnya menyatukan mereka pada November 2015. Pasangan ini juga dikurniakan sepasang cahaya mata comel, Arif Jiwa, 3, dan Azzahra Jiwa, setahun lebih sekaligus menjadi pelengkap kebahagiaan.
“Berkahwin dengan Asyraf juga memerlukan saya banyak berkorban. Saya tinggalkan kerjaya seni di Indonesia yang sedang berkembang dan berjauhan dengan keluarga.
“Saya bukanlah datang daripada keluarga yang senang. Jadi sebelum ini pun saya mencari rezeki untuk membantu keluarga. Datang ke Malaysia juga saya perlu membiasakan diri dengan kehidupan di sini. Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya juga ketika itu bergelut antara cintakan keluarga serta kerjaya seni dan masa depan bersama suami.
Ads
“Jujur pada awal fasa perkahwinan, saya pernah bertanya kepada suami, hidup saya saat itu untuk apa? Saya pernah seperti rasa hilang punca. Takkan saya hanya mahu menjadi isteri yang hanya menunggu kepulangan suami di rumah. Sedangkan saya sangat aktif ketika hidup solo. Saya tidak betah duduk diam.
“Bagaimanapun perasaan itu bukan bermaksud menyesali setiap keputusan yang dibuat. Cuma saya sentiasa percaya hidup ini perlu diteroka dan bukan hanya duduk berpeluk tubuh. Pasti ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan,” katanya.
Bergelar Ibu Ubah Hidup Tya
Ternyata pengorbanan dan keputusan Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandri membuka 1001 hikmah tersendiri saat melahirkan anak lelaki sulungnya.
Ads
“Kehadiran Arif boleh saya anggap satu hadiah dan isyarat yang cukup berharga. Posisi ibu mulai mengubah dimensi hidup saya. Menceburi dunia perniagaan Mutyara pada April 2018 juga mula membuka skop hidup saya jadi lebih luas.
“Ilham cetusan perniagaan jus kesihatan yang diwarisi dari keluarganya secara turun temurun membuka satu langkah bermakna.
“Saya kian nampak ada hala tuju dalam hidup. Menjadi isteri dan ibu kepada dua anak juga tidak membataskan saya mencari titik kesempurnaan dalam hidup. Saya jadi lebih optimis dan bersemangat dalam hidup ini apabila perniagaan yang diusahakan juga dapat membantu mengubah nasib orang lain,” katanya.
Bagi Tya menyelak kembali perjalanan hampir tiga tahun menjalankan perniagaan bersama suami hingga memiliki wisma sendiri bukan satu kejayaan mudah.
Jika ikutkan semangat membara dalam diri, sejak awal fasa berniaga lagi sudah bercita cita ada wisma sendiri.
Namun, seperti pepatah dari Indonesia berbunyi, tiada hasil yang mengkhianati usaha, Tya boleh tersenyum bangga kerana apa yang diraih kini sudah membahagiakan diri.
Ads
Rezeki Melimpah
Bertemunya pada majlis pelancaran wisma Mutyara pada 5 September, Tya menarik nafas lega dan memanjat kesyukuran atas rezeki diperoleh.
“Kalau ikut semangat membara dalam jiwa, sejak awal lagi saya sudah mahu memiliki wisma sendiri. Begitu juga dengan suami. Namun semua itu bukan mudah. Tak salah bercita cita tinggi, namun ada kalanya kita kena berpijak pada bumi nyata.
“Saya sendiri bergelut memulakan perniagaan bersama suami. Maklumlah buat sendiri itu ini. Ada kalanya percaturan kita menjadi dan begitulah sebaliknya. Alhamdulillah apa dilakukan itu penuh berkat. Saya buat apa saja, Allah permudahkannya sampai jadi. Jadi dalam tempoh dua tahun lebih untuk memiliki wisma sendiri saya masih anggap satu kejayaan dan pencapaian peribadi,” katanya
“Infeksi Jari Kaki Sudah Memakan Tulang,” Ras Adiba Mohon Doakan Kesihatan Suami. Dalam perkongsian ringkas di Instagram bekas personaliti televisyen (TV), Senator Datuk Ras Adiba Radzi, 54 memaklumkan keadaan terkini kesihatan suaminya Mohamed Azam Zainal Ali yang kini positif Covid serta mempunyai jangkitan pada jari kakinya.
“Abang Azam Bear positif Covid semalam dan juga mempunyai infeksi di jari kakinya.Sebelum ini kedua belah ibu jari kedua belah kaki telah pun dipotong.”
“Abang masuk ke hospital petang tadi dan terus pakar Ortho memeriksa jari kakinya dan dapati infeksi sudah memakan tulang”ujarnya.
Pembedahan Jari Kaki
Tambah Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) ini juga, untuk memastikan jangkitan tersebut tidak merebak, pembedahan akan dilakukan segera. Ras Adiba juga memohon supaya turut sama mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan suami tersayang.
“Untuk pastikan infeksi tidak merebak dan keadaan beliau yang menghidap Covid serta keadaan jantungnya, operasi akan dilakukan di Hospital DSH2 Bukit Lanjan malam ini pada jam 8.”
“Deep dan seisi keluarga ingin pohon semua sahabat di sini untuk sama-sama doakan Abang Azam Bear,” ujarnya.
Ramai Mendoakan Diberi Kesembuahan & Dipermudahkan Urusan
Ramai yang turut mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kesembuhan buat suami Ras Adiba ini.
Terdahulu, meskipun pernah bercerai sebelum ini Senator Datuk Ras Adiba Radzi, telah berkahwin semula dengan bekas suami, Mohamed Azam Ali buat kali kedua,dalam majlis pernikahan ringkas di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 2 Jun 2022.
Ozlynn manis berhijab, penampilan sopan tarik perhatian warga maya. Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail selain seorang pelakon, pengacara dan pengurus artis Malaysia juga merupakan pengurus suaminya sendiri iaitu Johan Raja Lawak.
Ozlynn Manis Berhijab, Penampilan Sopan Tarik Perhatian Warga Maya
Ozlynn mendirikan rumah tangga dengan Johan Raja Lawak pada tahun 2003. Pasangan ini dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.
Baru-baru ini, dalam satu hantaran di laman Instagramnya, Ozlynn berkongsi satu video memaparkan Ozlynn yang menjadi tetamu jemputan dalam sebuah rancangan ‘Meletop.’ Dalam rancangan itu Ozlynn tampil mengenakan pakaian yang sopan serta bertudung.
Rata-rata warga maya teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka gembira melihat perubahan pada Ozlynn selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hari ini, Datuk Mohd Azizulhasni Awang meraih dua kemenangan, pingat perak untuk acara Keiri. Dan ketika mendapat berita isterinya, Datin Athiah Ilyana Abd Samat hamil anak ketiga. Azizulhasni Awang sujud syukur.
Rezeki berganda buat pelumba basikal negara dengan gelaran The Pocket Rocketman yang baru saja membanggakan Malaysia dalam temasya sukan Olimpik Tokyo 2020.
Azizulhasni Awang Sujud Syukur
Di akhir temubual bersama wartawan Astro Arena, Bazli Azmi memaklumkan berita yang sudah lama disimpannya.
Dia tidak dapat memaklumkan kepada Azizulhasni kerana tahu ketika itu pelumba negara ini perlu fokus dengan acara sukan yang disertainya.
Ketika wartawan ini memaklumkan yang isterinya hamil anak ketiga. Azizulhasni terus sujud syukur. “Alhamdulillah.. “ ucapnya berkali.
Kredit : instagram Tyailyana
Sebak mendengar luahan Azizulhasni ini. Betapa hebat pengorbanannya kali ini.
Untuk meraih kemenangan ini, Azizulhasni perlu melalui bermacam ujian emosi yang begitu hebat. Di kala dirinya fokus, rupanya ayahnya sedang berada di hospital berdepan dengan ‘mild stroke’.
Namun, adik-beradiknya tidak membenarkan abangnya ini untuk berasa runsing.
“Waktu fly ke Tokyo, saya dapat tau ayah pergi hospital. Adik beradik saya cakap, awak fokus pada olimpik saja. Jangan fikir ayah.” Azizulhasni tiada pilihan selain terpaksa fikirkan tanggungjawabnya untuk negara.
Betapa hebat sokongan ahli keluarga di belakangnya.
Azizulhasni dan isteri, serta dua orang anak perempuannya.
Gambaran Wajah-wajah Kemenangan
Tentunya cabaran ini bukan mudah untuknya. Akuinya, sejak tingkatan tiga dia sudah meninggalkan kampung halaman demi meraih impiannya.
Meninggalkan mak sendirian di kampung. Anak-anak juga kerap kali bertanya, bilakah semua itu akan berakhir.
Semua itulah yang bermain dalam fikiran ketika kayuhannya dalam acara Keirin pada Temasya Olimpik Tokyo. Bayangan wajah ibu, ayah, isteri dan anak-anak mengiringi kejayaan Aizulhasni.
Syukur alhamdulillah, Azizulhasni berjaya mengharumkan nama negara sekaligus membanggakan seluruh rakyat Malaysia di atas usaha kerasnya itu.
Semangatnya tetap menjadi idola anak-anak muda. Seharusnya itulah yang perlu ada dalam diri mereka, tidak pernah kenal putus asa.
Biar pun Azizulhasni merendah diri memohon maaf kerana sudah sehabis daya dan semampunya menyumbang pingat perak untuk negara. Apa yang diberikan itu sudah lebih dari yang terbaik untuk negara ini.
Mingguan Wanita : Kejayaan Azizulhasni Awang ini akan menjadi satu momen indah untuk dikenang rakyat Malaysia di kala pandemik ini.