Buat-buat lupa pasal duit belanja isteri, akhirnya suami makin kaya tak? Haaa… itu soalan panas buat golongan lelaki yang masih tak sedar tentang tanggungjawab.
Yang nazaknya siapa? Suami juga… sedikit demi sedikit rezeki hilang atau mungkin ditakuk yang sama.
Cubalah suami isteri berpakat dan belapang dada tentang rezeki, masing-masing sedar dan praktik cara seperti yang saudara Firdaus Mokhtarini amalkan.
Dahulukan Duit Belanja Pada Isteri
Suami isteri nak murah rezeki, ini kena buat selalu.
1. Makan sama-sama.
Ini yang kita kena buat selalu. Lagi-lagi pasangan yang suami isteri bekerja. Masa yang ada cuma masa balik daripada kerja dan dua-dua dah penat.
Balik dengan emosi. Balik dengan masalah tempat kerja dan kerja yang tidak selesai. Apa pun berlaku, cari masa untuk makan bersama. Walau pun cuma makan biskut kering bersama.
Kalau tak larat nak masak lepas balik kerja, ajaklah pasangan keluar makan di luar. Itu pun dah ada waktu makan bersama.
Ads
2. Layani anak-anak dengan penuh kemesraan.
Bila dah ramai anak, biasalah ragam mereka juga berbagai-bagai. Seorang macam ini, seorang macam itu. Yang pertama ajak main, yang kedua ajak makan, yang paling kecil ajak tidur. Serentak semuanya. Kahkah.
Ini normal. Santuni anak-anak elok-elok. Banyakkan bercakap dengan mereka. Bagi logik supaya mereka belajar untuk berfikir.
“Adik tu dah lama jaga, lama juga dia main tadi. Adik dah penat tu bagi ayah tidurkan adik dulu ya. Abang Ngah baru bangun tidur ada tenaga banyak lagi. Pergi tolong mak sekejap. Adik tidur nanti ayah tolong abang Ngah buat kerja tu.”
Kena sangat-sangat sabar. Mereka tak tahu apa lagi.
3. Beri panggilan yang baik untuk suami dan isteri.
Ads
Dalam situasi apa sekali pun, tenang atau pun konflik. Kemesraan panggilan kena kekalkan.
Dan bila isteri panggil, suami jawablah elok-elok. Pandang muka isteri dan senyum. Hah, begitu.
4. Beri isteri duit belanja sekali pun isteri ada pekerjaan dan ada gaji sendiri.
Benar zaman ini zaman suami isteri bekerja. Suami ada pendapatan, isteri juga sama. Banyak juga berlaku gaji isteri lebih besar.
Tak kesah hal itu, ambil berkat beri isteri sedikit duit belanja. Sekali pun cuma RM10.
Ads
Yang isteri bila dapat duit daripada suami ucapkan terima kasih. Ambil cara elok dan senyum juga. Iya sama, sekali pun cuma RM10. Huhu.
5. Selalu tenangkan hati pasangan ketika resah.
Seorang suami pasti faham dan tahu emosi isteri yang sedang resah. Begitu juga bagi seorang isteri.
Rupa kerut dahi yang mencantumkan kening suami itu pasti dia tahu sebab apa. Punyalah hebat isteri ini. Maka, tenangkan. Ajak bersembang dan mungkin berjalan.
Rezeki Akan Melimpah Tanpa Disangka
Kalian, semua ini adalah perkara yang merapatkan lagi kasih sayang antara suami isteri. Dan memang itulah rahsianya. Kalau kalian nak rumah tangga kalian murah rezeki, kena tingkatkan kasih sayang antara tonggak utama rumah tangga itu.
Suami dan isteri kena sangat menzahirkan kasih sayang. Maka dengan itu rezeki akan datang sebanyak-banyaknya.
Namun ingat juga ya, rezeki bukan soal duit semata-mata. Anak yang baik, mertua yang memahami, jiran yang selalu membantu, kereta yang tak pernah rosak, dapat solat jemaah sama-sama, makan yang tak pernah putus dan paling tidak masih dapat melihat suami dan isteri itu hidup bersama juga adalah rezeki.
Sekian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam hidup ini, kita perlu sentiasa bersyukur. Janganlah setiap kali rasa susah dan tertekan, salahkan pasangan yang dia tidak secocok dengan kita. Lebih parah apabila meletakkan apa yang telah berlaku sebagai kesilapan yang dikesalkan.
Ingatlah jangan sesekali menyalahkan pasangan kalau kita tak bahagia dalam rumah tangga kerana jodoh itu aturan Allah. Pasangan itu adalah kiriman Allah SWT yang perlu anda hargai.
“Kalaulah aku tak jumpa dia, mesti aku akan jumpa orang lain yang lebih baik dari dia…”
“Kalaulah aku tak kahwin dengan dia, mesti sekarang aku sudah bahagia dengan orang lain…”
“Kalaulah aku tak pilih dia, mesti hidup aku tak jadi macam ini…”
Kalaulah aku…
Takdir Allah
Sebenarnya, tiada satu apa pun perkara yang berlaku dalam kehidupan kita ini satu kebetulan… Semuanya atas izin Allah SWT dan ianya telah pun ditakdirkan Allah…
Terjumpa atau tidak, pilih dia atau pilih orang lain, semua itu terjadi dengan kehendak Allah SWT… Ada hikmah di sebalik setiap pilihan yang kita buat itu…
Ada makna yang Allah SWT hendak kita belajar dan fahami…
Tak perlu menyesal, tak perlu kecewa dan tak perlu menyalahkan diri sendiri mahupun aturan-Nya… Selagi masih dibangunkan Allah di setiap pagi, maka selagi itulah Allah SWT memberi kita kesempatan untuk memperbaiki atau mengubah hidup kita ke arah yang kita rancang atau pun yang kita inginkan…
Jadi atau tidak jadi perancangan kita itu, terserahlah kepada Allah untuk memakbulkannya… Tapi, jangan pernah berhenti untuk merancang sesuatu yang dapat menjadikan kehidupan anda lebih baik dari sebelumnya…
Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita berbanding diri kita sendiri…
Sumber: Firdaus Shakirin
MW: Tak mudah untuk merasa bahagia dalam rumahtangga tetapi ianya bukanlah mustahil. Jika anda rasakan pasangan anda membawa masalah dalam kehidupan anda, cuba duduk sama-sama dan berbincang. Ambil sedikit masa dan luahkan apa yang terbuku. Sebaiknya bersyukur dengan ketentuan Allah dan terima pasangan seadanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jangan hanya memuji kejayaan, mak ayah kena lihat juga nilai diri anak sama ada mereka seorang yang rajin, mudah mendengar kata atau menghormati orang tua.
Nilai diri anak adalah lebih hebat daripada segalanya. Hargai dan sayangilah diri anak-anak seadanya.
Jangan Hanya Memuji Kejayaan
Kongsi Mohd Fhais Salim, pada anak jangan hanya memuji pada,
– kepandaian
– kehebatan
– kejayaan
– kekuatan
– kepetahan
Mak Ayah Kena Lihat Juga Nilai Diri Anak
Dia semata-mata. Tetapi lihat juga pada,
– kerajinan
– peramah
– tolak ansur
– budi bahasa
– ketekunan
– usaha
Sesungguhnya itulah nilai sebenar anak kita.
Nilai Anak Sebaiknya
Yang kita nampak dan puji selalu itu adalah result yang tercipta daripada nilai.
Risau, jika kita asyik puji pada result lama-kelamaan anak kita akan terpedaya.
Anak akan jadi attention seeker!
Puji result anak akan jadi taksub pada pujian tapi jika kita puji nilai, anak akan rasa dirinya sangat bernilai.
Nilai diri = self esteem
Self esteem yang tinggi akan buat anak jadi sangat pandai menghargai diri sendiri.
Anak Norzie Pak Wan Chek dan Aidid Marcello bergelar hafiz selepas 11 bulan 20 hari. Anak kepada pasangan personaliti televisyen, Aidid Marcello dan Norzie Pak Wan Chek, Muhammad Iman Aidid Marcello telah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran. Muhammad Iman kini sah bergelar hafiz al-Quran.
Anak Norzie Pak Wan Chek & Aidid Marcello Bergelar Hafiz Selepas 11 Bulan 20 hari
Menerusi satu hantaran yang dikongsikan Akademi Al-Quran AKMAL di TikTok, Iman bersama ibu dan bapanya hadir di majlis penyampaian sijil yang diadakan pusat pengajian tersebut, baru-baru ini.
Difahamkan, Iman berjaya menghafaz kesemua juzuk di dalam al-Quran dalam masa 11 bulan 20 hari.
Menerusi video tersebut juga, Aidid turut menitipkan rasa syukur atas kejayaan Iman dan berpesan kepada anaknya itu untuk sentiasa menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.
Wahai anakandaku, Alhamdulillah. Anakanda telah menunaikan amanah bonda dan ayahanda untuk menyempurnakan 30 juzuk al-Quran.
Ianya juga adalah amanah dan tanggungjawab termulia yang anakanda akan pikul sehingga ke akhir hayat.
Maka, pada hari ini bonda dan ayahanda memberi amanah kepada anakanda menjaga, mengulang, mengingati serta memperjuangkan al-Quran sepanjang hidup anakanda.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...