Pelakon cantik Fasha Sandha kelihatan begitu ayu dengan penampilannya berhijab sepanjang Ramadan yang lalu. Sewaktu ditemubual Fasha akui masih belum bertudung dan masih dalam proses pembelajaran kerana turut mempunyai keinginan berubah ke arah kebaikan.
“Sepanjang Ramadan ramai yang suka melihat saya mengenakan hijab dan ada yang mengharap saya kekal berhijab. Alhamdulillah saya sangat hargai harapan dan doa mereka.
“Setakat ini saya masih belajar dan berilah saya masa kerana banyak yang perlu saya baiki. Sebenarnya, jujur saya katakan saya bimbang bercerita tentang tudung kerana takut disalah erti. Saya tetap berusaha lakukan yang terbaik. Doakan saya,” terang Fasha Sandha.
Diaju soalan tentang pandangan suaminya, Aidil, Fasha yang kini popular dengan lakonannya menerusi drama ‘Semua Salahku’ memberitahu suaminya memberi kebebasan untuk membuat keputusan.
“Dia tidak memaksa atau mendesak, malah Adidil berikan saya kebebasan kerana Adidil tahu apa yang terbaik untuk saya. Aidil memberikan ruang untuk saya belajar dan berubah perlahan-lahan,” ungkapnya yang sebelum ini tampil berhijab selama 30 hari sepanjang Ramadan lalu bagi menyahut cabaran #hijab30.
Tak Suka Pura-Pura
Menyentuh tentang keluarga dan anak-anak, ibu kepada dua orang anak ini juga menerangkan dia juga sangat pentingkan keselamatan anak-anak. Pelakon ini mengakui lebih rela menjadi ‘sombong’ demi keselamatan dalam menjaga ana-anak terutamanya apabila berada di tempat awam.
“Waktu saya dengan keluarga terutama anak-anak saya akan automatic sedikit ‘sombong’. Bukan apa sebabnya saya lebih pentingkan keselamatan anak-anak apabila berada di lokasi awam. Saya juga bimbang andai ada apa-apa berlaku jadi saya memang akan dahulu menjaga mereka. Biarlah saya dikatakan sombong kerana anak-anak lebih penting dari segala-galanya. Tetapi saya akan cakap baik-baik dengan peminat. Bukan buat muka sombong begitu sahaja. Syukur alhamdulillah mereka faham dengan situasi tersebut,” tambah Fasha.
Duta Baru Aura White
Terdahulu, Fasha pada majlis ini telah dilantik sebagai duta baru Aura White. Ketika majlis itu juga Datin Furyna Azmeer dan Datuk Saiful Safwan yang juga pengasas produk ini telah melancarkan produk Aura White Sparkle Diamond Skincare dan Aura White Sparkle Diamond Collagen Travel.
Aura white telah menampil duta baharu bagi produk Aurawhite Sparkle Diamond Skincare iaitu Fasha Sandha dan Ayda Jebat selaku duta bagi Aurawhite Sparkle Diamond Collagen Travel Pack yang telah bersama dengan Aurawhite selama 4 tahun berturut-turut.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI