Berjimat Boleh, Tapi Jangan Sampai Terlalu Berkira Dengan Pasangan!

 Berjimat memang sikap yang elok, tak kira yang sudah berkeluarga atau pun yang bujang.  TAPI jangan sampai kedekut dan terlalu berkira! Sikap itu tak elok ye…

Alahai pening kepala! Tak salah jika nak berjimat, tapi kalau serba serbi nak diambil kira, payah juga kan? Orang kata wanita yang bergelar isteri sangat pandai berjimat. Maklumlah, segala perbelanjaan bulanan keluarga perlu diambil kira. Apatah lagi jika suami seorang saja yang mencari rezeki.

Tapi, ada juga isteri yang terlalu berkira dan kedekut hingga suami sendiri pun naik rimas!  Nak belanja bab makan pun bercatu sedangkan suami tak kisah pun untuk keluarkan belanja. Ha..bagaimana agaknya cara hendak menangani sifat kedekut dan berkira isteri yang melampau?

Berjimat Hingga Timbul Sikap Kedekut!

Dalam sesebuah perkahwinan, jika suami atau isteri kedekut tidak bertempat memang boleh membawa ketegangan dalam hubungan. Berjimat dan kedekut soal kewangan berbeza. Kedekut ini adalah sikap yang keterlaluan dalam perkiraan belanjawan hingga membawa kesusahan pada pasangan dan keluarga.

Ya, tanggungjawab suami untuk menyediakan segala perbelanjaan dalam rumah tangga. Namun ada  isteri yang tidak bekerja, tapi bersikap terlalu berkira hingga suami sendiri rasa tak selesa.

Berjimat Boleh, Tapi Jangan Sampai Terlalu Berkira Dengan Pasangan!

Ads

Berjimat Hingga Catu Makanan

Bila dengar saudara mara nak datang, mulalah dia mencatu makanan. Kalau yang datang 10 orang, dimasaknya ala kadar dan dalam kuantiti yang cukup-cukup saja. Agak-agak, tetamu yang datang puas makan tak? Sepatutnya, sesekali saudara mara datang, masaklah hidangan yang istimewa sedikit dan pastikan masak dalam kuantiti yang lebih agar mereka puas makan.

Suami Kena Bincang, Mungkin Isteri ‘Tak Sedar’

Bincang dengan isteri dengan elok. Atau sebaiknya didik isteri untuk bersikap lebih pemurah. Anda juga boleh membeli barang keperluan dan bawa balik ke rumah. Minta isteri masak. Tetap boleh menjimatkan belanja kerana tak perlu bawa tetamu makan di luar.

Itu dengan tetamu. Kadangkala dengan anak-anak dan anda sendiri pun dia suruh ‘ikat perut’. Nak beli lauk pauk yang sedap pun tak dibenarkan. Apa salahnya sesekali hidangkan makanan sedap untuk anak-anak.

Ads

Sikap kedekut ini bukan kerana dia miskin dan tak ada duit tapi lebih kepada soal hati yang tidak pernah rasa untuk berkongsi kelebihan yang dia ada dengan orang lain.

 Berjimat Wang Belanja

Bayangkan, suami keluar bekerja mencari rezeki. Setiap bulan sebaik mendapat gaji, akan diserahkan bulat-bulat pada isteri untuk menguruskan perbelanjaan keluarga. Ada suami yang isterinya yang akan berikan duit belanja harian mereka, berdasarkan bajet keluarga. Niat mereka baik, untuk memastikan  bajet bulanan tidak ‘terbarai’.

Memang tak salah ada salahnya jika anda menyerahkan wang gaji sepenuhnya pada isteri lebih-lebih lagi jika anda seorang yang boros dan isteri pula sebaliknya lebih bijak mengatur kewangan keluarga. Tapi sebagai suami yang keluar bekerja, anda mesti peruntukkan sejumlah wang untuk perbelanjaan harian diri sendiri. Dalam hal ini anda perlu tegas ketika membincangkan hal ini bersama isteri agar dia faham.

Ads

 Anak-Anak

Apabila mempunyai anak-anak, tentu sebagai ibu bapa ingin membahagiakan anak-anak. Misalnya membawa mereka berjalan-jalan pada hujung minggu. Sekiranya isteri anda jenis berkira, anda boleh cadang dan bincangkan dengan isteri aktiviti yang tak memerlukan belanja yang banyak. Misalnya pergi mandi air terjun dan joging di taman.

Makanan juga boleh dibawa daripada rumah. Tapi janganlah sampai nak bawa anak-anak jalan pun tak boleh, dengan alasan nak jimatkan duit isi minyak kereta dan tol. Alahai, kasihan anak-anak…

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI